Saturday, December 31, 2011

Dating Terakhir yang Bukan Mutakhir...

Assalamualaikum
Sabtuday
31-12-2011



Hari terakhir bekerja di tahun 2011. Juga hari terakhir 2011.



Kalendar baru 2012 sudah gantung semalam. Masih ada PURPLE di situ. Siap ada waktu solat sekali. Terimakasih PPZ.



Dating santai terakhir 2011, semalam. Dengan seorang teman yang paling “baik-jahat”, paling cepat menangkap silap aku, paling kritis, paling sinis-sarcastic... dan segala yang paling, termasuk paling baik hati dan pemurah! > yeahhh ayat bodek sebab dapat makan ketam free!

Ketam tu seekor RM12 tau. Ayam Kampung Organik seketul RM4.50 dan Udang Galah tu seekor RM5! Masih dikira murah olehnya. Purse PURPLE tu tak ternilai harganya, kerana itu cenderamata ingatan dari BLOGGER INI...!



Terimakasih atas ingatan seorang kawan yang baru pulang dari bercuti di utara dan singgah Padang Besar, belikan aku snek ni.


Tak tau apa nama snek ni. Ada gajus.


Sebelum terlupa, Selamat Menyambut Tahun Baru 2012. Semoga tahun mendatang lebih baik dari tahun yang ditinggalkan.



~...terasa sebak di seluruh Teratak Nyatuh, dari serambi hingga ke pintu dapur, dari alang ambin hingga ke jenang gudang kerana HISYAM dikatakan tergila anak dara Pak Imam lalu fitnah menjalar hingga ke bumbung lalu menyebabkan SERI BULAN murung terkurung hampir percaya dan HISYAM gabra-gelabah hendak memujuk rajuk si buah hati...~








Maharaja Lawak Mega: “OSBON konfiden cantik!”

Assalamualaikum
Sabtuday
31-12-2011



Maharaja Lawak Mega berakhir di Stadium Melawati, Shah Alam malam tadi. Memang berbaloi!

Meeting yang sepatutnya berlangsung malam tadi, sebulat suara kami tangguhkan ke tahun depan! hehehehe...


Skrin sepelaung dari tv, jadi penuh wall FB aku dok update perjalanan final Maharaja Lawak Mega nih...


Datin Seekers @ Datin Maimun the Ghost Hunter vs The Orang Minyak!

Selepas persembahan pertama ini, Aflin Sauki request nak hug Dato’ Che Wan. Simbolik, tiada dendam tiada permusuhan antara mereka. Sweet!


Dato’ SITI kata: “Tiap kali Abang ABON jadi pompuan, dia konfiden jer cantik!”
hahahaha betul tu!



Aku rasa persembahan SYOK pada minggu Dongeng Rakyat lebih baik lagi.
Jadi boleh agak depa dapat tempat keempat.



SAEHU. Wakil Indonesia menang tempat ketiga. Lumayan pak!


Gegel dan Boboyot. Alaa tomey tomey!
Masa ni aku rasa macam BOBOI dah nak menang. Sama hebat!




Juri dan juri undangan khas. Haiii... Abang Ombak Rindu!



Kelas vokal OSBON. Watak Elvis Presley tu lawak tak hengat!



Pelawak undangan. Sementara menanti undian ditutup. Memang terbaekkkk lah! JOZAN yang selamba. Tak puas tengok. Johan tu macam dah kurus balik!


Menanti keputusan. Mujur Gegel tu sempat tukar baju!

Tapi gambar OSBON menjulang piala kemenangan, tak sempat nak snap. Excited sangat!

Tahniah dan puas rasanya kerana melihat OSBON menjadi juara. Bagaikan sebuah kumpulan underdog seperti SEPAH dulu yang konsisten seperti sederhana tetapi terbukti komedi berciri rakyat yang sempoi tetap menjadi pilihan kita! RM350,000 youuuu...!

*Entri berkaitan sebelum ini: “Final Maharaja Lawak Mega: Aku Nak OSBON Menang!”




~...ramai tidak pernah tahu HISYAM juga ada bakat bergurau kelakar bila dia menyebut kuku kambing itu enak dibakar dan ketam padi itu enak dibuat sup ubat denggi!...~








Friday, December 30, 2011

Ombak Rindu: Fenomena baru tentang cinta...

Assalamualaikum
JumAAt
30-12-2011


Aku tengok Ombak Rindu melalui You-Tube malam tadi. Walaupun berselang mata melihat Volcano di tv, tapi tumpuan tidak terjejas. Benarlah kata ramai orang, Ombak Rindu benar-benar membuai rasa, melambung perasaan.


Bagi aku, secara peribadi Ombak Rindu berjaya membuat peminat filem Melayu terhibur, mendapat mesej dan merasai sebuah kisah cinta yang berakhir dengan kebahagiaan.

Tetapi seorang aku masih tidak puas. Kenapa? Kerana aku dah baca novel itu sejak dulu lagi. Walaupun tidak berapa ingat dengan jelas lagi keseluruhan cerita tetapi plot utama secara kasarnya, masih lagi aku dapat ingat.

Novel Ombak Rindu ini sebenarnya ada sambungan sehingga ke novel ketiga. Ada kisah mereka akhirnya bercerai, berpisah dan anak mereka yang lahir. Juga selepas perpisahan itu, kembar Izzah muncul dan menjadi suatu watak yang mengubah keadaan mereka. Mengubah kehidupan Harris itu sendiri. Tetapi filem Ombak Rindu ternyata hanya memaparkan novel pertama sahaja. Tidak mengapa, itu memang tujuan asal agaknya.

Plot filem ini terlalu laju bagi aku. Kisah memang panjang tetapi untuk memuatkan semuanya dalam filem yang cuma durasi tidak sampai 2 jam, tentulah mustahil. Plot “laju” sehingga tak sempat puas kita nak menghayati beberapa plot yang sepatutnya kita dapat “feeling” bersama.

Terlalu cepat pula Harris jatuh cinta dengan Izzah. Terlalu cepat juga Izzah dipisahkan, tanpa banyak pun usaha daring yang jelas dari ibu Harris untuk memisahkan mereka. Malah Mail yang dilihat sebagai punca keretakan hubungan mereka juga tidak begitu jelas dijadikan mangsa oleh ibu Harris.

Ombak Rindu adalah novel cinta. Aku mengharapkan akan ada lebih banyak detik mereka menjalin cinta, atau babak mereka mempamerkan rasa cinta itu secara perlahan dalam ego dan malu yang tersendiri. Mungkin akan ada scene lucu ringan bila suami isteri yang baru hendak memulakan cinta! Itu kurang terasa di filem ini.

Antara part best bagi aku adalah lagu. Sound track best! Lokasi pun best. Dalam novel, digambarkan Izzah “disorok” di sebuah kondo, tetapi dalam filem dia berada di sebuah rumah kampung separuh moden yang serba lengkap, macam chalet jer. Malah rumah keluarga Harris sendiri bukanlah banglo besar di tengah kota tetapi sebuah rumah separuh kayu yang cantik besar di atas bukit.

Rumah kampung Izzah dan Mail tu aku rasa macam kat Sg Besar jer. Ada sawah padi yang luas dan indah.


Aku suka part Izzah bersama Harris di remang senja, dalam jalur jingga dan dia berkongsi cerita tentang kehidupan masa lampaunya.


Lirik lagu ada menyebut:

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
(Hafiz & Adira)


Keseluruhannya, aku setuju Ombak Rindu layak mendapat kutipan mencecah RM10 juta (atau lebih?). Novel Ombak Rindu memang sejak dulu menjadi novel yang best dan laris!




Membuat perbandingan dengan mengenepi keupayaan menulis bebas hingga berapa muka surat pun, dengan memilemkannya adalah tidak adil untuk kita mendapatkan kepuasan dari hasil yang berbeza. Ada perkara yang filem boleh paparkan tetapi mungkin di buku tidak tersampai maksudnya, and vice versa...

Tahniah buat keseluruhan insan seni yang terlibat dalam filem Ombak Rindu ini dan paling utama tentulah penghargaan dan tahniah kepada novelis Fauziah Ashari itu sendiri!

Ombak Rindu itu berjaya kerana ianya Ombak Rindu!

*Malam ini AARON AZIZ menjadi juri undangan khas untuk final Maharaja Lawak Mega!


~...semalam yang kelam pernah dirasai oleh SERI BULAN kerana HISYAM benar-benar lupa memasang lampu pelita di tiang ampaian sehingga bulan pun ikut bermuram durja lalu dia berdendam ingin menarik wayar ke tingkap dapur...~









Final Maharaja Lawak Mega: Aku Nak OSBON Menang!

Assalamualaikum
Salam JumAAt
30-12-2011



Dah JumAAt...

Hari ini ada final Maharaja Lawak Mega. 4 peserta bakal bertanding dan berlawak secara langsung.


Dan meeting aku yang tertangguh hari itu, ditunda semalam, tetapi ditunda lagi ke malam ini. Dan aku nak tengok Maharaja Lawak Mega? Cemana nih Dato’? Hantar wakil jer bleh?

MLM kali ini sedikit berbeza, kerana walaupun pertandingan, tetapi ianya bukanlah sebenarnya reality show (menurut pandangan aku setelah membaca kenyataan dari FB Afdlin Sauki) kerana mereka dijemput khas oleh pihak ASTRO untuk menjayakan rancangan ini.

Kontroversi bermula dari Adlin AR yang terkeluar. Perang mulut bermula. Masing-masing kata dia betul dan ada pandangan kreativiti masing-masing. Yeahhh kita baca saja. Ada yang betul ada juga yang kita tak faham, what actually they’re trying to say? And what they’re trying to prove?


Copypaste. Dikatakan, statement dari Chef Wan.


Yang ini terang-terang la Afdlin Sauki’s.


Lupakan sebentar. Yang penting bila OTAIs bertanding sesama mereka dalam suatu pertandingan sihat, kita akan terhibur dan gelak terbahak-bahak. Dunia lawak sudah menjadi sesuatu yang besar dan ramai sudah menerima komedi adalah suatu bidang profesional juga. Am I right?

Sekali fikir, isu remeh-sememeh itu bagaikan sengaja dicipta untuk melariskan produk. Macam AF, tanpa drama ianya akan hambar. (But for me, annoying jer!)

Apapun mari sama-sama bergelak sakan malam ini. Tutup tingkap dan pintu dulu sebelum ketawa gelak besar anda terlepas mengganggu jiran tetangga! > peringatan tu sesuai untuk aku jer!

Secara peribadi BOBOI sudah ada jenamanya, begitu juga OSBON. SYOK susah nak beat 2 kumpulan tersebut.


So antara BOBOI dan OSBON hampir setara, but aku nak OSBON menang. Why? Aku suka ABON yang cekap berpantun!


Katanya, “orang Jawa ni, kalu tak 10 anak, tak konpom Jawanya! Itu setakat gurau-gurau jer, kalu nyambil-nyambil... paling kurang 5!”

hahahahaha! Aku yang anak 6 nih?



~...JALIL rupanya masih menyimpan dendam untuk mengorat SERI BULAN lalu kesempatan diambil semasa HISYAM ke hutan dara dan Pak Utih tiada di Teratak Nyatuh tetapi Mak Utih terlebih dahulu mengurung SERI BULAN di rumah berteman rotan ekor pari...~








Thursday, December 29, 2011

Tajuk Dhia...

Assalamualaikum
Khamis malam JumAAt
29-12-2011





Semua terungkai sudah.



Detik kematian. Klise. Boleh teka. Sebab kanser tahap tiga.


Tapi tak sangka Zikir pun meninggal dalam tidur kerana angin ahmar. Sehidup dan semati.



~...pernah suatu ketika, di remang senja lembayung baru berlabuh, di atas buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut, SERI BULAN bernyanyi kecil, “aku tetap mencintaimu dari barat daya ke tenggara” dan angin timur laut membawa ke telinga HISYAM bersama irama pilu berlagu yang membuatkan dia tak senang tidur malam...~














Dating Santai bersama Tart Nenas_06: AZEEDA MaWaDdah & SYA...

Assalamualaikum
Khamis malam JumAAt
29-12-2011



Cerita dating ni dah lama. Minggu lepas punya.

Dating dengan blogger AZEEDA. Urusan Tart Nenas.

Lokasi mudah untuk kedua belah pihak, BTS ERL port. Masing-masing gerak lepas waktu kerja.

Sebelum balik, snap dia. Terimakasih!


Kemudian ada juga urusan dengan SYA Kasih Ibu tapi dia tak sempat datang. Kirim adik ipar lelaki dia datang dating dengan aku. Heheheh apapun urusan berjalan lancar tanpa kelip-kelip mata atau tukar-tukar alamat. Haahahaha!

Cuma rasa simpati dan sedih bila AYU Citarasa Rinduan di Kulai, terlepas peluang di saat ini untuk Tart Nenas. Dah takdir. Tak mengapa sayang... pasti ada rezeki di lain kali.


Tayang-tayang:

Lunch macam lepas geram sebab kerja banyak!



~...HISYAM sudah berani bercerita tentang ulam raja, tentang kerdas sejak pulang dari memburu di hutan dara, tetapi bila ditanya mana rotan, mana manau dia keliru melilau sehingga SERI BULAN panik dia mungkin tergoda anak dara bunian...~









Tawaran Bercuti Penutup Tahun...

Assalamualaikum
Khamis
29-12-2011


Ramai dah mula countdown.

Penghujung tahun dah.


Tahun ini PPZ gunakan warna coklat kuning emas, biasanya beberapa tahun guna kaler Purple!


Yang dah lepas, jadikan kenangan dan tauladan.
Jangan simpan-simpan, nanti sakit jiwa, merana badan.

Aku baru tahu, rupanya sekolah dibuka semula pada Rabu 4 Jan, bukan Selasa. Selasa 3rd tu untuk Suaikenal Tahun 1. Mujur tak apply cuti untuk Selasa tu.

Hmmm... sempat tak nak tukar tarikh balik di tiket bas semalam? Extend menginap di Ketereh lagi sehari?

Percutian ni rancang dalam masa singkat jer. Tak plan sangat pun. Pelawaan dari seorang teman mesra. Tawaran yang sukar dilepaskan.

Di tempat kerja, giliran bercuti sudah dirasa hampir semua orang. Minggu ini seorang staf bercuti sepanjang minggu. Aku menjadi orang terakhir nampaknya.



FM dari Tanah Besar China, seorang kawan sekerja baru balik dari Beijing.

Seorang lagi baru balik dari Phuket, tak jumpa FM.

Aku paling akhir Cuti-Cuti, tapi dalam Malaysia jelah. Jaaadi lah. Aku sangat perlukannya!




~...bila hasrat bercuti dan pergi sebentar dari Kampung Separuh Desa, HISYAM menegaskan perginya bukan kerana gentar kata nista tentang surat bawah tempurung yang terapung ketika hujan, tetapi kerana ingin menguji kegigihan SERI BULAN menanti walaupun tali buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut hampir reput dihayun digoyang...~








Wednesday, December 28, 2011

Meeting bertukar dating...

Assalamualaikum
Rabu
28-12-2011



Sepatutnya aku dikehendaki wajib hadir mesorat malam ini. Tapi last minit ditunda kerana masalah teknikal.

Tapi aku ada “meeting” lain yang lebih menjurus ke arah dating.


Bertahun nampak papan tanda ni, baru malam ini aku perasan ianya nampak lawa di malam hari!


MyAnak Menakan; CIKINTO bertahilalat di atas bibir.


Tiga gelas untuk 3 orang (termasuk another MyAnak Menakan; LIYA LEVREZ). CEBEN minum air suam jer.



Tak terasa sangat Mee Udang malam ni, sebab leka bersembang dari satu pasal ke satu pasal.


Aku berani mengaku, berbanding sekian ramai adik beradik pompuan yang lain, aku agak terbuka dengan anak-anak menakan. Kami macam kengkawan. Boleh geng!



~...sejak HISYAM membawa SERI BULAN menjadi pemastautin tetap Teratak Nyatuh, Pak Utih sudah berani bergurau kasar mengusik manja sehingga Mak Utih mula cuak orang tua buang perangai tanpa sedar dia sendiri gemar menyakat HISYAM yang tenang jadi tak senang...~







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails