29 June 2010
Yeay, Ummi dah dapat jawapan kepada persoalan "2 Minggu" Ikhwan ni asyik on, off demam.
Pelik jugak, apesal lak Ikhwan ni domam pas tu baik, then malam domam balik. Pas tu bagi ubat, baik.. esok malam domam lagi..
Nenek cakap, "ooooo kadang-kadang budak tumbuh gigi pun bole sakit, anak anak mama pun semua teruk bila tumbuh gigi terutamanya kkau la (aku la tuh) siap masuk spital lagi". Kisahnye…
Tup, tup selepas 2-3 kali jumpa dengan Doc Nazim, Ikhwan sudah tidak domam… dah baik… Alhamdulillah, rupa-rupanya 2 hari lepas tu (26 June 2010), yeay yeay.. Ikhwan sudah ada gigi… sebatang je.. Abang Aman siap bersorak lagi.. bangga adik dia dah ada gigi.. boleh lah adik makan nasi, supaya besar macam abang.(iyer la sangat.. besar la konon. Umi tengok, mata n suara je yang makin besar)
Ada satu lagi, Ikhwan dah belajar berdiri.. hahaha… yang ni kelakar.. eksyen bukan main. Nak bediri bukan main payah lagi, siap paut segala benda yang ada kat ruang tamu tu.. bila Ikhwan rasa dah berdiri betul, bole lak tu lepas tangan… hambik kau…Ahad tu je 2 kali jatuh bedebuk… bila dah jatuh… ummi gak yang kena marah ngan nenek.. "apa bah kamu jaga ni sampai anak bole jatuh" hahahaha…. Kasih sayang nenek pada cucu.. jentik cucu pun tak bole…
Semalam balik keje dialog aman.
Aman: ummi, adik ni eksyen betul la.
Ummi: kenapa cakap macam tu. Eksyen tu apa man?
Aman: eksyen tu.. ayah yang cakap adik eksyen.. aman tak taulah mi. eksyen tu pandai bediri kooott…
Wakakaka… iyerr la sangat!!!