Anda masih ingat Tragedi Bong Kemalangan ?
Bong adalah panggilan untuk adik Bongsu aku si Aiman.
Kisah pasal kemalangan tu aku pernah kongsi Fuhh Syukur Panjang Umur Bong!
Tragedi tu berlaku pada Februari 2024 yang lalu.
Bersyukur sangat Bong masih dipanjangkan umur.
Hanya motorsikal Bong saja 70% (beberapa bahagian pecah & patah).
Disebabkan banyak juga yang perlu diganti, kami nekad untuk claim insurans.
TAPI
Proses untuk buat tuntutan insurans kemalangan motor / kereta bukan mudah.
Ramai memang sudah sedia maklum, proses akan ambil masa berbulan lamanya.
Dan yesss ia sangat perit jika hanya SATU tu saja kenderaan yang kita ada.
Untuk kes Bong ni, syukur juga masih ada kenderaan lain untuk pergi kerja.
Bong ada Tenggiling Roda Dua & Tenggiling Hijau kakak dia.
Jadi masih boleh berulang pergi kerja walaupun jiwa gelora memikirkan motor dia.
Dan setelah 5 bulan sengsara menunggu, akhirnya harini 27.07.2024 siap juga motor Bong!
Hantar masuk bengkel Februari 2024 - siap semula Julai 2024 ( 5 BULAN ! )
Mak kata : "Kalau orang mengandung, daripada belum nampak perut, sampai dah nak dekat beranak baru selesai siap motor Bong ni"
Orang kata kena kerap check dengan workshop tu & insurans tu.
Ye itulah yang Bong & Aku buat.
Kerap pergi check ulang bengkel tu & tanya bila boleh siap.
Sampai Uncle Bengkel tu bagi nombor orang insurans suruh call push jugak.
Aku & Bong call nombor insurans tu tapi harammm tak pernah berjawab.
Takpe takpe. Ini hari engkau buat macam tu kat kami.
Doa orang teraniaya tiada hijab.
Kalau harini kita susahkan orang, nanti Allah balas setimpal silap-silap lebih lagi.
Okay Bong dah boleh senyum lega sebab tenggiling merah dia dah kembali sihat hehehe
Alhamdulillah. Tenggiling merah dah kembali sihat. Mesti Bong senyum manjang.
ReplyDeleteBegitulah kalau nak cerita bab insuran... apapun jenis insuran... sabar ajelah kan Ana.
yang penting masih selamat sih
ReplyDeleteuntuk motornya masih bisa diperbaiki
Alhamdulillah 🤲
ReplyDeleteMaaf cakap, mana² kes pun kalau nak claim insurans mmg bencinta! Kitorang pun ada experience masa buat claim rumah terbakar dulu, punyalah lama :(
psl nk claim insurance ni wak pun pnh kena ms hilang motor dulu., huhu
ReplyDeletetime nk membayar insurans kemain dorg.. time kita nk claim pyh nk bg..
ReplyDeletegeram betul..
alhamdulillah akhirnya siap jugak moto tu..
ye lah. claim insurance ni mmg berakar la kita. tp alhamdulilah dah settle semua ye.
ReplyDeleteAt least ada kenderaan lain kan....memang patah kaki la sebelum kenderaan siap kalau itu je kenderaan yang ada kan....
ReplyDeletesaya tahu psl proses ni amik masa lama lps baca entry seorg blogger dr melaka. abg dia eksiden motor. nk claim tu... mcm2 hal kena settle...
ReplyDeleteAlhamdulillah selesai juga diperbaiki ya kak 😄👍. Walo lamaaa. Eh tapi bagaimana si insurance? Tetap tak bisa dihubungi kah?
ReplyDeleteSaya juga pakai insurance utk mobil saya, tp Alhamdulillah cepat prosesnya. Walopun saya tak pungkiri ada memang insurance yg nakal dan suka seakan cari celah supaya tak mengcover. Memang yg begini biar Tuhan yg balas lah.