Tahniah pada angah aku sekeluarga dan anakbuah aku kerana berjaya menghabiskan pengajian dia. Semoga lepas ini berjaya mendapat kerjaya yang baik dan menggunakan pengetahuan yang ada untuk berkhidmat kepada keluarga, bangsa dan agama aamin. Yang penting semua itu untuk diri kamu sendiri juga ingat tu.
Pengikut
Memaparkan catatan dengan label Citer situ sana sini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Citer situ sana sini. Papar semua catatan
Jumaat, 23 November 2018
Pangkalan Balak Melaka
Cuti sehari je, tak boleh nak plan apa-apa, so baliklah kampung saje nak hilangkan boring kejap.
Layannnnn...
Ahad, 31 Disember 2017
Sabtu, 3 Jun 2017
Service Kereta
Selamat petang semua, dah 8 Ramadhankan?! Tak lama dah nak raya, masa ni la aku terhegeh-hegeh baru nak service kereta. Ye la..kang nak balik Kampung ke, nak jalan jauh ke keta buat hal pula, mana nak cari makanik time2 raya ni. Wal hal kereta tu dah lebih beberapa ribu kilometer dah tu, ku biarkan tak berservice begitu sahaja.
Korang jangan buat macam aku ye, service la kereta ikut jadual yang ditetapkan. Jangin ikut macam aku ni, service kereta ikut suka hati dan ikut duit poket yang ada ke idok.. He..he.
Jumpa lagi...
Sabtu, 12 November 2016
Upside Down House Kuala Lumpur
Assalammualaikum, selamat petang semua. Aku nak sambung lagi sikit cerita hari tu boleh?! Hari aku cuti tu la, aku pergi ke Upside Down House, lepas tu aku singgah ke Blue Coral Aquarium dan Taman Eko Rimba dekat Menara Kuala Lumpur tu!
Aku gerak dengan anak2 lebuh kurang pukul 2.00pm, lepas makan tengah hari daa. Makan kenyang2 dulu, sebab aku fikir karang kat sana kalau lapar masaklah aku, rakyat ramai ni, mesti mahak sikit kan. Memang betul kau! bayangkan air mineral 500ml tu je dah Rm2.50, keropok Jakel dalam botol panjang tu Rm8.00 lebih, Donut macam kat Big Apple tu dua Rm8.00 tau, belum aku ambil makanan berat lagi.
Aku pergi guna Waze, aku dekat berbelas tahun tak masuk area sana, mana nak ingat jalan tu sekarang ni. Senang je rupanya dari tampat aku ni, pergi pula hari biasa, orang tak ramai sangat.
Sampai sana parking pun banyak, 2 jam aku kat sana, harga tiket parking Rm10.00 kau! maklumlah kawasan perlancongan la katakan.
Tiket masuk untuk Upside Down House tu bagi orang dewasa Rm15.00 seorang. So start masuk je guna la segala sudut yang ada untuk ambil gambar. Kawasan dia tak la besar mana, so korang kena tunggu giliran orang lain dah habis bergambar, korang pula masuk, itu pun nasip baik hari biasa, kalau hari cuti lamalah jawapnya ada disana kan?!
Disebabkan habis awal aku menjelajah rumah tu, tak sampai pun sejam, takkan aku nak balik pula, penat aku ambil cuti. So tu yang aku pergi ke Blue Coral Aquarium dan Taman Eko Rimba tu. Menara Kuala Lumpur aku tak pergi, sebab anak2 aku dah besar, mereka tak berminat sangat katanya, "tengok K.L je pun, kita dah biasakan?!" So aku pun cakap " Alhamdulillah", ha..ha. Lagi satu yang ada di sana adalah Mini Zoo, harga Tiket boleh tahan mahal juga, yang ni aku tak pergilah. Kalau aku betul2 nak tengok haiwan sok, aku pergilah ke Zoo negara Malaysia ye tak?!
Layan Album aku ni ye..
Tada 1st gambar aku..
Aku tak pernah pergi ke Upside Down House yang lain, ni yang pertamalah aku pergi, so kira ok la..
Anak2 aku tak pandai nak menggayakan bergambar di Upside Down House macam orang lain, kalau tak mesti lebih menarik macam orang lain buat kan?!
Nak jiwang jap dengan bunga-bunga ni!
Bye..Jumpa lagi..
Langgan:
Catatan (Atom)