Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Thursday, January 5, 2017

#MyTravelokaEscapade: London, Aku Datang!

Assalamualaikum.

Dah lama x join contest. Actually bukanlah x join tapi ayat sebenar adalah dah lama x menang contest. Gitu. Contest ni x sure plak kena join atas ajakan Traveloka atau kita boleh suka2 join sebab nampak blogger lain join, Ayu pun nak try nasib. Manalah tau ada rezeki tahun ni dapat travel, amin. Traveloka kasi pilih antara 10 tempat menarik dibawah sahaja. 



Visiting London has been my wishlist since forever. Whoever knows me, sure tau that I always dream to go to London cuma rezeki nak jejakkan kaki ke sana belum sampai lagi.  I do hope that Traveloka will grant my wish, amin. Why London? What's so special about London anyway?

1. Stonehenge


Selain nak sangat ke London, antara impian Ayu yang lain adalah to conquer the seven wonders of the world. Now, I am not sure wheather Stonehenge ni termasuk dalam 7 wonders ke tidak sebab kadang tersenarai & sometimes not. Whatever it is, memang teringin sangat nak tengok batu2 besar di tengah2 padang tu. 

2. Greenwich

Apa yang menarik dekat sini? Di sini terletaknya garisan meridian yang memisahkan antara hemisfera barat & hemisfera timur bumi. (0° longitude) 




3. London Eye


Bayangkan boleh tengok panorama macam ni nanti? Nampak Big Ben disitu.

If I'm not mistaken, London Eye adalah the tallest ferris wheel on the world. Kalau tengok pun nampak besar dan tinggi kan? Kalau dapat naik London Eye tu sure boleh tengok view London dengan lebih jelas lagi sebab penumpang akan diletakkan dalam satu kapsul which I found it very interesting with it's design. 


4. Double Decker Bus

Also know as hop on hop off bus tour (HOHO Tour). Ini untuk pusing2 kota London je sambil menghirup udara segar. Teringin nak naik bahagian atas yang tak de bumbung tu. Dekat KL bukanlah tak de tapi biasalah, kita nak juga sesekali feeling2 tourist. Ahaks!



5.Madame Tussauds

It is actually a wax musuem where you can see a lot of celebrity sculptures. Kira you boleh ambil gambar dengan celebriti yang you suka. Tapi, tak semua celebrity ada dipamerkan in here. Mana yang ada, adalah.


Can you tell which one are real?


6. Big Ben & Houses of Parliament


Jam besar yang berdiri gah di kota London. Ini bagi I sangat cantik. Tengok gambar dekat atas pun tau. Dia macam Dewan Parlimen Malaysia la senang cerita. Nak mengabadikan kenangan dekat sini kalau boleh. 

7. Tower Bridge


Teringin nak tengok macam mana jambatan tu terbelah dua untuk kasi laluan kepada kapal2 nak lalu lalang. 

8. Oxford Street, Primark


Selalu dengar orang kata Primark ni barang murah2. Setakat ni selalu dengar jela. Pergi shooping dekat sana, rezeki tak sampai lagi. Insya-Allah soon. Kan Traveloka?

9.Buckingham Palace



Obviously kita x boleh nak masuk dalam istana ni tapi kalau dapat tengok changing guard ceremony pun oklah. Kalau x silap depan Buckingham Palace ni ada sebuah fountain. 




10. Malaysia Hall

Ini sebab kita dah memang tekak melayu, so nak makan makanan melayu lah juga. Actually akan lebih teruja kalau dapat merasa suasana hari raya di Malaysian Hall. Macam mana agaknya orang2 perantauan beraya jauh dari kampung halaman? 



Ok cukuplah setakat itu. Kalau nak disenaraikan lagi sure banyak je lagi tempat2 menarik yang boleh dikunjungi. I am sure there a lot more to explore in London. Kalau dapat ke London pun, insya-Allah nak juga merantau ke negara2 jiran yang lain like Paris, Amsterdam, Holland, Interlaken etc. Good luck to me. 

Daboss, please approved my leave. Pretty pleaseeeeee 
{From Ayu with ♥}

Monday, November 16, 2015

Teater Muzikal Mak Cun

Assalamualaikum.

Siapa mengikuti cerita Mak Cun ni dari mula? I mean dari cerita Spain Uoolss-Ajaibnya Cinta-Mak Cun-Sawakidap Mak Cun dan akhir sekali ke pentas teater iaitu Teater Muzikal Mak Cun? I am! Really a BIG fan of this cerita! Jalan cerita menarik & part paling Ayu suka part cakap2 bahasa utara tu. Pekat habis.

Since tau teater ni akan ditayangkan (dah ditayangkan pun) memang teringin la nak beli tiket tengok. Tapi, hotfm plak ada buat contest. Try la masuk. Tapi, kena buat slogan plak. 1 thing aku ni malas masuk pertandingan yang kena create slogan mogan ni ha. X kretif. Tapi cuba nasib je. Tup2 dapat alhamdulillah. Itu pun ntah ape2 je ayat aku dlm tu kot. Well, rezeki la katakan. Tapi, kalau x menang pun, memang nak beli je tiket.

Busy ha laki aku. Dah off office hour pun dok kerja lagi.

Bila tiba hari yang dinanti, siap dari pagi sebab from office terus nak pergi. So kena pakai proper siap2. Untuk siapa yang x tau, Istana Budaya ni ada protokol nak masuk ye. Jeans boleh sebenarnya cuma x boleh yang lusuh, koyak, well basically yang decent la ye. To be save, aku pakai blouse ala2 kebaya & skirt je. 5rz plak pakai baju kerja, oklah tu.



Ini candid. Bukan nak buat pose acah2 tengok bawah tapi aku nak pastikan blouse aku tu tutup perut aku tu ha.

So Jumaat lepas, planningnya balik dari office nak terus shoot ke Istana Budaya. Rumah dengan IB x la jauh mana tapi tau jela jam kat KL ni x menentu. But sebelum tu, sempat balik rumah nak hantar susu yang aku pump dekat office dulu. Settled, terus pergi IB. Masuk2 IB dah nampak orang panjang beratur. Apekah orang panjang beratur? Orang beratur panjang. Huhu bahasa pun! Nak ambik tiket la tu. 5rz decided to makan first. So, ke cafe IB sapedek dulu. Lepas tu kami tunggu kaunter tiket hotfm untuk buka. Dah buka baru boleh redeem tiket. Aku sebenarnya still x percaya yang aku menang dengan slogan aku. Sebab first time masuk contest yang berslogan and tiba2 menang. Dekat IB ni ada surau, jadi jangan risau la. Show lambat, solat dulu. 

Mine, nasi putih, tom yam ayam & milo suam.

Nasi goreng, ayam goreng, telur dadar & air teh o limau panas for 5rz. All cost RM 20! Mahal! What do you expect?

Pintu teater dibuka agak lambat. Dalam 8.40 pm. Kata start 8.30 pm. Oh well janji Melayu. Eh? Eh? Show start at 9 something.

Sebab lama sangat tunggu pintu buka, wefie dulu


Bukan selalu dapat time berduan macam ni. Wefie banyak2. Ahaks!

This considered as 'us time'. Well sekali sekala kasi chance mak ayah dating sat.

Sebenarnya masa teater berlansung, memang pihak IB x membenarkan sebarang rakaman diambil. Tapi, sebab time aku pergi tu adalah hari untuk press preview, pihak IB membenarkan semua penonton untuk merakam teater selama 20 minit pertama sahaja. Aku ada ambik video tapi malas la share kat sini. X clear pun.

Ok review story plak. Cerita I tell you memang sangat best! X rugi beli tiket. Asyik gelak je. Jalan cerita kelakar. Sarat dengan message yang cuba disampaikan oleh Erma Fatima. Aku paling suka part Balqis tu la. Eh macam mana eja nama dia ntah. Suka bila dia cakap bahasa utara. Pekat likat. Aku rasa, sejak drama Spain Uoolss tu, nama dia terus melonjak naik. Nora Danish pun best bila dia suddenly x tau nak cakap melayu dah. Dok cakap melayu tapi slang orang putih. Penampilan Nora x la banyak sangat but watak dia pun memang best dengan gedik2 dok speaking bagai. Watak si Bety pun best. Bety sebenarnya adalah kawan baik Nora dalam drama sebenar tapi untuk teater Mak Cun ni, dia jadi perempuan yang rampas suami orang. Sekejap je watak dia tapi still memberikan impak. Watak dia gedik dok goyang goyang goyang dan goyang. Haish aku x tau nak describe cam mana lagi ntah. Korang kena pergi tengok sendiri! Umie Aida pun best. Satu yang aku perasan, semua kostum Umie Aida semua lawa2. Terpegun aku tengok kain sari cantik2 sangat. Mulalah berangan nak buat baju raya ngan kain sari ngelip2. Pastu sikit2 lagu hindustani. Huhu tapi memang asyik tergelak la. Silalah tengok! Berapa kali promote dah ni ha. Oh ye, penampilan istimewa, Kak Ogyyyyyy! Walaupun sekejapan watak dia muncul, still terbaik!

Dalam pukul 11 pm, teater berehat 15 minit. Oh x tau plak ada rehat2 bagai. Tapi kalau ikutkan, memang penatlah sebab dia orang non stop bercakap, menari etc. Sure nak rehat minum air bagai. Aku dalam hati dah x keruan dah sebab dok fikir anak2 dah lewat sangat tinggal rumah FIL. Tapi nasib rumah keluarga kan? Senang hati sikit tinggal gitu. Teater habis at 12.15 am. Habis teater terus cabut balik. Ikutkan memang aku nak bergambar dengan cast2 terutama Balqis tapi fikir anak2 oii! Kesian tunggu lama2. 

During the 15 min break. Aku dah engorge dah kot. Dah tu anak x menyusu, aku x pump. Mana x engorge.

Break boleh la ambik gambar. Ini dari seat aku. Memang seat x best pun. Jadilah. Free kan?
Sekitar dalam panggung

Overall, aku suka sangat dengan Teater Mak Cun ni. Sila pergi tengok! Promote lagi. Hotfm, terima kasih sebab kasi free tiket walaupun seat kami nun jauh dihujung duniaaaa. Seat yang kami dapat tu actually beharga RM36 sahaja. Oh well. Terima kasih hotfm ye.  Ingat ye, siapa nak pergi IB ni, sila pastikan etika pakaian untuk masuk panggung. Karang x pasal2 kena halau balik rumah tukar baju. Teater Mak Cun sedang berlansung di Istana Budaya from 14-22 November 2015. Sila ambik tiket grand circle kalau ada budget lebih. I'm sure the view will be more hmmmm cantik I would say? Go watch, go watch, go watch ok? Ok habis dah promote.
      
{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...