"dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk; (Iaitu) mereka Yang percaya Dengan yakin Bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan Bahawa mereka akan kembali kepadaNya.(2:45-46)
Wednesday, July 14, 2010
assalamualaikum pembuka bicara...........
DENGAN NAMAMU YA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..
Izinkan hambaMU nie untuk menuturkan kalam dengan sebaik mungkin untuk menyebarkan agama islam melalui jalan ini.....
SMALL KINDNESS.........
tajuk yang saya dapat ketika mengikuti progran persediaan pelajar ke timur tengah dalam tentatif bersama SPIES.
Berbuatlah baik kepada semua orang.
contah yang diberi sangat simple dan mudah difahami dan dihayati.dan ia menjadi amalan kita seharian. tatkala kita bersama keluarga @ teman @ rakan sekerja singgah di sebuah restoren untuk menikmati hidangan yang menyelerakan sebagai penghilang rasa lapar dan dahaga. setelah beberapa jam menjamu selera di situ, kita pun akan pulang ke rumah dengan membiarkan segala pinggan mangkuk cawan sudu garfu berselerak atas meja. tanpa sisa makanan dikumpulkan di pinggan.jelas terang dan nyata meja itu sangat berselerak.selepas beberapa minit kita pergi, datanglah seorang pekerja restoren membersihkan segala kotoran dan pinggan mangkuk yang bertaburan atas meja tersebut..terbongkok-bongkok dia melakukan kerja tersebut.selama 10 minit dia terbongkok-bongkok menyiapkan kerja pembersihan tersebut. Bayangkan setiap pelanggan yang datang melakukan sedemikian tak ke lama2 dia akan dapat sakit tulang belakang .fikirkanlah.........
apasalahnya....
sebelum beredar kita mengemas serba sedikit pinggan mangkuk yang telah kita gunakan sebentar tadi.kita susun pinggan yang kotor,kumpulkan sisa makanan di satu tempat, cawan yang kotor di satukan.bukankah ini satu bentuk small kindness yang patut kita amalkankerja yang SEPULUH MINIT boleh menjadi beberapa SAAT kerana kita telah memudahkan kerja mereka.....
Berbuatlah baik kpd semua orang sebaik-baiknya....terutama sekali kepada orang yang selalu memusuhi kita @ orang yang paling kita benci.mana tahu orang yang paling kita benci itu adalah orang yang paling kita sayang dalam dunia ini.. x percaya lakukanlah sebab dalam alqura pun ALLAH telah berfirman dalam surah albaqarah ayat 216. bukak tafsir dan hayati maknanya..mudahkanlah urusan manusia insya allah Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang akan memudahkan urusanmu.ameen...........
ASSALAMUALAIKUM
illal liqa'
fursoh saiedah
Subscribe to:
Posts (Atom)