Pengikut

Ahad, 13 Mac 2016

Agar-agar Santan Gula Melaka

       Assalammualaikum.. Selamat petang guy's.. Jom pekena sat Agar-agar Santan Gula Melaka aku ni jap... Aku buat dalam bekas kecil2 ni sebagai manisan..makanan tambahan untuk Tahlil 100 hari Arwah Bonda aku malam nanti.. 
Tapi banyak ni...meh lah..bolehlah makan sikit time panas-panas ni.. Layan Album aku ni ye..


Agar-agar Santan Gula Melaka aku 


Agar-agar Santan Gula Melaka 

Bahan-bahan :
1 peket agar-agar 
5 cawan air
1 cawan air gula merah
3/4 cawan gula
1 cawan santan pekat ( aku guna 1 kotak santan kotak kecil tu) 
1 biji telur ayam 
2-3 helai daun pandan

Caranya:
1. Masakkan agar2  dengan air hingga larut bersama daun pandan
2. Masukkan gula pasir - biar smpi gula hancur ye...
3. Dah hancur, tapiskan kedlm periuk lain.
4. Masukkan air gula merah (tapis dulu gula tu)
5. Telur ayam tadi, kacaukan bersama santan, kacau hingga sebati.
6. Bancuhan telur dan santan tadi, tapis dan masukkan terus kedalam agar-agar tadi, biarkan ia mendidih.
7. Masukkan adunan ke dalam bekas yg sesuai. 
pastu sejukkan dlm fridge.



Jumpa Lagi!!!




Khamis, 10 Mac 2016

Nutella Cheese Cake

      Assalammualaikum, uhuk! uhuk! berdebunya blog ni! lama tak kemas! busy naw ke tuan  rumah ni! he..he. Uish! rindunya aku kat korang tak terkata..tapi apakan daya..masa tidak mengizinkan. Hari ini kerana rindu yang tidak tertahan, aku munculkan juga sebentar diriku disini bertemu kalian. 
      Hari ini aku nak tunjuk Cheese Cake yang zaman nun aku buat dan simpan kat draf..la ni baru aku nak habaq kat hangpa semua. Resepi Nutella Cheese Cake ni aku ambil kat Youtube..aku taip je Nutella Cheese Cake, video resepi ni naik dulu..tengok cam simple je so aku try la. Sedap kau! so creamy..tak muak makan, lebih-lebih lagi kalau dia sejuk sikit.. makan tak berhenti tu. Ingat nk makan sesudu...tapi eh! satu sudu lagilah..lepastu..lagi satulah..sudahnya habis sepotong.. Anak2 pun suka tu..asyik suruh buat je..so adalah dekat 3-4 kali dah aku buat Kek ni. Selamat menjamu mata! Layan Album aku ye..


Nutella Cheese Cake aku..


Bahan untuk kerak:

250g biskut oreo (buangkan krimnya)
80g butter yang dicairkan (6sudu besar)

caranya:

- hancurkan biskut tadi, masukkan butter cair, kacau sebati
- masukkan adunan biskut dalam loyang, padat & ratakan biskut tadi
- bakar 180'C selama 13-15minit

Bahan untuk Cheese:

-1kg cream cheese (suhu bilik)
- 3/4 cawan heavy cream
- 1 cawan gula halus
- 2 sudu kecil esen vanila
- 4 biji telur (suhu bilik)
- 2 sudu besar tepung (ni aku tambah sendiri)

caranya:

- pukul cheese dan heavy ccream sebentar
- masukkan gula halus -pukul lagi
- masukkan esen vanila dan telur-pukul hingga sebati
- masukkan tepung-kacau sebati
- asingkan 1/3 adunan cheese, selebihnya tuang kedalam loyang    biskut tadi

- ambil 1/3 adunan cheese yang di asingkan tadi,
- campur dengan 2/3 cawan nutella. (ala..agak2 la..ikut suka korang lah nak banyak mana..sedap je nanti.
- masukkan 2 sudu besar heavy cream, kacau sebati

- tuang aduan cheese dan nutella tadi diatas aduan biskut dan cheese tadi.
- ratakan atau nak buat marble ke, suka2 hati la ye.
- bakar 150'C selama 45-55 minit atau sehingga masak.
- sejukkan kek yang telah masak tadi.

sementara kek sejuk,

- ambil 1/3 cawan heavy cream panaskan sebentar, tak perlu sampai mendidih
- masukkan 2/3 cawan nutella kacau sebati.
- tuangkan atas kek yang sejuk tadi.
- sejukkan dan biarkan semalaman..fuhhh memang sedap makan time ni.

biskut yang dah diratakan

tuang cheese atas biskut tadi..

tuang cheese yang dicampur natella atas cheese yang plain tadi

ratakan dan bakar

Tada!! dah siap..


errr..maaf ye..sebenarnya aku tak de nutella..ni je yang aku jumpa kat pasaraya..tapi sedap gak.. pada aku..lagi 10% nak sama dengan nutella.  Anak2 tak perasan pun tu bukan nutella. sedap je makan..

Hiaslah camne korang nak hias..

ughhhhh..sedapnya...


Jumpa lagi..


Selasa, 12 Januari 2016

Rich Strawberry Pudding with Strawberry Swis Roll Cake

Assalammualaikum semua..selamat tengah hari.. Fuhh! Cer tengok kat luar tu! Panas giler ler! Nak keluar beli makan tengah hari pun malas rasanya..Kang terbakor lak kulit teman yang semamgnya tak berapa nak putih ni. Nasip baik malam tadi dah buat Pudding strawberry ni..sebabbmemang dah agaknya hari ni cuaca mesti giler lagi.. 
Pudding Strawberry yang aku tambah Swiss Roll Cake ni..lepas tu sejukkan dalam peti ais kat office ni..menjelang aku nak makan tengah hari ni..gerenti dah sejuk. Fuhh! enak bagat ni bila masuk dalam tekak...Tak caya?! Cer korang try lak! Aku nak bagi korang rasa..tak dapek tu der..sure abis ni Kang bila aku open table jap lagi..ha..ha.

Rich Strawberry Pudding with Strawberry Swiss Roll aku..




Rich strawberry Pudding 

1 cawan gula ( boleh la nk kurangkan sikit)
1/2 cawan susu tepung ( aku X letak pun)
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air ( aku tukar susu segar)
4 sudu besar tepung jagung
 1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter 
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
*kalau nak senang keluarkan Pudding bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding insyaAllah senang nak keluarkan.

Tada!!!

 Swiss Roll Cake ni aku saje letak..so susun la Camne pun..Pastu Tuang Pudding yang dah masak tadi. Sejukkan..


Jumpa Lagi!!!


Jumaat, 25 Disember 2015

Roti Puri untuk sarapan pagi

      Assalammualaikum, dan selamat malam semua, ini cerita pagi tadi..Roti Puri untuk sarapan pagi kami. Kan cuti public holiday.. aku dan anak2 plan balik ke rumah Ayah aku sampai hujung minggu ni. Sekarang kenalah lebih kerap balik melawat ayah sejak mak aku meninggal  6hb disember 2015 yang lalu. Ayah dah uzur, sebab tu Ayah aku tak nak pergi mana2 pun, puas kami ajak duduk dengan kami dia tetap tak mahu juga..katanya 'nantilah...' So sekarang dia duduk dengan adik lelaki bongsu aku tu je la, tapi adik aku pun bekerja, risau dia sorang2 kat rumah bila adik aku keluar bekerja. Tapi nasip baik adik perempuan aku yang bongsu duk kat sebelah rumah Ayah, so dia dan anak2nya selalu lah jengah Ayah kat rumah..hammm..harap ayah ok.
     Berbalik ke Roti aku ni... Roti Puri mak selalu buat. bila kami balik ramai2 tu dia tak tau nak buat apa, dia akan buat ni la..senang katanya..korang ramai pergilah goreng nanti. So kerana rindu kat mak..aku terbayang dia mengelek tepung kat pangkin didapur tu..aku pun bancuhlah tepung buat. Walaupun kami tak banyak bercerita tentang mak sejak pemergiannya..tapi aku pasti cucu2nya pun rindukan nenek dan masakkanya..harap ini serba sedikit dapat mengubati rindu mereka. Layan Albun Roti Puri aku ni ye..


Roti Puri aku

baik punya cicah..makan dengan kuah dal

Tada!!! korang nak resepi ke?!
alah google je la..sonang je resepinya..sama je resepi dorang tu..

Kuah Dal version mak aku..


Abaikan je lah kuali antik mak aku tu ye..





Jumpa Lagi!!!



Isnin, 21 Disember 2015

Brunch at Seoul Garden

      Assalammualaikum...cerita semalam..aku breakfast sekali lunch di tempat kegemaran anak2 di Seoul Garden!!! hu..hu. Alhamdulillah..ada rezeki lebih sikit, dapat la bawa anak2 time cuti Sekolah ni, nak pergi jauh2 kang RM lagi banyak nak guna kan?! RM kat aku ni ala2 je, kejap je singgah kat aku, lepas tu dia bla cari Bos baru..lagi2 Sekolah nak buka ni he..he. So....Kat mana lagi..tempat yang paling senang dan dekat dengan aku..di Fastival City Setapak la. 
      Kali ni aku pergi dengan anak-anak dan geng tempat kerja.. ni geng yang baru tau.. Ayu dan Ain...geng yang lama dah dapat kerja kat tempat lain, tinggal la aku yang berkarat ni masih di situ dengan staf2 yang baru..sedey! nanti dorang dapat kerja tempat lain lak, tinggallah aku lagi hik..hik.
      Seoul Garden Fastival City...makanannya sama je cam dulu, cuma nasip2lah kalau pergi tu, kadang ada benda tu, benda yang ni lak tak de, tapi apa kesah kan, benda lain banyak..makan je la sampai kekenyangan nak jalan pun termengah-mengah kan..he..he..malu I. Tapi inssya Allah ada rezeki nak pergi lagi yeyyyyy.. Layan Album aku semalam ye.

Ketibaan..ketiga-tiga Puteri dihatiku..


Ain dan Ayu serta anaknya

Hari keluarga kamilah ni..penutup 2015..di Seoul Garden kau!

 

Hmm..sadap!
 


Jom pergi sama-sama nak?!


Jumpa lagi!!!



Khamis, 3 Disember 2015

Cuti-cuti Melaka 2015

      Assalammualaikum dan selamat malam ye..dah hujung tahun ni..korang balik kampung ke pergi holiday memana? Aku pergi ke Melaka je..saje jenjalan..nak pergi jejauh aku tak reti..takut pun ye..kang tetiba sampai ke Singapore lak..ni pun guna waze ha..ha. Ingat nak balik kampung je kat Kuala Sungai Baru tu..sekali booking Hotel tu tak boleh nak cancel lak..so aku pergi la juga ke sana. 
      Memandangkan Hotel yang aku duduk kat kawasan bandar..so ke semua tempat yang aku pergi tu hanya berjalan kali je. Penat gak la..tapi nak keluarkan kereta, lepas tu jalan jem lagi dan nak cari parking lagi..buat aku lagi pening je..baik aku kerah anak2 aku berjalan kan..sekali sekala, pusing2 kat situ gak kan?! Untuk anak2..hanya ini je yang Ummi mampu..nak bawa jejauh Rm tak berapa nak ada lak kan..so harap2 anak2 pun happy dapat relaks sikit setelah setahun belajar kan. Layan Albun cuti aku ni ye..

Melaka Bandaraya Bersejarah!
Sesi fotografi ye..








Dataran Pahlawan & Mahkota parade Melaka..2 tempat tu kita boleh shopping kat sini.

Santai jap kat sini

Lobby Hotel

Bestnya kolam mandi..besau kau! tak ramai orang pun..dorang tak suka mandi kolam kot..aku anak beranak je yang taat mandi pagi petang..ha..ha..




Menara Taming Sari..dulu aku dah pernah naik..kali ni nak naik waktu malam lak..

Wahhh..gayat sikit..heee

River cruise Melaka..kali ni pun saje nak naik waktu malam..nak tengok lampu2. 

Ni memang aku tak pernah naik..sebab tak sampai hati lak nak tengok budak tu kayuh bawa aku ni..ha..ha..
tapi aku naik gak kali ni sebab anak2 teringin nak naik macam cerita penarik beca tu katanya.. 


Hari kedua pergi sekitar Pantai kelebang lak..katanya makanan sini sedap2 kan?!
tapi sedap gak la..tak la rugi aku guna waze cari.

Ni Muzium Kapal selam..saje nak tengok apa jadi dengan duit aku tu..he..he.


Haaa...ni aku tak boleh tahan..kata orang mesti pekena Coconut Shake & Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil Limbongan ni.
So dengan menggunakan Waze aku mencari gak, nasip baik kedai mereka ni ada dalam Waze. 
Tapi Masya Allah..manusia punya ramai nak beli benda ni..uishh..tak sanggup aku nak menunggu tu.
Disebabkan Coconut Shake tu aku tak suka sangat so aku skip je la benda tu..malas nak beratur panjang. Tapi Kuih Keria ni aku sanggup tunggu sampai giliran aku, so setelah sejam menunggu..baru turn aku sampai, itu pun sipi2 je lagi nak habis. Orang lepas aku tu kena tunggu lagi sejam, sebab dorang nak masak lain..hu..hu.
Alhamdulillah merasa gak aku..memang sedaplah Kuih Keria ni..apa taknya..Gula Melaka tu dorang guna.. 

Aku rasa kan..macam nak pergi je Melaka minggu ni..hanya untuk beli Kuih Keria ni.. Korang rasa gila ke aku kalau aku buat cam tu?!!! he..he.

Jumpa lagi!!!