Biasa kita tengok drama, drama Melayu lah of course... selalu kita dipaparkan dengan adegan penderaan mental, penghinaan, double standard dan seumpamanya lah...
tapi pernahkah kita meletak diri kita dalam adegan itu? berapa ramai yang terasa atau turut terpukul bila menerima penghinaan? berbanding kalu lihat adegan sayu ibu terseksa, ayah menderita or yg lebih kurang begitu?
Aku tak pernah ler seumur hidup aku merasa terhina atas apa keadaan sekali pun, ataupun aku tidak melihat sesuatu itu sebagai suatu penghinaan. Malah seluruh ahli keluarga aku belum pernah mengalami apa jua bentuk penghinaan, syukur Alhamdulillah. Dan kerana itu aku yakin, KESEDERHANAAN adalah sebaik-baik keadaan... mungkin tidak buat semua orang tetapi sekurang-kurang untuk diri aku sendiri sahaja.
Sehinggalah,
aku merasa terhina, terpukul, tertampar dan “down” sama sekali bila aku disebut sebagai orang yang paling tidak layak menjadi kawan. Jika dari mulut orang lain, aku masih mampu menutup telinga dan anggap itu tidak penting, tapi jika mendengar sendiri, depan mata sendiri?
Seperti melihat seorang pelakun drama yang cun melecun, seperti melihat seorang yang menang award Pelakun Terbaik, aku mendengar ayat “layak di bawah tapak kaki saya saja..!” dan mata ini tidak pandai menipu bila melihat sepasang kaki digoyang-goyang dengan tapak kaki ditenyeh ke lantai... Dan aku melihat muka aku ditonyoh. Hingga seorang aku terkedu tiada jawapan. Tak melawan. Dan aku diajar untuk tidak jadi kurang ajar walapun kepada orang yang lebih muda dari aku. Terimakasih AYAH, terimakasih BONDA.
Hati lebih sakit dan pedih dari muka ditonyoh ke lantai simen sebuah bilik kecil tempat kami pernah duduk bercerita...
Beberapa minit kemudian, aku berjalan dengan hati yang kosong. Tiada jawapan, tiada komen kerana bingung mencari salah diri. Lebih perit bila aku tidak mampu meluahkan kepada sesiapa pun. Tidak mampu bercerita waima kepada TOKLAKI sendiri. Kenapa? Kerana selama ini kami dilihat sebagai kawan baik, kawan paling mesra, paling serasi paling SEJIWA.. konon! Aku mengutuk diri sendiri dengan keadaan itu. Terasa aku begitu angkuh menjadi kawannya dulu, terasa seperti aku terlalu riak bila berkawan dengan dia. Dia yang begitu cantik, begitu bergaya hebat, begitu istimewa, menjadi rebutan ramai untuk menjadi kawan juga, dan dia lebih rapat dengan aku.. Tak banggakah? Akhirnya aku yang malu sendiri.
Punca? Aku tidak pasti sama sekali, hingga hari ini aku tidak tahu apa, tetapi kerana penghinaan sebegitu, aku tidak langsung lagi jadi berminat untuk mengetahui puncanya.
Akhirnya aku menyesali keadaan angkuh aku sendiri. Keadaan kekesalan itu berlangsung lama selepas itu, agak lama bagi aku. Berbulan juga untuk melalui hari-hari di mana tidak lagi mahu menyebut namanya, tidak lagi suasana makan bersama or bercerita bersama dan paling seksa bila tiada lagi berkongsi begitu banyak perkara termasuk gelak tawa gurau...
Lama aku menyimpan ayat penghinaan itu dalam kepala sendiri sahaja. Dan mengajar diri untuk menerima keadaan di mana aku sememangnya tidak layak lagi menjadi kawannya, dan aku memupuk rasa kesedaran mengatasi rasa kerinduan saat manis kami berkawan. Lagipun masa berkawan dulu, aku lah yang lebih banyak mengalah, lebih banyak menjadi pendengar sehingga terlalu sedikit yang aku luahkan berbanding dia.
Aku sudah maafkan dia. Dia terlanjur. Dia terlepas kata. Dia tidak sengaja. Dia wanita yang baik, dia seorang yang dihormati lagi popular, dan mana mungkin dia merasa rugi ketiadaan seorang kawan macam aku.
Fikiran jahat aku sesekali saja datang, berkira-kira begini: aku ada keluarga bahagia, aku ada anak-anak yang boleh dibanggakan, ada ramai kawan, ada kerjaya baik, dan aku gembira dengan keadaan aku yang serba sederhana ini. (Berbanding dia — cuma satu perkara — dia belum ada anak sehingga hari ini, walaupun aku tahu duit dia berkepuk-kepuk)
Gambar hiasan — cilok dari Google, ntah ler sapa yang punya. Thanks anyway.
Hari ini aku sudah semakin kuat dan tidak langsung kisah tentang dia. Tak pernah lagi timbul minat aku nak tahu pasal dia. Tidak sama sekali. Kerana rupanya, aku mempunyai lebih ramai... jauh lebih ramai kawan yang jauh lebih baik, lebih hebat dari dia. Terimakasih...! Terimakasih...!
*yang kumaksudkan adalah kawan bukan sahabat...
~...Selamat bercuti buat warga Wilayah. Manfaatkan cuti dengan sebaiknya. Agenda aku sepanjang 3 hari nanti juga penuh. Bersama keluarga, anak-anak dan kawan-kawan. Wahhh gumbiranyaaaaa...!~