Pages

Ads 468x60px

.

Labels

July 31, 2010

Suka tak seharusnya memiliki

Ya..memang benar..suka tak seharusnya memiliki. Itu lah pengajaran yang aku terima buat sekian kalinya. 

Kadang-kadang kita rasa suka sangat pada sesuatu pada hal belum tentu ianya baik untuk kita. Sebaliknya juga.. selalu kita rasa sesuatu itu tak sesuai untuk kita sedangkan ianya adalah yang terbaik buat kita.

Cewaaaahhh..dah mula la nak keluar ayat falsafah aku nie. Okay..back to the topic. Suka tak seharusnya memiliki. Setuju??

Alkisahnya..aku sangat suka cempedak. Sejak zaman berzaman cempedak dah tergolong dalam kategori buah kesukaan ku. Entah kenapa sejak 2 tahun kebelakangan ini perut aku seolah-olah menidakkan hak cempedak untuk sama-sama dihadam oleh sistem tubuh. 

Tapi dek kerana aku yang kepala batu nie, semalam aku berkeras juga memakan cempedak. Bukan cempedak biasa tapi cempedak goreng. Bila makan favourite food haruslah makan dengan penuh rasa nikmat & rasa syukur kan...kan... nyummm..nyummmmm

Bila nampak aku nak sumbat cempedak goreng dalam mulut, mak aku laju je berkata 'makan cempedak?? tahan ke perut tue?'

Aku sengih lebar. 'Tahan kot...'

3 jam kemudian... jeng..jeng..jeng.. 
..
..
..


aarrrgggghhhh... SAKIT PERUT!!!
rasa menyucuk-nyucuk dinding perut..

Tue la...gatal lagi nak makan. Nie bukan pertama kali aku sakit perut lepas makan cempedak. Tapi gatal juga nak makan. Kan...kan..dah sakit perut sampai tak boleh tidur malam. Siap kena bertungku lagi. Dah macam orang dalam pantang la pulak.

Walaupun suka sangat-sangat makan cempedak nampaknya lepas nie memang tak boleh makan. Kan dah kata tadi... suka tak seharusnya memiliki.



p/s: hari sabtu di ofis.. (>_<) Bos, saya datang keje hari nie tapi kenapa bos tak datang?? Siapa nak semak draft audit review meeting next week??




July 24, 2010

Gempa bumi di Sumatera: Gegaran dirasai di Seksyen26 Shah Alam



Pagi tadi lebih kurang pukul 10 lebih. Ketika aku sedang asyik menatap rekod critical control point, terasa pandangan ku bergoyang. Eh silap.. terasa badanku bergoyang. Aku yakin aku tak menari lagu dangdut ketika tue.

Aku pandang Lee. Relax je. Tekun mengisi borang claim OT. Tapi aku nampak almari besi di sebelah Lee bergoyang-goyang. Aku siap dengar pintu almari yang terbuka berlaga dengan dinding.

Errr..takkan aku sorang je rasa macam nie. Adakah aku berhalusinasi lagi??

Tetiba dengar suara Lee berkata,'Haiyaaa...siapa yang main goncang-goncang almari nie.'

Laju je aku jawab, 'Lee, tak rasa bergoyang ke??'

Lee angkat muka pandang aku & bangun. Kemudian berlari menghampiri almari besi yang duk berbunyi dari tadi.

'Yala...bergoyang sendiri lorrr. Ini ha..mesti ada gempa jadi di Sumatera' 

Serius beb..memang terasa sangat bergoyang. Aku bangun mengintai dari tingkap nak tengok kalau-kalau kat luar ada orang lari or maybe ada pertarungan antara ultraman dengan raksasa ke.. mana la tau kan...

Lee dah bukak pintu sambil berkata 'Hey, you orang tunggu apa? Gempa bumi lorrr..jom kita lari la.'

Staff admin & store supervisor yang ada kat situ boleh gelak je. 

'Taknak lari ke?' Lee tanya lagi. Aku sengih. Err..nak lari ke tak ek???

Belum sempat aku fikir, dah tak rasa gegar lagi. 

'Lee, dah stop gegar ma..tak payah lari la..hhehe'

Lee tutup pintu & kembali ke mejanya. 'Kalau betul-betul gempa bumi aarr..kita semua sudah jadi mangsa wooo...alarm pun tak ade.'

Petang tadi menurut sumber BERNAMA, memang betul satu gempa bumi pada magnitud 6.1 pada skala Richter telah berlaku di utara Sumatera, Indonesia pagi ini dan gegarannya turut dirasai di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Namun, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan kejadian itu. Gempa bumi itu berlaku pukul 10.11 pagi ini, berpusat di 40 kilometer tenggara Padang Sidempuan, Indonesia dan 307 kilometer tenggara Klang, Selangor.






July 23, 2010

I am OVERLOADED

Hari ni assistant saya cuti lagi. Maka, saya kena buat kerja dia. uwaaaaaaaaaaaaaaa beban kerja saya sangat overloaded!!!!



joinGroup
 

joinGroup
 

joinGroup
 

joinGroup
 

joinGroup
 

joinGroup
 

joinGroup
 

joinGroup

 
joinGroup

 
joinGroup

joinGroup
 

joinGroup
 

joinGroup
 

joinGroup

 
joinGroup

 
joinGroup

joinGroup
 

joinGroup

 
joinGroup

joinGroup
 

joinGroup
 

joinGroup

joinGroup
 

joinGroup

 
joinGroup

 
vjoinGroup
joinGroup

joinGroup

 
vjoinGroup
 

joinGroup

joinGroup

 
vjoinGroup

 
Sila jangan menyesal bukak entri copy paste ini!!!!! 

Dari emaill forwarded by my sr production engineer. 
Dalam kesibukan troubleshooting machine pun dia sempat forward email nie.
 

July 21, 2010

Minum Tahi Musang


Dengar-dengar ceritanya ramai betul orang Indonesia suka minum tahi musang. Selain rakyat Indonesia, ramai juga masyarakat di peringkat antarabangsa menyukainya kerana memiliki cita rasa unik, hasil daripada proses pembuatan yang "aneh. 

Wahhh..apa la yang sedap sangat tahi musang nie?? Biar betul nak minum tahi musang??? Hahaha

Sebenarnya tahi musang yang dimaksudkan di sini adalah sejenis kopi yang diproses dengan fermentasi secara semula jadi dalam pencernaan haiwan luwak, binatang yang sejenis dengan musang yang tinggal di pepohonan. Sebab itu selain dipanggil sebagai Kopi Tahi Musang, ia juga digelar Kopi Luwak.
 
Biji kopi yang masih berkulit, ditelan oleh luwak kemudian sisanya yang berupa biji kopi dengan kulit dalam kopi, keluar bersama kotorannya. Sebelum diolah, biji kopi yang telah keluar tadi dipisahkan dari kotoran luwak secara manual. Dibasuh najis itu, dikeringkan dan diproses utk jadikan kopi.

Walaupun terhasil dari najis musang, tapi kopi ini mahal harganya. Di Amerika Syarikat, Kopi Luwak dikenali sebagai kopi kotoran kucing atau "cat-poo coffee" dan dijual dengan harga AS$190 untuk 500 gram.

Di pasaran antarabangsa, harganya berkisar antara AS$$100 hingga AS$350 sekilogram. Fuiyyoooo..harga sekilo kopi boleh beli sebijik TV LCD 32'.








gambar kredit kepada selatanonline.


July 19, 2010

Marah Boleh Menyebabkan Penyakit Jantung Koronori?



Saintis mengatakan, kemarahan mungkin ada kesan langsung ke atas jantung dan salur darah (arteri). Emosi negatif seperti marah cepat meningkatkan tindak balas badan apabila menerima tekanan. Jika rangsangan sentiasa diberi, kesan ke atas jantung dan salur darah berlarutan.

Apabila dalam keadaan tertekan, badan menghasilkan hormon tekanan. Dalam keadaan biasa, hormon ini diperlukan untuk menolong kita dalam jangka masa pendek jika menghadapi krisis. Bagaimanapun, jika kita kerap marah, paras hormon tekanan ini meningkat.

Hormon tekanan yang berlebihan mempercepatkan proses aterosklerosis iaitu pengumpulan plak lemak pada dinding salur darah yang akhirnya membuatkan salur darah tersumbat; yang seterusnya boleh mengakibatkan penyakit jantung koronari (saluran darah tersumbat) dan serangan jantung.

Selain kesan biologi, kesan ke atas gaya hidup juga penting. Mereka yang mudah marah mungkin tidak dapat menjaga diri dengan baik.

Mereka lebih berkemungkinan untuk merokok, mempunyai pemakanan tidak baik dan seimbang, jarang melakukan senaman dan meminum alkohol berlebihan.

Semua ini juga faktor yang boleh membuat seseorang itu lebih berisiko mendapat penyakit jantung koronari. 
So, bak kata Pak Nil :
Jangan, jangan, jangan… jangan cepat marah
Nanti cepat tua
Bikin gaduh saja
Jangan, jangan, jangan… jangan nak melatah
Nanti naik darah
Lagi masalah



Sumber: Dr.Haizal Haron Kamar, Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana 

 

July 18, 2010

Makin Ramai Artis Malaysia Rela Berbogel?


*

Waahhh...entri panas hari ahad. Kelmarin baca surat khabar. 

'Zul Suphia'an Rela Berbogel', 'Babak bogel Zul Lulus!!'

Sebelum ni kecoh pasal Arja Lee menimbulkan kontroversi dengan lakonan mandi bogel dalam filem Anu.... Dalam Botol. Kini Zul Suphia'an pulak berani bogel dalam filem Mantera. Ada sesiapa dah tengok filem Mantera??

Ada orang kata 'Apa nak hairan? Ramai je orang mandi bogel.'

Ek eleh baiiii... tue mandi memang la tak hairan. Cuba kalau ko tengah mandi bogel tetiba ada orang skodeng, kau tak malu ke?? Kalau dah namanya berlakon. Lagi la satu negara tengok. 

Apa yang bangganya kasi satu negara tengok kau tanpa seurat benang???

Bajet boleh buat gadis2 meleleh air liur macam tengok Jacob dalam Twilight??? hohohoho 

Kalau tengok movie selalunya kita nampak girl bila diorang nampak lelaki macho pastu badan tough tak pakai baju, diorang akan duk jerit-jerit sambil lompat2 sambil tunjuk muka terpersona sambil jalan pastue langgar tiang or maybe jatuh dalam kolam. 

Tapi kalau girl nampak lelaki bogel, confirm diorang akan jerit macam nak kena rogol rompak.Walaupun lelaki tue lalu je depan girl tu. Tak usik pape pun. Mungkin lelaki tu bogel sebab lelaki tue baru je lepas disamun.

Aku pernah dengar hearsay lebih kurang macam nie la 'woman see half naked man as sexy but naked man... seksa'.

Pasal agama, aurat segala tue aku tak mau komen. Rasanya semua pun dah sedia maklum. Kali nie aku bercakap dari segi rasional. Hmmm..aku tak jumpa di mana rasionalnya keperluan berlakon babak bogel bagi pelakon lelaki mahupun perempuan.

Peliknya aku..apa perlunya berbogel? Last-last yang ditayang pun bukannya seluruh badan pun. Yang sulit-mulit ditutup jugak. Baik tak payah bogel.  

Bogel itu seni??? Poddaahhcittt... Nak kata aku tak berjiwa seni? Katalah...ada aku kisah?? Sungguh tidak.

Mak aku kata pengarah yang bagi macam2 alasan suruh pelakon berbogel nie tak pandai mengarah. Aku rasa cakap mak aku betul sebabnya pengarah nie tak kreatif memanipulasikan skrip & teknologi untuk tunjukkan gambaran sebenar yang diinginkannya.

Sebagai penutup entri kali ini. Dipetik dari kata-kata seorang artis berani bogel:

"Saya memang berani. Berani kerana saya buat benda betul....Semasa bersetuju dengan pengarah untuk adegan bogel saya sudah sedia dengan segala tohmahan dan kritikan yang saya akan terima" (Zul, Kosmo!16 Julai 2010).


*pic credit to mediamalaya.com


July 16, 2010

Pekerja Kilang Lemas dalam Asap Kebakaran


Cewahhh..bunyi macam tajuk berita la pulak. Lebih kurang begitulah yang dilaporkan oleh ketua unit latihan kebakaran. Ngeehhheeeheee Agak-agak boleh faham tak apa aku bakal nak cerita?

Jam 1115am, siren kecemasan berbunyi. Tapi bunyinya macam pelik sikit. Bunyinya tak mencemaskan langsung. Cemas lagi bunyi jam loceng aku kat rumah. 

Terdengar bunyi riuh-rendah suara Lee menyuruh semua pekerja mengosongkan kawasan kilang & berkumpul di 'assembly point' yang telah ditetapkan. Makcik cleaner yang tengah makan nasi pun terkejut tiba-tiba disuruh lari keluar kilang. Mesti makcik tue kata 'kacau daun je aku nak makan...'

Asap berkepul-kepul menyelubungi kawasan kilang. Mangsa-mangsa kejadian telah diberi bantuan sewajarnya dari pihak bomba & penyelamat.  Cewaahhhhh...ayat tak boleh blaaaaaaaahhh...

Kalau ada kebakaran betul-betul, memang ada yang bakal lemas rasanya. Mentang-mentang dah tau ada fire drill, boleh pulak semua jalan lenggang kangkung.



July 6, 2010

Kasut mulut buaya


Hari ini dalam sejarah bulan Julai di tempat kerja baru. Lepas monitor my assistant perform quality test, aku dengan relaks nya berjalan di kaki lima depan produksi sambil menggendong dua bijik fail ISO. 

Otak masih pening-pening lalat memikirkan setimbun dokumen ISO yang aku kena fahami. Tambah merumitkan sebab hampir separuh daripadanya ditulis dalam bahasa mandarin. Dah kata kerja dengan syarikat dari Taiwan kan....


Tetiba-tiba rasa kaki berangin. Aku pandang bawah. Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrr tapak kasut aku tercabut rupanya. Siap tertinggal lagi setapak di belakang. Aku pandang depan, tepi dan belakang. Fuhhh..nasib takde orang. Kalau tak segan woooo..

Cepat-cepat aku kutip tapak kasut yang tertinggal tue... Tengah terkial-kial pasang tapak kasut belah kanan, aku terpandang kaki belah kiri. Aiseehhh..bahagian depan dah ternganga macam mulut buaya daaaa...

Baru je pakai 4-5 kali. Cepatnya rosak kasut nie.. Mungkin sebab minggu lepas kena air hujan kot.. Alaaaa..gaji belum masuk. Macam mana nak beli kasut baru... Bestnya kalau ada yang nak sponsor huhuhuhu





July 5, 2010

Pakcik Muka Masam Jual Air Kelapa Masam

Korang pernah tak jumpa penjual yang bermuka masam? Jual barang tapi muka masam macam cuka. Eeee..menyakitkan hati je kan kalau jumpa.

Semalam, aku jumpa manusia macam nie kat pasar malam. Alkisahnya aku nak beli air kelapa yang dikirim mak aku. Kebetulan cousin aku pun nak juga. Aku pun mintaklah air kelapa dua bungkus. Mak aku dah pesan, kalau belikan dia air kelapa, tolong mintak penjual tue letak isi kelapa sekali.

Maka, aku pun cakaplah kat Pakcik-bermuka-masam tue, 'Pakcik, saya nak isi kelapa sekali ye'.

Takde respon. 

Aku nampak dia tuang air kelapa ke dalam cawan plastik. Tak nampak pun isi kelapa. Semasa dia nak isi air kelapa ke dalam cawan yang kedua, aku ulang semula ayat tadi. Mane lah tau kot-kot dia tak dengar.. pasar malam kan bising ya amaaatt. 

'Pakcik, saya nak isi kelapa boleh??'. Penuh sopan aku bercakap. 

'Tak nampak nie isi kelapa?' sambil pandang aku dengan muka macam singa. Ek eleh pakcik nie. Nak marah-marah pulak. Dah aku tak nampak pun mana kelapanya, aku mintaklah lagi.

Iskhh...nasib baik orang tua.. kalau tak, dah selamat kena bahasa dengan aku. Tapi aku balas jugak lah.


'Ala pakcik nie..janganlah marah. Saya tanya je.' 


Isteri pakcik tue kat sebelah macam tunduk-tunduk malu je dengan perangai suaminya. Pakcik muka masam tue jeling aku sambil hulur dua cawan air kelapa yang sudah diletak dalam plastik.

Kalau ikutkan hati, nak je aku blah tanpa ambil air kelapa tue. Tapi entahlah..aku ambil juga dah hulur duit RM2. Dah rezeki dia agaknya..

Bila sampai rumah, mak aku minum air kelapa tue..

'Air kelapa apa nie? Tak sedap. Masam je...isi pun takde..serpihan isi ada lah'. Komen mak aku.Ishhh2x..


Confirm lepas nie aku taknak beli kat pakcik tue lagi. Aku dah pahat dalam memori muka pakcik masam tue. Dah la muka masam, jual air kelapa pun rasa masam.
















July 1, 2010

Prepeat : Printer Canggih Mesra Alam Tanpa Dakwat


Pernah tak membayangkan printer tanpa dakwat/toner?? Sila percaya bahawa printer tanpa dakwat yang mesra alam ini wujud. Serius... digelar sebagai Green printer, Prepeat mengurangkan penggunaan kertas kerana tulisan di atasnya boleh dipadam dan boleh digunakan semula untuk dicetak. 


Prepeat menggunakan teknologi yang hampir serupa seperti printer faksimili. Ia menggunakan special therma head dan kepingan plastik khas untuk mencetak dan memadam dokumen. 'Kertas' istimewa ini dikatakan boleh digunakan berulang kali sehingga 1000 kali.

Dah nama pun canggihkan.. harganya pun mestilah canggih juga. Sebuah Prepeat berharga $5,517. Tue belum masuk kertas istimewa lagi tau............





sumber: hardwaresphere and chemical engineering world

 
Related Posts with Thumbnails