Assalamualaikum
Athirah atau Kak Uda panggilan adik-adiknya, hendak sangat untuk bekerja sementara semasa menunggu keputusan SPM tempuh hari. Ingin mencari pengalaman dan ingin memegang duit sendiri. Kebetulan ada pula kerja kosong yang berhapiran dengan rumah, Alhamdulillah. Sekiranya pergi ketempat kerja, turun naik bas, rasanya tak berupa benarkan, kerana rasa risau itu lebih.

Hari ini hari terhakhir Kak Uda bekerja di sebuah kedai kain ela di Giant Hulu Kelang. Banyak pengalaman yang dia alami. Kisah antara dia dengan pelangan yang bermacam ragam. Antara sesama pekerja pun ada, antara dia dengan penyelia kedai pun ada. Sedikit sebanyak Kak Uda tahu macam mana susah senang mencari rezeki.

Melayan pelanggan

Nampak seronok dia bekerja disini, tapi selalu mengeluh...kepenatan.
Alhamdulillah, ada hajat rezeki dikongsi bersama, membeli makanan untuk kami apabila menerima gaji.
Antara amalan murah rezeki
Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
Wassalam“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”