Showing posts with label Family Holiday. Show all posts
Showing posts with label Family Holiday. Show all posts

Sunday, June 27, 2010

Gold Coast Day 1

Day 1 - 3 June 2010

Bertolak dr LCCT : 9.30 malam, sampai d Coolangata Airport : 8.30 pagi


Aku bercuti 3 Jun, sbb nak settlekan packing memacking..final touch…Lepas packing jam 10 pagi.. aku p Giant, nak beli barang2 makanan mcm maggi nak d bawa ke sana.. Anak2 semua anta di taska, Amir kat sekolah. Duit cash mmg tak ada, so ingat nak withdraw kat Giant, siap bayar parking tgk2 ATM rosak pulak... Ingat nak pakai cc saja tapi leceh kat Giant Taman Permata ni sbb tmpt bayar kat setiap tingkat... Tak boleh nak kumpul sekali bayar...So kuar balik, terus ke Carefour Wangsamaju, beli belah sampai pukul 12, balik.. sambung keja rumah.. Yelah.. nnt balik dr GC, tgk rumah selerak, lagi letih di buatnya.. So lebih baik kemas sebelum pegi jalan....Jam 5 amik bebudak kat Taska..10 min lepas tu cab sampai.. Kelam kabut d buatnya..Abg belum balik lagi.. Jam 6 baru abg sampai... Nasib baik tak ada apa2 yg tertinggal..Kami bawak 1 beg baju besar, 1 beg baju kecik (d masukkan dlm beg besar tu..), 2 stroller, masing2 bawak beg sandang yg dalam nya ada baju sejuk dan bekalan makanan sikit...Abg bawak notebook..(tak sentuh pun sepanjang kat sana..)So 6 lebih, kami bertolak ke LCCT.. Biasala, jam sikit kat MRR2.. Sampai sana jam 7 lebih..Checkin dan p makan.. Memandangkan kami tak book for meal dlm flight nnt so kena la isi perut dulu.. Bukan apa, sbb malam kan, mesti nak tido semua...Kami makan d Marry Brown.. Aku nak p solat dulu, sblm tu sempat pump susu utk bekalan Aryssa.. Rupanya aku period, patut la lain macam je.. tak ada tanda2 pun sebelum ni.. Kelam kabut p The Zon beli pad dan tukar kat toilet..Dah nak boarding dah masa tu...Aku tak sempat makan pun, Lagi pun tak ada selera la kelam kabut mcm tu...
Masa dalam cab, nak bertolak
Aryssa, dalam kapal terbang

Kami dapat tempat belakang sekali, dekat ekor..Masa book ticket ari tu, abg dah book sekali traveling kit utk 2, so ada selimut dan beg angin utk Amir dan Aisha.. Aryssa pulak selsema, so bila sejuk mcm tu makin sukar nak bernafas, dia asyik meragam saja...Kejap2 sok kat abah dia, kejap aku pegang.. tido pun tak lelap sangat... Tapi serious, kami mmg tak lena sbb Aryssa tak sihat..Nak buat camna, dah 2 minggu dah dia batuk2...

Jam 8.30 pagi tiba d Coolangata Airport, Gold Coast. Sejuk udaranya...Panjang betul masa nak beratur dekat imegresen tu, Lenguh ku dukung Aryssa, sbb masa tu tak dapat stroller lagi.. Keluar je, terus ke booth Hertz utk amik keta yg d booking tu.. Masa tgk kat website tu 2-3 hari sblm bertolak aku ada cakap dekat abg Toyota Yaris paling murah.. rupanya dia ingat aku suh booking keta tu, sudah nya tak muat stroller dan beg.. Sumbat jugak stoller dekat tempat duduk belakang. Nasib baik dalam dia luas jugak la...Keta ni Toyota Accent (sama ke dgn Yaris?)
Keta yg di sewa
Masa baru sampai

Lepas dapat keta, start la tgk map.. Blur sebenarnya nak kemana.. sbb mmg tak plan pun..Map tu pun amik kat Airport.. Aku cakap ngan abg..kita jalan je la.. Nnt jumpa2 tempat2 ni kita benti...So jalan la kami berpandukan map.. Betul, drive kat sini mmg senang, sgt la mesra arah...So first tmot yg di tuju adalah Currumbin WildLife Sanctuary....Parking free...Tiket masuk kalau tak silap $140 utk 4 orng..(boleh tahan mahal). Dalam tu adalah Zoo yg menempatkan haiwan2 yg terdapat d Australia.. Antaranya.. Kangaroo, Walabies, Koala, Dingo, Tasmanian Devil, Boya pun ada..dan mcm2 lagi la..Kami mulakan dgn naik ketapi ni.. Since udara tak panas, bebudak tak merungut kena jalan...
Kat enterance
Amir dan ular..
Ni masa show binatang2 kat sini. Habis show ada peluang bergambar dgn haiwan.. Amir nak bergambar dgn ular.. Tgk dia geli ular kena leher... Aisha pulak bergambar dgn sejenis musang..Tapi tak sempat nak amik..Kami ada beli gambar ni dr Sanctuary ni dgn harga $20 sekeping.. so ada 2 keping la..
Ni Wallabies.. Mcm kangaroo jugak tapi ada perbezaan sikit.. Najis bertaburan, abih kena pijak..
Ni baru kangaroo dan anak nya...
Ni koala. Nak bergambar boleh, tapi kena bayar...Banyak lagi sebenarnya kat zoo ni.. tapi tak larat nak cerita.. all in all budak2 enjoy tgk binatang kat sini...Cenderahati, just gambar Amir dan Aisha dan clip binatang yg bertulis Currumbin WildLife Sanctuary.

Jam 3 ptng kami  terus kan perjalanan.. Ingatkan nak singgah mana2 pantai ke.. Tapi dah penat dan lapar.. Singgah d Mc D.. (dlm peta tu bersepah Mc D).. So amik fries dan fish burger saja..Terus saja sampai ke Sea World Resort.. mmg tak sesat kalau ikut map tu... Sampai je terus check in..Selesa.. ada 2 queen bed.. Cuacanya sangat sejuk.. so tak yah aircond, pasang heater pulak la...Budak2 tido kepenatan..Jam5 dah macam jam7 kat Malaysia..
Bilik
Balkoni
Bilik lagi
Nampak monorail Sea World dr bilik

Jalm 7 bersiap ke Surfer Paradise.. Ada pasar malam.. Saja jalan2..Beli Fridge Magnet kat sini, yg ada tmpt gantung kunci...
Pasar Malam Surfer Paradise
Jalan2 sekitar surfer paradise.. Angin sejuk bertiup agan kuat..sbb tepi pantaikan..So kena la tutup stroller tu sbb takut Aryssa kesejukan..
Makan kat sini..Ada nasi, kambing..
Depan Sea World Resort
Aryssa dlm car seat..

Nnt Sambung ke Sea World Theme Park...

Friday, June 25, 2010

Cuti-cuti Gold Coast

Intro Baru....




Date : 3 June 2010 - 9 June 2010


Destination : Gold Coast, Australia

Who ? : Me, hubby, Amir, Aisha n baby Aryssa (5 of us)

By : Air Asia X

Tambang Air Asia : RM2820 . utk 5 orng including baby

Sewa keta : Hertz, jenis keta ...Toyota Corolla Ascent, AUD 30 per day

Tempat di lawati: Currumbin WildLife Sanctuary, Sea World, Movie World, Dream World, Harbour Town, Pacific View, Sekitar Surfer Paradise

Accomodation : Sea World Resort , AUD900++ (inclusive ticket to Movie World, Sea World dan Wet World) .. (tapi wet world kitaorang tak p pun)



Apa lagi ek?.. Aku tak pandai nak cerita mcm Zie... hehehe.. Dalam point form pun jadilah ek.. ni pun utk reference aku gak in future...

Wednesday, December 16, 2009

Unplanned Holiday @ Kuantan

Abg ada seminar di Swiss Garden Resort & Spa Kuantan, Malaysia. Last minute bgtahu. Hari Isnin aku apply emergency leave. Kami ke sana Selasa dan Rabu. Sgt rush. Bertolak malam isnin, sampai sana jam 1 pagi.. Seram je lalu kot Karak Highway memalam...Aku bawak adik aku Cik sekali... Activity kat sana tanpa abg sbb dia ada seminar..Pagi Selasa, lepas breakfast, Amir ngan Aisha apa lagi, activiti tetap bila ke hotel mesti kecebur dlm pool dulu.. Tapi sblm tu jalan2 kat pantai. Bendera merah dah naik so tak boleh mandi, Ombak mmg deras. Aryssa cuma rendam kaki dalam pool sj, tu pun tak mo naik, dok tenung air kolam je...

Aku call Pinie..Dia kata tak jauh la dr umah dia..Kuantan ni kecik ja...kata dia... Aku suh dia mai amik kami.. so dlm pukul 2 dia sampai... Kesian dia, tgh sarat pregnant kena drive keta, bawak askar 4 org.. Pinie due Jan ni...Destinasi pertama, p teluk cempedak..






(bersambung...dgn gambar)

Thursday, November 12, 2009

Jom Bercuti....

Air Asia ada promotion zero fare sekarang ni, So semalam kami dah sambar tiket flight p balik Gold Coast..

Masa aku 10 tahun keja ari tu, co ada bg Sabatical (dlm RM12k), ni last year, so duit ni ada lam account kat Sime Darby Travel. Semalam aku call la nak utilize duit ni. Tup2 katanya , utk Air Asia Zero fare ni dia tak cover sbb katanya dorang (company) tak boleh book hanya individu ja yg boleh.. So tak jadi la nak pakai duit tu.. Next trip la...

Oh ya, semalam tu, tiket pegi balik utk 4 orang dan 1 bb, semuanya dlm RM2.8k++. Pegi, 3/6/2010, balik 9/6/2010. Ni time cuti sekolah..Ha lepas ni leh ushar blog Zie , sbb dia tgh update trip ke Gold Coast last June.

Kena start cari baju tebal nih sbb musim sejuk..dan stroller jugak utk Aryssa..