Saintis mengatakan, kemarahan mungkin ada kesan langsung ke atas jantung dan salur darah (arteri). Emosi negatif seperti marah cepat meningkatkan tindak balas badan apabila menerima tekanan. Jika rangsangan sentiasa diberi, kesan ke atas jantung dan salur darah berlarutan.
Apabila dalam keadaan tertekan, badan menghasilkan hormon tekanan. Dalam keadaan biasa, hormon ini diperlukan untuk menolong kita dalam jangka masa pendek jika menghadapi krisis. Bagaimanapun, jika kita kerap marah, paras hormon tekanan ini meningkat.
Hormon tekanan yang berlebihan mempercepatkan proses aterosklerosis iaitu pengumpulan plak lemak pada dinding salur darah yang akhirnya membuatkan salur darah tersumbat; yang seterusnya boleh mengakibatkan penyakit jantung koronari (saluran darah tersumbat) dan serangan jantung.
Selain kesan biologi, kesan ke atas gaya hidup juga penting. Mereka yang mudah marah mungkin tidak dapat menjaga diri dengan baik.
Mereka lebih berkemungkinan untuk merokok, mempunyai pemakanan tidak baik dan seimbang, jarang melakukan senaman dan meminum alkohol berlebihan.
Semua ini juga faktor yang boleh membuat seseorang itu lebih berisiko mendapat penyakit jantung koronari.
So, bak kata Pak Nil :
Jangan, jangan, jangan… jangan cepat marah
Nanti cepat tua
Bikin gaduh saja
Jangan, jangan, jangan… jangan nak melatah
Nanti naik darah
Lagi masalah
Nanti cepat tua
Bikin gaduh saja
Jangan, jangan, jangan… jangan nak melatah
Nanti naik darah
Lagi masalah
Sumber: Dr.Haizal Haron Kamar, Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana
2 comments:
okey...
aku cuba relax dan tersenyum je... :)
tapi jgn pulak kena buli kena hina kena pijak kepala ko blh senyum jer...
pastue jgn asyik duk senyum sorg2..nnt ada org ingt ko sewel lak hahaha
Post a Comment