Showing posts with label Celoteh BADAR. Show all posts
Showing posts with label Celoteh BADAR. Show all posts
2015-06-30
BADAR Tingkatan 5 dipecat!!! (HOT)
INTEJ: Salam Ramadhan, Borang untuk menyertai BADAR INTEJ 2016 akan dikeluarkan pada 13 Julai 2015 ini. Sesiapa yang berminat, bolehlah mengambil borang tersebut. Pihak Badar mengucapkan terima kasih buat pelajar BADAR Tingkatan 5 terutamanya kerana telah menjalankan program 2014/2015 begitu menarik sekali. Pelajar Tingkatan 5 pun sudah mula menyerahkan beberapa tugas kepada tingkatan 4 kerana mereka sudah mula sibuk dalam menempa kejayaan SPM 2015. Pihak Badar ICT mengucapkan " Chaiyok" kepada mereka.
2013-05-13
Exam....medan perang student INTEJ
BADAR INTEJ mengharapkan pelajar INTEJ membuat yang terbaik dalam peperiksaan pertengahan yang sedang berlangsung. Ingat kita mesti ada D.U.I.T Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal. Salam peperiksaan dari Lajnah ICT.
2012-05-06
2011-12-25
2011-12-15
BADAR SBPIJ ada Facebook (Panas)
klik ikon fb badar sebelah (terus bawa anda ke group BADAR InteJ) |
2011-07-02
JOM DAKWAH 2011: "Sampaikanlah walau Sepotong Ayat"
Alhamdulillah...akhirnya program kemuncak BADAR SBPIJ iaitu JOM DAKWAH telah mendapat perhatian pihak sekolah untuk dijalankan pada bulan ini. Untuk makluman semua warga SBPIJ dan followers, program JOM DAKWAH ini dijalankan sepanjang tahun 2011. Antara aktiviti yang dapat dijalankan adalah seperti berikut:
1. Akademi Nasyid Badar Finale
2. Khat De Hati
3. FiFA Live
4. UEFA champion League & Netball Championship
5. Halaqah
6. ImBilda
7. Busana Islam
8. Keris
Semua warga SBPIJ...Jom Dakwah "Sampaikanlah walau Sepotong Ayat"
1. Akademi Nasyid Badar Finale
2. Khat De Hati
3. FiFA Live
4. UEFA champion League & Netball Championship
5. Halaqah
6. ImBilda
7. Busana Islam
8. Keris
Semua warga SBPIJ...Jom Dakwah "Sampaikanlah walau Sepotong Ayat"
2011-04-08
Assalamualaikum....apa jawabnya?
ADAB-ADAB SALAM
1. Disunnahkan tatkala bertemu dua jenis orang di jalan, iaitu orang yang berkenderaan supaya memberi salam kepada yang berjalan kaki, yang sedikit kepada yang ramai dan yang muda kepada yang tua. Bersabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Hendaklah salam bagi yang berkenderaan kepada pejalan kaki, yang berjalan kaki kepada yang duduk dan yang sedikit kepada yang ramai.” (HR. Muslim).
2010-07-23
MAJLIS PENYERAHAN KISMIS DAN BACAAN YASSIN
23 Julai 2010, Biro Akademik Ketua Pelajar (Pengawas) dengan kerjasama Saff Pimmpinan BADAR & UBK telah berjaya menganjurkan Majlis Penyerahan Kismis & Bacaan Yassin untuk pelajar-pelajar PMR & SPM pada tahun 2010. Program ini di adakan di tapak perhimpunan sekolah, pelajar dan guru membaca bersama mendoakan agar pelajar tahun 2010 ini dapat meningkatkan Gred Purata SBPIJ seperti tahun lepas. Mudah-mudahan program seperti ini menjadikan batu loncatan kepada pelajar supaya bersungguh-sungguh dalam menghadapi peperiksaan. Sepertimana selalu kita perkatakan, selain berusaha kita perlu berdoa (bertawakal kepada ALLAH). Biro ICT BADAR juga mendoakan agar abang-abang dan kakak-kakak SPM & Adik PMR berjaya di dunia dan akhirat. Akhir Kalam dari Biro ICT, semoga segala program ibadah yang dianjurkan mudah-mudahan mendapat rahmat dari ALLAH S.W.T. Aminn
2010-05-06
Hari Ibu.... Bolehkah umat Islam meraikannya?
Sudah pasti semua orang sudah biasa dengan ucapan “Happy mother’s day ” sempena menyambut Hari Ibu. Secara ringkasnya Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Ia juga disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Di negara Malaysia pulak, sebagaimana US, Jepun, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Italy, Hongkong, Finland, Switzerland, Turki dan beberapa negara lain menyambut sambutan Hari ibu pada hari Ahad kedua bulan Mei. Maknanya bagi 2010 ni sambutan hari ibu jatuh pada 9 Mei 2010.
Manakala negara di Timur Tengah seperti Iraq, Oman, Jordan, UAE, Arab saudi, Kuwait, Sudan, Palestin, Mesir pula menyambutnya pada permulaan musim bunga iaitu 21 Mac sementara Hari Ibu di Indonesia ialah pada 22 Disember.
Sambutan hari ibu perlu menimbul isu satu ketika dulu kerana terdapat artikel dari wiki mengenai asal-usul hari tersebut iaitu:
Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.
Berdasarkan itu terdapat pendapat yang mengatakan umat islam tidak harus meraikan sambutan hari ibu kerana dikhuatiri terpengaruh dengan tradisi dan ajaran bangsa Yunani tersebut.
Namun demikian berdasarkan beberapa artikel yang penulis temui semasa mencari sumber mengenai kesahihan dan hukum sebenar mengenai sambutan hari ibu ni, penulis ada jumpa artikel dari mysuperkids.net yang menjelaskan bahawa :
Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada salahnya mengadakan sambutan Hari Ibu, atau hari2 lain selagi tidak bercanggah dengan syarak:
1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3. Sebaik2 sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
4. Muhasabah diri para ibu ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.
sumber:http://myjazmanie.com
P/s dari Biro ICT BADAR: kalau rasa ianya memberikan manfaat kepada kita tak salah kalau kita meraikannya kerana apalah salahnya kita mengenang jasa ibu kita mendidik kita selama ini..Ini semua bergantung kepada niat kita..selamat hari Ibu untuk semua pelawat.
2010-03-23
Mantan BADAR SBPIJ melawat Sekolah?
Tahniah buat pelajar tingkatan 5 2009 telah berjaya meningkat nama SBP Integrasi Jempol kerana cemerlang dalam SPM tahun lalu. Untuk pengetahuan antum semua, SBP Integrasi Jempol mendapat tempat yang ke-13 SBP diseluruh Malaysia. Tahniah, Tahniah, Tahniah diucapkan. Tidak lupa juga mantan Presiden Saff Pimpinan BADAR 2009 sempat merakamkan tahniah kepada mantan Exco BAdar yang lain kerana cemerlang dalam SPM dan beliau berharap kepada Saff Pimpinan Badar 2010 mengingatkan supaya adik-adk exco BADAR 2010 perlu bijak membahagikan masa antara belajar dan aktiviti-aktiviti BADAR. Kita sebagai daie tidak boleh mengeluh sedikit pun apabila memikul sesuatu amanah. Apabila amanah yang kita pikul penuh amanah dan ikhlas, insyaAllah akan membuahkan kejayaan. Beliau kini melanjutkan pelajaran di Darul Quran. Kami Biro ICT Badar mengucapkan tahniah di atas kejayaan beliau dan rakan-rakan beliau dalam SPM 2009. Syabas BADAR kerana melahirkan pemimpin yang berjaya di dunia dan akhirat. Alhamdulillah.
dari kanan (Syazwan Mantan Naqib, Ayub Affandi Mantan Presiden Badar, Ustaz Umar GP Badar,Hazim Mantan Naqib, Amar Mantan Naqib)
2010-02-23
Pelajar SBP Integrasi Jempol sedang BERJIHAD??
Sepanjang minggu ini iaitu 22.02.2010 hingga 25.02.2010, semua pelajar SBP Integrasi Jempol sedang berjihad di medan peperiksaan iaitu Ujian 1, Walaupun begitu, Biro ICT BADAR berharap pada semua pelajar mengulangkaji bersungguh-sungguh agar mendapat keputusan yang cemerlang sepertimana pepatah arab "man jadda wa jadda".
Akhir kata dari kami, Laalla maa' taufik wan Najah.InsyaAllah.
Gambar ini diambil di kelas 3 AB (Menjawab Soalan Sains)
Subscribe to:
Posts (Atom)