Program Ihya' Ramadhan
Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, pihak Badan Sahsiah dan Kerohanian (BSK) dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan satub program yang dinamakan Ihya' Ramadhan. Dalam program ini pelbagai aktiviti telah dirancang bagi melahirkan pelajar dan warga SMAP Labu yang peka terhadap kelebihan menghidupkan bulan Ramadhan serta menyedarkan diri tentang adanya balsan baik daripada Allah dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada-Nya.
Objektif-objektifnya:
- Memupuk diri warga SMAPL untuk menjadi generasi yang cintakan Al-Quran dan mengamalkan Sunnah baginda.
- Mengimarahkan bulan Ramadhan dengan ibadah-ibadah.
- Membentuk generasi yang sentiasa memanfaatkan waktu untuk beribadat kepada Allah.
- Mewujudkan suasana mahabbah dan kerjasama dalam diri setiap warga SAMPL.
Aktiviti-aktiviti sepanjang program ini:
- Risalah Ramadhan
- Radio Ramadhan
- Tadarus Al-Quran
- Pertandingan: melukis poster/ kembara Ramadhan/ klinik Ramadhan(tazkirah spontan)
- Majlis khatam Quran
- Ceramah nuzul Quran dan Badar Kubra
- Iftar jama'ie
- Sumbangan Hari Raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rakan Dakwah
Mengenai Blog Ini
Selamat Datang!
Blog ini adalah merupakan halaman rasmi bagi Badan kerohanian dan Sahsiah SMAP Labu. Ia memaparkan mengenai struktur pentadbiran BSK SMAPL dan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun. Ia juga memuatkan pautan ke halaman milik ahli-ahli BSK SMAPL disamping memaparkan artikel-artikel mengenai Islam dan lain-lain.

1 comments:
radio ramadahan tu bagaimana ye?
Post a Comment