Pages

Ads 468x60px

.

Labels

July 24, 2010

Gempa bumi di Sumatera: Gegaran dirasai di Seksyen26 Shah Alam



Pagi tadi lebih kurang pukul 10 lebih. Ketika aku sedang asyik menatap rekod critical control point, terasa pandangan ku bergoyang. Eh silap.. terasa badanku bergoyang. Aku yakin aku tak menari lagu dangdut ketika tue.

Aku pandang Lee. Relax je. Tekun mengisi borang claim OT. Tapi aku nampak almari besi di sebelah Lee bergoyang-goyang. Aku siap dengar pintu almari yang terbuka berlaga dengan dinding.

Errr..takkan aku sorang je rasa macam nie. Adakah aku berhalusinasi lagi??

Tetiba dengar suara Lee berkata,'Haiyaaa...siapa yang main goncang-goncang almari nie.'

Laju je aku jawab, 'Lee, tak rasa bergoyang ke??'

Lee angkat muka pandang aku & bangun. Kemudian berlari menghampiri almari besi yang duk berbunyi dari tadi.

'Yala...bergoyang sendiri lorrr. Ini ha..mesti ada gempa jadi di Sumatera' 

Serius beb..memang terasa sangat bergoyang. Aku bangun mengintai dari tingkap nak tengok kalau-kalau kat luar ada orang lari or maybe ada pertarungan antara ultraman dengan raksasa ke.. mana la tau kan...

Lee dah bukak pintu sambil berkata 'Hey, you orang tunggu apa? Gempa bumi lorrr..jom kita lari la.'

Staff admin & store supervisor yang ada kat situ boleh gelak je. 

'Taknak lari ke?' Lee tanya lagi. Aku sengih. Err..nak lari ke tak ek???

Belum sempat aku fikir, dah tak rasa gegar lagi. 

'Lee, dah stop gegar ma..tak payah lari la..hhehe'

Lee tutup pintu & kembali ke mejanya. 'Kalau betul-betul gempa bumi aarr..kita semua sudah jadi mangsa wooo...alarm pun tak ade.'

Petang tadi menurut sumber BERNAMA, memang betul satu gempa bumi pada magnitud 6.1 pada skala Richter telah berlaku di utara Sumatera, Indonesia pagi ini dan gegarannya turut dirasai di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Namun, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan kejadian itu. Gempa bumi itu berlaku pukul 10.11 pagi ini, berpusat di 40 kilometer tenggara Padang Sidempuan, Indonesia dan 307 kilometer tenggara Klang, Selangor.






3 comments:

Sayang Amirah said...

gila lahh !
nasib baik gempa bumi tu x tersebar ke seksyen 19 heeheh

hans said...

ku xsedar apa2
haha

P/S : Review Filem : The Sorcerer's Apprentice Cool Giler Beb! Terbaik!

aurikelsan said...

sayang:alhamdulilah negara kita hanya alami gegaran kecil berbanding kat sumatera slalu je ada gempa bumi

hans:ala..masa kejadian kt opis tingkat 3..wp sekejap tp terasa la jgk

Related Posts with Thumbnails