Wednesday, February 26, 2014

SAVE THE DATE 29/03/2014. LADIES NIGHT. REUNION.

hai,


nak tahu tak, sebenarnya bulan mac pon tak masuk lagi!... *krikkrikkkrikkkrikk



29 mac tu adalah tarikh yang sangat penting bagi aku dan kawan-kawan-kawan (ex-skulmate TABIKA KEMAS 1994). sebab tarikh tu kiteorang akan berjumpa lalu berjimba-jimba. Ya Allah tak sabar sangat nak pelok cium dorang tau. :p



pic credit : google


sangat lama kiteorang tak berjumpa. lepas sekolah rendah pon ade yang tak jumpe. duduk sekampong pon ade yang tak terjumpe. poyo sangat kan. setelah di bincangkan, maka 29/03 tu kiteorang akan berjumpa untuk aktiviti berborak, makan-makan, berbbq opkos. benda ni dah di rancang seawal bulan 12 ke bulan 1 hari tu ek. yang pasti bende ni dah di rancang dengan smoooooth sangat!



kawan-kawan yang dari KL pon sanggup turun Johor. sanggup mohon cuti awal bulan 1 hari tu. semangat memasing!. yang ade anak pon semangat jugak nak join. wehihihiii tak sabar sangat nak jumpe dorang tau.



pic credit : google

walaupun perancangan awal tu nak becuti-cuti  kat tepi pantai terpaksa di tangguhkan, jumpe malam berbbq pon molek sangat dah. janji dapat lepas rindu masing-masing. selama ni asyik beborak dekat gurp wassap je kan. nanti 29/03 tu borak la puas-puas face-to-face. kite lawan mulut sape yang paling bingit. :p



aktiviti ni patut di gelar reunion. tapi untuk gegirl je uolz. men is not allowed. kecuali nak bawak laki memasing boleh la. ko gila nak tinggal laki kat rumah sementelah kau bersuka ria kat luar. haha




so, pade malam tu nanti semua sepakat collect sikit duit untuk berbbq ni, ade kambing, ayam, sosej, lagi ape ek. lupe la. yang mana nak sponser lain-lain makanan or barang sangat di alu-alukan. aku macam biasa la nak buat dessert!! dah verangan nak buat ape tau. semua untuk kesayangans!!



tema pula purple plus hitam. sebab yun terpengaroh dengan baju jacklyn mase AJL28 ritu. lawa kannn. kiteorang semua berkenan. baju tak bolehh nak over sebab ade aktiviti katenye. kite tunggu je la Ajk-ajk majlis buat ape. kikikiki. ohhhh lagi satu ade sesi tukar hadiah! hadiah mesti balut dengan kertas minyak kaler coklat!. kawan aku ramai dah beli hadiah. aku tak cari lagi. dorang ni terlebih semangat ke ape. kompius mak!.


pic credit : ohbulan!


di pendekan cerita, aku kene cari baju yang sesuai untuk majlis yang penuh misteri tu. :)). dannn cari hadiah!. ya cari hadiah!. nak bagi hadiah rupa ape ye. fening pulak nak pikir.



bile cerita pasal ladies night nii aku jadi tak sabar pun ade. teruja sangat. sebab lame sangat-sangat tak jumpe dengan skulmate ni. gila lama ade yang lebih 10 tahun kooot tak jumpe. debo-debo dade kite ni. kikikiki.



semoga Allah merahmati majlis itu nanti!. dan hope sangat program ni menjadi. ape pon, Allah adalah sebaik-baik perancang. :))



*senyum!



KURSUS ASAS PEMAHAMAN LUKISAN BANGUNAN DAN KOS ANGGARAN KUANTITI (BQ)

hye,



semalam aku pergi kursus satu hari je. aku tak tahulah korang-korang ni suke ke tidak pergi kursus. kalau tanye aku la kan. baik aku pergi jungle tracking dari suruh pergi kursus. kursus tu sangat membosankan kau tahu?. aku kalau di suruh pergi kursus boleh bawak bergaduh dengan boss. eee tak suka tahu!. tapi terpakse la jugak pergi. dah name ko yang naik kannnn.



bab paling tak bestnya, kene drive sendiri pergi Pontian. pffft! pontian koo!! ko ingat aku ni terel kan bab jalan!. pulak tu dekat Pekan Nenas. gilo ke hapo aku sendiri tak pernah jejak kaki kat situ. nyumpah seranah jugak dalam hati kecil ku. cis!!



sehari sebelum pergi Pekan Nenas tu, aku dah study jalan dengan hosmet (orang pontian). jalan paling senang, ringkas dan cepat sampai. sebab petama, aku gerak pagi tu dari kampung (kluang). aku kompiden la boleh sampai dengan selamat!. sebab kedua, senang je kekdahnye tu. :p



seawal sesudah subuh. dalam jam 06.35 pagi,  aku blah dengan hati yang sebal!.
sebal! sebab aku sorang je kali ni yang kene g kursus tersebut! mane tak sebal hati kite ni. :p



pagi-pagi gelap tu aku tekan pedal minyak agak dalam jugak. sunyi tu.... mane ade kenderaan sangat. Pekan Nenas tu jauh gilooo ok. 61 minit kau tahu!! cis! aku sempat jugak tengok kat waze, yang selebihnya aku tawakal je. dah sampai satu kawasan lapang tu kan kabusss tebal gile nak mampuih. aku seperti meredah kepulan asap. eee takot tau kot-kot terselit bawah ketiak langsuir keee... *daya pemikiran yang gila.



aku rasakan perjalanan aku tu sangatlah jauh.....memang jauh sangat la. tu pon hosmet aku tunjuk jalan short-cut lalu parit basilam. seb baik aku pernah 2 kali datang uma die. idok la menjajau-jajauh. jam 7.30 pagi aku selamat dah mendarat kat tempat letak kereta depan dewan besar pekan nenas tu. awal la pulak. aku orang ketiga sampai. aku tengok yang lain lepaks dalam kereta, ade tu siap tido!.
daptar jam 8 kot. sementara tunggu jam 8 tu, perut aku macam biasalah buat hal pagi-pagi. sakitt perut nak uhukk uhukk. eee stress mak, dah la takde sape kat sini. nak g masuk dewan cari toilet tu memang tak la, kang aku kene corogol pulok *pikir sampai ke situ.



punyalah berfeloh-feloh haku menahan. sampai sakit kepala. hahaa selekeh la ko azi. dalam jam 7.55 pagi tu aku tengok macam dah ramai orang, barulah aku verani sikit, itu pon ade sorang akak neman aku sampai aku abes buang hajat. terharu aku. dah la pestime jumpe!. ayat aku masa pestime jumpe "kak, tau tak toilet kat mane?". pfftt. dah sah-sah orang tu baru sampai. "akak pon cari jugak ni dik." balas akak tu. kak nora namenye. so, sama-sama cari, duduk same-same, makan same-same. menapak g semejid pon sesame. sampai melecet kaki aku. punyalah kedokut taknak naik kereta. ala semejid dekat je, 40 meter. mengada tau kalau naik kereta. :p


maham ke tidokkk.. sebenarnya ade 1 lagi modul pasal BQ. tapi tak sempat beliau nak ngajo pasal tak cukup masa. Alhamdulillah....kalau tak entah jam berape nak balik :p


sepanjang aktibiti mendengo tuan penceramah tu sebarkan ilmu, aku adalah dalam 4 5 kali terlelap. sebab bosan. walaupun satu bekas gula-gula diberi secara percuma tetap jugak mengantuk. nak jadi penceramah ni bukan senang tau uolz...kene tambat hati peserta, buat la lawak vodoh ke, aktiviti jungle tracking ke, petandingan kopek nenas keee, baru sego bugor mate, ni idok. adoii sabo je la kite-kite ni. dalam dewan tu ade dalam 150 orang, time mendengo ceramah semua kuyuuu..time makan, segar bugar. eeeeee tak malu tauu dorang tu sume. kite ni sentap tak dapat karipap pusar!! sekejapan abes, mane tak dorang ambil sampai satu pinggan penuh. tak koser aku nak berebut-rebut bab makan ni. cis!. tapi memang tu la lumrahnye, tiap kali aku g kursus, itula perangai memasing. macam die sorang yang membayornye. tah bile sifat kesedaran tu nak datang dalam hati dorang. :p. seb baik Cool Blog ade sponser air. yang tu aku berebut! hahahahaha


kalkulator spesis comel tu dapat free. tak payah sesusah bawak dari opis T__T.
 belajar memahami drawing ni memang sesuatu yang rare dalam kamus idop haku. 





lepas penyampaian sijil, aku terus balik.. bedezupp sampai sesat! tak tahu kemana-mana aku pergi... adoii pontian je pon bukan beso mane pon, tu pon boleh sesat!. terus call hosmet mintak panduan dan dorongan!



fuhhh!!!! selamat!!!




kesimpulannya, kursus semalam Booooring tapi adelah aku bawak balik ilmu...
entry aku hari ni ponn Boooring.... pasal aku takde bende nak citer. jadi citer je la bende ni. sekurang-kurangnya ade lah bende untuk di update. kehkehkehhh



sawadikap!!