Showing posts with label 1st pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 1st pregnancy. Show all posts

Friday, July 27, 2012

2nd CTG




Yes I know I ni dah selamat melahirkan lama dah. Tapi x kira! Nak juga cerita pengalaman 2nd CTG ni. Memang nak sangat cerita pengalaman 2nd CTG ni right after wat entry on 1st CTG [post] tapi tula tak menyempat. Terus beranak. 

My EDD on 24th March 2012 and my 2nd CTG ni was on 19 March 2012. Time buat CTG tu, Prof Zainul kate contraction dah ada cuma tak kerap. Tapi kan, time tu Ayu tak rasa pun contractionnya. Graf je naik tapi entah kenapa Ayu tak rasa pape pun. Even Prof sendiri kata

"Saya rasa awak ni lambat lagi ni"

After selesai 2nd CTG tu, prof pun berbincang la dengan both of us. 

"So EDD 24th March, kalau tak bersalin juga, awak nak buat ape?"
"Saya tak nak induce prof"
"Kalau macam tu, kalau by 24th awak tak bersalin lagi, saya kasi masa 1 week. On 26th March awak datang balik hospital and kita buat CTG test lagi. Kalau by 26th awak still boleh tahan, saya kasi awak pilih tarikh mana awak nak bersalin but not more than 31st March" (Kira prof kasi lewat 1 week saja)


Line atas heart beat baby and line bawah adalah contraction

Contraction den yang paling tinggi tu. Actually time tu tak rasa macam contraction pun. Nape ada gunung gak?

Bila ada contraction, heart beat baby pun patutnya naik. That means is normal =)

Actually kan, we both planned, kalau baby still tak klua2 on 26th March tu, I'm ready for induced on 27th March. My birthday kan? Boleh share2 gitu. Sekali, ha contraction datang on 22 March dan Faris selamat juga dilahirkan on his EDD, 24th March 2012. Ada fakta menarik mengatakan, hanya 5% sahaja bayi yang dilahirkan pada EDD nya. So, Faris belongs to 5% tadi tu la. :*)

{From Ayu with ♥}

Tuesday, May 22, 2012

Dicucuk Banyak Kali

Masa dalam labour room, Ayu dicucuk banyak kali dekat tangan. Tangan kiri 3 kali and I lost count on my right hand. Dicucuk sebab nak masuk air and bagai. After a few days, tempat yang dicucuk tu jadi lebam! 

Nampak tak berapa lubang semua tu?


Actually Ayu tak paham kenapa nurse kena cucuk dekat bahagian depan. Bahagian belakang tak boleh ke? Bahagian depan Ayu, memang susah nak nampak dia punya line. Kalau bahagian belakang, nampak clear. 


Dalam labour room tu saje nurse dok bising2 cakap tak jumpa line la bagai. Bila jarum dah masuk, kejap2 lagi, terbukak balik drip air tu. Tu yang kena cucuk banyak2 kali tu.


But, no matter how many times Ayu dicucuk, dah sebati dah. My contraction's pain mengatasi segalanya, remember? Sakit bersalin ni ikut rezeki masing2. Ada orang, letak ubat nak buang air besar tula yang paling menyakitkan. As for me plak, ubat tu tak sakit lansung. Ada orang, masa nak jahit baru rasa sakit.


Contraction's pain, VE, masuk ubat buang air besar, cucuk masuk epidural, cucuk drip air,  time nak push, kena potong sikit bahagian bawah tu, keluarkan uri, keluarkan darah lebihan, jahit bahagian bawah and last sekali check jahitan a week after delivered. All of this Ayu dah rasa and yang paling sakit adalah sakit contraction! Bukan sekejap menahan sakit contration, lama oiii. My case, 1 setengah hari!


Sakit tak nak bersalin ni? Most of my friends tanya Ayu soalan ni. Sakit!!!!! I'm not gonna lie to you by saying, oh x sakit la. Sakit kejap je. But trust me, after baby dah keluar, lega ya amat. Percayalah! 


Lebam after a few days. Now dah ok dah :)


Pap Smear tak wat lagi sebab takut! Kena wat ke? Tak buat tak boleh ke? Anyone?

{From Ayu with ♥}

Friday, May 18, 2012

Rutin Berpantang

Ni adalah some of the meals yang Ayu ambik time berpantang. Macam Ayu cakap. Ayu ni tak brape pantang sangat. Makan je. Janji bukan benda sejuk and pedas. Selalunya jadualnya macam ni

0700-0800 : Siap2 mandikan baby. Then susukan baby. After baby dah kenyang, baby akan tidur. Time baby tido nila Ayu akan siapkan diri sendiri dengan mandi herba.

0930 : Kadang Ayu breakfast dulu, kadang Ayu berbekung dulu. Tapi herba tea Ayu consume every breakfast and dinner.


Kadang pagi tu mkn roti 2 keping kadang mkn milo cicah biskut.

Herba tea from Tanamera

1100 onwards : Ayu akan wat apa kerja yang tertangguh. Tapi tidaklah buat kerja berat2. Selalunya Ayu buat laundry la. Yela kalau dulu kena wat laundry sendiri dengan 5rz je. Tapi sekarang dah kena wat laundry untuk baby sekali. Kalau tak buat laundry, Ayu akan pump sambil tengok tv/internet.

In between tengah hari tu, baby akan bangun untuk susu and tukar lampin. Lepas kasi susu, macam biasa baby akan sambung tdo. Time baby tdo nila kadang Ayu ambik masa untuk tdo sekali or kalau Ayu tak tdo, Ayu akan main internet/lipat kain or tgk tv.


All the hitam2 tu adalah lada hitam

Ni daging masak kicap. Hentam saje

Ikan kukus dengan lobak putih

That halia tu Ayu dah boleh mkn gitu je. Halia and lada hitam untuk hilangkan angin dalam badan

Nak juga makan ayam. X kira

Before Maghrib and after 5rz balik kerja, Ayu siap2 nak mandikan baby. After baby dah mandi, baru Ayu continue mandi herba. But this one depends jugala. Kadang Ayu mandi dulu baru baby mandi. After that Ayu dinner together with minum teh herba. 

By 2100 - 2200 hours, Ayu dah start nak tdo. 

Lebih kurang macam tula jadualnya. Sejak ada baby ni, tdo pun dah kena awal. You must sleep when your baby is sleep. Dengan cara tu barula korang dapat rest. Tapi kalau baby tdo, kita pun tdo sama, kerja rumah yang lain siapa nak buat ye tak? Lainla kalau korang ada maid.  

{From Ayu with ♥}

Wednesday, May 9, 2012

Set Berpantang

Ayu berpantang tidaklah ketat sangat macam orang dulu2. Macam tak berpantang pun ye gak. Set berpantang pun Ayu baru beli like 2 weeks after I delivered my baby. Well at least better late than never. Haha :D Ayu gunakan set berpantang Tanamera. 


The package

Inside

Buku ni lebih kurang macam buku instruction on how to use the postnatal set


Benda yang Ayu paling tak suka time berpantang ni adalah berbekung. Rimasnya lahai! Ayu cuma berbekung selama 2 minggu je. The rest dah malas! Sebab dah selalu sangat berbekung, Ayu dah boleh pakai bekung tanpa bantuan orang lain. Selalunya 5rz yang akan tolong Ayu untuk ikatkan bekung. Tapi time 5rz kerja, Ayu la yang pakaikan sendiri. Bekung ni yang rimasnya sebab nak kena letak herbal paste dekat perut. Then lapik satu kain bersih so that bekung kita nnti tak kotor. Then ikat bekung tu dari paha ke perut. Bila nak pergi toilet nnti, just naikkan bekung yang bahagian paha tu. Agak complicated juga la. Tu sebab Ayu paling tak suka nak berbekung. The rest time pantang semua ok.


I got all of this for RM 370. Postage included. Actually is RM 360 tapi Ayu request nak cepat, so kena top up another RM 10

{From Ayu with ♥}

Monday, May 7, 2012

The End of 44 Days

Alhamdulillah selesai sudah 44 hari Ayu berpantang. Pantang ke? Ayu pantang juga cuma tak la pantang ketat2 sangat. Gitu la. Anyhow, weehoo dah boleh klua jalan2 and do some shopping! Wee~~~



{From Ayu with ♥}

Monday, April 23, 2012

A Gifts From the Hospital

Time check up hari tu Ayu dah dapat gifts dari hospital. Macam2 Ayu dapat dalam bag tu. [Post] After delivered and time nak discharge hari tu dapat lagi another 2 bags. For me and another one for my baby. Alhamdulillah rezeki.



Dalam bag Anmum ni ada box tu.
Got a lots of pampers :D
I personally suka sangat bila hospital kasi sample pampers. A different sample plak tu. Well at least kita boleh rasa which brand are good for our baby. 

Ni yang paling Ayu suka. Got 3 of this :D


Inside each envelope, ada ni :D
Now nak tunggu Ayu habis pantang then nak shopping using all the vouchers. Vouchers tu semua valid until end of this June saje. 

{From Ayu with ♥}

Monday, April 16, 2012

HUKM Review

Kali ni nak review tentang services dekat HUKM, tempat di mana Ayu bersalin. Nak pilih tempat bersalin ni pun agak lama bagi Ayu. I think for those yang nak bersalin di private but murah sikit dari private hospital yang lain, HUKM Specialist Center yang tingkat 7 tu ok kot. Since kami lambat decide nak bersalin di mana, semua doctor perempuan dah tak available untuk date Ayu. So, ambik jela Dr lelaki. I choose Prof Zainul since my SIL lahirkan first child dia pun dengan Prof Zainul. Senang and SIL pun cakap Prof Zainul ok.


During my 7th month kalau tak silap. 

If I'm not mistaken, Ayu start check up dengan Prof ni bila kandungan Ayu dah masuk 7 bulan kot. By the way, untuk sesiapa yang nak bersalin dekat HUKM private wing ni, korang kena datang check up dekat sini at least 3 times. This one compulsory tau. First time appointment dengan Prof was ok. Nampak la dia cool je orangnya. I asked 5rz sama ada ok tak Prof tu? 5rz pun cakap ok. So, continue jela dengan dia.

One thing about HUKM private wing ni yang agak tak best sikit was the waiting time masa kita datang for check up. Like me dengan Prof Zainul, klinik dia buka Isnin and Khamis je. Nurse akan kasi satu kad appointment dekat kita. Let say dalam kad tu tulis next appointment was on 26 March 2012. Pagi 26th March tu kita kena datang tulis nama dulu. Then petang datang balik untuk check dengan Prof. Kira datang pagi2 untuk booking number la. Diaorang plak tak ambik appointment by phone. So nak tak nak kena datang la pagi2 kalau nak cepat. Sape malas, datang la petang then tunggu la sampai malam. Itu tak termasuk kalau Prof tu ada emergency case lagi. Setakat ni Ayu pernah sekali je tunggu untuk check up sampai malam.

Nurse dekat private wing ni memang tip top I tell you. :) Some say 'ala private wing ke tak private wing ke, sama je sakit nak bersalin nye nanti' I do agreed with that. Ikut la selera masing2. Memang private wing ni di tingkat 7 tapi labour room dia semua dekat bawah. Labour room dia sorang2 la jugak. I don't know kalau dekat government hospital labour room dia macam mane.

Parking area plak masya-Allah. Sikit and amat menyusahkan. Slalu kalau dah tak de parking tu, pergi jela park kereta dekat depan stadium tu. Dah tentu2 free. Food court ada tapi beroperasi sampai 2000 hours sahaja. Kedai runcit pun ada. 

Selepas bersalin awal pagi on 24th March hari tu, Prof Zainul ada masuk ward Ayu and tanya

"So Ayuni. Nak beranak lagi tak?"

I senyum je. Slalu tau perli2. Sebab dia tau betapa susahnya Ayu nak bersalin hari tu. 5rz pun cakap Prof ni memang cekap buat kerja. Dalam labour room pun 5rz tengok macam mane Prof ni bekerja. 


Nasib dapat bilik tepi. Boleh nampak pemandangan luar

Keluasan bilik. Boleh tido ramai2 kat sini. Ini single bed

Pintu sana tu nak ke toilet tapi toilet share dengan jiran sebelah.

After 1 week bersalin hari tu, ada appoinment dengan Prof Zainul untuk check jahitan. Masya-Allah takutnye la nak suruh Prof check jahitan. Dengar cerita, kalau jahitan tak elok, nanti kena jahit lagi sekali. Mana tak ngeri dengar macam tu kan? Bila Prof check, Ayu tutup muka dengan kain and merengek rengek takut. Then Prof perli lagi

"Laaa. Awak nak takut apenye lagi? Sakit bersalin dah rasa kan? Ni tak de ape ni"

Tak de ape pun still la rasa jahitan dipotong. Adoiii. Nasib sekejap and Prof said jahitan semua ok and insya-Allah dalam masa 3 hari lagi dah elok. (Now dah lebih 3 hari) Prof said before naik kerja nanti jumpa dia balik untuk buat test pap smear. Eh takut la nak wat test ni. Adoi macam2 la.


Ayu x beli lagi nursing cover. Guna selendang jela nak cover. Time ni after jumpa Prof tengok jahitan. Muka pucat kan?

What else? Hmmm bayaran di HUKM private wing ni. Masa mula2 masuk ward kena bayar deposit RM 2k. Then the rest kena bayar before discharge. 

If I'm not mistaken, bill semua cost me less than RM 3.2 k juga la. My company cuma cover RM 2k saje. The rest Ayu kena top up sendiri. But ok la sebab Ayu just top up another RM 1k + saje. Plus Ayu ambik epidural that cost me RM 400+. Cuba kalau Ayu tak ambik epi, lagi murah. Epidural sini kira murah dah tu. Ayu pernah baca epidural kat hospital lain cost about RM 900. Then Ayu stayed at single bed room for 3 days 2 nights. Kalau ambik double bed, boleh murah lagi. So, tepuk dada tanya selera.

{From Ayu with ♥}

Monday, April 2, 2012

Kelahiran Yang Dinanti =)

Assalamualaikum.

Actually Ayu nak sambung cerita pasal my second CTG right after my post about the first CTG tapi masya-Allah that day yang Ayu nak post tu, I had my bleeding plak. Hari tu hari Khamis 22 March 2012. Supposedly Ayu still kerja that day. Kira last day kerja before cuti panjang la. Tapi pagi hari Khamis tu, 5rz demam plak. Rasa kesian nak suruh dia hantar Ayu pergi kerja pagi tu. So, I text ed my boss cakap Ayu nak cuti je. Petang Khamis tu plak Ayu dah start  bleeding. At the same time, wan (nenek) Ayu masuk wad dekat Seremban. Ayu dah start panic dah but panic2 pun still x pergi hospital lagi tu. Sebab time tu Ayu bleeding je. X banyak pun. Sakit contraction pun x de lagi. Sebab tu Ayu fikir tak pelah hold dulu nak pergi hospital tu. 

Then malam tu pulak nak mandi, Ayu tengok, Ayu dah x bleeding tapi sakit contraction tu starts dalam 2300 hours macam tu. So the whole night x boleh nak tdo sebab menahan sakit contraction. 5rz tanya nak g hospital x? Ayu ni kesian plak dekat dia sebab dia demam. Time tu plak dah pagi buta nak suruh dia drive pergi hospital macam tak sampai hati. So, Ayu tahan la sampai ke pukul 3 pagi. Sekali 5rz suruh siap2 nak pergi hospital. Bila dia dah siap tukar baju semua, Ayu plak cakap

"Jap. Rasa macam nak buang air besar"
"Memang la sakit nak bersalin rasa macam tu. Cepat siap"
"Jap. Sayang try g toilet dulu"

And memang Ayu buang air besar. 2 kali. Then 5rz tanya

"Dah ok?"
"Dah"
"Sakit punya la teruk nak buang air besar je?"

Ayu diam and 5rz sambung tdo. Ayu still tak boleh tdo sebab kejap2 rasa sakit tu datang balik. Ayu bangun dari katil, jalan2 dalam bilik. Ni sebab Ayu rasa sakit contraction tu kurang bila Ayu berdiri berbanding time Ayu baring. Sampai la esok paginya (23 March 2012), kami siap2 nak ke hospital. Ayah and mak Ayu pun teman Ayu skali ke hospital. Pagi tu nak ke hospital pun jammed. Yela hari bekerja kan. Ayah drive guna lampu hazard sebab Ayu dah sakit sangat.

Bila sampai hospital, terus ke wad kecemasan and daftar. Then nurse buat CTG and Dr perempuan plak datang buat VE (vaginal exam) kat Ayu. Ooo my. Benda ni la yang paling Ayu takut. Time Dr seluk tu Ayu tak ready so alamatnya sakit!!!!!!!!!!! Dalam pada sakit tu Ayu sempat tarik nafas dalam2 but still rasa sakit then Ayu jerit!

"Dr!!!!!!!!!!!"
"Ok baru 2 cm. Puan check up dengan siapa?"
"Prof Zainul"
"Saya akan call Prof Zainul sekarang and tengok Prof cakap ape."

.....................

"Prof ada kenduri sekarang. Dia boleh datang petang nanti. Prof suruh masuk wad dulu."
"Terima kasih Dr"

Then nurse masuk and dia kasi baju and kain untuk tukar. Time nak tukar tu darah Ayu mengalir. Yela after kena seluk kan. Then nurse tu kasi pad sekali untuk Ayu pakai.


Time ni dah buka 2 cm and the contraction's pain tu Ayu still boleh tahan


After that Ayu pun tunggu la dalam wad sampai la Prof sampai kul 1600 macam tu and first thing first, Prof tanya

"Nak ambik epidural x?"
"Tak nak"
"Ok saya check bukaan dulu"
"Prof! prof! prof!!!!!!!! Tolong prof!!!!!!!!!!!!!!"
"Still 2 cm. Nak ambik epidural tak?"
"X ada long term effect ke?"
"X dela"
"Kalau saya ambik, nanti tak rasa sakit ke ape?" Soalan cam ntah pape kan? ^-^
"Bukan la x rasa ape2, cuma the pain will be reduce. Saya wat VE tadi tu pun awak x tahan. Tadi tu tahap kesakitan dia out of 10 time bersalin nanti, VE tu baru 0.5 tau."


Adeh. Bincang punya bincang, 5rz suruh je Ayu ambik epidural. 


Then dalam 1800 hours, nurse datang masukkan ubat dekat punggung supaya Ayu dapat buang air besar siap2. Then 1830 - 1900 hours, bermulalah perjalanan Ayu ke labour room. Before that dah siap2 salam mak ayah semua minta maaf. *sobs*sobs* Sedih bercampur dengan perasaan takut dan nervous!


Masa dalam labour room, nurse datang pasangkan CTG test. Sementara tunggu Dr Amir (who in charge for the epidural), Ayu terpaksa la menahan sakit contraction yang amat sangat. Masya-Allah sakit contraction ni paling sakit la Ayu rasa. Ayu dah x de tenaga dah nak menahan sakit contraction. Dah la Ayu x mam pape (sebab x de selera) Dengan semalaman dah sakit contraction tapi still tahan2 dekat rumah. Later came Dr Amir kasi epidural. After that Ayu dapat rasa bahagian pinggang Ayu ke kaki terus kebas. Effect epidural ni, Ayu rasa gatal2 bahagian badan. Gatal sangat2. X pela. Janji Ayu tak rasa sakit contraction tu. After that Ayu lena tido. Best giler dapat tdo walaupun sekejap. Time Ayu tdo, 5rz naik ward nak mam. Kesian jugak tengok dia tunggu Ayu dalam labour room lama2. Sampai tertido tido Ayu tengok dia.


Entah macam mane dalam pukul 2100 hours, my epidural dah macam tak work dah. Sakit contraction datang lagi. Ayu menjerit-jerit panggil nurse. Nasib baik 5rz dah ada teman Ayu dalam labour room. 5rz complain nape epidural x jalan. Yela kita bayar mahal for that drug. Kalau x jalan, what's the point having it? Tunggu la Dr Amir datang untuk tengok what's wrong with my epidural. Nak tunggu Dr Amir pun punyala lama. Sementara tu nurse datang kasi alat yang hisap2 gas tu bila sakit contraction datang. Effect sedut2 gas ni plak, Ayu akan rasa pening and nak muntah. Hee macam2 kan? Then suddenly bushhhh.... Apekah?


"B. Air ketuban sayang dah klua"


Panggil nurse and nurse check bukaan. Lama tunggu baru bukak 4 cm! Prof Zainul plak akan ambik case yang jalan dah bukak 9, 10 cm. Ayu dah x de tenaga dah ni. Kejap2 5rz kasi air untuk Ayu minum tapi tu pun Ayu x lalu sebab takut nak terkencing. Boleh cam tu? Tapi actually nurse akan datang untuk ambik air kencing kita. X payah bangun ke ape bagai. Dia akan sumbatkan tiub dekat bawah kita then terus kita kencing. Sound scary tak? Dengar je scary but bagi Ayu x sakit pun. So, so la. Time 4 cm tu Ayu cakap ngan 5rz nak c-zer nak c-zer sebab tak tahan sakit dah ni. 5rz pujuk2 cakap sabar la tahan sikit. Jalan dah buka tu. Bila bukaan 7 cm pun Ayu mintak lagi. Nak c-zer, nak c-zer. Pun 5rz x kasi juga. Oh sedih! :(


Later, barula Dr Amir datang tambah my epidural. Kaki rasa kebas gila! Lagi kebas dari before. Tapi epidural ni, bila dah last2 nak meneran nanti, dia x akan kasi effect juga. So tahan jela. Dalam 0000 hours, nurse checked bukaan and alhamdulillah dah bukak 10 cm. Nurse called Prof then 0145, Prof pun datang. I saw the nurse dah siap2kan all the things for my delivery. Time tu Ayu cakap dalam hati 'this is it'.


Ape lagi. Kangkang luas2 then boleh plak Prof cakap


"Mana nye? X nampak pape pun? Hmm... kita tunggu jela kat sini lama2"


Adoi Ayu dah rasa down dah time tu. Nampak macam Prof perli Ayu tapi actually Prof Zainul ni ok orangnye. Nurse banyak kali ajar Ayu cara nak teran. When I got the right technique, memang senang la nak teran. Senang disini, I can feel that something is going out. 


The nurse pun very supportive. Bila dia nampak kepala or rambut baby, diaorang selalu cakap


"Ha.. Pandai. Teran lagi, teran lagi"


Then I heard Prof said, ni dalam 2 kali push lagi ni insya-Allah boleh keluar. And yes with 2 push, the baby dah keluar. But actually bila orang tanya berapa kali push, I will say more than 5 push. Bila dah lega, Ayu tanya 5rz


"Baby dah klua ke?"


5rz senyum and angguk. 5rz dapat potong tali pusat baby and after that nurse kasi baby dekat Ayu and said


"Sebut baby ape tu?"


Ayu sambut baby tapi diam membisu. Nurse tanya soalan yang sama then baru Ayu jawab


"Baby boy" 


Menangis Ayu tengok baby Ayu selamat. Alhamdulillah. Then prof keluarkan uri. After that dia masukkan kan tangan dia kat bawah Ayu tu nak korek ketulan darah. Time tu Ayu tak rasa ape dah. Then kena jahit lagi. Pun tak rasa apa. Bukanlah tak rasa lansung. Of coz  Ayu rasa jarum and benang tu semua tapi kalau nak tanya Ayu, sakit ke x? Ayu akan jawab sakit contraction lagi la sakit bagi Ayu. Masya-Allah. 




Then Ayu di bawa ke ward and my baby dekat nursery. Tamat sudah pengalaman bersalin untuk kali ini. =)


ps:// Lengkap sudah hidupku sebagai seorang perempuan. Alhamdulillah


Before discharge


{From Ayu with ♥}

Thursday, March 22, 2012

1st CTG

Last 2 weeks Ayu pergi buat my first CTG scan. Basically this is to monitor the baby heart beat together with the mummy's contraction. (Again, do correct me if I'm wrong coz I'm not a doctor nor an expert to talk about this) My CTG scan tooks about half an hour. Bila nurse datang check result, she said to me

"La sikit je"

I don't know ape yang sikitnye sebab tak tau baca bacaan CTG tu. Bila tiba giliran Ayu, Prof pun explain on how to read the CTG ni. Prof pun explain everything normal and ok cuma my contraction terlalu sikit. He predict that I can survive lagi. Then he checked my EDD. He said


"Your next appointment nanti kita buat on 22 March ok?"
"Tak dekat sangat ke Prof? EDD saya 24 March. Kalau hari Isnin boleh?" Ni sebab Ayu memang suka cuti Isnin. Nak elak Monday Blue (konon)

He checked his scheduled then ok and replied to me

"Patutnya awak ni dah kena jumpa saya every week tapi tak pelah since contraction awak pun tak banyak. So kalau 24th tu baby still tak nak keluar, awak nak buat macam mane?"
"Boleh ke overdue Prof coz I heard that once kita dah overdue, baby dah start poo poo and dia boleh mam poo poo dia"
"Yes, there is a possibility but we can give at least a week. Up to you la"

Ayu seboleh-boleh tak mau induce. And Prof pun banyak kali cakap 

"Your first child kan? Kalau boleh nak biar sakit tu datang sendiri la."

Bila tunggu bill, tetiba nurse datang bawak gift for me. Oh SUKA! :D 



"Puan, ni untuk Puan."
"Oh! Kenapa dapat ni?"
"Hadiah dari hospital"
"So, next appoinment dapat lagi tak?"
"Kita bagi sekali je"

Haha.


Ni barang2 yang ada dalam bag tu, Paling Ayu suka was the envelope Mom's Care tu

Dalam envelope tu ada voucher ni. 
ps://Today last Ayu keja sebelum cuti panjang. Yahoo! 


{From Ayu with ♥}

Friday, March 16, 2012

Baju Baby Semua Dah Basuh =)

Assalamualaikum. Just a short update.

Setelah sekian lama nak buat kerja ni asyik tertangguh je. Alhamdulillah semua kain baju dah settled. :D Ayu rasa baju baby tak banyak la yang Ayu beli. Tak tau la cukup ke tak. Tengok orang lain macam sakan je beli baju baby. Tak pelah. Kalau tak cukup nanti, kami beli kemudian.


Tunjuk warna putih je dulu *hiks*hiks* Oh ye. Lampin tu utk emergency kalau pampers dah habis and lupa nak beli. Boleh juga buat kain bedung baby nanti

5rz sangat suka kemas barang2 baby. Everytime habis shopping barang baby, sure dia yang akan kemas, lipat and simpan elok2 dalam almari. That is something that he would not do if it is my stuff or his. =/ 

Ok next, nak kena sterilize all the feeding bottles together with storage bottles. Oh ya about storage bottles Ayu ada cerita nak kongsi but later2 la.

{From Ayu with ♥}

Thursday, March 15, 2012

3rd Maternity Baby Expo

Assalamualaikum.

Baru je nak update pasal baby expo dekat Mid Valley boleh? We went there on Sunday, early in the morning. Sempat lagi tengok movie before 12 noon. Terkejar-kejar sebenarnya. Actually tengok movie pun sebab I want to claim my free ticket since this month is my birthday month. Sebelum Ayu bersalin berpantang bagai, nak la habiskan masa tengok wayang. Nanti berbulan tak boleh jalan2 sangat. 

So sampai Mid hari tu terus claim ticket then borong pampers MamyPoko. Pergi beli pampers je dulu sebab takut pampers sold out. After that 5rz berkejar hantar barang ke kereta while I pergi beli breakfast and mam dalam panggung tu. 

After movie, continue shopping dekat Hush Puppies Sales. Oh my sangat murah. Paling sedih was all office wear and jeans murah sangat2. But I didn't bought any of those. Simple because I don't know how slim I will get after delivered nanti. So, I just settle down with this. 


Bila pakai rasa macam pijak bantal! Oh selesa sungguh :D

Actually beli sandal ni sebab a day before tu kaki dah start bengkak and my sandal memang langsung tak muat. My MIL said, once kaki dah surut dari bengkak nanti, then it's time. Hee nervous. Anyhow, the queue for Hush Puppies masya-Allah panjangnye. Lucky me, half way to the counter, one of the Hush Puppies's staff tu called me and I terus dapat pergi counter and bayar terus. Sebab dia nampak Ayu pregnant. Hehe how lucky I am kan? Otherwise nak kena tunggu berapa lama ntah. 

Lepas ke Hush Puppies, lunch and then terus masuk balik hall Baby Expo. Tambah stock lagi beli pampers. Kami banyak borong pampers tapi kebanyakkannya untuk my SIL. Kami punya sikit je. Betul la kata kebanyakkan bloggers. This expo tak berapa best. Lagi best Motherhood Expo dekat KLCC hari tu. Last year masa baby expo dekat Mid lagi better than this one. Anyway nak tunggu expo bulan 5 plak (kalau masih berkesempatan, Amin) 

{From Ayu with ♥}

Thursday, March 8, 2012

Baby Stuffs From US

I'm sure all of you tau yang baby stuff from oversea lagi murah kan? Banyak sangat bezanya. I tried to get my friends from oversea to help me out in buying some baby stuffs from oversea. Most of them were very busy with exams, so I can't really push them, can I? So I found another solution which is buy online. Apparently saya tak berapa yakin nak online shop dari oversea. Kalau dekat Malaysia boleh la lagi.


Then jumpa pulak dengan seseorang ni, who is very famous la jugak. Ala dia ni pernah masuk tv sebab dia buat business online and kebanyakkan barang yang dijual dia beli from abroad. Kalau tulis nama dia dekat sini sure korang kenal. Been emailing that person untuk dapatkan my stuffs. Very friendly but last2, bukan la tak friendly, cuma suddenly dia tak jawab email. Last sekali email yang dia reply was something like this

Our friend dekat sana still on holidays, so tak boleh nak order.

Then I asked, agak2 bila boleh start order? No reply sampai la sekarang! Eh kalau tak tahu sekali pun tak boleh ke nak reply saying that you not sure when can order and will update once your friend dah balik ke ape ke. Or even kau malas nak layan order aku sekali pun boleh tak say sorry, can't help you ke. Ah! Terus hilang respect kat dia. Famous je lebih!


Last2 Ayu order dekat kawan kepada kawan Ayu. Meaning not direct friend la. Segan tau tak tapi masya-Allah orangnya baik. Dah la tak kenal kita tapi willing to help. Kebetulan pulak dia nak ke US. Before dia fly ke US tu Ayu dah transfer duit dalam account dia siap2. Kalau dia dah ada kat US and kita baru nak hengeh2 transfer duit, alamat kena bank charge lagi. So better transfer siap2 and dia pun senang nak tukar duit US awal2.

After waiting almost 3 weeks + alhamdulillah barang sampai dengan selamat. My stuffs di ship kan oleh Shafi from US. Yes the name of my new friend is Shafi. Ayu pun tak harap sangat dia nak carry barang tu bawak balik. Better ship kan aje.


Kalau dekat Malaysia, Medela tu saja dah brape harga dia? Avent Sterilizer 3 in 1 tu Ayu tgk dekat Malaysia harga dia RM399. So korang campur tolak la sendiri yek. Total damage for all above are less than 1.6k. Include tax and postage semua. Still save compared nak beli kat Malaysia

Bila barang dah sampai Malaysia, we set a date to meet up. Bawak sekali kawan Ayu, Sal who is also kawan Shafi. It's amazing when two strangers can be friend over twitter and willing to help one another. Suka sangat dapat berkenalan dengan Shafi yang baik hati. Thanks Shafi sebab sanggup susah payah belikan barang Ayu walaupun pada mulanya kita tak kenal each other.


From left to right : Sal, Shafi and yours truly =)



ps:// Don't worry about the plug. Korang just beli international plug je and it can fit. 

{From Ayu with ♥}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...