24 hari sudah rupanya usaha memisahkan adik dengan susu ibu. Alhamdulillah, Ammar Ikhwan semakin kurang meragam, berbanding minggu pertama tanpa susu ibu. walaupun kadang kadang tengah malam tu merengek jugak la cari titit dia kan.. hahahaha paling kelakar bila dia "mengigau". sedar sedar je dia tgah menyusu... wakakaka.. time tu jangan ditegur adik Ikhwan, pantang cuit, haaa... amik kau, adalah kot setengah jap menangis... paling kuat pun, umi cuma berani buat signzl uwek uwek je dek.. kang mengamuk, umi pulak terpaksa tahan telinga..
Kalau Ammar Ikhwan nak tau, buat masa ni adik minum susu S26. umi try bagi susu Dutch lady dan Dugro, tapi ya ampuuunnnn... sembelit ko nak. sampai umi terpaksa korek tuuuuut adik, nak kuarkan iyak... try S26 alhamdulillah terus adik iyak macam dulu dulu tu..... banyak dan kerap... hahaha... pas makan je iyak, lepas iyak je makan... ada2 saja..
Thursday, February 23, 2012
Wednesday, February 22, 2012
Alhamdulillah.. syukur atas kurniaan Mu ya Allah
Harini saya terserempak dengan 1 family yang terdiri daripada ibu, ayah dan 3 orang anak. Hati terusik bila melihat anak yang saya agak berumur dalam lingkungan 8 tahun, memimpin tangan ayahnya dan 2 lagi adik berumur mungkin sebaya Aman atau mungkin lebih muda memimpin ibu. Mak dan ayah yang kurang upaya untuk melihat, Allah maha adil, anak anak semuanya celik.. saya dengan rendah diri, dan sepenuh hati serta ikhlas mendoakan semoga anak anak pakcik dan makcik yang saya lihat tadi akan membesar dalam lindungan Allah. semoga mereka menjadi anak yang taat dan solehah, dan semoga mereka tergolong dalam golongan orang berilmu supaya dapat menjaga ibu dan ayah yang telah melahirkan dan membesarkan mereka walaupun dalam keaddan kekurangan deria melihat.
Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmatmu, memberi kami suami isteri peluang untuk melahirkan, membesarkan dan mendidik anak kami depan mata.. ya Allah, permudahkanlah urusan kami dalam mendidik anak anak kami. ammminnnnn.....
Labels:
Ammar,
Ammar Ikhwan
Friday, February 10, 2012
Mengidam Red Velvet La Sangat
Seminggu memburu red velvet yang sedap.
akhirnya my laling bagi yang ini. eh, apa tajuk ni aa? lupa pulak. Sedap gilos sampai sambung mengidam lagi...
Pencarian bermula lagi.. dan ini officemate yang buat. Eyna Enjah.. boleh tahan laaa....
Thursday, February 9, 2012
Bertambah setahun lagi Usia Ayah
Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Ryzal Salleh, Allah selamatkan kamu.. Entry ini khas untuk en. Suami yang terchenta. Chehhh... geli ketiak kata Aman. Kami bertiga doakan Ayah sentiasa di bawah lindungan Allah, di rahmati oleh Nya dan diberkati rezeki serta diberikan kesihatan yang baik.. Tahun ni Ummi, Aman dan Ikhwan hadiahkan Kasih sayang yang melimpah ruah untuk abang ye.. Hadiah yang paling special tahun ni ialah…. Jeng jeng jeng…. Sambal Ikan Bilis seikhlas hati untuk bekalan abang selama seminggu di Gunung Murud bulan Mei yang akan datang. Dalam maknanya tu bang oiiii….
*walaupun dah double three, x lama lagi nak masuk 4 series, abang tetap yang paling ensem dimata Ina, abang tetap ayah yang paling gagah bagi Aman dan Ayah yang paling macho bagi Ikhwan.. Bak kata Aman "ayah jeles la tuh" bila Abang cakap "muscle ayah lagi besar dari Uncle Apiz.
permata hati ummi yang menyambut hari lahir di bulan yang sama. Aman dan ayah selang 3 hari ajeee.. |
Monday, February 6, 2012
Happy Birthday Ammar Idlan
Genap 6 Tahun usia Ammar Idlan Zafri, Sekejap betul masa berlalu. Terasa macam baru je lagi melalui saat saat dalam Operation teater dan sempat di bebel oleh Dr. Salleh " lain kali kalau pregnant lagi, bila ada apa apa cecair yang keluar, itu bukan air hujan ye. cepat cepat pegi hospital"
xe
Selamat Hari jadi sayang. Jadi anak yang solleh tau. jangan lupa doakan ummi dan ayah nanti. muaaahhh.. sayang Amannn.....
Wednesday, February 1, 2012
Kisah Hutan Lipur Berkelah
Tarikh : 21 Januari 2012, Sabtu (Sempena cuti CNY 2012)
Tempat : Hutan Lipur Berkelah
Kami : Team 1- Abg Yaya, Nazwan * (Anak Abg Yaya), Farid, Apiz, Ijad, Abe, Puzah & Zie --- Diorang ni dah sampai awal untuk cop camp site.
Team 2- En. Jaie (En. Suami), Myself, Aman, Ikhwana'ah & Bard --- lambat skit sebab ada budak kecik kan. Cheh, alasan
20 Januari 2012- Kami laki bini kerja macam biasa, tiba tiba cuak sebab Ma'ah kehabisan tiket bas (dari Masjid Tanah ke KL). Sudah namanya Cuti panjang sempena Raya Cina, kompom lah tiket habis awal. Balik rumah, kemas barang mana mana yang phatut untuk dibawa ke Berkelah, sementara menunggu Bard. Mula mula Geleng (Cousin) janji hantar Maa'ah sampai rumah.. disebabkan dia pun sibuk dengan tokeh dia, maklumlah Geleng ni pun celebrate CNY jugak, En. Jaie amik keputusan "kita makan dulu, sementara tunggu Bard. Bard sampai je kita terus ke Senawang. Last last tukar plan, lepas makan kami terus ke Senawang amik Ma'ah, kemudian baru jemput Bard di Stesen Komuter. Alhamdulillah, jalan x jamm.. Clear sepanjang jalan BSP-Senawang & Senawang –BSP. Pukul 11.30 baru sampai Bangi.
21 Januari 2012- selesai packing barang untuk dibawa lebih kurang pukul 3 pagi, zasss... kami terus beredar dari rumah untuk meneruskan perjalanan kami yang masih panjang.. Plan asal adalah untuk bagi chance En. Jai lelap mata sejam dua, tapi takut terlajak.. hahahahaha.. Kesian sungguh En. Suami, langsung tak tidur demi nak bawak anak bini merasa pengalaman tidur dalam hutan. Singgah minum, wee wee dan poo poo RNR Temerloh pukul 5 pagi, sampai Maran kedai Jefri a.k.a Jepun ngam ngam pukul 7 pagi.. Puzah and the gang dah naik dulu rupanya. meninggalkan kami anak beranak + Maah dan Bard. heheheheh
Susah jugak rupanya mengarang ayat. meh lah saya buat cerita bergambar je senang skit nak membayangkan kejadian hari tu
Tempat : Hutan Lipur Berkelah
Kami : Team 1- Abg Yaya, Nazwan * (Anak Abg Yaya), Farid, Apiz, Ijad, Abe, Puzah & Zie --- Diorang ni dah sampai awal untuk cop camp site.
Team 2- En. Jaie (En. Suami), Myself, Aman, Ikhwana'ah & Bard --- lambat skit sebab ada budak kecik kan. Cheh, alasan
20 Januari 2012- Kami laki bini kerja macam biasa, tiba tiba cuak sebab Ma'ah kehabisan tiket bas (dari Masjid Tanah ke KL). Sudah namanya Cuti panjang sempena Raya Cina, kompom lah tiket habis awal. Balik rumah, kemas barang mana mana yang phatut untuk dibawa ke Berkelah, sementara menunggu Bard. Mula mula Geleng (Cousin) janji hantar Maa'ah sampai rumah.. disebabkan dia pun sibuk dengan tokeh dia, maklumlah Geleng ni pun celebrate CNY jugak, En. Jaie amik keputusan "kita makan dulu, sementara tunggu Bard. Bard sampai je kita terus ke Senawang. Last last tukar plan, lepas makan kami terus ke Senawang amik Ma'ah, kemudian baru jemput Bard di Stesen Komuter. Alhamdulillah, jalan x jamm.. Clear sepanjang jalan BSP-Senawang & Senawang –BSP. Pukul 11.30 baru sampai Bangi.
21 Januari 2012- selesai packing barang untuk dibawa lebih kurang pukul 3 pagi, zasss... kami terus beredar dari rumah untuk meneruskan perjalanan kami yang masih panjang.. Plan asal adalah untuk bagi chance En. Jai lelap mata sejam dua, tapi takut terlajak.. hahahahaha.. Kesian sungguh En. Suami, langsung tak tidur demi nak bawak anak bini merasa pengalaman tidur dalam hutan. Singgah minum, wee wee dan poo poo RNR Temerloh pukul 5 pagi, sampai Maran kedai Jefri a.k.a Jepun ngam ngam pukul 7 pagi.. Puzah and the gang dah naik dulu rupanya. meninggalkan kami anak beranak + Maah dan Bard. heheheheh
Susah jugak rupanya mengarang ayat. meh lah saya buat cerita bergambar je senang skit nak membayangkan kejadian hari tu
7 pagi Kami dah sampai depan kedai Jeffrey a.k.a Jepun. Jepun ni la yang akan bawak kami masuk ke dalam hutan Lipur Berkelah. Pergi dan balik saya jadi VIP pessenger.. Dok depan ngan driver.. Sebenarnya nak juga berasak asak dengan yang lain kat belakang lori tapi Adik Ikhwan kecik lagi, maka dengan separuh kerelaan, kami duduk lah depan. TAPI kan.... Hikmah disebalik itu, saya berkenalan dengan seorang pendaki gunung tegar Mika yang bawak anak kecilnya Alya berumur 1 tahun 3 bulan. Time ni Ikhwan dah 2 Tahun 3 bulan.. yang best skali, dia orang kampung saya.. HAHAHAHA orang keningau bah.. cayalah kau Mika. Nice knowing u.. Insyallah umur panjang kita jumpa lagi..
tu dia Mr. Bard.. Check in kat awek lah tu.. En. Jaie punya guitar yang masih tegap disitu.
5 star transport, aircond ori gitu.. Aman seronok gila dapat naik lori.
Welcome to Berkelah..
Aman bukan mainlagi sinsing seluar sampai peha, Maah pun sama.. mintobung juga dalam air.
Apa kenalah Aman ni, hampir setiap jam kata nak iyak, kencing... sebenarnya dia ni neves kot.
Laluan disiang hari.. Saya mengidam nak gendong beg tu tapi Ikhwan tak mo pulak orang lain pegang.. asyik lah nak bau ketiak mak dia yang yang... kempunan mak tau..
part ni sakit hati dan mata.. boleh pulak orang datang sini, makan makan dan tak reti nak buang sampah. taulah tong sampah tiadak disediakan disini. abih tu diorang ni aspect siapa yang akan tolong buang sampah diorang? kot kot lah sampah diorang ni ada kaki dan bole turun cari tong sampah kan.. memang tiada sivik, dan x sayang bumi etul.
Subhanallah... indah pemandangan ciptaan yang Allah pinjamkan pada kita. Alhamdulillah diberi peluang menikmati keindahan ciptaanMu ya Allah.
tidur sepanjang perjalanan, mana nak penat kan dik. Bila dah jaga, melalak lalak nak mandi ungasss (sungai)
m masih terbayang macam mana nevesnya masa turun ikut laluan ni pukul 2 pagi. Hanya Allah yang tahu macam mana azabnya kami melalui tempat ni malam tu..
naik happy, turun menangis dan Alhamdulillah Aman memang anak yang hebat. dia boleh turun dari tapak khemah kami sampai ke batu ni dengan usaha sendiri. Dia tak menyusahkan ayah yang pikul beg berat penuh dengan barang yang basah. Ummi dan ayah bangga, well done son.
apa sebenarnya dalam kepala Aman, umi pun x tau.. Cuma time ni dia dah habis charge bateri..
Maah dan Aman
us at Air terjun cabang Berkelah. Happy sebelum tragedi...
lauk of the day is sardin sambal, sayur capur, telur dadar, ayam goreng
lepas makan dan mandi mandi dok dendiam dalam tent ye anak anak. Nak main gitar, main lah puas puas sebelum gitar tu hanyut..
Hahaha... contractor perparitan dok sibuk buat parit supaya khemah bini dan anak anak selamat dan selesa. last skali, parit entah kemana, khemah entah kemana, habis semua ranap.. nasib baik lah Maa'aah ada dan tolong packingkan semua barang masuk dalam plastik sampah dan sumbat dalam beg..
Aman kata, celik mata je dia nak terjun dalam sungai. nampak tak kasut Aman sangkut kat pokok tu. Nasib baik juga tak hanyut dek air yang deras.. Banjir malam tu sampai paras kasut tu rasanya..
Selepas kejadian. Adik yang lapar semalaman tak makan, bfast biskut. Nasib baik sempat rembat biskut masuk beg. Ikhwan kehabisan baju yang kering terpaksa pakai baju mandi. boleh lah kan dik daripada takde langsung.
Aman vs boxer. ni je yang ada man.
En. Jaie yang sedih, gitar sudah patah daaa.... guide penyelamat kami malam tu pijak.. tau tau je lah kan, malam yang sepi, gelap gulita, lampu suluh pun ala ala segan nak idup, nasiblah kan bang.
Kami yang terlibat on de scene. Setinggi tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat, saya belajar benda baru daripada anda semua, kerjasama itu penting bila melalui saat saat getir macam yang kita lalui. semangat pasukan memang jelas depan mata saya. terharu gitu, walaupuan kami dengan 2 orang anak kecil, tapi atas bantuan semua, saya langsung x rasa susah menghandle 2 orang anak kecil. Thanks to Hafiz yang tolong En. Jaie angkat Aman sampai lah ke hentian seterusnya untuk tidur.
Setinggi tinggi penghargaan juga buat guide di atas yang jadi hero kami malam tu. Masa air naik hari tu, dia dan lagi sorang orang kampung (Labu) telah bersusah payah naik ke tapak khemah kami dan mintak kami turun malam tu jugak. Takut lepas ni akan ada kepala air, dan kami ada budak kecik, jadi dia nasihatkan turun..
Bfast cum lunch.. Lapar yang amat dan kami puas. Alhamdulillah semua selamat.
Subscribe to:
Posts (Atom)