Tuesday, June 23, 2020

Journey AA: #11 – Ketagihan bila kau rasa kesan ketagih itu...

Selasa
23-06-2020


Sejak PKPP bermula 10 Jun lalu, pergerakan kita semakin rancak, perjalanan semakin luas, aktiviti semakin banyak.

Saya sudah memulakan rutin beriadah (briskwalk dan berlari anak) pada setiap Sabtu & Ahad sebaik sahaja PKPP bermula. Sebelum PKP dulu saya sering berulang ke Taman Pudu Ulu. Kawasan riadah yang paling dekat dengan rumah saya.

Kemudian bila saya mencuba Taman Tasik Permaisuri (dulu selalu juga ke sini, bertahun dah tak datang sini), saya rasa semakin seronok kerana lebih luas dan banyak pokok. Tasiknya ada banyak ikan yang sengaja dibela bebas dan ramai orang datang membawa keluarga, berjalan sambil memberi ikan-ikan di tasik makan roti dan melihat ikan-ikan melompat. Seronok juga perhatikan depa.

Aktiviti lain juga rancak selain jogging. Ada banyak kumpulan tai-chi dan yoga. Setiap minggu memang ramai orang datang bersama keluarga dan geng. Kerana kawasan taman tasik ini luas, kita tidak akan terasa kesesakan kerana setiap orang bergerak aktif dan tidak berkumpul. Hanya beberapa kumpulan kecil (family) yang duduk di tepi tasik, bentang tikar, buka bakul dan bekas lalu depa bersarapan di situ.


Wajib bersarapan sebelum memulakan sebarang senaman.
Shake paling mudah. Sebelum dan sesudah.

     

       
Beberapa siri larian & briskwalk saya.

Ada larian yang saya rekod, for submit kepada penganjur larian. Saya join virtual run 7km. Saya buat dua kali larian untuk melengkapkan 7km saya.

Bila sesuatu aktiviti yang menyeronokkan, ianya menjadi suatu ketagihan dan keinginan yang sukar dilepaskan dari rutin harian.

Bagi setengah orang, untuk aktiviti sebegini selalu nak ikut orang, nak orang ikut dia as teman or geng. Bagi saya, walaupun kadangkala Dak Alia selalu ikut, kami tidak lari bersama. Saya lebih suka sendiri, pasang lagu di telinga dan layan. Sedar-sedar 2 round. Tahu-tahu dah 3 round.

Tayang-tayang antara menu eat clean saya:

Asam pedas siakap, buncis tumis dengan isi ayam (guna minyak kelapa), nasi putih berulam bawang putih stim.

Laksa Johor versi sihat.



 ~...sawah bendang sudah mulai kering dan berdebu, seperti lazimnya tahunan warga Kampung Separuh Desa akan mula merancang menarik layang-layang besar kecil bercampur anak-anak tinggi rendah tidak terkecuali HISYAM yang sering diangkat menjadi peneraju layang-layang besar paling gagah dan SERI BULAN menjadi pemegang tali layang-layang paling cantik...~



Wednesday, June 17, 2020

Raya TwentyTwenty cara kita...

Wednesday
17-06-2020

Sempadan negeri sudah dibuka di seluruh negara. Dipaparkan sejak minggu lalu, hari Sabtu dan Ahad menjadi hari yang sibuk. Jalan raya penuh kereta bilamana rakyat mula keluar beraya dan lebuh raya juga menjadi medan sambung raya. Pulang ke kampung menjadi agenda utama warga kota sejak 10 Jun lalu. Kami, belum lagi.

Minggu lalu, saya menyertai MyToklaki dan beberapa orang kawan sejiranan (plan 7 orang sahaja), berkongsi bergotong-royong membakar lemang. Makan sendiri. Masa raya haritu, susah nak nampak orang jual lemang. Well, masak sendiri itu lebih memuaskan.

Perancangan dalam masa seminggu. Tempah buluh di tempat biasa, kampung orang asli di Hulu Langat. 100 batang.


Usahasama sebegini sudah selalu dibuat. Tahun lepas kami buat lebih banyak lagi dalam program lebih rasmi, Majlis Raya. Kali ini santai dan tidak hebahan. Mana-mana jiran rapat yang singgah, ada rezeki untuk dapat sedekah. Syukur juga petang Sabtu itu, cuaca baik sekali, redup dan berangin. Risau kerana sehari sebelumnya, hujan sejak tengahari sehingga malam.




Selain lemang biasa, depa juga buat Lemang Durian. Isi durian dicampur bersama santan dan dibakar bersama pulut lemang. Bagi orang diabetic macam saya, pulut pun tak boleh makan, apatah lagi durian. So kita ambik bau saja.

Esoknya, Ahad saya bersama MyKakak yang datang dari kampung (beraya dengan anak-anaknya di KL), pergi beraya di rumah abang sulung kami di Sg Kantan, Kajang.


        


Walaupun tidak ramai, cukup menjadikan majlis ini majlis beraya pertama saya yang meriah.


Kami potluck sebenarnya. My anak menakan seorang chef di Hotel Kloe masakkan mihun goreng yang sedap. Kakak ipar sediakan Roti Jala, Rojak Ayam dan Serunding untuk digandingkan dengan lemang yang saya bawa. Saya bawa Karipap. Padat bukan karipap angin. Depa kata sedap. Heh heh heh.


Kerana saya tak boleh makan pulut, tidak juga makan mihun goreng, saya masih boleh merasa nikmat sedap dan kenyang dengan memilih Rojak Ayam, tanpa kulit bersama telur rebus, timun, sengkuang & tahu.

Harapan, agar akan ada lagi sesi beraya yang lain selepas ini.


 ~...bila saja ada gotong-royong, HISYAM paling teruja hendak sertai walaupun masih tidak kenal mana alang mana palang, mana jendul mana bendul tetapi dia tidak akan pernah lupa Emping Lemak diratah bersama kelapa muda sehingga SERI BULAN mengadu Lempeng Kelapa Garing tidak lagi mendapat Kepujian Kelas Pertama...!~



Friday, June 12, 2020

PKPP: Perjuangan yang belum selesai....

Friday
12-06-2020

Selepas 84 hari bekerja dari rumah, saya akhirnya kembali bertugas bekerja di ofis. Ada banyak tugasan menanti. Walau kami terus bekerja tidak tentu masa sepanjang WFH, bekerja di ofis, di work station sendiri, amat berbeza.

Dengan persekitaran yang  mendorong dan komunikasi lebih teratur, saya lebih memilih untuk segera kembali ke pejabat. Lagipun ada banyak projek tender yang sedang diusahakan. Dalam keadaan sekarang, pelbagai usaha harus digiatkan lagi.

Dari hari ke hari, mendengar berita baik dan semakin positif tentang perkembangan COV19 negara, sangatlah memberangsangkan. Dan, apabila sekatan rentas negeri ditarik balik, seluruh rakyat melompat. Saya, apabila sudah mula kembali rutin ulangalik ke pejabat, akan mengambil masa untuk menyusun semula jadual kehidupan. Buat masa ini tidak dapat dipastikan lagi bila waktu sesuai untuk kami rentas negeri. Seronok juga kalu dapat sama-sama bersaing di lebuh raya. Ke sana, ke sini, kan?

Ternyata apabila kembali ke rutin lama, kesibukan itu akan kembali dan saya dapat rasa masa untuk saya graf rancak berblogging akan kembali menurun.

Masuk hari pertama Rabu lalu, orang pertama menegur saya ialah, kakak cleaner. Kami biasanya memang menjadi staf early bird. Dia orang terawal yang saya jumpa di lobi. Terus menegur, “Kak Azie dah kurus! Pipi dah kecik.” Katanya dalam slang Indon.

Hahaha... setidak-tidaknya, itu menjadi suntikan semangat di hari pertama. Dan buat saya rasa lebih seronok dan bahagia.

Perjuangan menghentikan rantaian COV19 harus diteruskan, dan begitu juga perjuangan saya untuk meneruskan komitmen menjadikan amalan eat clean sebagai amalan hidup saya.

Tayang-tayang antara menu eat clean saya:

Seperti biasa, sarapan simple lagi mudah, tapi berkhasiat

Lunch hari pertama kembali ke ofis. Nasi beras perang, bawal emas grill dan sayur rebus.

Snacking. Sebiji oren bersama Greek yogurt. Ini memang paberet saya. Sedap!

Lunch pada hari kedua, semalam. Organic macaroni goreng bersama cendawan, isi ayam dan sayur. Makan bersama ayam bakar AF.

Sesuatu yang berubah ialah, masa bekerja kami sudah menjadi pendek bilamana kami tidak lagi ada kerja lebih masa. No OT sehingga diberitahu.

Seronok betul bila dapat balik kerja ketika matahari masih terang dan boleh sampai rumah sebelum maghrib.



 ~...setiap kali ada rindu menyinggah serambi Teratak Nyatuh, SERI BULAN amat tahu HISYAM pasti melintas laman, pantas sahaja dia menerpa menunjuk wajah sambil menunjuk hidung tak mancung, tapi semakin menebal pula dendamnya bila jejaka idaman Kampung Separuh Desa itu hanya menunduk muka walau mata nampak mengerling...~



Tuesday, June 9, 2020

Journey AA: #10 – Cabaran melawan diri sendiri...

Tueday
09-06-2020

Mengamalkan Eat Clean tidaklah susah. Bak kata coach saya, senang untuk buat, tetapi lebih senang untuk tidak buat.

Bukan tidak ada cabaran. Bukan tidak ada godaan. Secara peribadi, saya hanya hadapi cabaran diri sendiri sahaja. Setakat ini, bab halangan langsung tiada. Saya bebas untuk buat eat clean pada bila-bila masa dan di mana saja. My support system kat rumah, tidak pernah memberikan masalah, malah depa sentiasa support.

Dalam sesuatu musim, akan ada suatu tempoh khas yang disebut Detox Day. Bagaimana ianya dilakukan? Boleh pm tepi. Ahaks.

Apa saya makan dalam tempoh itu? Yaaa... Bukan solid food. Jadi di situlah cabarannya.

Antaranya:

Dah terbiasa, jika saya buat Projek Keripop, mesti banyak. Kali ini: 3kg kentang + 1.5kg tepung gandum = 120++ pcs karipop frozen.

Saya sedekah sedikit Keripop pada kawan di Ampang, lalu disedekahkan pula mangga dari pokok di laman rumahnya.

Lalu saya buat Kerabu Mangga. Paberet anak-anak ni.

Di hari berikutnya pula, saya buat projek Popia Frozen pula. 100 pcs. Simpan beku untuk stok anak-anak. Ada juga yang sudah sedekah pada beberapa orang jiran dan parents kawan anak-anak.



Cabaran bagi orang yang mahu kekalkan amalan Eat Clean, ialah disiplin diri sendiri. Sejauh mana hati kuat untuk tidak tergoda makanan sedap dalam rumah sendiri, dan hasil karya sendiri. Sekuat mana pula semangat diri untuk tidak melanggar ‘peraturan’ Eat Clean. Hanya diri sendiri sahaja yang tahu bagaimana mengendalikannya. Only U know how to handle.

Tidak ada istilah terlewat apatah lagi bila menyedari diri sendiri sudah ada penyakit. Kita tidak boleh lagi menunggu orang memberi nasihat atau mendesak kita melainkan diri sendiri mendesak usaha sendiri untuk mengubah sesuatu.

Saya sedang mengubah sesuatu.

Tayang-tayang:

Lagi antara menu eat clean saya: Nasi putih berulam bawang putih stim, Bawal Emas grill AF, Asparagus goreng bersama Udang.

Simpan sini. Before & after. Pic terkini itu diambil pada 06-06-2020.

Saya akan terus menyimpan rekod setiap perubahan, di sini. Untuk rujukan dan pendorong semangat sendiri. Atau mungkin anda di luar sana.

Ayuh...!


 ~...memang sudah menjadi hasrat dan impian SERI BULAN untuk menjadi kekasih yang unggul kepada seorang lelaki yang sedap mata memandang bernama HISYAM, tetapi bila lelaki itu sering mengingatkan janji “platonik” maka hasrat itu terpaksa disimpan di gudang belakang yang sekelilingnya penuh rumput dan lalang...!~



Sunday, June 7, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Sunday
07-06-2020

Entri terkini selepas mendengar perutusan terkini dari PM pada petang tadi.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan diubah kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun–31 Ogos 2020.

Paling utama, seluruh rakyat menanti Rentas Negeri Dibenarkan. Nahhhh... Sudah melompat bintang semua orang tadi, kan...?

Alhamdulillah. Kita semakin hampir kepada kehidupan kita yang dahulu. Pun, seronok juga kita ada perkara baru, amalan & budaya baru untuk dijadikan rencah kehidupan.

Ahhh betapa TwentyTwenty ni sangat bersejarah.

Ramai dah mula plan, bila nak balik kampung. Entah-entah 10 Jun dah mula jem hiway utara selatan timur barat.

Kami? Rasanya tidak mahu berebut dulu. Lagipun, memo dari ofis sudah mengesahkan, semua staf yang WFH selama ini dipanggil masuk ofis semula seperti biasa bermula 10 Jun. Ada banyak projek menanti. So saya nak fokus dengan kerja-kerja ofis dulu.

InsyaAllah, kita akan semakin ok dari sehari ke sehari. Jaga diri masing-masing, yaa....

*content entri ini juga sama seperti di FB saya.



 ~...pernah berhimpit di dalam bas lompat-lompat ketika sangat teringin hendak ke pekan dek kerinduan dan kebosanan terkurung di Kampung Separuh Desa, lalu HISYAM hanya mampu senyum simpul bila SERI BULAN mabuk kepayang...~



Saturday, June 6, 2020

Kisah Tok Kadi: kadi hensem pulak tu...

Sabtuday
06-06-2020

Saya pernah tulis tentang siri drama Kisah Tok Kadi ni di FB saya. Masa tu, siri ini sedang showing, musim 1.

Musim 1 berakhir dengan perkahwinan Ustaz Shahrul dengan Umairah. Btw, nak tanya, kalu ikutkan kisah benarnya, Ustaz Shahrul Singapore tu, betul-betul kahwinkah? Kerr... masih bujang hingga sekarang? Ada sesiapa tahu?


Selepas Raya haritu, siri ini bersambung dengan Musim 2. Ustaz Shahrul sudah pun berkahwin, dan bawa isterinya Umairah tinggal sekali dengan emaknya.

So far, baru nampak 2 episod saja ditayang. Kena layan di YouTube lah nampaknya. Yang saya dok tengok, tidak banyak kisah rumahtangga depa. Masih berkisar kisah kerjaya Ustaz Shahrul sebagai Naib Kadi. Masih pegi sana sini nikahkan orang. Tapi sudah ada pembantu baru. Agak kerek jugaklah pembantu dia. Orang baru katakan.

Siri ini ditayang di tv Suria Singapura pada 2016. Ia menjadi siri yang sangat popular  dan pernah menang Anugerah pada 2017.


Saya suka drama ni, kerana ianya santai. Banyak sense of humor. Selamba buat lawak. Seorang ustaz muda, bujang, manja tapi tegas dalam tugas. Ada kawan baik nama Isa (yang kemudian jadi abang iparnya), yang juga kelakar dan selamba. Ahh memang ngam lah depa berdua nih.

Apa yang paling saya suka? Ohh lagu OSTnya. Lagu pengenalan yang best. Irama kompang lagu ADUHAI itu sangat-sangat catchy. Kalu cari di YouTube ada banyak lagu itu dimainkan oleh beberapa kumpulan kompang di majlis-majlis kahwin.

Tapi bagi saya, lagu asal itu juga yang sedap didengar.


Memang tak jumpa di mana-mana lirik lagu ini, so saya tulis sendiri berdasarkan YouTube. Hahahaha gigih tu.

ADUHAI
Aduhai... adudu adu aduhai
Cantik berseri, cantik berseri raja sehari
Aduhai, adudu adu aduhai
Bagai merpati, merpati dua sejoli

Adu aduhai, adu aduhai

Kuntum idaman di taman bersemi sudah
Buat hiasan, hiasan di taman hati
Ijab terlafaz sudah kabul pun sudah
Bersanding kini bersanding raja sehari

Di gunung kasih, di gunung kasih terpadu janji
Sumpah setia, setia cinta sejati
Moga istana dibina kekal abadi
Di bawah lindungan Yang Maha Mengasihi

Aduhai... adudu adu aduhai
Cantik berseri, cantik berseri raja sehari
Aduhai, adudu adu aduhai
Bagaikan merpati, merpati dua sejoli

Jika dilihat di Youtube, kumpulan Kompang AKRAB paling banyak bawakan lagu ini di majlis kenduri.

Dari siri drama itu juga, Beto menang Pelakon Lelaki Terbaik Pesta Perdana 2017 Singapura. Saya memang minat Beto Kushairi sejak dari awal dari menjadi pelakon. Saya pernah menulis entri juga tentang beliau di tajuk ini: “Selagi Masih Ada”: BETO tu bakal ganti Dato’ Jalaludin Hassan...! Entri ini saya tulis pada 2012.

Dan benar, dia memang pelakun berbakat.



 ~...bila mendengar khabar tentang kecurangan HISYAM dan hubungan sulitnya dengan Si Bonah di belakang SERI BULAN, sungguh mendukacitakan hampir seluruh warga Kampung Separuh Desa kerana masing-masing mengharapkan pelamin biru itu adalah milik mereka berdua...~



Thursday, June 4, 2020

Journey AA: #09 – Puasa 6, bukan sebarang puasa...

Khamis
04-06-2020

“Ulamak Mazhab Syafie menyatakan: Yang paling afdhal dalam melaksanakan puasa sunat enam hari di dalam bulan Syawal adalah secara berturut-turut yang dimulakan selepas Aidil Fitri, jika sekiranya tidak berturut-turut, (misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari dalam bulan Syawal) atau melewatkannya hingga ke hujung bulan, maka itu juga turut mendapat fadhilat al-Mutaba‘ah (puasa yang mengiringi) kerana ia benar-benar berniat untuk menyambung enam hari di Bulan Syawal.
Ulamak berkata: Dan amalan ini bersamaan berpuasa selama setahun kerana setiap kebaikan itu akan diganjari 10 kali ganda, maka puasa Ramadan bersamaan 10 bulan, dan 6 hari Syawal bersamaan 2 bulan.”


Saya mulakan Puasa 6 pada Syawal 4. Tiga hari sebelumnya, bermula dari Hari Raya Pertama, merupakan hari Cheat Day saya selepas melalui Detox Day selama 3 hari.

Menu saya pada Puasa 6 Day 1
Quinoa Goreng (seperti nasi goreng), bersama sayuran dan ikan mackerel grill AF.


Puasa 6 Day 2
Nasi Lemak. Saya masak bersama susu segar dan sedikit santan.
Seketul ayam masak merah, ayam bakar, telur rebus.

Puasa 6 Day 3
Nasi putih bersama kari bawal emas bersama karot dan bendi.
Asparagus goreng (dengan minyak kelapa) bersama bawang putih dan udang.
Saya suka asparagus. Rangup dan lazat.

Puasa 6 Day 4
Sup Suhuun bersama bebola ayam. Saya buat sendiri bebola ayam.

Juga buat Bergedil Quinoa. Baki quiona haritu yang saya simpan beku.

Idea bergedil quiona ni dapat dari rancangan masak-masak di channel TLC (Astro 707).
Ada mat saleh masak burger guna quinoa + kentang. Saya olah menjadikan ianya bergedil.

Bakar guna AF saja. No minyak at all.

Makan bersama Sup Suhuun, memang kenyang.

Puasa 6 Day 5
Nasi putih bersama ayam bakar. Sayur rebus & sayur mentah.
Sambal sihat (sentiasa ada stok – tumis dengan minyak kelapa + garam bukit)


 


Sebelum memulakan meal, saya mulakan iftar dengan shake dan vitamin. Ada ketikanya, saya mulakan shake sahaja dan makan berat selepas solat maghrib. Ada ketika, sekali jalan semua sekali.

Cendol itu saya olah dengan mencampurkan shake. Tidak perlu pening nak masak air gula melaka or santan segala.

Untuk bersahur, saya tak pernah ambil meal. Cukup hanya dengan shake + kurma atau kadangkala bersama rolled oats.

Alhamdulillah, Puasa 6 saya selesai dengan jayanya.

Pada hari ke-6, anak-anak belanja Ayam Goreng KFC.

Nampak tak ketamakan di situ. Pastu, makan seketul, dah mengah.

Antara perubahan yang baru saya rasai sekarang ialah, portion makanan. Bila sudah terdidik untuk Suku-Suku-Separuh, automatik rasa kenyang walaupun nasi hanya segenggam. Dan ayam goreng sebesar itu sudah cukup buat saya rasa terlalu banyak.

Alhamdulillah.

‘Sapa buat, dia dapat.’



 ~...mengharapkan HISYAM untuk belanja segala menu orang puteh memang akan menjadi suatu harapan kosong kerana dia beralasan SERI BULAN tidak cukup putih untuk melayan segala barangan import...!~



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails