Friday, July 18, 2014
Kesedihan Berganda - Malaysia diuji lagi MH17 kami bersamamu
Friday, June 1, 2012
Kuasa Minda Terhadap Air
Pelupa betulla aku ni, ini pun tak boleh ingat...
Mengapa bebal sangat engkau ni, dah berapa kali aku bagitau...
Lihat kristal2 yang terbentuk dari perkataan "You fool" dan juga "You make me sick", tiada yang memberikan kristal yang elok.
Apa yang kita ucapkan itu juga merupakan doa kepada insan yang dituju, doa seorang ibu amatlah berkuasa melebihi segalanya, apa akan jadi pada anaknya jika setiap hari ibu berleter terhadap kenakalan anaknya, apa yg dituturkan ibu itu adalah doa untuk anak tersebut.
90% dari badan kita adalah air, jika tulisan dan fikiran terbukti mempengaruhi molekul air dan membentuk kristal bergantung perkataan yg digunakan, bagaimana dgn fikiran kita yg sememangnya mewakili diri kita sendiri. Jika diambil sampel air dari badan kita ini dan dihantar ke Dr. Masaru Emoto untuk di bekukan dan diambil kristalnya, agaknya bagaimanakah rupanya? Semua tingkah laku, tutur kata dan perbuatan bermula dari fikiran, jika fikiran penuh dgn negativiti, pasti kristal yg terbentuk amat buruk rupanya. Fikiran yang baik disusuli dgn tutur kata yg indah, akhlak yg sempurna, sopan tingkah laku, jiwa yang pengasih dan hati yg selalu bersyukur, pasti kristal2 yg terbentuk indah2 belaka.
Di bawah ini pula kristal air yang terbentuk bila di label dgn perkataan bismillah (Dari buku Love Thyself by Dr Masaru Emoto), makanan dan minuman yg diucapkan dgn perkataan bismillah sebelum dimasukkan kedalam mulut mempunyai molekul yang indah dan akan menjadi sebati dgn diri kita.
Dah baca??? Apa pandangan anda. Selepas baca artikel ni saya termenung sekejap mengenangkan percakapan yang pernah saya keluarkan ketika marah tak kira lah baik dengan sahabat, anak2 atau rakan sekerja. Semoga Allah lindungi diri ini dari sifat2 mazmumah ini.
Tuesday, May 15, 2012
Bila Allah murka.
Saje jer buat tajuk gempak. Orang kata bikin "hot". Sebenarnya apa ynag saya tulis ni adalah hasil pemerhatian saya dan pembacaan blog2 tentang ketuhanan spt blog ustaz Pahrol. Saya kira ramai yang dah tahu bahawa Allah uji kita bukan aje dengan kesusahan tapi juga dengan kesenangan. Kadang2 Allah biar kita leka dengan kesenangan supaya kita akan terima azabNya. Sama juga macam tabiat atau perlakuan kita. Allah tak bagi petunjuk atau hidayah agar kita takkan berubah. Saya ramai tgk org2 yang mcm ni. Walaupun sudah melihat Baitullah tapi takde apa yg berubah malah semakin teruk. Perlakuan dan percakapan seperti org2 yg tak beriman. Saya percaya ini balasan Allah sbb hati kita tak suci. Sbb segala2nya bermula dari hati. Bila tak dekatkan diri dengan Allah, Allah mmg benci, jadi dia tutup pintu hati dari perkara2 baik ni. Kenapa saya kata berkaitan dengan hati, sbb hati kita manusia ni Allah yang pegang. Jadi bila kita tak beri hati kita padaNya maka jadilah kita manusia yg busuk hati. Erm rasanya sampai sini jer lah cerita pasal hati ni. Semoga Allah beri petunjuk kepada ORANG yang busuk hati tu.
P/S: Ngeri tgk org2 yg balik dari tanah suci tapi........ MasyaAllah! nauzubillah!
Peringatan untuk diri sendiri supaya sentiasa sucikan hati!
Wednesday, November 23, 2011
BANGAU OH BANGAU – BUDAYA MENUDING JARI
Bangau oh bangau, Mengapa engkau kurus? Macamana aku tak kurus, Ikan tidak timbul.
Ikan oh ikan, Mengapa kau tak timbul? Macamana aku tak timbul, Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput,
Kenapa engkau panjang sangat?
Macamana aku tak panjang,
Kerbau tak makan aku.
Katak oh katak,
Kenapa panggil hujan?
Macamana aku tak panggil,
Ular nak makan aku.
Ular oh ular,
Mengapa nak makan katak?
Macamana aku tak makan.
Memang makanan aku.
Ini adalah sebuah cerita yang telah disampaikan secara tradisi dalam bentuk lagu kanak-kanak. Ia berpindah dari satu generasi ke satu generasi hinggalah kini. Apabila mendengar bait-bait lagu ini, terasa ada lucunya. Rentak lagu ‘monotonous’ itu memang menarik dan mudah menjadi hafalan kanak-kanak. Walaupun ianya lucu dan menghiburkan, namun bait-bait lagu ini mengandungi unsur sindiran yang sangat tajam, khusus buat sekumpulan masyarakat yang suka salah-menyalahkan orang lain. Masing-masing menuding jari kerana hendak berlepas diri daripada dipersalahkan.
Mengapakah lagu ini mengambil binatang-binatang seperti bangau, ikan dan katak sebagai pesalah? Begitu juga dengan alam semula jadi seperti rumput, hujan dan nasi? Mengapakah ia tidak menggunakan manusia sebagai karektornya? Adakah pencipta lagu ini juga termasuk ‘pesalah’ yang suka menyalahkan orang lain sehingga meletakkan pesalahnya kepada tumbuhan dan haiwan? Mungkin agaknya beliau hendak menjaga hati manusia, maklumlah justeru terdapat ramai manusia yang begitu sensitif bila ditegur dan tidak mahu mengaku pula kesalahan yang dibuat.
Lagu ini mengisahkan bangau, rumput, kayu, hujan dan lain-lainnya, yang masing-masing menyalahkan satu sama lain apabila terdapat kelemahan pada diri sendiri. Sikap salah-menyalahkan itu bermula daripada bangau sehinggalah berhenti kepada ular. Ular sahaja yang mengaku kesalahannya. Jika tidak, ada kemungkinan lagu atau kisah ini akan meleret-leret panjangnya. Pastinya, sikap salah-menyalahkan ini akan berterusan dan masalah tidak akan selesai.
Iktibarnya, kisah ini mengajar kita apabila berlaku satu masalah dalam masyarakat, setiap individu dari sekecil-kecilnya sehinggalah ke sebesar-besarnya (sama ada dari segi kedudukan atau pengaruh) sewajarnya melihat keupayaan, kelemahan, peranan, kemampuan serta upaya bertindak masing-masing. Tegasnya, setiap kita hendaklah melihat diri sendiri dahulu sebelum sewenang-wenangnya menuding jari. Kita perlu mencari apa yang salah, bukannya siapa yang salah. Apakah yang salah dan apakah sumbangan kita untuk menyelesaikan masalah tersebut? Walaupun masalah itu kecil, kita perlu membuat penyelesaian yang terbaik mengikut kemampuan dan pada lingkungan pengaruh kita. Ubahlah dan betulkanlah diri dahulu maka barulah kita akan berjaya membetulkan orang lain.
Secara sinisnya, ‘bangau’ hendaklah belajar menangkap ikan dalam keadaan rumput yang panjang kerana itu memang kerjanya. Jangan salahkan rumput yang panjang! Sepatutnya kalau ditanya, “Oh bangau, kenapa kau kurus? Bangau tak sepatutnya menyalahkan ikan tak timbul. Bukannya ikan yang perlu datang sendiri kepadanya. Bangau sendiri yang patut berusaha mendapatkan ikan itu. Begitu juga bagi lembu yang sakit perut, jangan disalahkan nasi yang mentah, kerana itulah risiko yang terpaksa ditanggungnya apabila makan tanpa usul periksa.
Dalam masyarakat apabila berhadapan dengan masalah, terdapat dua golongan iaitu golongan yang proaktif dan golongan yang reaktif. Golongan reaktif ialah golongan yang apabila berhadapan dengan masalah sering menyalahkan orang lain. Dan dia suka menumpukan masalah kepada lingkungan pengaruh orang lain. Jarang dia mahu memfokus pada lingkungan pengaruhnya. Misalnya apabila seseorang anak itu ditangkap kerana sesuatu masalah yang dilakukannya maka dengan pantas ia menyalahkan ibu-bapanya.
Jika ditanyakan kepada sianak, “Kenapa awak jadi begini?”
Dia pun menjawab, ”Ini bukan salah saya. Ayah dan ibu saya yang salah!”
Manakala apabila ditanya kepada ibu-bapanya pula, lantas mereka pula menjawab, “ Ini bukan salah kami tetapi ini salah guru.”
Begitulah seterusnya.
Masing-masing melihat dan berlegar dalam lingkungan pengaruh orang lain yang tidak boleh dikawal. Kalau begini, sampai bila-bilapun masalah tidak akan selesai. Inilah bahana budaya menuding jari. Kenapa jadi bodoh, guru tidak pandai mengajar. Kenapa malas, sebab orang lain pun malas juga. Inilah sifat orang yang reaktif. Dan inilah yang sedang membudaya dalam masyarakat kita. Lihat sahaja masalah sosial dikalangan remaja, masing-masing menuding jari kepada orang lain.
Lawan kepada sikap reaktif ialah proaktif. Proaktif maksudnya apabila ia berhadapan dengan sesuatu masalah, berdepan dengan suatu peluang, dia akan menumpukan kepada apa yang dia boleh buat. Yakni dalam lingkungan pengaruh yang mampu dikawalnya. Walaupun pengaruh itu kecil, lama kelamaan ia akan bertambah. Jika kita mengubah diri kita, maka perubahan itu akan mampu mengubah orang lain. Sikap lebih berkesan daripada cakap. Jangan harapkan perubahan orang lain untuk mengubah diri kita. Orang yang proaktif ialah orang yang punya keyakinan diri, disiplin diri dan self- esteem (harga diri) yang tinggi. Ia bukan sahaja mampu mengawal diri bahkan akan mampu mengawal orang lain. Manakala orang yang reaktif pula ialah orang yang dicorakkan oleh keadaan. Ke mana dia pergi, dia akan dicorakkan kerana tiada kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan setiap masalah.