CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 25, 2013

Adik Ammar


susulan daripada persembahan Hari Ulangtahun ATM Ke80, ini ajelah kerja budak kecik ni setiap hari.. Menyanyi lagu inilah barisan kita memang sepanjang siang.. Malam2 siaran ulang tayang askar kena tarik oleh Heli pulak.. Adik ooo adikk.. banyak banyak benda dalam donia ni, Askar jugaklah pilihan hati kan.. 

Tuesday, September 24, 2013

Aman suka Makan

Selepas meninjau sedikit sebanyak Hari ATM ke 80, Kami meneruskan perjalanan ke Lepar 5, Jengka, Pahang. Ziarah Aten nuuunnn di kejauhan..  12 tengah hari dari KL, sampai ke destinasi dalam pukul 4 petang.  Sepanjang perjalanan layan Aman berborak, sampai satu tahap Aman cakap "Aman rasa sikit lagi kita nak sampai Amerika Selatan ni, jauh sangat la ummi, Jalan ni macam takde penghujung"
Umi dan ayah hanya mampu tersengih.

perut membesar, tapi Aten kurus suda... Mungkin penat atau sunyi duduk seorang di dalam rumah time Uncle Nizam kerja. 

Sekadar bersembang anak beranak, pukul 3 petang Ahad, kami gerak semula ke KL.. Aman ni memang pemakan orangnya.. Bab menunggu Aman siap makan tu yang kekadang boleh hilang sabar. Sebungkus nasi lemak dan teh tarik akan mengambil masa sejam untuk di habiskan. Itu pun kalau makan di kedai.. Kalau depan tv di rumah, mau 2 jam baru selesai..


tidak apa Aman.. Umi dan Ayah bagi chance kat Aman.. Sambung makan maggi cup pulak.. sungguh sungguh Aman ni makan.. Umi dan nenek hanya mampu melihat.. Masih kekenyangan dari rumah Aten..

kawan baik sama nenek.. 3 orang ni yang paling ummi sayang dunia akhirat... 

pukul 7 petang, singgah pulak lagi di kedai roti Canai Teras Jernang... 

Hi, nama saya Aman.. Saya suka makan roti canai!!
selesai semua, pukul 7.30 kami dah sampai rumahku syurgaku.. 

Monday, September 23, 2013

Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Yang Ke-80


21 September 2013, Kebetulan Rombongan Makcik Panagatan (Mak kepada Said) yang selamat menjadi suami orang minggu lepas, akan berangkat balik Sabah dari rumah kami di Bangi. Plan asal, kami akan gerak ke KLIA se awal pukul 7 pagi, sebelum ke Dataran KL. Tukar plan di saat akhir, mengikut kesesuaian memang biasa.. Di sebabkan ada sedikit masalah teknikal, Jom bawa nenek naik tren.. Biar Ayah hantar Nenek Panagatan ke KLIA, kita kita je naik tren ke KL..  


Alhamdulillah, sampai jugak akhirnya.. Agak terlewat jugak lah. Kena lah berdiri di penghujung jalan Dataran.. Pukul 9 pagi, Aman dan Adik sempat lah tengok demo melepaskan tebusan dari kejauhan. 

Komando in Action.. Siap ada anjing lagi..

Lori hantu warna kuning di sebalik Komando tu lah tebusan yang akan di selamatkan..

Tang ni yang Adik sangat teruja, heli ni memang atas kepala kami je. Menjerit Adik bila tengok ada *asykar yang bergayut di tali dan di bawa jauh oleh Heli ni... Sampai harini, cerita yang sama Adik ulang... sampai umi dah hafal skrip Adik.. . {ayah, tadi kan... ada aykar tu lah.. dia selamatkan orang... pas tu kan, dia naik tali kat likoter masyam ni}


tak sempat ambik banyak gambar, sebab umi kena handle 2 asykar kecik umi.
selepas pertunjukan, kami sempat meninjau pameran ATM ni dari satu khemah ke satu khemah... Panas ya Ampunnn.... Pengunjung pun tersangat lah ramai... Sampaikan Adik, menangis ajak balik. Walhal Pameran ATM Putrajaya yang lepas, Adik sangat exited, sampaikan semua benda pameran dia try..  Time ni, Ayah dah sampai dari airport.. 

Jom.. ke rumah Aten pulak.. Tak jauh, Lepar 5, Jengka..

Mama belikan ini untuk Pakcik Koji



Tuesday, September 17, 2013

Gwiyomi Adik


Monday, September 16, 2013

Selamat Pengantin Baru Said & Amalina

14 Sept 2013 pukul 11.30pagi di Masjid Al Qurtubi Segambut,  Abdul Said & Nur Amalina sah menjadi pasangan suami isteri. Selamat menempuhi alam rumah tangga untuk Said dan Isteri. Semoga sentiasa bersabar dalam menempuhi suka duka alam rumah tangga..  sikit sebanyak saya kongsikan gambar di sepanjang majlis yang di berkati ini.. 


Sebelum ke Masjid, rombongan lelaki menunggu bakal isteri..

Said, Mama, Mak Said dan Makcik Said menunggu dengan sabar..

Sampai Masjid, posing lagi sementara menunggu Pengantin perempuan.. 

Gambar Aman dan Nenek setelah semuanya selesai... Ummi tak dapat amik gambar tengah akad nikah. Almaklum lah, tak boleh masuk masjid.. :)

15 Sept 2013, Majlis Sanding di Dewan Serbaguna DBKL Kepong.. Rombongan Pengantin lelaki yang tengah menunggu ketibaan pengantin..  Kasih seorang ibu tiada tandingan. Sanggup datang dari kejauhan, dan sanggup menunggu pengantin di bawah terik matahari.. 

Persembahan silat untuk pengantin..


Gambar kenangan Mama, Aman dan Adik dengan pasangan pengantin..

Cucu saudara yang menetap di Sungai Buloh.. 

Sudah habis kenduri, kita makan cendoi dulu.. Adik request..

Friday, September 13, 2013

Nenek dan Mini Kebun di Apin Apin

Ini namanya labu kundur a.k.a tonsomon. banyak bergantungan atas pagar rumah nenek

Limau nipis pun bersepah sepah free flow, free of charge. siapa siapa mau, silakan petik sendiri kata nenek.

Pokok lengkuas pun subur subur walaupun di tepi rumah sahaja.

Orkid, pegaga, daun kesum, pudina semua nenek longgok tanam di depan rumah.

setiap kali hari raya, orkid nenek mesti tengah berbunga.. cantik sangat.. nenek memang bertangan sejuk. cuba kalau ummi yang tanam, kompom bunga tu mati.

belakang rumah nenek di kampung ku syurga ku

Tuesday, September 10, 2013

Dari Keningau Ke Simpang Mengayau part 1

14.08.2013 (Khamis)

  
Sebelum bertolak dari Apin Apin, Kami sempat ke rumah  terbuka raya Makcik Umayah. Pukul 9 bertolak menuju ke Kota Kinabalu ikut laluan Tambunan.. pukul 10 pun masih berkabus di sini okeh. Konvoi sebanyak 3 buah kenderaan. Termasuk keluarga Ustaz lokman.

Pemandangan nan indah di sepanjang perjalanan Apin Apin- Tambunan- KK-Kota Belud- Kudat

Anak Anak seperti biasa, aktiviti mengilang taik mata dan bihis a.k.a air liur.

pit stop pertama, singgah sungai ini untuk makan tengah hari...  Ikhwan ni memang pantang jumpa sungai..

Abang pun sama juga. 

orang lain makan, dia berdua ralit main air di tengah sungai. Sebenarnya umi lupa nama sungai ni, tapi di Kota Belud lah.. 

Rombongan paling kecik.. Adik Ilman 2 bulan..

Perjalanan di teruskan.. Singgah di gerai jagung bakar. Banyak gerai seperti ini di sepanjang perjalanan Kota Belud ke Kudat. Jagung bakar dan buah buahan tempatan, penyapu sabut kelapa pun ada juga di jual.

Akhirnya kami sampai ke Daerah Kudat. Kudat banyak pokok kelapa rupanya.. 

Jauh perjalanan luas pemandangan. Yang memang lah sangat jauh wooiii. setelah 8 jam perjalanan..


Jangan risau pasal sesat.. Ada banyak sign board di sini.. 

My Mama berlatar belakangkan pertembungan antara laut Cina Selatan dan Laut Sulu..

Anak anak paling happy bila sampai tempat yang diorang belum pernah jejak. 

  Yeay!! kami sudah jejak The Tip Of Borneo. Anda bila lagi?
Bagi saya, tempat ini memang sangat unik, cantik, dan Subahanallah... Tak terjangkau dek akal, Indahnya ciptaan mu Ya Allah. Terasa diri sangat kerdil melihat keindahan ciptaan Allah. In shaa Allah, jika di izinkan, kami pasti akan datang lagi..