Google Translator

Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

Kuih Talam Ubi Kayu

"Untung jadi isteri macam awak, ada suami yang pandai masak."

Itu kata-kata yang sering kawan-kawan ucapkan pada saya. Saya tak menafikan ada benarnya tapi sejak suami sibuk memasak di Restoran Rasa Nusantara dan sejak saya dah selamat bersalin,tugas masak-memasak di rumah 99.9% jatuh ke atas bahu saya. Tanggapan orang sekeliling kadang-kadang perlu dibetulkan. Kot tak nanti orang ingat saya ni isteri yang hanya goyang kaki dan hanya tahu santai-santai saja di rumah.

Oklah, itu introduction je. Nak cerita pasal saya masak kuih talam ubi kayu beberapa minggu lepas. Resepinya saya ambil di sini. Satu je langkah yang saya tak ikut dalam resepi tu. Saya tak perah isi ubi kayu yang telah disagat. Dah banyak kali saya buat kuih ni dan saya tak pernah perah isi ubi kayu tu, so far so good. Next time boleh try perah pulak kot dan tengok hasilnya, adakah sama saja atau berbeza. Resepinya simple saja. Lagi simple sebab saya gunakan food processor untuk menyagat ubi kayu. Memang mudah sangatlah kerjanya :) Kalau rajin bolehlah cuba :)

In action!

Siap disagat :) Simple!

Siap dimasak dalam loyang yang import dari Malaysia :)

Yeay! Boleh makan :))

Friday, September 24, 2010

A Perfect Blend

In my previous post I mentioned about making few batches of Snow Almond cookies. Only today I got the chance to coat the cookies with melted chocolate and then roll them into a mix of almond nips and bread crumbs. My husband and I plan to have an Aidil Fitri open house this Saturday. Most of the cookies I made during Ramadhan are gone. (We have a huge crowd coming to celebrate Eid on the first of Syawal). Thing is I always always always have problem with chocolate melting task. I don't know why but I think me and  chocolate melting task just aren't meant to be together.

 Cookies coated with an ASDA brand baking milk chocolate.

I used an ASDA brand chocolate milk bar before but I don't really like its color. Its not shiny enough and when I add a wee bit of butter while I was melting it, it turns into this ugly lump. Arrrghhhh... It tastes good though.

 ASDA milk choc for home baking alongside GREEN'S BLACK dark chocolate.

I braved myself today to melt another bar of chocolate of a different brand. I started with half bar. While waiting for the chocolate to melt, I washed some dishes. Then I heard a loud pop from the stove. For all I know, the glass bowl which I used as a double boiler cracked into few pieces. One of those pieces decided to take a diving lesson and dived onto the kitchen floor. I have to throw everything into the waste bin (except for the pot which I used to boil water). Just so you know, that bar of chocolate is quite expensive compared to the ASDA brand. It is a dark chocolate and it shines beautifully when melted. Tastes wise, hemmm... not so good compared to the ASDA brand milk chocolate. 

 Cookies coated with GREEN'S BLACK baking milk chocolate.

 Anyway, after quite a number of experiments with the melted chocolate, I finally found a perfect blend for me. Well, I admit it is not so perfect, but it's acceptable. To have the perfect blend, I need to melt the expensive dark chocolate bar with the ASDA brand milk chocolate bar together. The result, a shiny melted chocolate with a yummy taste :)  So here it is, my Snow Almond cookies.

 
 H-A-P-P-Y!!! My Snow Almond Cookies.

On another note, I bought a couple of white chocolate milk bars to make a white chocolate cake for my husband. To my surprise, on their box, there's a line stating "FROM MALAYSIA COCOA BEANS2. Oh! I'm soooo proud because here and there in the UK I have seen so many products from other Asian's countries. For example, CHAOKOH coconut milk from Thailand, AMOY oyster sauce from HONG KONG, and of course hundreds of brands from India and Pakistan like PATAKS' tikka masala and beriyani pastes. It may mean nothing to some people but this is among the things that make me think, Malaysia has a lot of excellent products from its agriculture sector but fail to compete with its next door neighbor. Why it is not happening? Hemmm...

Look closely and you'll be able to see the line I'm raving about :)

p/s: I'll share the recipe when I'm done with some editing. :)

Saturday, September 11, 2010

Biskut raya lagi dan lagi

Nota kepala:
Resepi ada di bawah.

Apsal ntah tahun ni rajin betul buat biskut raya. Sampai 5 jenis. Zaman sekolah menengah dulu je kerajinan terlampau ni. Bila saya dah mula bekerja dan duduk di rumah bujang, balik raya pun lagi 3-4 hari nak raya, memang tak sempat dah nak  buat kuih raya. Nak kemas rumah lagi, nak prepare untuk masak juadah berat untuk pagi hari raya lagi. So, masa dah kerja tu, memang saya order je biskut-biskut raya ni. Tapi saya tak pernah beli yang jual kat kedai atau supermarket tu.
 Red Pearl

Bila dah kahwin, sekali tu ada ke suami saya ajak beli biskut raya kat Jalan TAR. Katanya murah kat situ, 3 bekas boleh dapat RM10.00. Aduhaiii Abang, kalau murah macam tu sekali, mestilah rasanya 'murah' jugak. Puaslah isteri ni menerangkan padanya, bahawa isterinya takkan beli biskut-biskut raya yang tak diketahui rasanya. Yelahkan, kalau yang kita order-order tu, kita boleh dapat sample. Walaupun bulan puasa, balik berbuka boleh rasa.

Lidah Buaya aka Kuih Tiram


Tahun ni, selain dari Mocha Java Hazelnut Cookies & Bebola Nestum, saya buat juga Lidah Buaya aka Kuih Tiram, Red Pearl dan Snow Almond. Semua ni 1st time buat tapi Lidah Buaya tu pernah la sekali masa sekolah rendah ikut mak saudara saya buat bersama jiran. Tapi masa tu umur baru 7 tahun kot, manalah reti nak salin-salin resepi.

p/s: snow belum turun, jadi tak ada gambar utk snow almond. haha...

RESEPI:

Red Pearl
150 gm butter
150 gm tpg gandum
75gm gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat chip
25 gm badam nips
1 sd teh esen vanilla

Cara2.
1. pukul butter dan gula hingga sebati (jgn kembang)
2. campurkan semua bahan kering. Kacau sebati menggunakan sudip kayu.
3. menggunakan garfu, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar.
4. sapukan kuning telur dan hias dgn ceri merah.
bakar 175'C, 20-25 minit.

*-*-*-*-*- *-*-*-*-*- *-*-*-*-*- *-*-*-*-*- *-*-*-*-*- *-*-*-*-*-

 Kuih Tiram/ Lidah Buaya
sumber: http://hanamemories.blogspot.com/2009/05/kuih-tiram.html

Bahan-bahan
500gm tepung
1 biji telur
2 sudu margerin
sedikit garam
160ml air
**6 sudu tepung jagung**
**6 sudu minyak**

Cara-cara
1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

p/s: actually, adunan untuk 'paste' tu akan berlebihan berbanding dgn adunan tepung, telur, marjerin etc tu. Jadi saya tambah lagi separuh dari adunan. Maksudnya, untuk tepung, telur & marjerin tu kena jadikan 1.5 adunan baru boleh habiskan adunan untuk 'paste'.

Thursday, September 2, 2010

Projek Biskut Raya I


Minggu lepas, ada cuti 3 hari bermula dari Sabtu sampai Isnin. Isnin tu cuti Bank Holiday, cuti yang menandakan end of summer. Saya amik kesempatan untuk buat kuih raya. Dapatlah buat 2 jenis biskut raya hari Sabtu. Hari Ahad, sehari suntuk menjahit. 2 jenis biskut ni namanya Mocha Java Hazelnut Cookies, resepi saya ambil dari Lunacafe; dan satu lagi biskut bebola nestum. Resepi ni ada merata-rata dalam internet. Kalau ikutkan resepi asal, kena canai doh & terap ikut acuan. Memandangkan saya 'terlebih rajin' untuk menggentel, saya buat bentuk bebola. Pucatlah warna bebola nestum tu. Masa mengadun tu, tak terfikir nak tambah warna hijau, merah atau kuning. Dah siap bakar barulah nampak tak berseri. Itu yang saya memandai pergi tabur gula icing. 
Sedang beratur nak masuk dalam oven

 Baru keluar dari oven

Perlu simpan dalam bekas kedap udara!


Tabur gula icing supaya lebih comel

OK, sedia untuk dimakan

Tuesday, July 20, 2010

Strawberry Shortcake

 My grandma & me ~THAT! is my husband's finger on the camera screen :S

Went for strawberry picking last 2 weeks. Brought along my grandma with us, so she can experienced the fruit picking season. Learnt from past lesson, DO NOT PICK ENDLESSLY because we'll end up with baskets of strawberries and then turn that into sauce/jam which we are of course unable to finish.

The strawberries sit in the box for over a week. I plan and plan to make something out of them but there's always a reason not to. So, last Saturday morning, I finally succeeded in pushing myself to make Strawberry Shortcakes based on Nigella's recipes. The RESULT? Ummm... Yummy. The shortcakes are just like what the recipe said it should be, crispy on the outside and soft on the inside.

The strawberry filling. I squashed them to much, that's why they look quite mushy. 

 The shortcakes


And taraaa... The Strawberry Shortcakes :)

Thanks for reading :)

Sunday, July 18, 2010

Kek Lobak Merah & Nanas

 Happy Birthday To Abang & Myself :)

Kek ni saya buat bersempena dengan ulang tahun hari lahir saya dan suami. Suami yang tengok resepi ni kat TV, langsung mencadangkan supaya saya buat. Saya suka buat kek tapi kalau yang suami tak suka makan, saya malas nak buat. Sebab nanti saya kena makan sorang. Saya sekarang cuba untuk err.. mengurangkan berat badan :'( Sadis!

Resepi ni saya tiru dari Ina Garten dalam rancangan Barefoot Contessa. Kek ni sewaktu baru sejuk, memang manis rasanya. Jadi cadangan saya, perlu biarkan seharian dulu, baru rasanya OK. Untuk cream cheese frosting, saya hanya gunakan 1/2 cawan confectioners' sugar sebab saya tak suka terlalu manis. Saya masih mencari resepi cream cheese frosting yang 'can hold its shape but not so sweet'. Resepi yang ini, bila dah dibiarkan semalaman, barulah agak keras cream cheese frosting tu.

Bahan:
Untuk Kek:
2 cawan gula pasir
1 1/3 minyak sayuran
3 biji telur saiz besar, pada suhu bilik
1 st esen vanila
2 1/2 cawan tepung serbaguna + 1 sb, asingkan (saya guna tepung naik sendiri)
2 st serbuk kulit kayu manis
2 st baking soda
1 1/2 st garam halus
1 cawan kismis
1 cawan kacang walnut, dipotong
1 pound/ 450gm lobak merah, disagat
1/2 cawan nanas, dipotong dadu

Untuk Frosting:
*(ada sesiapa boleh bagi saya perkatan Bahasa Melayu untuk frosting? Menyalut kek? Atau apa ye?)
3/4 pound cream cheese, pada suhu bilik
1/2 menterga tanpa garam, pada suhu bilik
1 st esen vanila
1/2  pound (225gm) gula confectioners, diayak (resepi asal 1 pound/450gm gula confectioners)

Untuk Hiasan:
1/2 cawan nanas dipotong dadu

Cara
Panaskan oven pada suhu 350 F.
Griskan 2 tin pembakar bersaiz 8 inci. Alas dengan kerta minyak, gris kertas minyak dan taburkan tepung. Ketuk-ketuk tin pembakar supaya tepung tu sekata.

Untuk Kek:
1. Pukul, gula, minyak, dan telur dalam mangkuk sampai kekuningan. Masukkan esen vanila.
2. Dalam mangkuk lain, ayak 2 1/2 cawan tepung, serbuk kulit kayu manis, baking soda dan garam.
3. Masukkan adunan bahan kering ke dalam adunan bahan basah.
4. Gaulkan kismis dan walnut dengan 1sb tepung. Masukkan lobak merah dan nanas ke dalam campuran ini. Kemudian masukkan campuran ini ke dalam adunan. Gaul sebati.
5. Bahagikan adunan sama banyak ke dalam dua tin pembakar. Bakar adunan selama 55-60 minit, atau sehingga bila dicucuk dengan lidi, lidi tu keluar bersih je. Biarkan kek yang telah masak sejuk di dalam tin pembakar.
**Tips: Elakkan dari membakar kesemua adunan di dalam satu tin pembakar. Nanti kek jadi tebal sangat dan lambat masak.

Untuk Frosting:
1. Campurkan cream cheese, mentega dan esen vanila dalam mangkuk dan pukul sehingga bergaul. Dalam resepi kata "just combined".
2. Masukkan gula dan pukul hingga sebati.
3. Letakkan sebiji kek di atas pinggan atau dulang hidangan, sisi rata menghadap ke atas. Sapukan frosting dengan menggunakan pisau roti atau spatula. Letakkan sebiji kek lagi di atas kek pertama, sisi rata menghala ke bawah, sapurkan frosting di atas dan semua sisi kek. Hias dengan potongan nanas.

Malas Tak sempat nak hias dengan potongan nanas.

Monday, March 8, 2010

Muffin Pisang dan Cip Coklat


Saya buat muffin ni minggu lepas. Saja buat untuk makan sewaktu sarapan atau minum petang. Tak adalah setiap hari sarapan bertema roti je. Saya rujuk resepi di Epicurious. Salah satu yang menarik saya untuk merujuk resepi di laman web Epicurious ni ialah komen-komen yang jujur dari orang-orang yang pernah mencuba sesuatu resepi itu.

(Untuk 12 biji muffin)
Bahan:
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (resepi asal guna tepung serbaguna, tapi saya tak ada)
2/3 cawan gula
1 1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1 cawan pisang yang telah dilenyek(saya gunakan 3 biji pisang saiz sederhana)
1 biji telur (saiz besar)
1/2 cawan mentega yang dicairkan(seeloknya unsalted butter)
1/4 cawan susu segar
1/2 cawan cip coklat(resepi menggunakan 3/4 cawan)

Cara Memasak:
1- Panaskan oven pada suhu 350F atau gas aras 4.
2- Aturkan cawan muffin ke dalam acuan.
3- Campurkan bahan-bahan kering: tepung naik sendiri, gula, garam dan baking powder dalam mangkuk besar.
4- Dalam mangkuk yang lain, gaul sebati bahan basah: lenyekan pisang, telur, mentega cair dan susu.
5- Masukkan bahan campuran bahan basah ke dalam campuran bahan kering. Kaup balik adunan hingga elok-elok je bergaul (just until blended). Masukkan dan gaul cip coklat ke dalam adunan.
6- Tuang adunan ke dalam cawan muffin hingga 3/4 penuh. Kalau lebih sikit dari 1/2 penuh pun ok jugak. Tak perlu gris.
7- Bakar selama 32 minit. Kalau dah masak, permukaan muffin akan berwarna keperangan. Cucuk dengan lidi, jika lidi yang ditarik keluar bersih dan ada melekat coklat cair, maknanya dah masaklah tu.
Selamat Mencuba :D

Thursday, January 7, 2010

Kek Coklat Chiffon

Sebelum bertolak ke Southampton pada 24 December 2009, saya sempat mencuba resepi Kek Coklat Chiffon ni. Saja untuk buat bekal & jadikan buahtangan untuk Ani sekeluarga. Saya tak sempat nak decorate.

Ini resepinya. Saya lakarkan gambarajah, lebih mudah faham & boleh terus bayangkan :)
Resepi asal

Klik gambar untuk besarkan pandangan.

Wednesday, December 9, 2009

Asam Pedas Melaka

Asam pedas yang kami masak :)

Saya memang dari kecil lagi suka makan asam pedas. Asam pedas yang biasa keluarga saya masak simple je. Tumis bawang merah yang ditumbuk bersama dengan cili kering yang telah dimesin tu sampai garing (bukan hangus ye!), kemudian masukkan perahan air asam jawa, ikan kembung, garam, gula dan daun kesum.

Sewaktu suami dan saya ke Melaka pada hujung tahun 2007, konon-kononnya honeymoonlah, we didn't have a proper honeymoon anyway~ tak kisahlah yang penting bahagia :) ,kami sampai waktu senja. Lepas solat maghrib, keluar jalan-jalan cari makan, jalan kaki je dari hotel. Yang pertama kami jumpa Pizza Hut, kemudian KFC. Aiseh, takkan jalan jauh-jauh ke Melaka nak makan benda-benda ni semuakan. Balik semula ke hotel untuk naik kereta dan meneruskan pencarian kedai makan. Tak jauh dari hotel yang nama apa ntah tu, kami ternampak banyak kereta parkir kat tepi satu gerai ni. Gerai kayu je. Bukan restoran batu dan simen pun. We decide to give it a shot. Ternampak satu van yang parkir di situ, tertulis di badan van tu "ASAM PEDAS POWER."

Memang betullah POWER asam pedas kat situ. Sampai sekarang ni kalau teringat, kecur air liur saya. Kalau tuan puan pergi ke Melaka, cubalah makan kat situ. Letaknya gerai ni berhadapan dengan Perigi Hang Li Po.

Puas saya menyelak-nyelak lama-laman resepi di internet ni, akhirnya berjumpa juga dengan asam pedas Melaka idaman kami. Voila! Memang sedaplah. Worth your effort menumis tau! Dalam resepi asal tu pun katanya dia tengok kat internet tapi kat mana ntah. Dah banyak kali buat asam pedas ni, asik tak berkesempatan je nak kongsi kat sini.

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4-5 sudu besar cili kering yg telah dimesin (sukatan cili kering mesin ini sebenarnya bergantung pada kepedasan cili kering anda)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sd besar jintan manis
1/2 sd teh lada hitam

Bahan tumis :
1 labu bawang besar dihiris halus
1/2 sd teh biji sawi
1/2 sd teh halba
Segenggam daun kari (leraikan)

Bahan-bahan lain:
4 keping ikan tenggiri atau ikan tuna (dibersihkan)
10 sudu besar minyak masak untuk menumis *kalau tak yakin, letak sikit dulu, sewaktu menumis nanti kalau nampak minyak sikit tapi bahan untuk tumisan banyak, boleh tambah masa tu.
3 sd besar asam jawa campurkan dengan ¾ cawan air
1.5 liter air
2-3 biji tomato - potong 4
10 biji bendi *optional
2 tangkai bunga kantan - dipecahkan *di UK ni tak jumpa lagi bunga kantan, jadi saya tak letak pun.
Garam dan gula secukup rasa

Note: saya sebenarnya tak ikut sangat sukatan ni. saya agak-agak saja bergantung pada sebanyak mana ikan yg saya nak masak. Utilize your intuition ;)
sewaktu masih dalam periuk ;)

Cara:
Panaskan periuk dan masukkan minyak. Tumis bawang hiris hingga kuning dan masukkan bahan tumis yg lain, biarkan naik bau.

Masukkan bahan kisar dan garam, tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar hingga naik minyak. Masukkan ikan dan sebatikan bersama bunga kantan.

Masukkan air dan bahan lain kecuali tomato. Tutup dan biar renih pada api kecil hingga mula pekat dan masukkan tomato. Biarkan beberapa mnit baru diangkat.

Friday, October 16, 2009

Buttered Prawns / Udang Goreng Bermentega

Gambar tak clear (guna iphone yg 2megapix tu je)


Ini resepi Sabtu lepas. Baru hari ni sempat nak kongsi. Saya cari di internet beberapa resepi Buttered Prawns tapi kebanyakkannya menggunakan white wine ataupun arak Cina. Untuk menggantikan white wine, saya gunakan perahan jus lemon. Idea nak menggantikan white wine dengan jus lemon tu datang berdasarkan hasil borak-borak saya dengan kawan-kawan satu research group. Beberapa minggu lepas kami ada get together & salah seorang dari mereka minum white wine. Saya menyibuk bertanya apa rasa white wine tu. Yelah, bila tengok resepi-resepi mat saleh ni, banyak yang menggunakan white wine. Kata kawan saya tu, "It has a citrusy taste to it..." Jadi conclusion saya, rasa white wine = masam macam lemon atau limau nipis.

Bahan:
20-25 ekor udang saiz sederhana ~ buang kepala. Kalau terlebih rajin, buang mata saja tapi biarkan kepala intact
4-5 ulas bawang putih ~ dicincang halus
5-7 ulas cili padi (tambah kalau suka pedas) ~ dicincang halus
segenggam daun kari ~ lebih kurang dalam 20 helai
3-5 kuning telur
1 sb kicap manis
6 sb mentega
1/4-1/2 dari perahan sebiji lemon
sedikit minyak untuk menggoreng
garam & gula secukup rasa

Cara:
1- Panaskan minyak dalam kuali & goreng udang sehingga kemerahan. Angkat udang & toskan minyak.
2- Tuangkan lebihan minyak menggoreng ke dalam bekas dan tinggalkan lebih kurang 3-4 sudu besar di dalam kuali.
3- Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga naik bau. Asalkan jangan hangus.
4- Perlahankan api dan masukkan mentega, kicap manis, gula dan jus lemon. Kacau hingga mentega jadi cair.
5- Masukkan kuning telur. Untuk dapatkan juraian kuning telur yg cantik, masukkan kuning telur ke dalam penapis santan(sieve/sifter) dan guna sudu untuk menggores kuning telur tu supaya keluar dari penapis. (Susah nak terangkan dengan ayat part ni)
6- Masukkan udang dan tambah garam atau gula sesedap rasa.

Thursday, August 27, 2009

Ikan Cencaru Sumbat

Resepi ni saya belajar dari Tok saya. Memang favorite ni. Hari kedua puasa tahun ni, inilah menu kami disamping sup sayur.

Bahan:
2 ekor ikan cencaru (saiz sederhana) - dibelah belakang & dibersihkan
6-8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 lada merah
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara:
1- Tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada merah hingga hampir lumat.
2- Gaulkan dengan sedikit garam - mengikut tahap kemasinan anda.
3- Garam sebelah dalam ikan, i.e. bahagian yang di belah belakang.
4- Masukkan bahan-bahan yang telak ditumbuk tadi. Seelok-eloknya ikat ikan dengan benang supaya bahan yang disumbat tak terburai semasa menggoreng. Kalau tak nak ikat pun OK je.
5- Panaskan minyak.
6- Masukkan ikan yang bersumbat tadi dan tutup kuali dengan tudung periuk atau tudung pengukus. Terbalikkan ikan bila agak-agak sebelah yang bergoreng tu dah masak.
Langkah menutup ni perlu supaya bahan-bahan sumbat tu tak hangus sementara menantikan ikan masak.

Selamat mencuba!
*maaf tiada gambar.

Wednesday, July 29, 2009

Kek Pisang

Kebetulan ada beberapa biji pisang yang dah terlampau masak. Nak makan mentah memang dah tak kuasa, jadi buat kek pisanglah jawabnya. Ini pertama kali buat kek pisang, padahal rasanya inilah kek yang paling mudah. Ooopps, kek yang paling mudah tentulah Kek Batik, kiranya Kek Pisang ni yang kedua termudah kot.
Bahan:
125g mentega
150g gula perang
2 biji telur
3-4 biji pisang masak
250g tepung naik sendiri (atau kalau guna tepung biasa, campurkan dengan 1 sm baking powder)
secubit garam
sedikit marjerin untuk menggris acuan

Cara:
1-Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2-Pukul mentega dan telur hingga sebati. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi hingga sebati.
3- Masukkan pisang yang telah dilenyek.
4-Ayak tepung ke dalam adunan. Kaup-balikkan tepung sehingga adunan bergaul rata. Sebaik-baiknya jangan putar.
5-Griskan acuan dan masukkan adunan ke dalam acuan.
6-Bakar untuk tmpoh 50-60 minit atau cuba cucuk dengan garfu bahagian tengah kek. Jika garfu yang dikeluarkan bersih tanpa adunan melekat padanya, bolehlah keluarkan kek dari ketuhar.
7-Makan. Sedap ni :)

Thursday, July 23, 2009

Birthday Bersama -Mocha Chiffon Cake

2 tahun lepas sewaktu baru berkenalan dengan suami, saya bertanya,
"Boleh tahu bila tarikh lahir?"
Saya sebenarnya ingin tahu umur suami. Yelah, orang yang mengenalkan kami terlupa nak bagitahu (si Maleklah tu).
"Penting ke?"
Aduh! Begitu jawabnya.
"Saja nak tahu. Tak boleh tak apa."
Oh! Mungkin dia fikir saya mahu celebrate atau beri hadiah agaknya. Malunya, tapi perasannya dia. Hahaha... Maaf ye Abang.

Bila diberitahu, saya pula yang terkejut bila tarikh lahirnya sama dengan tarikh lahir saya. Mula-mulanya ingat dia bergurau, manalah tahu mungkin mendapat idea dari Malek. Rupa-rupanya betul.

Untuk birthday kali ni hanya sempat buat kek saja. Seminggu selepas tu baru dating pergi tengok wayang dan makan-makan. Tapi bukan filem romantik ye, cerita Ice Age 3. Nasiblah suami saya dapat isteri yang suka menonton filem kartun. Ini kek yang kami buat sempena birthday kali ni.
Mocha Chiffon Cake
Bahan-bahan:
2 auns serbuk koko
4 sb air kopi pekat
3 auns tepung naik sendiri
secubit garam
6 auns gula
3 biji telur -asingkan putih dan kuningnya
1.5 auns mentega yang dicairkan

Untuk hiasan:
10 auns(cecair) whipped cream
Berries sauce
Boleh juga guna coklat masakan yang disagat

Cara-caranya:
1- Panaskan oven pada suhu 350F.
2- Griskan tin kek dan alas dengan kertas minyak.
3- Larutkan serbuk koko dalam air kopi dan biarkan sejuk.
4- Ayak tepung dan garam.
5- Di dalam bekas lain, pukul gula dan kuning telur sehinga sebati. Kemudian masukkan mentega cair berserta campuran kopi/koko.
6- Masukkan campuran sedikit demi sedikit ke dalam tepung menggunakan sudu besi.
7- Pukul putih telur hingga pekat dan masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati.
8- Masukkan adunan yang telah sebati ke dalam tin kek dan bakar selama 45 hingga 60 minit.
9- Terbalikkan kek di atas bidai penyejuk sebaik sahaja ia dikeluarkan dari oven. Motifnya supaya senang nak hias. Kalau tak nak buat macam ni pun tak apa.
10- Siram berries sauce ke atas kek. Kemudian sapukan whipped cream yang telah dipukul hingga pekat hingga rata.

Kuah Spaghetti Bolognese (Ragu)

Sejak di Malaysia lagi, kalau teringin makan spaghetti(camana nak eja spaghetti dalam BM ye?) saya lebih suka buat sendiri, 'start from scratch' kata orang putih. Adalah jugak sekali dua mencuba kuah spageti ready made tapi rasanya lebih enak buat sendiri. Ini resepi kuah spaghetti saya. Asasnya sama dengan kuah spaghetti bolognese tapi saya ubah suai sesedap rasa. Kalau ikutkan nama sebenar (macam artis pulak kuah spagetti ni), kuah spagetti ni dipanggil ragu. Bila baca resepi-resepi Barat, saya fikir apa kebendalah ragu ni. Takkan ragu-ragu (was-was) ataupun Ragu seperti nama lelaki India. Rupa-rupanya "ragu" ni merujuk pada kuah spagetti bolognese tu. Untuk lebih lanjut boleh tgk pautan-pautan selepas resepi ni.

Bahan-bahannya:
500-600g daging cincang ~sebenarnya saya tak pernah timbang pun, agak-agak saja
4-5 ulas bawang putih -dicincang halus
1 labu bawang besar -dihiris nipis
1/3 batang lobak merah -dipotong dadu atau ikut suka tukang masak.
2 biji buah tomato -dipotong dadu.
1 batang celery -dihiris sederhana nipis
1 tin tomato puri
1-2 st serbuk oregano
1-2 st serbuk thyme ~optional tp mmg terasa lebih sedap bau bila letak thyme
1-2 helai daun bay ~optional
2 cawan air ~lebih baik kalau guna air rebusan spaghetti
garam
serbuk lada hitam
minyak zaitun ~tak perlu extra virgin kerana extra virgin kalau dibuat menumis agak pahit rasanya. Kalau orang Pahang sebut 'peda'.

Cara-caranya:
1- Panaskan minyak zaitun dan masukkan daging cincang. Goreng sehingga daging jadi keperangan.
2- Masukkan bawang putih dan bawang besar, dan tumis sehingga naik bau.
3- Masukkan lobak, celery dan tomato, dan gaul untuk kira-kira 5 minit atau sehingga sayur-sayuran nampak layu.
4- Masukkan tomato puri dan gaul.
5- Masukkan serbuk oregano, thyme dan daun bay.
6- Masukkan air, garam dan serbuk lada hitam.
7- Biarkan di atas api sederhana kecil untuk 10-15 minit. Kalau lebih lama direneh lebih sedap sebenarnya, janji api perlu betul-betul kecil.
*Resepi sesuai untuk 4 hidangan.


en.wikipedia.org/wiki/Ragú
Ragú is a brand name, marketed version of an Italian-style sauce known as Ragù. The Ragú brand was first sold in 1937 - and currently one of many consumer brands in the portfolio of Anglo-Dutch food giant Unilever. It is the best selling U.S. brand of pasta sauce. Ragú was acquired by the Lipton and Bestfoods companies before merging with the Unilever portfolio. It has a sister brand under the Knorr trademark in the UK.

en.wikipedia.org/wiki/Ragù
Ragù is an Italian term for a meat-based sauce, which is traditionally served with pasta. The word is the phonetical Italian spelling of the French ragoût, a noun derived from ragoûter (to revive the taste).

Friday, June 26, 2009

Eve's Pudding

Masa di Malaysia, suami saya,Amran suka makan Apple Puff yang dijual di McDonald tu ataupun puding roti berinti epal yang dijual oleh satu bakeri Melayu(dulu bakeri ni ada kat kawasan kedai depan Kondo Taman Melati tu tapi sekarang dah pindah mana ntah). Dari sehari ke sehari nak cuba buat Apple Pie tapi asyik bertangguh sehinggalah Ahad lepas. Benarnya Amran ada membeli buku resepi semasa kami berjalan ke Wales beberapa minggu lepas. Resepi ni bukan resepi Apple Puff ataupun Apple Pie, namanya Eve's Pudding. Rasanya saya lebih suka Eve's Pudding berbanding Apple Pie yg biasa tu. Ini resepinya:
Bahan:
4 auns mentege-dilembutkan
4 auns gula
2 biji telur
4 auns tepung gandum
Secubit garam
1.5-2 paun epal- dikupas, dibuang tengahnya dan dihiris nipis
(panggil apa ye bhgn tgh epal tu?)
4 auns gula kastor
2 kuntum bunga cengkih
Cara:
1- Panaskan oven pada 375 darjah kepansana atau aras 5.
2- Gris bekas yang akan digunakan untuk membakar.
3- Pukul gula dan mentega sampai kembang dan ringan. Masukkan telur dan pukul lagi.
4- Masukkan tepung dan garam.
5- Atur sebahagian dari hirisan epal dalam bekas bakar, taburkan gula kastor ke atasnya dan letakkan kuntuman bunga cengkih.
6- Susun lebihan hirisan epal di gula kastor.
7- Tuang dan ratakan bancuhan awal tadi ke atas hirisan epal.
8- Bakar sehingga kuning keemasan.
Nota:
*Untuk hidangan 6-8 orang. *Hidangan ini tidak sesuai untuk dibahagi-bahagikan kepada kengkawan atau jiran. Kalau nak bagi kena bagi sebekas betul sebab tak nampak comel bila dipotong ;)

Ini sumbernya:
FAVOURITE DESSERT RECIPES - Delicious Hot & Cold Sweets and Puddings

Friday, April 10, 2009

Puding Roti


Hari ni orang-orang di UK bercuti sempena Good Friday. Apa yang Good Friday pun saya tak tau. Kalau mengikut Wikipedia, Good Friday adalah hari orang-orang Kristian memperingati hari Nabi Isa disalib dan kematiannya di Golgotha. Perlu diingatkan ini adalah mengikut kepercayaan orang-orang Kristian. Kita yang beragama Islam ni tak perlu meraikan mahupun memperingati hari 'Good Friday' ini.

Puding Roti ni saya buat bukanlah bersempena Good Friday. Sebaliknya hari ni Dzun& Khai menjemput kami sarapan pagi di rumah mereka. Takkanlah nak datang tangan kosongkan. Minggu lepas, Dzun buat tiramisu untuk kami sewaktu datang bersarapan pagi di rumah kami. Jadi malam tadi saya& Amran menyediakan puding roti ni untuk kami bawa ke rumah Dzun.

RESEPI PUDING ROTI

PUDING ROTI
Bahan
500ml susu segar
200-300ml double cream
8 bji telur
8 SB gula halus (tambah sukatan sekiranya tidak cukup manis)
4-5 SB serbuk badam
6-8 keping roti
Kismis/prune/anggur/badam panggang ] untuk hiasan

Cara
1-Tuang susu segarke dalam loyang, masukkan gula dan kacau hingga larut.
2-Masukkan telur. Kacau rata.
3-Masukkan cebisan-cebisan roti (tak perlu cebisan halus, 1 keping roti:4-6 cebisan)
4-Masukkan serbuk badam & beberapa cubit garam.
5-Masukkan double cream.
6-Grease bekas & masukkan adunan dalam acuan. Elakkan adunan dari terlalu penuh di dalam bekas.
7-Tabur kismis/anggur/badam panggang di atas adunan.
8-Bakar pada 180 Celcius selama 40 minit.

KUAH KASTAD
Bahan

2 cawan susu segar
gula secukupnya (ikut tahap kemanisan)
1-2 SB tepung kastad

Cara
1-Larutkan tepung kastad & gula di dalam susu segar.
2-Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
3-Angkat dari tungku dapur yg panas itu (untuk mengelakkan campuran menjadi puding kastad pula)
4-Sejukkan

*Nota kaki: Perlu diingatkan seperti kebanyakan resepi-resepi yg saya sediakan, sukatan-sukatan yang digunakan berdasarkan gerak hati (intuition). Jadi gunakanlah gerak hati anda semasa mencuba resepi ini :D

Wednesday, March 25, 2009

Nasi Daging Lembu Sedap


Saya & suami sekarang ni rajin mencuba resepi-resepi baru. Maklumlah duduk jauh dari deretan gerai-gerai tomyam,nasi goreng, mee hoon sup di Malaysia. Dulu pun rajin juga, cuma tak serajin sekarang. Kat sini tiap-tiap hari kena masak. Oh! Bukan setakat setiap hari, tapi perlu masak sekurang-kurangnya 2 kali. Sama ada sarapan/lunch + lunch/dinner. Lagipun saya bawa bekal makanan ke sekolah. Memang kebanyakkan Melayu di sini pun buat begitu. Kalau sekali sekala nak makan di luar tu bolehlah, harga pun berpatutan, 5 pound lebih untuk sepinggan nasi beriyani yang boleh dikongsi makan berdua. Cuma kalau tiap-tiap hari tu jadi dah tak berpatutan lagi belanjanya. Tambahan pula, manalah larat nak makan di luar setiap hari, bosan jugakan.

Dua minggu lepas, saya mencuba resepi yang saya dapat dari website New Zealand Lamb Recipes. Saya dah olah resepi tu ikut sesuka hati saya memandangkan kami di sini tak punya New Zealand lamb(mungkin Che'a & Kak Ema orang yang sangat sesuai untuk cuba resepi-resepi kat website tu). Nama sebenar resepi ni ialah 'Kambing dan Nasi Ekspres'. Memandangkan waktu nak memasak tu saya cuma punya daging lembu & tidak punya beras ekspres, jadilah resepi saya namanya 'Nasi Daging Lembu Sedap'.


Bahan-bahan:
(Maaf ye saya tak sukat sangat semasa memasak, cuma agak-agak saja sukatan untuk makan berdua)

Minyak zaitun untuk menumis
Daging lembu yang di hiris nipis(2 genggam tangan buka ye,letak banyak kalau suka makan lauk)
6-7 ulas bawang putih ditumbuk
Tomato puri
4 biji buah tomato saiz sedang(dipotong 8)
Buah zaitun dihiris nipis(20-30 biji, saya guna buah zaitun hijau yg dah dibuang biji, i.e pitted olives)
2 batang celery
Beras(saya letak 3 pot untuk kami berdua)
Air untuk memasak 3 pot nasi(dikurangkan 1/3)
Daun pasli dihiris (1 genggam)
Garam & gula secukup rasa


Cara:

1- Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan daging dan masak sehingga daging tu nampak kekuningan i.e dah masak.
2-Masukkan bawang putih yang telah ditumbuk.
3-Masukkan tomato puri & hirisan tomato segar. Kacau rata.
4-Masukkan hirisan buah zaitun, beras,air, garam, gula & daun pasli.Kacau rata & tutup kuali. Masak dengan api sederhana.
5-Sesekali buka tutup kuali dan balik-balikkan nasi. Masak sehingga air kering. Tapi jangan sampai hangus! :D

Nota kaki:
1-Elakkan dari terlebih air, nanti nasi jadi agak lembik. Saya letak air macam biasa, jadi nasi tu terlembik sikit. Sikit je, tapi malu ditegur suami saya :P
Sebab tu perlu kurangkan sedikit air berbanding kita masak nasi biasa guna rice cooker.

2-Boleh tambah sayur lain seperti lobak merah, brokoli, bunga kobis & kacang pis. Ikut suka ler..

Tuesday, July 8, 2008

Kerabu Suhun


Korang pernah makan kerabu suhun? Seeedaap! Senang je nak sediakan. Nanti saya bagi resepinya;-)


Resepi untuk KERABU SUHUN yg tak jemu dimakan ini:

Bahan:
-tentulah Suhun ;)
-Udang
-Sotong
-Bawang putih (2-3 ulas)
-Daun ketumbar
-Bunga kantan
-Daun Kesum
-perahan air limau nipis (ikut tahap kemasaman yg korang suka)
-garam & gula secukup rasa
-optional: -Celery
-lobak merah

Cara-cara:
1-Celur suhun dalam air yg menggelegak selama beberapa minit sehingga suhun menjadi lembut. Tapi AWAS!!! Jangan terlalu lembut. Kemudian toskan dan masukkan ke dalam mangkuk hidangan.

2-Semua jenis sayur-sayuran dihiris nipis. Masukkan ke dalam mangkuk hidangan bersama suhun.
(Daun ketumbar, daun kesum & bunga kantan tak perlu ada sekaligus. Boleh pilih salah satu, salah dua atau kesemuanya dalam kerabu korang)

3-Panaskan minyak masak, dalam 3-4 sudu makan.
(Bergantung kepada kuantiti udang & sotong yang digunakan)

4-Tumis bawang putih yang telah dicincang halus hingga bertukar warna. Tapi jangan sampai jadik warna coklat i.e. hangus. Huhuhuhu...

5- Masukkan udang & sotong. Goreng hingga udang & sotong jadi agak layu.

6- Masukkan gorengan udang & sotong ke dalam mangkuk hidangan yg telah berisi suhun & sayur-sayuran.

7- Masukkan perahan air limau nipis, garam & gula secukup rasa.Gaul hingga serasi semuanya.

8- Makan. YUM - YUM...

Saturday, April 26, 2008

Veggie-Fruit Juice anyone?

I believe most of you have at least once drink any kind of fruit juice. Be it watermelon, mango, apple, or lime. But have any of you taste veggie-fruit juice?

You may wonder what kind of veggies and fruits that you can mix together to make a tasty veggie-fruit juice.

Actually, the following is not my original recipes. I was having my lunch at KYROS KEBAB few weeks ago with my friend Azlin when she recommended the 'CELERY BOOSTER'. I am usually up to try all sort of foods or drinks as long as it doesn't contain any of the things I dislike, for example durian, cempedak, petai, and their families.

Anyway, the CELERY BOOSTER is very tasty indeed. KYROS KEBAB's celery booster contains a mix of celery, green apple and cucumber. But it costs me RM4.00 per cup. I want to stay healthy by drinking veggie-fruit juice, but I don't to go broke doing that. So I decided to make my own veggie-fruit juice.

Here's my recipes. (It will basically makes about 300-400ml of juice)

A) CELERY BOOSTER

5-6 inches of celery
3 inches of cucumber
1/4 green apple
1/4 tomato
6-10 spinach leaves
1 tbsp original honey( i try not to use any sugar)
small slice of ginger
1-2 tbsp lime/ lemon juice -depends on how sour you like your juice
3/4 cup of plain water

How to:
*clean all vegetables and fruits.
*blend all together with high speed until everything is mixed together.

B)TOMATO BOOSTER
3 inches of carrot
3 inches of cucumber
1/4 red apple
1/4 tomato
6-10 spinach leaves
1 tbsp original honey( i try not to use any sugar)
small slice of ginger
1-2 tbsp lime/ lemon juice -depends on how sour you like your juice
3/4 cup of plain water

Note:
1-The add on spinach leaves may seems quite odd to some of you. I admit, it come as a surprise to me as well when I watched Dr.Oz giving out his veggie juice recipe in one of Oprah shows. But when I give it a try, the juice taste great. You can't really taste the spinach in the juice.

2-Sometime, I simply add whatever fruits and veggier I have in my refrigerator. So, it is actually up to your creativity. However, as a precaution do not mix watermelon with honey; I am not 100% sure of this but my husband told me that watermelon and honey should never be eaten or drink together.

ENJOY YOUR 1st HOMEMADE VEGGIE JUICE! ;)

Tuesday, November 6, 2007

Soto, mmm...lazatnya

Resipi soto ni saya ambil dari blog ‘Chetam’. Dia tak kenal pun saya. Cuma resepi ni saya dah alter untuk hidangan 2 orang makan dan sekali tambah. Kalau pasangan yang masih berdua2an tu bolehlah cuba.

Resepi ni nampak macam panjang. Tapi sebenarnya akan jadi mudah kalau kita susun cara kita bekerja di dapur. Contohnya:-
a) Bila kita mengupas bawang untuk sup, kita kupas terus bawang untuk begedil dan sambal kicap
b) Begitu juga bila kita menggoreng bawang untuk begedil dansambal kicap, tak perlu goreng asing-asing. Goreng je sekaligus, kemudian baru asingkan.

Yang paling penting, saya percaya kita perlu rancang aktiviti kita di dapur, Apa yang patut di masak dulu, dan seterusnya. Barulah kerja jadi mudah :) Selamat mencuba!

A. Sup
1. Suku ekor ayam ( kira-kira dalam 5-6 ketul)- direbus di dalam air. Air tu banyaknya biarlah ampuh isi ayam dan cukup untuk kuah sup. Rebus sampai ayam tu dah tak warna merah lagi.
- kalau rajin, keluarkan ayam dan siat isinya. Tulangnya masukkan semula ke dalam air rebusan. (Note dari Chetam: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
- kalau kurang rajin, tak perlu buang masa siat isi ayam tu. Biarkan je dalam air rebusan.
2. 3 ulas bawang merah
3. 3 ulas bawang putih
4. 2 cm halia ditumbuk/ dikisar
5. 1 cm lengkuas
6. 2-3 sudu besar rempah sup Adabi, dibuat pes
7. 1 sudu besar ketumbar ( digoreng tanpa minyak & dikisar halus)
8. 1 sudu besar lada hitam, ditumbuk kasar
9. 1 biji buah keras
10. Minyak secukupnya untuk menumis
11. Gula dan garam

Cara
1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan air rebusan ayam (berserta ayam kalau tak asingkan ayam) dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya.



B. Begedil
1. 3 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris nipis dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. setengah cawan daging/ayam kisar- digoreng hingga bertukar warna
3. 2 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
4. 2 ulas bawang putih, digoreng sebentar
5. 1 sudu teh ketumbar, digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
6. segenggam daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur) yang telah dipotong halus ( kalau suka, boleh lebihkan)
7. Garam secukup rasa
8. 1 biji telur, dipukul
9. Minyak untuk menggoreng

Cara
1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam, gaul rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng. ( Tapi kalau nak cepat, terus goreng pun takpe)
7. Panaskan minyak
8. Celup begedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.


C. Sambal kicap
1. 4 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 2 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. 4 sudu besar kicap manis
4. 1 biji limau nipis
5. 1 sudu makan gula

Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula. (Note dari Chetam: gesek-gesekkan dengan anak lesung , jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan. ( Kalau nak terus hidangkan pun tak pe)


D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
3. Suhun, digoreng
4. Bawang goreng
5. Daun saderi (sup) dan daun bawang
6. Limau nipis, dipotong (optional)

Cara
1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan begedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)