Hye & Assalamualaikum
Macam dah lama aku tak buat entry tentang makanan kan3... bukan ape, agak malas nak masak lately ni. Aku masak bile perlu je. Yer lah tekak sorang takperlu lah nak "bertukang" sangat kat dapur.. makan yang simple2 pun cukup, sedap tak sedap telan je la kan. itu la nasib hidup di perantauan.. (-___________-)
Tapi few week ago, kawan aku kat sini dengan murah hatinya telah menyedekahkan laksa sarawak dekat aku... So bile orang memberi kite haruslah membalas kannnn. Takkan kite nak buat muke seposen (*____*) bile time nak hantar bekas tu balik kannnn??
So sabtu lepas baru lah aku berkesempatan nak membalas balik laksa sarawak yang aku dapat 2 minggu lepas tu. hahaha kemain lama aku simpan bekas budak ni . Bukan ape kalau nak masak extra vaganza ni perlu lah time2 free, time2 ada mood, barulah masakan tu menjadi kann. Masaalah nye extravaganza ke??? hahaha...
OK lah fikir punye fikir aku decide nak masak Bihun Tomyam je, sebab mudah dan ringkas.
OK lah fikir punye fikir aku decide nak masak Bihun Tomyam je, sebab mudah dan ringkas.
so kite pergi kebahan- bahan dulu :-
- bawang putih 6 ulas dicincang halus
- serai dua batang, satu dicincnag . satu lagi diketuk sahaja
- Halia sebesar ibu jari dihiris nipis2
- Cili boh/cili giling ( ikut tahap pedas masing2 )
- Paste tomyam sepeket
- Ayam : bhgn wing dan breast. Wing tu di potong empat, yang breast tu di potong kecil2
- Sotong : ikut suke nak bnyak mana
- Perahan limau
- Daun limau purut 3-4 helai
- Kubis suku dari sebiji dan dihiris tak berapa halus
- Lobak Merah sebatang dan dihiris nipis2
- foo chuk : ikut suke jugak
- Bawang Holland sebiji ; dipotong empat
- Air : ikut berapa bnyak kuah yang anda mau
- Gula, garam & serbuk perasa sedikit.
* actualy ada satu barang yang tertinggal..lengkuas, malang sekali takda lengkuas.. so redah je la.
Kekdah2 :-
- Tumis bawang putih,halia & serai sehingga naik bau.
- Masukkan cili boh pula, tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan paste tomyam pula, tumis sehingga naik bau.
- Masukkan air, bersama daun limau purut, dan wing ayam tadi. tunggu sehingga mendidih*motiff wing ayam adalah nak keluarkan rasa2 tulang ayam itu
- Masukkan pula isi ayam, sotong , lobak merah, kubis, foo chuk & bawang holland. tunggu sehingga mendidih lagi.
- Masukkan garam, gula dan serbuk perasa beserta air perahan limau itu tadi. *adjust la tahap rasa anda sendiri. tunggu sehingga mendidih.. dan siap untuk dimakan.
*sesetngah orang masak tomyam hanya tumis bawang putih je kan, then dia masukkan air then lepastu baru masuk paste kan3? aku rase kalau tumis paste tu dulu baru rase die lagi umphhhh !
Ok memandangkan resepi ni senang, mesti ramai yang hebat buat tomyam.. jadi mari kita share skill masing2. Aku suke dengar idea orang dalam masak2 ni. :)
Thanks for reading this entry ( T________T )
Mmg sedap sangat ni dik !
ReplyDeleteSedap ke???? haha
DeleteBihun sup!! lama tak makan..terliur tengok..hehe.. :P
ReplyDeletebihun sup??? ermmm cube scroll tajuk bali azwar.. :)
DeletePandai masak...meliurkan melihat gambar tu
ReplyDeleteTak pndai lagi... cume tahu masak. haha
Deletenie bukan bujang lagi..... tapi masterchef bujang...... penuh semangkuk dgn bahan2....he3...sedap tu.....
ReplyDeleteBahannn je buat nmpak sedap ..haha
Deleteperhh...terbaik! bilalah aku nak terer macam ni, walau ada resepi, tak reti jugak...jeles dengan ko wan...
ReplyDeleteBila????? weekend2 tu sile la bertukang di dapur.
Deleteperghhh!! terbaiklah..hahah..adoi bila lah blh buat cmni..
ReplyDeletebila2 pon boley !
DeleteNk cube lah...hehe
ReplyDeletebihun ni mmg ade kuah ke ?
ReplyDeleteWahhh sedapnya. Saya suka orang yang pandai masak. Dan bihun tomyam awak tu banyak tul bahannya. �� ni bujang ke? Kipidap
ReplyDelete