Salam sume, entry kali ni mengenai bibik @ pembantu rumah. Adakah perlu mempunyai bibik? Sebenarnya bagi saya ia bergantung kepada keadaan keluarga kita maksudnya disini ialah jika anda mempunyai anak lebih dari seorang yg berumur 5 tahun kebawah dan tinggal di kawasan yg taraf hidup nya tinggi seperti kuala lumpur adalah wajar mempunyai bibik kerana faktor2 dibawah:
- yuran penjagaan di nursery sama mahal dengan gaji bibik ( so lebih baik ambil bibik kat umah, sbb bibik blh tlg buat keje umah skali.)
- anak lebih selesa ( tak payah nak angkut anak2 pagi2, ganggu tido diorang)
- anak kurang sakit sbb tak bercampur ramai2 kat nursery.
Saya baru ade bibik lebih kurang 3 minggu tp Alhamdullillah selama 3 minggu ni sumenya ok. Anak2 terjaga dan rumah tangga terurus, saya juga dapat luangkan lebih masa dgn anak2 sbb 3/4 urusan rumah tangga telah di selesaikan oleh bibik. Mmg tak dinafikan pada mulanya rasa bimbang menghantui fikiran kerana terpaksa tinggalkan anak2 yg masih kecil bersama "orang asing" tapi sebagai umat islam kita harus sentiasa berdoa minta perlindungan dari yang Maha Kuasa. InsyaAllah semua nya akan baik2 belaka. Sampai jumpa lagi.
Wasalam