salam..saya masih baru dalam arena pembelaan arnab nih..baru 4 hr lepas beli arnab jenis pet mix lion head + anggora..umur die bru 6 minggu..sy bagi die mkn pallet farm sajer n air masak..the prob was, die mkn cikit2 jer pallet tu..if sy letak dlm bekas mkn die tu penuh, balik keje tgk tak abis pon n cume luak separuh jer..tu nak tnye tuan, mmg bby rabbit nih jenis mkn cikit ke die de sakit? pastu tak pe ke klu sy ajar die main kat dlm rumah??anything relate to stress tak klu kuarkan die dr cage tu n letak die kat lantai umh? sbb bile sy bukak pintu cage die tu seharian die tak kuar pon dr cage tu..just main2 dlm cage die tu jer..really2x need ur advice tuan..
3 jam yang lalu · · Lapor · Hapuskan Pengumumanuntuk dikongsi:
2 jam yang lalu · · Lapor · Hapuskan Pengumuman
samalam arnab saya di serang cirit birit..sib baik peringkat awal,
saya perasan ada bunyi seperti arnab mengerang, tak penah bunyi selama nih.
saya check 3 ekor arnab saya tu, pastu dapat kesan salah sekor ada bunyi seperti mengerang n krup2 krup spt mengunyah (tapi tak makan pn).
then saya ada bau busuk tak seperti biasa dalam cage, bau mcm tahi ayam freshh tu..
saya angkat arnab yang berbunyi tu, periksa..pastu tgok kat bawah ada najis hijau melekat..sah arnab saye kena cirit birit..
saya terus bawa arnab tu ke vat, then vat cuci guna air tempat kotor tu, then buat suntikan di bahu arnab saye.
Lepastu saya beli YAKULT, bagi arnab tu minum.
Syukur selepas 3-4 jam, arnab saya dah kembali normal, najisnya bulat2 seperti biasa..
hari ni arnab tu aktif sgt...
puncanya adalah arnab tu mungkin termakan sebiji button remote astro di rumah ni kot?
sb malam sebelum kena tu sy lepaskan dan dapati remote astro tu ada kesan gigitan n hilang sebiji buttonnye. so saya tak tahu yang mana satu makan benda tu. then paginya salah sekor kena cirit birit, mungkun dia yang makan n mungkin sebab ni juga boleh jadi penyakit nih?
Thanks....
kawan2 semua jauhilah remote astro or Tv dari arnab kita..hehehehehesumiyyah::saya bahagikan soalan mengikut bahagian
1-diet pemakanan arnab berbeza mengikut usia dan baka, baka normal- induk betina 120gm sehari(pellet), jantan 60gm sehari(pellet) dan anak cerai susu(60-90hari) 80gm sehari(pellet), pemberian hay/rumput kering pula ada tidak terhad. bagi baka giant sukatan tadi adalah double. boleh juga bagi dia makan buah-buahan, sukatan dia sesudu besar untuk sekali seminggu. baik utk penghadaman dia. boleh baca pasal diet rabbit kat www.arnabkiut.com
2-untuk usia yang seperti ini, sangat sesuai jika diajar dahulu "toilet train", caranya jangan keluarkan lagi dia dari sangkar untuk masa 2-3minggu, selepas tempoh tu, bukak pintu sangkar dan biarkan dia sendiri explore, insyaAllah dia akan kenal sangkar sebagai toilet dia. satu hal kemungkinan arnab tadi tidak suka keluar dari sangkar mungkin lantai terlalu licin(dibuat dari tile/jubin), sediakan dia tapak kesat dari karpet atau kain buruk, anak arnab usia 6 minggu tidak begitu kuat lagi untuk berjalan diatas jubin licin, elakkan dia terlalu kerap jalan diatas permukaan tersebut, ini dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan yang dipanggil "splay leg". itu pon bleh baca dalam blog.
razlan:: arnab memang punya perangai macam2, arnab saya(si BOBO) tidak suka makan wayar tapi suka "baca" suratkhabar.http://www.facebook.com/group.php?gid=281937363709
Sepintas Lalu Arnab Kiut
- Pada pertengahan bulan Disember 2008 sebuah blog berkongsi maklumat mengenai penternakan arnab ditulis dalam Bahasa Malaysia telah diterbitkan dengan diberi nama Arnab Kiut diatas domain percuma dari Blogger(Blogspot). Dengan berbekalkan perkongsian maklumat dan kerja-kerja alih bahasa mengenai sistem penternakan dan pembiakan arnab dari blog-blog luar negara, Arnab Kiut berjaya menarik minat orang ramai dan penggemar arnab untuk berkongsi maklumat didalam blog tersebut. Sebuah syarikat milikan tunggal bumiputera diwujudkan dengan nama Arnab Kiut.
Halatuju Arnab Kiut
- Semenjak dari awal penubuhan, Arnab Kiut sentiasa menekankan pentingnya mengkonsumsi daging arnab sebagai diet penting didalam pemakanan sehari-hari. Perkongsian maklumat penternakan arnab yang lebih berkisar kepada sistem pembiakan dan pemeliharaan yang betul juga diselitkan dengan perkongsian maklumat tentang kebaikan daging arnab. Terpanggil untuk menjadi salah satu pembekal bumiputera yang membekalkan daging arnab kepada pasaran tempatan, ini kerana ketika ini tidak ada satupun pembekal daging arnab milik bumiputera yang benar-benar boleh membekalkan daging arnab secara konsisten dan dalam jumlah yang banyak, malahan penternak terbesar arnab pedaging pula adalah dari kalangan bukan Melayu Islam yang diragui status 100% halalnya. Seiring dengan perkembangan ekonomi dan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia, daging arnab semakin mendapat tempat di dalam selingan menu rakyat.
Operasi Arnab Kiut.
- Setelah setahun beroperasi dengan membekalkan ilmu dan perkongsian maklumat, blog Arnab Kiut juga menjadi bahan rujukan kepada penternak-penternak untuk mendapatkan maklumat mengenai penternakan arnab. Tidak terhenti di situ, Arnab Kiut juga menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menjual dan membekal barangan berkaitan dengan penternakan dan pemeliharaan arnab kepada pengunjung dalam talian. Walaupun ketika itu terdapat dua atau tiga blog lain yang berkisar tentang penceritaan dan pemeliharaan arnab, tetapi kelainan yang disaji oleh blog Arnab Kiut telah berjaya menambat hati ramai khalayak pembaca blog. Blog dengan perkongsian maklumat tanpa had dan rahsia penternakan telah berjaya menuntun sekian ramai khalayak pembaca dan pemelihara menjadikan penternakan arnab sebahagian dari samada hobi ataupun penambah nilai pendapatan wang poket.
- Pada sekitar bulan Mei 2009, pihak Arnab Kiut ditawarkan menjalankan kerjasama dengan individu perseorangan dengan mengimpot masuk 104 ekor arnab pelbagai jenis baka dari jenis pedaging dan hiasan dari Indonesia. Ianya adalah kemasukan pertama arnab dengan skala besar dari Indonesia ke Malaysia. Arnab-arnab itu dibawa ke Kampung Sungai Mulia, Gombak dan di biakkan disana. Setelah menjalankan kerjasama selama 5 bulan dengan individu tersebut, Arnab Kiut membuat keputusan untuk keluar dari bekerjasama terus diatas sebab-sebab masalah dalaman.
- Tidak putus asa dengan pengalaman tersebut, Arnab Kiut terus mengorak langkah didalam penyebaran ilmu. Sekitar pertengahan tahun 2009, Arnab Kiut telah menjalankan kerjasama dengan Al Kamil Natural Resources untuk menjalankan kursus mengenai penternakan arnab. Kursus pertama yang dijalankan dihadiri sekitar 4-5 orang diadakan di sebuah nurseri bunga di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan, pihak kami tidak terus putus asa untuk menyampaikan maklumat dan ilmu berkenaan penternakan arnab kepada khalayak penternak dan pemilik arnab.
- Bermula dari tahun 2009 hingga kini, pihak Arnab Kiut dengan kerjasama Al Kamil Natural Resources telah menganjurkan kursus-kursus penternakan arnab pada setiap bulan. Penyertaan yang didaftarkan setakat ini telah mencecah kepada sekitar 80-90 orang peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dari segenap pelusuk negara. Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan dan menjadi perangsang kepada Arnab Kiut untuk terus menerajui bidang penternakan arnab di Malaysia.
- Didalam tahun 2009 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan pihak pengimpot haiwan peliharaan Trendy Pets, Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur dengan bersama-sama mempopularkan baka-baka arnab impot dari Thailand. Dengan jumlah kos impot yang jauh lebih murah dari Indonesia, arnab-arnab impot dari Thailand mudah mendapat tempat di hati peminat arnab Malaysia. Disamping menjalankan kursus dan latihan praktikal, pihak Arnab Kiut juga membekalkan benih-benih baka arnab pelbagai jenis yang dibawa masuk dari Thailand. Senario pemeliharaan arnab hiasan dan pedaging di Malaysia mulai berubah setelah sekian lama tenggelam dan senyap semenjak kegagalan penternak awal 1990-an. Beberapa penternak dan penulis blog berkenaan arnab mula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Industri penternakan arnab kian mendapat tempat di kalangan penternak haiwan.
- Setelah lebih setahun beroperasi tanpa mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, timbul inisiatif untuk mengorak langkah lebih profesional dan efektif. Pada sekitar pertengahan 2010, Arnab Kiut didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah nama “Arnab Kiut”.
- Pada bulan November 2010, Arnab Kiut telah ditawarkan untuk membekalkan arnab bagi tujuan kajian untuk Jabatan Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sejumlah 14 ekor arnab dari baka New Zealand White berjaya dibekalkan ke fakulti tersebut pada pertengahan Disember 2010.
- Sekali lagi pada April 2011, pihak Universiti Sains Malaysia dibawah fakulti Farmasi memesan sejumlah 10 ekor arnab dari jenis dan baka yang sama bagi tujuan kajian. Pertengahan tahun 2011 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan membantu pihak Komuniti Gombak Setia dengan memberi khidmat nasihat didalam penternakan arnab di kawasan mereka. Sejumlah 200 ekor arnab dari pelbagai baka diternak di sana yang lebih dari separuh terdiri dari jenis pedaging baka New Zealand White yang dibekalkan dari rumah haiwan universiti-universiti tempatan dan institut kajian tempatan.
- Disember 2018, Arnab Kiut diberi ruang untuk mengadakan pameran dan petting zoo arnab di ruang sebuah dewan tertutup berhawa dingin di MAHA 2018 di halaman ternakan. Berkonsepkan 'Experimental Show', Arnab Kiut berjaya menarik sekitar 5000 orang pengunjung dari seluruh negara. Penyertaan Arnab Kiut di dalam MAHA 2018 adalah satu pengiktirafan terbaik kewujudan Arnab Kiut di dalam arena dunia penternakan arnab di Malaysia.
- Arnab Kiut (001993569-U)
- No 6, Jalan Sungai Mulia, Off Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur.
- Laman Blog Rasmi : www.ArnabKiut.blogspot.com
- Laman Fan Page Rasmi : www.facebook.com/ArnabKiut
- Laman Blog Mini : www.twitter.com/ArnabKiut
- Email Rasmi : ArnabKiutRabbitry@gmail.com
- No Tel : 019 3737311 (Ahmad Fahmi Alias, Pengurus)
Pengikut
*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*
Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur
Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio
Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!
Jumaat, 25 Mac 2011
*.* Toilet Train, Lantai Licin(Tile/Jubin), Diet, Makan Wayar dari Group ArnabKiut di FB*.*
3 jam yang lalu · · Lapor · Hapuskan Pengumuman
2 jam yang lalu · · Lapor · Hapuskan Pengumuman
Sabtu, 19 Mac 2011
*.* Teddy Bear 4 Sale~!!! *.*
Teddy Bear
Betina/Jantan
RM299/ekor
2 bulan
Klik link dibawah untuk lihat contoh arnab yg sedang dalam jualan~
Jumaat, 18 Mac 2011
*.* Arnab Kiut secara keras menentang sebarang bentuk binaan dan pembinaan REAKTOR NUKLEAR di Malaysia! *.*
Selasa, 15 Mac 2011
*.* Pellet Arnab- Halal Atau .....???? *.*
- *********Aslmkm. Kebelakangan ini banyak diperkatakan tentang makanan ternakan keli dan ayam yang mengandungi unsur2 mencurigakan dan tak halal. Macamana dengan arnab? adakah pelet2 yang kita pegang hari-hari tu bebas dari lemak/benda2 haram? ada tak pembekal makanan arnab yang suci macam mknan ikan dll? esp untuk arnab yang kita nak makan.
azlita:: bagus jugak soalan sedari pasal halal haram nih. saya akan beri hujah yang saya paham dari pembelajaran saya.
ayam dan ikan keli ialah haiwan yang bergantung kepada khasiat nutrien/protin haiwan untuk tumbesaaran, untuk menggantikan kebergantungan harga tinggi bagi bahan dari hasil laut(fish meal) yang semakin naik, pembuat pellet ikan dan ayam menggantingkannya dengan sumber lain dari protin haiwan. yang paling murah dan mudah didapati ialah lemak/sumber babi.
manakala arnab pula tergolong didalam ternakan yang hanya memerlukan dan WAJIB makan dari jenis sumber nutrien/protein dari tumbuhan, sumber protin lazim dalam pellet arnab ialah dari kacang soya, lemak kelapa sawit dan tumbuhan pembekal fiber seperti rumput napier dan decumbens. pembuat pellet arnab tidak perlu mengeluarkan kos tinggi utk memasukkan protin haiwan(lemak/protin babi) kedalam pellet arnab, walaupun arnab itu makan pellet dicampur lemak haiwan, ianya tidak menyerap kedalam sistem tumbesaran dan tindakan itu hanya satu pembaziran. sebab itu harga pellet arnab dan harga dedak ayam dan ikan keli jauh lebih tinggi.
untuk jalan selamat dan ragu2, lebih baik sdari hasilkan pellet sendiri atau beri makan arnab tumbuhan 100%.
Langgan:
Catatan (Atom)
*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)
Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.
-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.
**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**
Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan
"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242
View Larger Map
Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik
Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun
Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.
Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)
Yuran :- RM100/peserta.
- Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
- Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
- Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
- Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.
"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm
Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..
Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net
*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm
Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..
Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my
KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)
TABUNG PEMBELIAN BAS
Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.
Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!
Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm
ALAMAT & PENGURUS:
RUMAH KASIH HARMONI - RKH
No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.
LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my
PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:
HP: 019-3133430 / 013-6397015
Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...
Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...
Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...
Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...
Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net
*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*