July 14, 2012

Tea Time With Cucur Udang !!

Hye & Assalamualaikum


Dah lama tak Hupdate tentang makan2 kan.. Hehehe hari tu aku dah janji nak share resepi ayam Kunyit & agar2 milo dari Entry Nasi Lemak HomeMade kan. Soryy sangat2 sebab tak sempat nak keluar kan gegambar dari camera.. Hujung2 minggu macam ni baru sempat nak keluarkan gegambar semua.hehehe.

Tapii harini aku nak share menu lain, iaitu "sile lihat tajuk kat atas" haaaaaa dah tau kan. Ok la kepada yang Buffering lagi tu hahahahah, aku nak share kan menu simple yang boleh dibuat untuk minum petang korang. Sebenarnya aku terlupa tentang cucur ni, tapi masa keluarkan gegambar dari camera tu ternmpak la gegambar proses cucur ni.. so aku decide nak share ni dulu. Sebab aku yakin hujung minggu la korang bleh spend time together-gether dengan family sambil mengunyah Cucur yang Ohsem ni. (ohsem ker??? )


Focus kat udang... sebab namenye cucur udang kannnn ~


Ok resepi ni aku yakin semua orang boleh/hebat buat kan, ye la senang sangat campur tepung,campur itu,campur ini.. SIAPPPP!!. Ok la kepada yang dah hebat lagi maha Teror tu, sile la kongsi Tips kat sini. Boleh la aku perbaiki cucur aku ni yer  :) . Kepada yang masih Blur untuk menghasilkan sebuah karya yang dinamakan Cucur ni sile cari Pen, Kertas, yang mane kekaya tu tab n Ipad pun boleh.


JUM MASAK CUCUR UDANG !!


Sebelum nak masak, as usual... sile pergi terjah kedai runcit Cik Ani or Cik Munah.untuk dapatkan segala bebahan ni. :-
  • Tepung Gandum
  • Udang ( dicincnag kasar / xnak pun boleh )
  • Cili Padi/ cili hijau kecik2 dalam 5 biji (ditumbuk lumat)
  • Cili merah sebiji (Dihiris nipis2)
  • Bawang merah 3 biji (dihiris)
  • Lobak Merah Di hiris halus2 (refer gambar )
  • Jagung sikit ( taknak letak pun takpe )
  • Telur
  • Garam 
  • Serbuk kunyit
  • Ajinomoto
Bile ade je semua ni, ape lagi sile la buat cucur yang menggiurkan ni.

Kekdah2 nye :-

1. Ambil la 3 senduk tepung (lebeh kurang), dan letak dalam sebuah mangkuk. 


 2.Masukkan semua bahan kecuali telur


3.Lepas gaulkan tepung dengan semua bahan2 tadi.. boleh la pecahkan sebijik telur kedalam mangkuk tadi macam kat bawah ni


4.Gaul kan telur bersama adunan tadi bagi sebati. Dan tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi likat seperti dibawah ni (jangan likat sangat.. nanti liat cucur korang)


 5. Lepas tu letakkan sedikit serbuk kunyit kedalam, supaya cucur anda akan namapk sedikit kuning, serta menaikkan warna cucur supaya tak pucat warna nya.



6.DONE!!!. ok panas kan minyak then goreng (maap gambar goreng takda, lupe nak snap )


Selepas siap je menggoreng terhasil lah Cucur udang air tangan korang sendiri. Dan ianya lebih ohsem kalau makan dengan Sos Cili yang dibeli di kedai Cik Munah tadi. hehehehe :)


Cucur Udang.



PERSOALAN

Anonymous : Asal Cucur ni tak bulat pun macam Kak Senah jual depan rumah aku tu???
Aku : Habis selak2 semua buku2 masakan nak jawab soalan yang maha power tu.

Setelah lima minit... habis diselak semua buku.

Aku : sebab dalam bahan2 aku tak tersenarai pun tepung penaik. so sebab tu cucur aku tak naik2 hehehehe.
         kalau nak cucur anda kembang semangkuk sile la tambah tepung penaik sikit baru la cucur anda
         kembang semangkuk.

Sebenarnya soalan ni aku pernah tanya kat mak aku, "kenapa Cucur ewan buat tak pernah jadi bulat  macam kat kedai2 tu"... "Sebab kat kedai tu letak tepung penaik sikit." mak aku jawab, tanpa memandang muke aku.. sebab sinetron sedang Hangat di TV.

Haaaa dah tau kan nak buat macam mane... so ape lagi??? sile la buat.. bolehla minum2 petang dengan keluarga.mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Boleh la tunjuk hebat kat abang ke, kakak ke..dengan juadah korang ni. hehehehehehe.

Ok sampai sini entry kali ni... BYE !!


P/s: bile pulak entry Ayam goreng kunyit ni akan menyusul.....ermmmm


14 comments:

  1. wahhhhh udang seketoi2...hehe..sdp2! ltk kunyit mak slalu wat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah resepi mak kita sama la jawbnye !

      P/s: meriah gile segmen header, congrat's

      Delete
  2. resepi mak aku tauk cili boh.. hiahiahia~ oh ya kalo cucur nak bes aku sntiasa letak baking soda cket..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermm ok jgak ltak cili boh !!

      P/s : pandai che no masak :P

      Delete
  3. mak ai, siap lesung batu pun keluar ;)
    sedap ni ada udang,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha... warisan katernyer ~
      saya pun suke gile udang ( tapi takleh selalu.... GAUTTT )heeheh

      Delete
  4. terima kasih follow blog infinity.. ^_^.., by the way, nampak sedap makanan diatas..kalau lah dapat.. hehe

    ReplyDelete
  5. antara menu feveret minum ptg family ahkak ni dik!

    ReplyDelete
  6. kalau tak letak ajinomoto sedap tak/
    guan weiwong.....boleh..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je, ikut suke.... maybe lagi sedap. Hehehe selamat mencube !

      Delete
  7. ooo.. serbuk penaik ke.. sama lah misteri dari dulu skrg baru terungkai. Tq

    ReplyDelete