Semalam, Ahad, 27 June 2010, pada usia Aryssa 11 bulan, barulah dia di sunatkan d Klinik Pusrawi Taman Permata. setelah bertangguh selama beberapa bulan...Yelah weekend kami mmg padat...Dr yg bertugas, Dr Sarimah.. Dia saja yg buatkan sunat utk kanak2 pompuan ni...So waktu dia selalunya hari Ahad jam 2:30 ke atas.. Kami p jam 4 ptg, dlm hujan renyai2...Kalau kat klinik Shanaliza, masuk je bilik dr dia dah takut.. Paling mengelupor masa check suhu kat telinga dan letak statescope kat badan..Tapi kali ni, Aryssa relax je.. Aku je yg masuk, Yg lain tgu kat luar, w/pun Aisha nak masuk...Baring kan dia tas katil pun masih relax. Bukakkan pampers, dr tanya tak apa ke kalau ubat kuning tu kena pampers (Cloth Dyper)? Aku cakap tak apalah.. Nak buat mcmmana...Aku tak perati mcmana dr tu buat, aku dok ujung kepala sambil pegang tangan Aryssa.. Kejap je dia buat dah siap...Aryssa merengek sikit je..
Kuar je, semua tanya, dah siap? Cepatnya... Abg Amir dok imagine nnt dia sunat cemana.. Abah kata orng laki sunat lain....Lepas tu p makan di Old Town Kopitiam, Taman Permata...Masih hujan lagi.. Adik Aryssa melasaknya.. tak larat nak pegang.. Duduk tak mo, nak berdiri..Tak sakit ke baru lepas sunat...Order roti bakar, fish n chips, nasi dan ikan sweet sour, telur half boiled. Kakak Aisha nak aiskrim strawberry dan abg amir pulak Oreo blended. Dah makan kami gerak ke tingkat atas bangunan tu , ada jual barang baby. Dah lama perati, tapi belum sampai lagi.. Nasib baik ada lift. Kedai tu tkt 3..Nama kedai tu kalau tak silap One World (lupa la...) Mcm2 barang bb ada d situ.. Harga, biasa saja, .. Aku beli shield utk Medela breast pump..Yg aku pakai tu dah 'haus' dan kuning dan terkoyak kulit dalamnya.. Imagine , aku dah guna selama almost setahun, everyday without failed, mula2 dulu 1hari 6 kali, lani dah jadi 3 kali saja...Harga nya seketul RM40, so 2 = RM80.. tak tahu pulak harga pasaran brp.. Just beli sbb mmg nak pun.. Aku ambik jugak maternity bra , 2 helai. RM40 ada discount 20%...Abg bayarkan.. TQ darling... hehehe
So, terus balik rumah...Aryssa dah ngantuk.. Oh dia mmg tido waktu maghrib...Lepas tu bangun la.. Hmm masa tgh lepak depan TV tu, dia bangun dan melangkah 4 tapak..wah perkembangan yg bagus nih...Dia ni takut2 nak melangkah.. Kalau aku panggil masa dia tgh berdiri, sanggup dia merangkak datang...tak mo cuba nak berjalan.. takut lagi.. Tapi abang Amir dulu pun setahun 2 bulan baru berjalan, Kakak Aisha pulak setahun...Tak pa Aryssa, cuba lagi....Malam tadi jugak, kakak Aisha yg tidokan Aryssa.. Aku kat depan, dok melipat baju sambil upload gambar Gold Coast nak letak dlm blog...Aku dengar Aisha nyanyikan lagu twinkle2 little star sampai la adik dia tido.. Wah, terima kasih Aisha... Dah besar anak mama ni...
Jumaat hari tu, balik dr office aku rasa macam nak demam.. Tak best betul demam waktu cuti ni, kalau demam hari keje boleh la dpt mc dan rehat kat rumah tanpa d ganggu oleh bebudak tu.. (dah sume kat taska).. Pukul 1 pagi aku bangun makan ubat selsema (POLA), ubat tu sebiji sehari, tapi mmg berkesan kalau baru selsema yg meleleh tu, esoknya mesti kering, tapi badan akan sakit2 , lenguh2 dan ngantuk. So pagi Sabtu tu mmg flat.. nak bangun pun tak larat, badan pulak seram sejuk.. Kain baju (esp baju sekolah) melambak tgu nak d basuh...Bangun je , tgk dah ada roti canai, so sempat la melantak dulu, lepas tu makan ubat..Sebelum kebabom... make sure Aryssa pun tido gak.. Dia nak aku je yg tido kan dia, so dgn kepala yg berat, aku tepuk la dia sampai tertido, then aku pun tido sama.. Budak2 yg lain tu, rupa nya dornag siap mandi dan kuar dgn abahnya.. Pukul 12.30 aku terjaga tak balik lagi... Dah agak mesti dornag p tgok wayang nih.. Aryssa pun terjaga sama.. Rasa okay sikit.. Agaknya ubat selsema yg mengantuk tu , aku makan pukul 1 pagi, dia baru nak function selepas bbrp jam aku makan kot.. Masuk baju dalam mesin, rendam baju sekolah, rendam baju keje, then turun mandi berdua dgn Aryssa.. dah tak de sapa nak jaga dia, so bawak dia mandi sekali.. Syok je dia mandi dgn mama...
Sudah mandi, segar sikit, masak bubur utk Aryssa, mmg dah lapar pun dia.. dan masak nasik, goreng ikan dan sayur... Rasa seram sejuk balik....Dah masak, suapkan Aryssa, dan tido kan dia...aku pun makan sbb nak makan ubat pulak.. Dah abih makan Amir ngan Aisha balik, rupanya p tgk citer Toy Story 3 kat Wangsa Walk. Best katanya.. Aku dah nak tumbang dah.. masuk bilik tido dgn berselimut.. Aku cuma nak berpeluh je.. nnt okla tu.. cuma nak berehat tanpa d ganggu.. So pesan dah kat budak2 tu.. Kejap tu dgr Aryssa dah jaga, tapi aku tak larat nak bukak mata...dgr lagi kakak kata adik kencing (bocor).. Aku suh dia tukar pampers, tak payah basuh (nnt jatuh pulak bawak adik p bilik air)...Lepas tu terus tak dengar apa dah... Bagun denkat pukul 6, Badan pun dah berpeluh dan rasa kuat sikit... Baru la boleh layan anak2 dgn senang hati.. Kakak Aisha dah kemas rumah, sapu sampah rupanya.. TQ kakak.. sayang dia...tapi dalam dok kemas tu mulut membebel sbb abg Amir dia tak tolong.. Amir pulak jawab dia tolong jaga adik...Hi macam2.. Yg tukang selerak nya adik Aryssa.. Kejap dgr je Aisha jerit.. Penat kakak kemas.. nape Adik sepah ni....hehehe aku gelak je dalam hati...Tapi 2 hari ni mmg keje dia mengemas je.. dah boleh harap dah dia nih, jaga adik, suap adik makan.. so tak risau la aku tak de maid.. pertolongan dia ni mmg meringankan sangat beban keje rumah aku... Tapi dengar dia merungut tu yg tak boleh tahan tuh.. Leguh la badan Aisha ni sbb sapu sampah... kekeke....Abah dia senyum dalam hati je.. Tapi aku nampak...hehehe. Anyway tq kakak....
No comments:
Post a Comment