Donut frozen ni, saya buat untuk jualan kedai runcit Agrobazar di Permint Jaya.Seronok wat donut ni, dalam sekilo dapatlah lam 80 biji lebih. Itupun kalau saiz besarlah kalau kecik tak best lak makan ,tak gebu ye tak.
Mar 23, 2011
Kek gula hangus
Dah lama sangat tak buat kek gula hangus ni.Ni antara resepi kesayangan saya sebab sedang sedang elok aja rasanya.Tak manis sangat dan sedap di makan.Cepat jek habis kek ni, yelah mana taknya kat umah separuh untuk kami sekeluarga makan( bertiga )dan bagi orang separuh lagi cepatlah habis ye tak. he he ..ni saya postkan resepi tuk sapa- sapa nak cuba wat sendiri.
KEK GULA HANGUS
2 gelas gula kasar
2 gelas air
2 gelas gandum
2 sudu kecil bicarbonate soda
1 sudu esen vanila
7 biji telor
Stengah tin susu pekat
2 sudu planta
Caranya:
1.Goreng dulu gula sampai hancur.Then masukkan air-sejukkan
2.Pukul planta dengan susu pekat.
3.Tambah bicarbonate soda,esen vanila dan telor satu persatu.
4.Then baru letakkan gula yang di goreng tadi.
5.Masukkan gandum pukul sebati .
6.Bakar
Subscribe to:
Posts (Atom)