CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 31, 2011

1-FEB-2011 saya cuti

Besok, saya cuti. Saja saja mau tengok Aman sekolah.. Sebenarnya mau pg buat Medical check up, tapi fully booked.. pospon lagi lah nampaknya…

Naik Gunung Kah?

Ikut plan, 5 Feb ni saya dan Mr. Jai nak naik Gunung Datuk kat Rembau. Nampaknya, plan hanya tinggal plan saja.. Cuaca macam tidak mengizinkan la.. Kalau besok, still hujan dan tak berenti, maknanya lain kali baru bole pegi.. Baru je ada semangat nak naik gunung dah terbantut pulak.. hurmm….

Friday, January 28, 2011

Kenduri Pakcik Aman..

Gambar lama..

berbaju kurung biru, Syafika dan Izzati a.k.a kazen Aman.

Ummar Rayyan 2nd kazen Aman.. comel kan Ummar..

Comel sangat, Ummar amat istimewa dimata saya... Kesian mama dia meninggal lepas melahirkan dia...

ni geng karas!

muka lebih kurang ke jauh beza? Sabahan dan owang semenanjungs..

Tengoklah ni.. tengah paneh main posing posing

Adik dan tok abah. Ayah long Mr. Jai dan seriously, Tok Abah yang paling sporting, happy go lucky.. walaupun dia perokok tegar, alhamdulillah sihat walafiat tanpa sebarang penyakit... :)

balik kenduri diorang dah jadi macam ni.. senyap je dalam kete

pas tu macam ni pulak..

yang sorang lak cam ni aaaa.... penat melalak otw ke kenduri pagi tadi... kuat gila melalak, Punca???? saya bukak slipper dia.. hahahaha.. pantang adik ialah, bukak sliper, begaya lah sangat!.

Bagus jugak kalau dapat makan KFC kan Mii

2 hari lepas, dialog Aman lebih kurang macam ni "dah lama tak makan KFC kan Mii, bagus jugak kalau dapat makan KFC ni". ok saya layankan aje cakap Aman, time tu Mr. Jai tak sampai umah lagi.. Sampai sampai je Mr. Jai, lebih kurang pukul 10malam Aman cakap lagi "yah, bagus jugak kalau dapat makan KFC kan...

so, besoknya kami bawak dia gi KFC Warta, Bangi.. Tengok dia melantak sungguh sungguh. Memula order set nasi ayam yang 2 ketul tu, tapi sup habis. so amik set 1 ketul ayam dan nasik.. Rezeki Aman agaknya, makcik kaunter sebelah dengar staff KFC tu cakap sup habis, dia bagi kat Aman sup. Adik amik lah, acik tak makan sup ni... Apalagi melompat la budak ensem ni..

nampak tak.. sungguh sungguh dia makan kan... habis tau, siap tapau bawak balik belen nasi. nak makan kat umah, taulah Aman ni fobia kalau dengar kedai tutup. MEMANG FOBIAA...
sampai umah dia sambung makan nasi ayam ni... nak RASA katanya, tapi Aman rasa sampai habis... Pagi tadi dia request nak bawak belen sup ayam g skolah... wakakakaka... hari ni dia dah pesan sesiap belikan KFC dalam kotak... Maklum lah, dah SETAHUN tak makan KFC.

Adik tido..... malam tadi dia tido tanpa dinner.. sib baik nyenyak je tido, selalu kalau tak dinner, tengah malam mesti mengamok..

Aktiviti Jumaat 28.01.2011

Hari ini saya tidak ke gym seperti selalu. (cewah, stok perasan rajin sangat gi gym, pirrahhh salina). Tolong member punya pasal… takpelah, kawan ketawa dan menangis lagi penting daripada gym. Betul tak.. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kami hari ni dan kami keluar 12.45 tgah hari, sempat jumpa dengan seseorang seperti yang dijanjikan, Alhamdulillah juga seseorang itu tak banyak songel dan sign dokumen tanpa banyak bunyik. Alhamdulillah juga, kami tak sesat jalan, walaupun Garmin macam harem.. Kami sampai opis tepat jam 2.30pm… hehehe… tapi, perut lapar giler lah, café lak macam slow yang amat hari ni… order makanan semua takde… prastt… lapar lagi… last2 kul 3.30 petang baru dapat makan mee hoon goreng dan kakak kantin mengadu kat saya yang pekerja dia 3 orang berenti serentak semalam… protes, tak bole terima kakak kantin marah kat diorang… KESIAN….

Ehh… kesian kat sap eek? Kakak kantin ke pekerja dia?????????

Abang dan Adik suka mandi kulam

Gambar lama juga ni..

hehe.. pelik je adik tengok air pancut depan mata

tugas Maah adalah menjaga budak budak ni main air.. dan dia yang kena masuk kulam skali

kan dah cakap... Maah kena masuk kulam skali

Aten jadi pemerhati..

Raya Haji 2010

Saje suka suka tempek gambar untuk tatapan adik beradik dan mama

Abang dan Adik

buah hati pengarang jantung saye..

me n adik adik... takut siott... saya sangat gemuk

Tasik Cyberjaya

Sebenarnya gambar ni sudah lama terperap dalam draft... baru laa nii mau story morry. Aten, ni haaa gambar kamu hari tu.. jangan marah aaa lambat..

Aten dengan Adik tengah merenung masa depan depan Tasik

nak jadi ironman pun tak bole...

Satu, dua, tigaa.....

kami 3 beradik dengan Aman 2 beradik

me familia...

Chakk....

Aten... Adik loves u...

Aman Vs Harris

Ini kawan Aman.. Sikit sikt Harris, sikit sikit Harris... ni lh dia budak Harris bespren Aman..Hari tu sebulan Harris tak sekolah... Aman sikit punya rindu kat kawan dia nih.. Selepas sebulan Aman citer lebih kurang macam ni "Ummi, Harris tak de, Mak ngan ayah dia pegi menyamar, dia duk ngan nenek dia".. hehehehe... sebelum tu Cikgu dia dah bagitau Haris g Mynmar.

pis pis kacang pis..

Same je kan... mcm kembar la pulok..

Adik, Abang vs Walker

Hujung minggu lepas, Aman dan adik buat projek memunggah barang dalam bilik stor. inilah benda yang Adik heret keluar, pas tu berebut nak naik.. Walker oh Walker.. kenapalah benda tu yang korang nak berebut wahai anak anak ku..

Bole macam ni, Aman driver dan adik pembonceng.. sila abaikan kain yang belum berlipat dibelakang itu..

seronok sangat kot naik benda alah ni..memasing berebut nak jadi drebar

Hehehehe... Adik pun dah pandai amik gambar sendiri..

turn budak ni pulak..

mana lak Abang Aman ni...

Dah nangis pulak dah, Pembonceng tak sudi nak naik ngan dia

Takpelah, Abang tanak naik takpe, biar adik drift sensorang... yeehhhaaaa.....

Thursday, January 27, 2011

Aman dan keje sekolah

2 hari lepas, Aman exited tunjuk kat saya keje sekolah yang cikgu bagi.. macam ni lah lebih kurang...

memula laju je tulih..

lama lama macam dah kehabisan bateri.. jenuh tunggu dia siapkan keje sekolah

sekali blackout daa.... ni lah situasi sebenar Aman yang panik gilee bila lampu padam.. sampai sesak napas lah budak ni.. penakut sangat..

Wednesday, January 26, 2011

Saya lambat hari ni

Rumah black out semalam. Satu taman bergelap. Aman sikit lagi hysteria tapi adik sangat cool. Sib baik Mr. Jai ada kat umah.. kalau tidak mau meraung saya sensorang. Melayan Aman dengan degup jantung 10 kuasa kuda.. Ya Allah, memang budak itu sangat cepat panic..

Tapi blackout semalam tiada kena mengena dengan kelambatan saya hari ni.. Wakakakakakaka… suda sampai Kajang, Cikgu Ul sms "kak, salah beg ni. beg ni banyak harta pusaka". BANG, ABANG SALAH BAGI BEG KAT NESERI.. Sib baik Mr. Jai yang punya salah.. Kalau saya yang tersalah angkut beg, kompem 7 hari 7 malam tak habis bebel.. TAPI, sempat gak tu dia sound, lain kali jangan letak beg sekolah Aman dengan beg ina dekat dekat. See… AKU jugak yang salah!! Itu sebab saya lambat ari ni…

Tuesday, January 25, 2011

Ikhlas dari hati

bukan nak kondem orang or  lain niat yang tidak bagus. sekadar mengingatkan diri sendiri dan juga untuk mengingatkan anak anak sendiri.. Sedih sangat melihat dunia sekarang, mak bapak bertuankan anak, Duit dan harta jadi Raja.. Sedih dan tak tau macam mana untuk meluahkan rasa hati yang sangat2 sensitip (kot).

Peringatah untuk diri sendiri, sila belajar menghargai orang sekeliling terutamanya orang yang paling banyak berjasa dengan kita tanpa kita sedar.. Saya tidaklah sesempurna orang lain, dan saya akui masih banyak budi dan jasa orang lain yang belum terbalas dan tak mungkin dapat membalas even membayarNya sekali pun.. Tapi cukuplah hanya dengan tidak menyakitkan diorang dan bila berkesempatan, menyenangkan hati diorang.. Ingat juga, kita hidup didunia ni sementara saja, sampai masa kita semua akan pergi... bagaimana, bila dan dimana kita tak tau lagi.. masing masinglah punya bahagian kan..

Friday, January 21, 2011

Bizi manjang

Semenjak dua menjak ni dia asik bz manjang. Asal call je bz, asal call je miting, asal call je discuss.. kalau kat rumah, asal sembang je, ada yang menangis , ada yang mengamuk , ada yang banyak tanya … kalau dalam kereta, nak dengar panggilan hangit lah, dengar tazkirah lah, dengar berita lah.. issyyyyy… tapi tak pe, aiman tak kisah….

Budak baju merah yang suka menangis malam malam

Semenjak dua menjak ni, Ikhwan sangat suka menangis berjam jam.. Ntah macam mana mau pujuk. Habis cara sudah.. kadang, kami biar je dia mengamuk sampai puas baru pujuk..

muka tak bersalah je tau. geram, semalam merajuk panjang sampai saya gigit dagu dia.. hahahaha... lagi kuat dia menjerit.. Yang baju pink Kakak Aina. Bespren Aman. Selalu bagi barang kat Aman, sampai saya tanya, Man, kenapa Aina selalu bagi Aman barang ni? Jawapan Aman ialah: sebab dia sayang Aman lah tu.. poyo la Aman ni.

Dealova

Poyo kan, tetiba rasa nak tujukan lagu ni untuk seseorang yang paling saya sayang.. kalau dia tau ni mesti dia, bluek bluek bluek sampai 80 kali.


 

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

reff: kau seperti nyanyian dalam hatiku 
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
 tanpa dirimu aku merasa hilang
 dan sepi, dan sepi

selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada

Bila kanak kanak bertanya


Tengah mengadap lunch cuti Thaipusam, Aman dan Ayah dok bersila kat ruang tamu.
Aman: Yah, ayah.. semalam kan kat sekolah kan Aman nampak ada 2 ulat gonggok merah.
Ayah: ye ke. sambil2 saya menyampuk, Aman pijak ke?
Aman: tak lah, Aman tengok ulat tu ada dua dok dekat dekat. Macam bepeluk. Mesti 1pompuan, satu lagi laki.
Ayah dan saya: erkkkkk!!!!!
Saya: Aman… mana bole cakap macam tu. Mana Aman tau ulat tu laki ke pompuan?
Aman: iyer, kawan Aman cakap!
Terus kami tukar topic… tatau apa mau jawab..

Wednesday, January 19, 2011

Perasmian Pameran Setem 1 Malaysia Satu Dunia

Semalam 18.01.2011 saya ke Muzium unutk even ini..

Pengaran Muzium tengah beruchap.

Timbalan Menteri 2 KPKK

Seperti biasa door gift Pos ialah Setem, theme kali ini haiwan Peliharaan Kanak Kanak.. ada gambar rabbit, kucing dan anjing

cenderahati untuk Tim. Menteri

antara barang yang dipamerkan di muzium.. tak dapat tgk lelama barang lain.. kejap kejap ado press mintak laluan.. tim. menteri nak lalu..

banyak banyak setem, ni je yang sempat senap.. hehe.. tarian suku kaum Kadazan dan Dusun Sabah.

Saya yang mengalahkan mak yong.

ada cerita disebalik gambar ni.. waakakaka, salah seorang dari kami telah terjatuhkan frame setem dibelakang itu..Cuak!!

Kami lagi.. dengan geng geng upin ipin

Cantik kan pentas dia.. very the Pos Malaysia. nak amik gambar setem kat tiang tapi driver mau balik cepat daa...