Ya Tuhanku, milikMu segala puji sepenuh langit dan bumi dan sepenuh sesuatu yang Engkau kehendaki sesudah itu.
Jika dilakukan dengan benar, bacaan ini sangat mempengaruhi pembacanya.Kita akan merasakan kebebasan dan kemerdekaan yang luar biasa. Jiwa kita seakan diangkat ke langit spiritual yang tak terbatas. Kita menjadi tidak membawa beban apa2. Milik tuhan telah kita kembalikan.Roh kita telah bebas terbang tidak terikat oleh nafsu-nafsu yang mengongkong. Rasa memiliki inilah yang membuat kita sering terseksa serta membuat kita panik dan gelisah.Allah bersabda:
"Apabila datang musibah kepada mereka maka mereka mengatakan: sesungguhnya Aku berasal dari Allah dan kepadaNya aku kembali."( Al-Baqarah, 2:156)
Dengan sikap pengembalian inilah manusia menjadi terbatas dari sensasi perasaan yang berasal dari hati dan sensasi fikiran yang muncul dari otak, serta sensasi na yang muncul dari libido (sex) tubuh kita. Kerana Sang aku bukan itu semua. "Aku" bebas dari itu semua kerana "Aku" kembali kepada Allah. Kondisi seperti ini menurut ahli psikologi dinamakan sebagai Gate Control Theory, iaitu hilangnya pengaruh sensasi tubuh termasuk rasa sakit, rasa gelisah, rasa sedih, dan rasa penat, kerana adanya ransangan dari dalam diri sendiri yang lebih besar dibandingkan ransangan dari luar sehingga menghambat ransangan dari luar tersebut masuk ke dalam otak. Ransangan yang lebih besar pada saat seseorang melakukan sikap pengembalian adalah meningkatkan tingkat kesedaran (altered states of consciousness )., di mana muncul kesedaran jiwa untuk lepas dari ikatan tubuh.
Sebuah kisah terjadi pada peristiwa Sayyidina Ali, di saat tubuhnya tertusuk anak panah. Beliau merasakan kesakitan ketika anak panah dicabut oleh sahabat yang lain. Kerana tidak tahan dengan sakitnya, maka beliau memutuskan untuk melakukan solat dua raka'at sambil berpesan kepada sahabatnya:" Cabutlah anak panah ini disaat saya sedang solat". Sungguh ajaib, beliau tidak merasakan kesakitan sama sekali di saat anak panah itu dicabut dari tubuhnya. Rasa sakit (sensasi rasa sakit) telah dihambat oleh rasa yang lebih besar iaitu rasa tenang dan nikmat memenuhi otak beliau ketika melakukan solat
Seorang yang kaya raya telah meminjamkan rumah dan segala perabotnya kepada orang lain selama 20 tahun dengan janji akan diminta kembali pada waktunya nanti. Setelah waktunya tiba, si pemilik rumah datang untuk mengambil haknya kembali. Jika si peminjam adalah seorang yang sedar atas hal tersebut, maka ia akan berterima kasih atas kebaikan yang telah diberikan kepadanya. Ia tidak akan kecewa, malah terharu, kerana di zaman sekarang masih ada orang yang mahu membantu meminjamkan rumahnya sekian lama. Dia akan berterima kasih berulang-ulang kepada si pemilik rumah dan kalau sudah mengucapkannya, rasa plong sekali dan penuh kebahagian.
Sikap ini terjadi tatkala kita mengembalikan kesedaran kita, bahawa segala sesuatu adalah milik Allah. Dengan sedemikian, akan muncul perasaan bahawa sebenarnya kita tidak memiliki apa-apa. Hati bening sekali di kala rumah kita terbakar, anak kita mati. Itu semua bukan cubaan, tetapi hanyalah fitnah (presepsi) fikiran kita yang keliru, kerana menganggap semua itu adalah hasil karya kita dan milik kita. Semakin kesedaran kita tertutup( rendah), maka semakin banyak pula terseksa hati kita.
PRAKTIKAL
Berdirilah dengan tenang dan biarkan jiwa kembali pergi ke hadratNya. Sedarkan bahawa penglihatan dan pendengaran yang kita sandang, pernafasan yang mengalir sendiri, jantung yang berdenyut tiada henti, daya kekuatan diri serta otak yang berfikir, kita selaraskan dengan kemahuan kudrat Ilahi. Lepaskan semua itu perlahan2 dan layangkan kepada Zat Yang Maha Meliputi.Setelah kita benar-benar melepaskan semua energi dan rasa memiliki, kita akan berada pada suasana tidak punya apa2. Kita hanyalah makhluk mendapatkan celupan Allah (صبغة الله). Kita berada dalam kendali kehendak Zat Yang Maha Cerdas.
Biarkan suasana itu terasa sampai mantap. Jangan terburu-terburu untuk bersujud. Dalam kondisi seperti ini tubuh anda akan secara automatik menjadi relaks dan santai. Kondisi dimana otan anda tidak bekerja optimal, seperti fikiran anak kecil: berfikir tanpa pola dan tanpa persepsi. Yang anda rasakan hanya getaran yang mengalir sekujur tubuh yang mengangkat perasaan anda lepas.