8 Buah kenderaan pacuan 4 roda semuanya , 5 buah gerak 15 Nov malam dan selebihnya akan bertolak 16 Nov pagi
Destinasi kali ini ialah Sungai Lembing Kuantan. Sekian lama hasrat dipendam, akhirnya dapat juga ditunaikan menjelang hujung tahun. Sejarah ringkas Sungai Lembing adalah pekan terkaya kerana Sungai Lembing adalah pengeluar bijih timah utama negeri Pahang. 1986 lombong ditutup disebabkan kejatuhan harga timah. Sebelum konvoi bertolak balik ke Kuala Lumpur, kami sempat singgah di Food Court Pekan Sungai Lembing, Pekan Sungai Lembing sangat tenang, bagi saya, ianya tempat yang mendamaikan..
Seperti biasa, konvoi akan berkumpul di Petronas Gombak sebelum memulakan perjalanan. Dalam pukul 11 malam, konvoi rolling menuju destinasi. Ramai jugaklah yang datang bagi sokongan di sini cewahh!! termasuklah Yati, K-Rog, Bob, Amir lagong *beliau akan menyusul keesokan harinya..
Pukul 12 malam, tiba di Plaza Tol Gombak, konvoi terpaksa berhenti sekejap disebabkan salah satu kenderaan konvoi ada sedikit masalah teknikal. Rasanya masalah temperature agak panas. Solution- Abang Jeff pecahkan 2 biji telur dalam radiator itu. Pewiitt!! kerjasama memang amat penting kan.
telur 3 suku masak oney!!. 1.30pagi, pekena kopi di RNR Temerloh tapi saya dan anak anak bantai membuta dalam kereta... alasan? anak anak tido.
refuel petrol penuh penuh di sini.. then pit stop seterusnya, Balai Polis Sungai Lembing- hantar senarai nama kesemua peserta konvoi
16 Nov 2013 5.30 pagi, sampai camp site yang dituju. Seperti biasa, tugas saya di dapur siapkan breakfast untuk semua.. Menu hari ini Rendang Ayam + Nasi Impit prepared by me, ehem! selebihnya Sambal petai, Kuah kacang & lempeng by Chef Din Medan. Tidak dilupakan teh tarik special.
8.30 pagi Usai bersarapan, kami memulakan perjalanan ke Air Terjun Pelangi.
Bismillahirahmanirahimm.... Cross sungai dulu.. air sungai ni agak deras sedikit. itu sebab tali ni disediakan kot. Masa ni air sungai tak besar sangatlah.
sepanjang perjalanan, laluan agak berbatu seperti gambar di atas. Make sure pakai kasut yang sesuai supaya tak tergelincir dan juga tak sakit kaki.
turun bukit sikit
naik bukit sikit
panjat batu sikit
alhamdulillah, dah sampai.... jom nikmati keindahan panorama di Air Terjun Pelangi ni.
sungguh indah ciptaan mu ya Allah. Tak tergambar dengan kata kata. Tak rugi ambik sedikit masa untuk ke sini. Dari Pekan Sungai Lembing ke camp site dalam 15km, treking hanya lebih kurang 30 minit untuk menikmati panorama indah ini.
Well done Aman n Adik.. sampai jugak anak anak ummi di sini. selepas puas berendam dan tunggu pelangi yang macam chipsmore, pukul 11.10pagi, kami memulakan perjalanan turun..
yeayy!! suda sampai... adik pun dah selamat zzzzzz
aktiviti sepanjang hari Sabtu, lunch, mandi sungai, minum petang, tido, bbq, jungle jamming..
17Nov 2013 1.30 petang ready untuk balik ke rumahku syurgaku. Group photo di camp site
group photo di Sungai Lembing
8 buah kenderaan konvoi di Jambatan lama Sungai lembing.
sampah pun sudah di buang.. marilah kita pulang..
Makan dulu di Sungai Lembing..
Last pit stop RNR Gombak. Salam salam selamat tinggal, lain kali konvoi lagi.. sekian..... overall, best trip, best team and the best waterfall..