CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 13, 2017

Exploring Jogjakarta 3D2N

22 September 2016
Me with Imran si Manja dan Kasthuri.
sepatutnya kami ber-4 dengan Mimi, tetapi disebabkan Mimi pulak masa tu pregnant dah agak sarat, maka kami meneruskan misi jalan jalan Jogja ber3. Mimi... Lain kali kita jalan ya.










Monday, October 23, 2017

Tengok Gajah Di Kuala Gandah

05.08.2017 (Sabtu)
Bangi to Kuala Gandah 142KM. Lebih kurang 2 jam setengah perjalanan. Masa terbaik untuk sampai di Kuala Gandah adalah pukul 12.30-1.30 petang.  Dibuka setiap hari termasuk cuti umum. 

U1st Show - 1pm
2nd Show -1.30pm
3rd Show -3.00pm (Friday Only)

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
1st Show - 12.30pm
2nd show -1.00pm
3rd Show -1.30pm


Time:
Monday - Thursday

Saturday, Sunday & Public Holiday
First Show - 1.00 pm
Second Show  - 1.30 pm
Third Show  - 2.00 pm (Friday only)
First Show  - 12.30 pm
Second Show  - 1.00 pm
Third Show  - 1.30 pm


breakfast dulu.. Kebetulan YB Dato' Azmin Ali makan kedai yang sama, dan dia lalu pulak depan kami, dan orang dia pulak offer amikkan gambar, kami pun onn saja la. Peace!!!! satu.

Sampai Kuala Gandah. Tiada bayaran masuk di kenakan. Cuma derma ikhlas diperlukan untuk Pusat Pemuliharaan Gajah Negara ( Kuala Gandah). Mengikut sejarah, Pusat ini telah ditubuhkan pada tahun 1989 oleh Jabatan Taman Hidupan Liar dan Taman Negara. Kami sempat bersembang dengan sukarelawan Pusat ini, menurut beliau pusat ini pada asasnya mencari, menjinakkan kemudian memindahkan  gajah yang bermasalah daripada habitat asal ke Kuala Gandah. Sebagai contoh, Anak gajah yang yatim piatu, yang di jumpai di hutan Tapah dan diberi nama Tapah, dan di bawa ke Pusat ini, untuk di rawat, di jaga dan juga akan di ajar untuk berdikari, sebelum dilepaskan semula ke habitat asal. 

Sedikit sebanyak, pusat ini memberi kesedaran betapa pentingnya mengekalkan populasi haiwan liar yang semakin lama semakin pupus. 

Monday, April 24, 2017

Bangi - Kuantan -Melaka -Bangi

22-23 April 2017

Jauh perjalanan kami. Sebenarnya, sedari awal kami suami isteri plan bawa anak anak mandi swimming pool di Bayou Lagoon Melaka. Tetapi, kami terpaksa tukar plan, ke Kuantan dulu. Toyota Land Cruiser Fan Malaysia, Easern Chapter Beach Jam @ Pantai Cempaka, Kuantan di adakan pada 22-23 April. En. Suami as basis untuk Beach Jamm. Seronok kami anak beranak dapat ikut berjalan walaupun agak rushing. 


kami mulakan perjalanan dengan Doa naik kenderaan oleh Abang Long. lepas tu, wefie dulu.

Sementara menunggu abang abang mencari hidupan laut tepi pantai, umi struggle kejar Imran berlari lari anak. Punya exited dia main pasir. Amboiiii dia tu!.

ini pun struggle jugak umi, untuk pastikan Imran tidak jatuh dari buaian tepi pantai ni bukan senang tau. Sudahlah Imran ni, jenis semua benda kalau boleh dia akan buat sendiri. 

The event.


practice make perfect. Gambar malam umi tiada berkesempatan untuk ambik. hehehehe...

jom breakfast sebelum bertolak ke Melaka pulak. Kami menginap di Hotel Cathayana Kuantan. Hotel baru, cantik. Makan pun sedap. Bukan hotel mewah, tapi kami bahagia dan selesa bermalam semalam.


dalam perjalanan ke Melaka, kami singgah lunch di RnR Muadzam. Makan nasi campur, ikan patin tempoyak dan pekasam ikan sungai. Mak oiiii..makan menjilat jari. Tandas di sini sangat bersih. 1st class. bersih amat.

my heroes! sangat gembira. Gembira la.. umii dan ayah ada depan mata 24 jam. kannn

sampai agak lewat di sini. Kebetulan cuti umum Israk dan Mikraj, memang ramai gila que untuk check in. Rezeki menyebelahi ummi, ada orang baik hati bagi nombor giliran 1224. Nombor ditangan masa tu 1324. Alhamdulillah.. Memang umi berterima kasih betul dengan orang tu walaupun tidak pernah jumpa, Allah gerakkan hati dia untuk mudahkan urusan harini. Dengar orang lain que seawal pukul 2 petang. Pukul 4.30 pun belum selesai urusan chek in.


Selesai madi, segarkan diri, maghrib, kami ke Alai. Yeay Auntie Yang blanja dinner. Sotong goreng tepung kegemaran Ikhwan yang menjadi sebutan. Terima kasih pada yang belanja. Balik dinner, umi kena food poisoning.

ke esokkan hari barulah boleh mandi swimming pool.. tapi sekejap sangat... lpas tu lajuuuu balik Bangi, cari ubat sakit perut.  Apa pun, syukur Alhamdulillah, anak anak gembira, umi ayah lagi happy.

Wednesday, March 29, 2017

Emergency..

29 Mac 2017
Pukul 11.15 Pagi, tiba tiba dapat panggilan dari Cikgu SK Bangi. "Puan mak Ammar?, saya Cikgu Edzhar dari SK Bangi, Anak puan tadi tengah latihan sukan lompat jauh. Masa landing tu dia tersilap landing then dia terus mengadu sakit. Puan jangan risau, saya dah bawak dia ke Klinik Kesihatan BSP. Puan boleh datang sekarang?."

Ya Allah, anak umi. Risaunya hanya Allah yang tahu. Sambil drive, sambil doa semoga tiada apa kecederaan yang serius. 


sampai Klinik Kesihatan terus cikgu minta masuk emergency room. Alhamdulillah, Aman beransur baik. Cikgu Edzhar dan Cikgu Mahadi bagitau, memang masa kejadian, cikgu pun risau juga. Sebabnya, semasa kejadian, Aman jatuh dan terus cramp belakang. Cikgu terpaksa angkat Aman dengan stratcher. 


selesai check up dengan doctor, alhamdulillah.. everything is ok. sakit, memang sangat sakit. Tapi anak ummi kan hero. Hero mana boleh nangis Man. 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih pada Cikgu Edzhar dan Cikgu Mahadi serta seluruh warga SK Bangi atas bantuan dan keprihatinan anda menjaga anak anak semasa bersekolah. Semoga Allah membalas jasa baik cikgu semua dengan seribu rahmat. Moga Allah jagakan anak anak ummi. 


Nukilan Ummi, 
29/3/2017

Thursday, March 23, 2017

1St Tournament Smart Excellent Sport Ikhwan

23 Mac 2017
1st tournement futsal Ikhwan selepas sebulan masuk Smart Excellent Sport Academy. 
Well done Ikhwan. Walau tak menang, Semangat membara Ikhwan cukup membanggakan ummi dan ayah. 


favourite gang. 

Briefing

stretching sebelum perlawanan.




Monday, February 6, 2017

Selamat Hari Jadi Aman

06 Febuari 2006. Tarikh keramat, hari pertama menjadi umi kepada Aman. 11 tahun berlalu, seperti baru semalam melahirkan Aman. Sekarang dah ada 2 adik lelaki yang suka buli Aman kan.



Selamat Hari Jadi Hero Pertama umi. Moga terus menjadi penyejuk mata umi dan ayah sampai bila bila. Semoga Aman membesar dengan sihat walfiat, dimurah kan rezeki dan diterangkan hati dalam menuntut ilmu. Umi sayang Aman. 

Friday, December 30, 2016

Cuti Sekolah 2016

22 November - 22 December 2017
seperti yang di janjikan, Balik kampung sampai terlepas hari Anugerah SK Bangi. Balik kampung dengan nenek, balik Bangi dengan Maah, Kakak Ainur dan Abang Aley

Setiap pagi Sabtu kerjanya, tolong Maah jual kuih di Tamu Apin Apin. Bukannya tolong sangat pun. Tolong kacau dan tolong makan ada lah.


Geng Anak Kampung. Moga hubungan baik kekal sampai bila bila. Aman dan Fathan, Izzah, Adik dan Abang Aley.

Antara Aktiviti cuti sekolah selain main game di tempat Pacik Anip dan Pi1M tempat kerja Auntie Long. Mendaki Bukit Trig dengan Nenek dan Abang Aley.


Seronok lah Aman, Pakai baju Pakcik Koji muda2 dulu.

salah satu benda yang umi teringin sangat anak anak merasa pengalaman umi masa kecil. Tempat umi membesar. Banyak kenangan masa kecil umi di sini bersama keluarga. Umi teringin bagi anak anak merasa seronoknya bila musim menuai padi. Tapi, bukan rezeki Aman dan adik rupanya. Padi belum sempat masak, Aman dan Adik balik Bangi suda.. Lain kali inshaa Allah... kita cuba lagi. Oh ya, tahun ini nenek tanam padi sikit, niat nak bagi anak cucu merasa menanam dan menuai padi.. Apa kan daya, timing lari lah pulak. Ngam ngam Aman balik Bangi, baru lah padi masak boleh di tuai. Untung la Adik Irfan, dia je sempat merasa.

Sempat juga Mama bawa jalan jalan di Taman Pertanian Sabah, Lagud Seberang. Tapi Tutup lah pulak. Bergambar di luar pun jadi lah kan.

Kerjanya adalah, makan, makan dan makan lagi

Aman cakap, kat kampung Aman selalu makan KFC.. 

Masa untuk balik jumpa umi, ayah dan adik Imran dah..

ok.. Landing time.. yehuuu... taun depan ada rezeki boleh balik kampung lagi.