Ha... suspen tak tgk tajuk entri kali ni? Sebenarnya saya nak share pendapat tentang cara berurusan dengan pekerja kita. Eh..... saya bukannya bos kat company yang besar atau ada pekerja yang ramai dalam company sendiri cuma..... ade bibik kat umah tu je. Hahahah kira bos jugak lah tu kan. Ok lah...... tu semua tak penting yang saya ingin kongsikan ialah bagaimana cara kita berurusan dengan manusia lain supaya kita tak melukakan hati mereka atau membuat orang benci kat kita. Memang tak dinafikan sukar untuk buat semua orang gembira tapi kita boleh cuba untuk tidak buat mereka terluka. Setiap kali saya melalui sendiri betapa tak selesa dan gembira bila berurusan dengan "orang yang tidak berapa pandai berbudi bahasa" saya sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya tidak mengulangi perbuatan itu terhadap orang lain. Kadang2 orang bukan tak suka buat apa yang kita suruh dia buat, tapi dia tak suka cara kita suruh dia buat sesuatu perkara. Contohnya memberi arahan dengan nada suara yang tinggi ditambah pula dengan perkataan2 yang digunakan kasar dan menyakitkan hati. Saya kira sesiapa sahaja tidak suka. Oleh sebab tu ditempat kerja apabila saya diminta menyuruh rakan sekerja melakukan sesuatu perkara, saya sentiasa mengambil sedikit masa untuk mempertimbangkan beberapa perkara iaitu ayat yang sesuai untuk sampaikan tugas tu, bagi mereka masa untuk rehat sekejap sekiranya mereka baru je selesai membuat tugas yang sebelumnya dan bercakap dengan nada suara yang tidak tinggi dan kasar. Alhamdulillah setakat ini hubungan saya dengan rakan sekerja baik dan senang berurusan dengan mereka. Saya sendiri apabila menyuruh bibik saya membuat sesuatu perkara saya akan minta dengan baik. Kadang2 ramai orang salah faham antara rasa hormat dan rasa takut. Yang kita perlukan ialah "rasa hormat" daripada "rasa takut" sebab apabila pekerja hormat kat kita, kalau kita tak ada semuanya akan kekal seperti sediakala tapi kalau pekerja takut kat kita, bila kita tak ada semua benda tak akan jadi macam sediakala. Tapi untuk orang hormat kat kita kita mesti mencarinya ( you must earn the respect) ini kata2 dari pakar motivasi terkenal Dato' Dr. Hj Fazillah Kamsah. Oleh itu apabila berurusan dengan manusia lain mesti sentiasa cuba untuk kawal diri kita supaya kita disenangi dan bukan dibenci. Satu perkara yang saya sentiasa praktikkan apabila berurusan dengan bibik saya ( satu2nya pekerja saya) ialah BE BOSS BUT NOT BOSSY, BE FRIENDLY BUT NOT A FRIEND. Sampai sini saja buat kali ini. Semoga kita sentiasa memperbaiki diri.
Wednesday, June 29, 2011
Sunday, June 26, 2011
Kisah Orang Tabligh.
Salam semua. Entri kali ni nak kongsi satu kisah yang dikongsi oleh kawan lama saya kira2 11 tahun lepas. Selepas dengar cerita itu saya sentiasa mengingatkan diri saya supaya sentiasa menjadi insan yang amanah dalam hidup ini. Jom kita ikuti kisah ini.
Ada seorang hamba Allah yang mengikuti kumpulan tabligh dan beliau telah pun berkeluarga, mempunyai isteri dan seorang anak. Sudah menjadi rutin bagi ahli2 kumpulan tabligh untuk meninggalkan rumah pergi berdakwah. Suatu hari hamba Allah ini meninggalkan isteri dan anaknya untuk bersama-sama kumpulannya berdakwah. Selepas 3 bulan dia pulang ke rumah. Apabila sampai dirumah dilihatnya keretanya kemek kesan dilanggar, lalu dia bertanya kepada isterinya. " kenapa kereta tu?" Jawab isterinya " tak tau la bang, mungkin dilanggar orang"
Hamba Allah itu cuma diam dan melupakan hal itu.
Beberapa bulan kemudian dia pergi lagi berdakwah bersama kumpulannya. Dan sekembalinya dari berdakwah dia lihat tangan anaknya patah. Lalu dia bertanya kepada isterinya " kenapa tangan anak kita?" Jawab isterinya " tak tau la bang, agaknya dia lari lalu terjatuh".
Sekali lagi hamba Allah itu diam dan melupakan hal itu.
Kemudian dia sekali lagi keluar bersama kumpulannya berdakwah. Sekembalinya dia, didapati kereta dalam keadaan elok, anaknya sihat tanpa sebarang cela tetapi isterinya tak kelihatan. Dia lalu memanggil isterinya tapi tiada jawapan. Lantas hamba Allah ini naik ke bilik tidurnya dan apabila dia membuka pintu biliknya didapati isterinya sedang tidur dengan lelaki lain. Namun dengan tenang hamba Allah ini menyuruh lelaki tadi pulang dan meminta isterinya duduk diruang tamu bersamanya.
Hamba Allah ini kemudiannya berkata" Kalau kereta rosak, kereta boleh dibeli lain, kalau anak mati, pun boleh beranak lain tapi kepercayaan adalah sesuatu yg tak boleh diganti atau diberi sekali lagi kerana sekali kepercayaan yang diberikan itu dikhianati maka semuanya sudah tidak beerti.
So, moral of the story, apabila kita diberi amanah jangan lah kita khianati kerana ianya adalah salah satu daripada sifat orang yg munafik. Semoga kita semua sentiasa memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik dari hari ini.

Saturday, June 25, 2011
Auni dan lukisannya!
Inilah hasil kerja untuk seorang budak yang baru berusia 3 1/2 tahun. Auni memang suka mewarna. Saya dah dedahkan dia dengan warna dan lukisan sejak dia berusia 2 tahun lagi. Dulu Auni akan conteng aje lukisan yang diberi tapi sekarang dia dah improve motor skill dia dan dah kenal semua warna serta boleh padankan warna yang sesuai untuk objek dalam lukisannya. Dah boleh pegang color dengan betul dan dah boleh color dalam garisan..... tak comot mcm dulu cuma tak sekata garisannya. Tapi takpe sbb mama tahu auni memang bijak dan akan boleh buat dengan lebih baik nanti.
Thursday, June 23, 2011
Pemilihan susu formula.
Susu Ibu adalah susu yang terbaik bagi bayi. Tetapi menjadi masalah apabila ibu tidak dapat mengeluarkan jumlah susu yang cukup untuk menampung keperluan bayi disebabkan pelbagai masalah atau keadaan.Oleh itu penggunaan susu formula adalah menjadi alternatif lain bagi para ibu. Ibu bapa sering mengalami masalah semasa membuat keputusan untuk memilih susu formula yang sesuai bagi bayi mereka. Ini disebabkan oleh terdapat pelbagai jenama yang terdapat dipasaran. Keadaan menjadi bertambah rumit apabila ibu bapa mendapat terlalu banyak informasi dari doktor, jurujual, risalah atau dari pengalaman ibu2 lain mengenai susu formula ini. Maklumat yang diperolehi selalunya bertentangan antara satu sama lain. Jadi disini saya ingin kongsikan panduan asas untuk memilih susu formula yang sesuai untuk bayi dan anak anda.
Susu Formula terbaik adalah susu yang sesuai dengan keadaan bayi dan tidak menimbulkan sebarang kesan kepada bayi. Bukan kerana yang disukai, termahal atau mengandungi berbagai bahan untuk kecerdasan.
Pemilhan susu formula yang tidak tepat akan mengakibatkan gangguan beberapa fungsi dan organ tubuh seperti cirit birit, sering batuk dan sebagainya. Gangguan sistem tubuh tersebut ternyata dapat mengganggu pertumbuhan dan perkembangan anak.
Pemilihan susu terbaik bagi anak harus dilakukan secara cermat dan teliti. Susu merupakan makanan bayi dan anak yang diambil setiap hari dalam jumlah banyak dan jangka panjang. Bila susu tersebut tidak sesuai ia boleh menimbulkan gangguan dalam perkembangan bayi dan berlaku terus menerus dalam jangka masa yang panjang.

Wednesday, June 22, 2011
Smart Girl!
Sunday, June 19, 2011
Selamat Hari Bapa
Hari ahad ketiga dalam bulan Jun setiap tahun merupakan hari yang istemewa bagi semua insan bergelar bapa. Saya juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada bapa saya yang telah bersusah payah membesarkan saya, bapa mertua saya yang melayan saya seperti anak sendiri, kepada satu2nya abang saya dunia akhirat dan juga kepada bapa kepada anak2 saya iaitu suami tercinta. Kalian semua sungguh istemewa!
Friday, June 17, 2011
Selamat Hari Lahir Emak!
Tanggal 16 jun adalah salah satu tarikh yg istemewa buat saya dan sejak saya da mula mengerti apa itu Hari Lahir @ Hari Jadi saya tak pernah lupa tarikh ni sbb 16 Jun adalah Hari Lahir Emak saya. Ya... emak saya yg telah mengandungkan saya, melahirkan saya, menyusukan saya dan juga bersusah payah membesarkan saya. Tapi tahun ni berbeza dari tahun2 sebelum ni sbb emak saya dah pindah ke kampung kami diMersing so saya tak dapat nak peluk dan cium dia pada hari lahirnya seperti kebiasaannya. Saya cuma dapat ucap ditalipon je dan berdoa agar emak sentiasa dalam lindungan Allah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan. Amin....
Thursday, June 16, 2011
Renung-renungkan....
Artikel ni saya ambil dari blog kawan baik saya redcomel(da mcm adik beradik da). Saya kongsi disini buat semua diluar sana kerna kita semua manusia biasa......
SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”
Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.
SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:
1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.
ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..
“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.
ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..
“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”
Tuesday, June 7, 2011
Alhamdulillah syukur....
Alhamdulillah..Syukur kepada Allah kerana masih dipinjamkan nyawa untuk merasai nikmatnya.....
Namun selagi bernyawa..
Ada sahaja yang tidak selesai,
Ada sahaja yang tidak kena,
Setelah diselesaikan,
Ada sahaja yang tidak selesai,
Ada sahaja yang tidak kena,
Setelah diselesaikan,
Ada sahaja masalah baru,
Adakah itu tanda masalah tidak dapat diselesaikan???
Adakah ini takdir perjalanan hidup ku??
Adakah itu tanda masalah tidak dapat diselesaikan???
Adakah ini takdir perjalanan hidup ku??
Takdir akan terus berjalan,
sebagaimana jarum menusuki lubang jahitan,,
Biarkanlah segala sesuatu,
sebagaimana jarum menusuki lubang jahitan,,
Biarkanlah segala sesuatu,
mengalir seirama takdir,
Jangan sekali-kali kau tidur,
kecuali tetap waspada..
Saat kau kerdipkan matamu,
kau akan tercengang ternyata Allah telah mengubah keadaan..
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang bersabar..(Al-Baqarah: 155)
Air mata ku bukan penyelesai masalah yang ku tanggung,,
Ia hanya sekadar menyatakan apa yang ku rasa,,
Air mata ku ni bukan tanda ku lemah dan mengalah,,
Ia adalah ingin menyatakan bahawasanya Aku manusia biasa..
Ya Allah pintaku kepada-Mu,,
Berilah ku segenap kekuatan dan ketabahan,,
untuk menghadapi segala takdirMu ini...
Friday, June 3, 2011
My Story -teller!
Auni sangat suka buku...... skrg ni dia dah kenal sume huruf dan boleh baca sikit-sikit ( mama hepi sangat ). Satu lg kegemaran auni ialah bercerita..... mcm2 cerita dia nak cerita daripada yg kat TV sampailah cerita2 rekaan dia.... dan kadang2 campur dua2 skali..... nak tergelak tgk gelagat dan ayat2 dia.... abis tonggang terbalik dia main taram jer. Mama pun layan je lah...... respond kat dia sikit2 walaupuh kadang2 tak paham ntah apa benda nya pun..... Cuma bagi saya ini adalah perkembangan yang baik untuk auni. Dia dah tambah vocab dia dan dah blh buat ayat sendiri. Sabagai ibu apa yang patut kita buat ialah bagi galakan pada sikecil ni supaya sel2 otak dia berhubung dan melatih mereka berfikir. Walaupun kadang nak kering tekak dengar auni berceloteh tapi hati ni terhibur dengan telatah dia.
Subscribe to:
Posts (Atom)