Wednesday, March 12, 2014

#PRAYFORMH370

hai..


hari ni dah masuk hari ke-5 misi mencari pesawat B777-200 MH370. masih lagi tiada tanda positif mengenai kehilangan pesawat ini. tajuk muka hadapan BH hari ni petanda pesawat terhempas. aku sendiri sebak tahap bergenang air mata bila baca mana-mana kenyataan baik di surat khabar, buletin utama tv3, siaran langsung di tv 1 mahupun di astro awani. aku memang sentiasa mengikuti perkembagan terkini, info-info yang sohih. setiap kali ade PC terbaru mesti aku dengar baik di tv atau di radio.



sememangnya berita kehilangan MH370 ni sangat membuntukan kepala aku, walhal ramai dah pakar-pakar dalam bidang ni turun padang beri penjelasan sampai mereka sendiri menemui jalan buntu. banyak persoalan dari segi sains sampailah spiritual habis dah di tanya namun masih lagi tiada jawapan tentang di mana sebenarnya MH370 ni???.



sejak kehilangan MH370 ni banyak spekulasi yang aku dapat baik dari grup wassap atau email. ape yang aku cuba buat bila dapat berita ni aku TAK BACA langsung!. aku memang menolak bulat-bulat barang siapa yang menyebarkan berita-berita palsu. memang aku maki habis-habis. orang yang paling bodoh ialah orang yang menyebarkan spekulasi merata-rata. bukan setakat SEBAR malah LIKE, COMMENT sekali. memang aku cop awal-awal mereka ni BODOH kuasa nam ratus. benda yang tidak sohih entah mana mereka dapat lepastu dok sebar-sebar. entah pape. sebab tu aku langsung tak bukak FB. sebab aku tahu berapa punya banyak berita-berita yang manusia bodoh ni cipta.



so, u olz, janganlahhh sesekali LIKE, COMMENT or SHARE pasal spekulasi yang aku kira sangat BODOH. sorilah bahasa aku kasar sikit. tapi aku memang tak tahan dengar spekulasi yang macam nak pijak-pijak je kepala orang yang buat spekulasi sendiri ni. macam lah dorang tu pakar sangat kan. kalau pakar sangat pergi mohon jadi tetamu undagan dekat MHI. nah keluar semua pengetahuan engko tu. sakit betul hati aku. lagi buat aku sakit hati bila orang dok share spekulasi ni. konon-konon ayat nak macam ni "betul ke??" share statement spekulasi. tak ke tu pon same bobbdoh.



adalah lebih baik kita cuma mendengar berita-berita yang datangnya dari sumber yang tepat?. which is berita terkini yang setiap 30 minit ada kat tv3. astro awani pon ade. surat khabar. radio-radio. dengar PC yang live yang bukan di tokok tambah. kan senang tu??. elak kan diri dari tergolong dari golongan yang bodoh. soorrii. tu je aku nak cakap. tolonglah pahami sensitiviti keluarga penumpang dan cabin crew MH370.



selain tu, banyakan berdoa. umat islam ni senjata paling besar adalah DOA. mohon pada Allah dengan solat hajat. tadah tangan mohon keselamatan penumpang dan cabin crew MH370 pulang dengan selamat!. dari sibuk buat spekulasi sendiri pasal agenda politik la *paling aku tak boleh terima* yang bajet macam orang pandai tapi bodoh. cuba fikir sehabis positif!. percaya dengan mereka-meraka yang sedang berhempas pulas melakukan SAR di segenap kawasan ceruk lautan. eeee banyak aku nak membebel lagi ni sebenarnya. cuma satu je nasihat aku tolong jangan jadi orang BODOH.


sekian.

#prayforMH370 #sebak





Tuesday, March 4, 2014

TAMAN ASTAKONA TOKWAN.

hey..


setiap hujung minggu aku akan pastikan diri aku dan femly balik kampung rumah tokwan. kampung pon tak jauh dalam 15 minit je. kejam kalau tak datang jenguk kan. ade satu minggu tu aku tak sempat nak balik kampung jenguk atok, pastu aku rase hidup aku macam tak tenteram. *dramaa..... T T




hujung minggu lepas, sesampai aje rumah tokwan, tengok atok kat taman. situ je la port atok lepak-lepak. membersih taman, menanam, itu ini. atok memang suka taman-taman, bunga-bunga... sukeee gilaaaa. aku tak suka menanam-nanam ni. tangan panas. haha. aku tanam bunga kaktus pon boleh mati pokok tu. apetah lagi nak menanam bunga rose kampung, bunga taik ayam. hahaaa. aku ingat masa kat sekolah dulu, subjek KH pertanian, cikgu suruh buat batas. aku buat batas simpang siurrr macam ulor melingkorrr. i hate subjek pertanian2 ni. memang takde kesungguhan. kalau subjek ekonomi rumah tangga tu aku suka gila. pantang ade pertandingan memasak...cepat jee daptarkan diri. hohohoooo. padahal masak tah pape, asal jadi jeeee. tak pernah pon dapat juara!.




aku ade tangkap beberapa keping gambar untuk di tepek di blog ini. mai la kite tengok....






bunga kertas atau bougainvillea.. 



kawasan belah atas tu dah kebun. ade durian, manggis, rambutan macam-macam lagi. dulu atok ki aku ade tanam pokok buah naga. sekrang dah takdo. 



rumah orkid.. 


spesis tapak kaki tak sakit boleh pijak batu-batu ni. iolz tak mampuuu...akiit!




tokwan tanam kobis kat sini. blurpp kenyang banyak kali dah makan kobis hasil tanaman tokwan. :)



sempurna!









tak tahu ape nama pokok ni, tapi cantik kalau tanam tepi-tepi rumah or pagar. penuhhh menimbun. :))


tak kisahlah ape pon hobi tokwan, yang penting tokwan dan tok ki sihat. kadang tu dari pagi sampai tengahari kat taman je, terlalu asyik dengan bunga-bunga nya. sampai qisya pon dah pandai ajak tokwan pergi taman. haha. ibu aku pon selalu juga tanya tokwan pasal cara nak tanam pokok itu ini, lagi pasal tanah bakar, tanah organik bagai. aku tak tahu pekebende. kakak aku pon tak suka tanam bunga-bunga. die lagi pelik, suka pergi kebun. menyangkol eeeee tak koser mak.. banyak nyamokk. hahahaaaaa *statement ko azzii!!


ok, baiii


anda juga meminati entry ini:

BABY KAK MAS, DIELA DAN FIQA.

hai........



aku nak beritahu satu berita gembira!. u know what! anak sedara aku dah makin bertambah!. anak sedara tu bukan dari kakak aku ye. anak sedara dari kawan-kawan aku. ex-class DAT kat poli dulu. tahun ni ramai sangat kawan-kawan aku yang kawen. mengandung. beranak. berpantang. eeee kenape ramai sangat. nak kasi jeles iolz keee... haha. tapi sepatutnya umur macam ni dah layak sibuk dengan anak-anak ye tak.. insyallah adelah rezeki untuk aku. #keepcalm



memula sekali anak kak mas nombor 2. Muhammad Aqil Faris. yang sulung pon lelaki. lincah tau abang die Syahid. aku pegang kejap je dah kene smack down. haha.. gurau je kak!. kak mas besalin selepas beberapa hari pergi jemputan miela. tak silap aku 2 hari lepas tu kot. baby nak jumpe anti miela dulu ni baru nak keluar. hehe. kite doakan akak dapat bby girl pula lepas ni! amin~


Faris dan abang Syahid. geram je tengok budak dua ni. nak kunyah-kunyah. :p. dua-dua mummy zy sayang. besar nanti jadi lelaki yang bertanggungjawab kepada keluarga, agama, bangsa dan negara!. wahh patriotik ko azi!


lepas kak mas bersalin. baru diela. aku tak sure sape dulu keluar. aku yakin kak mas dulu yang besalin. hehehe. baby diela yang comel gebu ni geram tengok tau. kalau dekat aku gigit dah budak ni. hahhaa. Nur Fatin Umairah Binti Aminuddin. sedap name. pandai umie awak pilih. tak tahula mimpi berapa lama nak bubuh nama awak. besar nanti jadi muslimah sejati untuk agama dan keluarga tau!



lepas diela, aku pasti fiqa pula besalin!. muka kecik comel macam cina. putih gebu ni kalu beso kang. Izzara Dalisha Binti Mohd Azwaar. sedap nama awak. memang pandai la kawan-kawan aku ni pilih nama. sedap-sedap. aku pon teringin nak bagi name kat baby. setakat ni aku bagi nama kat kucing, sekor tu name die stoken, sekor lagi jaket. hiba nama kucing ko azi!

hai, baby Izzara, besar nanti jadilah muslimah yang membanggakan agama dan keluarga ya!!



ade lagi sorang anak Eim, aku takde pic anak die. perempuan tak silap aku. hope anak Eim sihat dan cergas bagaikan juaraaaa!!! untuk berbakti kepada agama dan keluarga!!


bai..mummy zy sayanggg semuaa!!!. 


so, next baby plz?? attn : miela heheeee





Monday, March 3, 2014

MIELA KAWEN.


hello.... hai miela, entry khos untuk engko.


tadi aku story pasal majlis kawen kazen aku iaitu wanie. kebetulan majlis wanie tu same dengan miela. semua berebut nak kawen mase raye cina kan. haaaa aku ni yang jadi tetamu bingung!. tu pon aku terpakse lepaskan satu jemputan kawen ex-skulmate aku aisya. sorilah Scha oii. 



oleh sebab aku terlepas majlis sebelah miela, so aku datang majlis belah lelaki iaitu suami miela Fazli. nak ke rumah fazli ni agak susah juga. kawan aku pon ade yang sesat. aku je 2 kali u-turn. jauh pulak tu. takpe demi ko miela. heheeee. 



aku sampai dalam jam 12.30, terus makan. sambil tunggu kawan-kawan aku yang lain sampai. dorang pon tak sempat datang belah miela kat pontian. elok la tu, aku adelah juga member. dalam jam 2 petang kot, aku dengar bunyi kompang. tu maknanya miela is on the way!. hehehee





suke ko miela...sape tak suke kawennn kan.. :))


to miela : aku ade gambo vurok ko tengah makan. bersungguh sangatt ko makan kan. hehehee.
ape yang kak mas bebelkan kat belakang tu??



udang tu yang aku tak tahan. 

aku ambil gambar miela ni sikit je. yang lain aku rembat kat fb beliau. kahkahkahh



ni majlis belah miela sehari sebelum majlis belah laki. kawan aku ramai kot yang datang dari melaka pon ade. sayangnya tak dapat jumpa dorang. mesti meriahkan tapi aku bet, mesti lagi meriah kalau aku ade. hahahaaa *comel je mak buyung diela tu. tunggu hari katenye mase datang majlis miela. sekarang sedang berpantang :))




setel dah majlis resepsi. seminggu dorang gigih daki Perak untuk honeymoon. elehh siap post kat grup wassap!. ciss buat jeles aku lettew!....sori k, hakak kalau honeymoon tak main la perak-perak ni. hakak dok rumah sental periuk belanga je. bermakne honeymoon hakak tau!. hahaa



gambar tak standby katenye. tapi aku nak juga letak! :p 

to miela : semoga perkahwinan mu kekal hingga ke jannah. di kurniakan kesabaran dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang mendatang. juga di kurniakan babies yang soleh/solehah, comel macam aku, juga bijak!


WANIE KAWEN.

hai,


entry basi, baru nak up. hehehe..


raye cina haritu, kazen aku kawen. kira anak sedara abah aku lah. adik badik aku ni lain pesen sikit, kalau sedara mara sepupu sepapat belah abah, memang tak rapat. berbeza pula dengan belah ibu. kimia antara sepupu sepupu belah ibu ni rapattt sangattt!


oklah meh la tengok orang johor punya tradisi kawen. besok ko nak kawen dengan gadis johor wajib la bace entry ni. ehehehee


jumaat dan sabtu aku stay Felda Lok Heng, Kota Tinggi Johor. rumah adik ayah. kengkonon nak rewang (gotong-royong) mane yang patut. kiteorang sampai pun dah malam, malam tu wanie nikah.



 aku sampai rumah wanie magrib, tengok makcik dengan kazen-kazen aku sedang menggunting bunga-bunga ni. buat bunga rampai. lepas nikah ade mejlis berinai katenye..



lepastu, aku skodeng pelamin si wanie ni. ringkas je. aku suka. tapi sebelum ambil gambar ni aku tak betulkan dulu kedudukan kipas tangan tu. :p bebudak buat main ni. 


dalam jam 09.48 camtu, sah dah zikry ni jadi suami pada wanie. dengan sekali lafaz. hooii muka zikry lepas akad, sangat lah lega tanpa berselindungggg. sangat gembira beliau melafazkan akad dengan sekali lafaz. aku teringat ayat spontan beliau "SELAMAT AKUUUUU..." sambil urut dade. hahaha lawakkss tahu!


yang ni lafaz ta'liq suami kepada isteri kepada suami.. part ni ade macam lawak sikit kalau kene dengan pale otak aku lah. sebab aku ni bukan pokus dengan maksud ta'liq tersebut. aku lagi pokus dengan kekanda berjanji kepada adinda. wakakaka aku rase kekanda adinda tu sangat menggeletek hati. besok aku punye aku nak tuko jadi I and You. kahkahkah #azitakpernahpandangseriusbendani


lafaz sakinah antara ibu dan anak perempuan. lafaz sakinah ni kalau kita tak nak buat pon tak pe. makcik aku tak nak buat, nanti banjir felda! hahaha. besok aku kawen aku nak buat lafaz sakinah ni. #kuatdrama


selesai sesi sarung cincin masing-masing, salam dengan semua tetamu yang hadir. aku tak dapat nak tangkap gambo dorang sarung cincin. sesak napas ramai orang dok kerumun.


baju nikah wanie rekaan sendiri katanya. aku ingat-ingat lupa. yang penting warna tu lawa!


aku sebenonye tak berape gemar dengan chandelier kat belakang tu. 



elok di padam aje. baru nampak cun melecun cemtu. hehe

masa ni, majlis berinai. ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan letak inai dekat tangan pengantin. lepas ibu bapa, adik beradik dan sesape je yang kepingin nak letak inai kat tangan pengantin. dapat yang kaki dengki, letak kat hidung, pipi etc. haha. kalau ikut belah ibu aku takde majlis malam beriani, lepas nikah makan-rewang-tido. hehe. nasib baik juga belah abah ade buat majlis berinai ni, merasa lah juga hakak!


kendian, tukar-tukar baju. dari jawa sampai ke jepun. banyak baju dorang tukar. aku dah lapoo mase ni. sempat ambil 2 baju ke. gambo dari camera capuk aku pon tak lawa mana. segan dengan potograper punya camra digital tahap lensa sampai hidong pantin! hihihii :p


baju jepun ngko!!

malam tu memang tido lambat!. siap makcik aku ajak mentong (supper spesis ulang makan). tapi aku tak larat dah. nak sorong bantal dah kepala ni. cecepat cop tempat melepak. rumah makcik aku malam tu ramai kott. kang lambat takde space. tido engko kat luar kang. hehee. tapi kan kan kan makcik-makcik aku ni dorang pesen tahan mate sampai subuh. doh beborak beborak sampai pagi ilek je. dapat aku memang idok la, jam 12 tu macam dah 3 4 pagi. mustahil lah kalau aku turut serta! :p


pagi-pagi lepas subuh kat dapur sibuk buat sarapan. aku tolong mane yang patut je. :p. ehhh copp banyak juga aku buat kkk. aku tolong goreng mee, goreng nasi, goreng karipap. euuuhh semua bergoreng. mane tak bambamm hakak ko ni!


oh ye!. gambar kat atas ni, aku tolong makcik aku cucuk bunga manggor (mangar) kat betik. aku ni tangan dahlah tak berseni, tak pape jadi nye. makcik aku repair balik. :p



jam 11.00 tengahari orang jemputan dah mula ramai. 
menu : daging masak kicap, ayam masak merah dah lain-lain. ade tofu colorful, siap panggil orang putu piring bukak kedai kat sini. hehe. putu piring pemes dekat felda air tawar 1 kot. 


berkat wajib ade. bahagian-bahagian ni aku tak tahu. makcik aku ni banyak sagat goodies bag untuk A B C D E F. aku pon tak paham. hehee


ibu bapak pengantin. makcik ku terpejam mata. dan pakcik ku En. Mazlan. ape lah yang kak yan (baju hijo) tengah buatt tu??


ni kazen aku paling vogue. hoii umur rahsia.. tapi aku nak beritahu jugak umur kak lina 40-an tau. OOTD  beliau haritu #hidupJDT :). sikembar anak kak yan sedap tido. elok kak lina jaga duit salam kerok (orang  johor panggil salam kerok means berisi la kot maksudnya macam duit sumbangan ke gitu)


lawo baju pantin. wanie duduk dan kerja dekat KL. so beliau memang up-to-date dan lawa gila babas punya baju. 


aku duduk kat pelamin. wajib duduk kat pelamin muka aku ni. :p. pasal nak jadi TOLL GATE GURL. wakaka. korang yang luar dari  johor pn mesti tahu kan. orang johor ni banyak toll sebelum sampai pelamin. ekceli benda ni just joke. suka suki je. yang mane terlebih extreemm tuuu makkk ponn takott. aku dapat singgit standard le tuu tapi yang penting sampul JDT. ranap dah sampol aku tu kene makan dengan 'pirana'. hahahaa


no, money no bini. hahaha *joke!. biasanya pihak lelaki memang dah standby bende-bende gini. tu belom yang berlawan pantun dengan mak andam. aku yang kat bawah ni sipi-sipi je nak kene ai lio dorang. #sabojela



wanie & zikry


selesai majlis belah perempuan!




seminggu lepas tu, majlis belah lelaki pulak. kalau ikut orang johor, pasangan pengantin ni jalan same-sama menuju ke pelamin. takde tol-tol bagai belah laki ni. kikikiki, orang jawa panggil ngundur menantu. eh betul ke orang jawa yang panggil??


kompang-kepish-kompang-kepish. hehe
ade sesetengah tempat siap barongan or  kuda kepang. ade juga yang zapin.


sebelum dorang terus ke pelaminan, duduk sebentar di bawah pintu gerbang asmaradana tu, untuk menyaksikan persembahan silat dari tetamu yang berminat plus paluan kompang tak kan berhenti sampailah pengantin duduk kat pelamin. kebanyakan lagu yang dorang main lagu-lagu rakyat berunsur tauladan lagu yang mengusik pon ade juga. tapi, ade pengantin kesah? hehee



pelamin belah laki buat kat luar rumah. aku rasa better kot. idok la semua rombongan nak masuk dalam rumah. hehee

yang kecoh-kecoh depan pengantin tu, aktiviti cempak duit dan gula-gula. mase ni aku blur gila. ape bende dok terbang sane sini.. dasar gila aku ni. haha. sepatutnya bukan pengantin ke yang baling?? ni mak andam kot yang baling. :p



ibu aku sibuk suruh ambil gambar bumbung canopy ni, lawo dan cantik katenye. sekali orang rewang tu cakap canopy camni 11k!. fengsan akuuu.. tak kawen la aku gamaknye kalau ibu aku nak cengitu. #sayangduit




ni lah pintu gerbang asmaradana yang aku cakap tu.. red carpet engkoooo. 


kalau nak ikutkan tradisi sebeno orang johor bukan camni lah. ni kira beberapa peratus je. yang lain-lain peratus macam berarak dengan kain batik di ikat di pinggang pengantin perempuan dan lelaki. dan sebagainya. aku pon tak paham sangat maksud-maksud orang-orang lame ni. rasanya ramai dah tak buat. arwah nenek aku dulu ade buat dekat anak die. so, sekarang dah takde sape nak sambung tradisi tu. :)


pokoknya, biarlah majlis itu penuh dengan keberkatan. 

sekian.

ok, abes dah. panjang lebarnyeee entry kali ni. letih aku. lepas ni update cerita miela kawen pulak!


curi gambar kat fb wanie. hehe. SELAMAT PENGANTIN BARU WANIE. sebulan sudah. hehe