Wednesday, February 18, 2009

Ayat killer anak2...Part 1

Satu malam, masa susun buku sekolah , prepare utk esok…Abah dan mama kat dapur, aisha kat ruang tamu, sayup2 kami dengar….
Aisha : “Abah ni kan, dah berapa kali aisha cakap, kenapa letak jugak buku IQRAQ ni kat bawah (atas lantai) …”
Abah pandang mama. “Bila pulak abah letak buku tu kat bawah”… Mama angkat bahu …Dah start la tu berleter….

Update dr Adik Aku , Chik..
Situasi – depan TV. Aisha letak kaki atas perut Amir..
Aisha : Hmm lembut la perut Amir ni…
Chik : Jgn buat mcm tu, sat g bergaduh pulak…
Aisha : Ala, chik ngan chu pun gaduh gak dulu…
Chik : Mana tau?
Aisha : Aisha Tau la… Mesti macam Amir ngan Aisha jugak…

Cerita dr Cikgu Zura (cikgu kat Taska)..
Ni nasihat dr Cikgu Zura pada Amir dan kawan2 supaya jgn boros
Cikgu Zura : Cikgu dulu, bawak 50sen je pegi sekolah…
Amir : Ala cikgu, mama kita kan bawak bekal je pegi sekolah…
Cikgu Zura terdiam..Mati kata2 . Nak tergelak pun ada.

Situasi : Kat traffic light setiawangsa , sebelah mindef.
Aisha : Ma, tgk tu, ‘maryam’ kat situ… (Sambil tunjuk meriam display kat pintu masuk mindef)
Mama : bukan maryam la, meriam…..

Cerita dr Mak mertua
Sembang antara Amir dan Wan .
Amir : Kenapa Wan kawen lain, apa tok tak cantik ke?
Kata mak , jenuh la Wan dia menjawab soalan killer dari si cucu…

Situasi : Masa tolong mama kemas barang baru pindah..
Amir : Ma, nnt birthday Amir ma bg hadiah Game Ben 10 tau.
Mama : Dah besar2 pun nak game jugak ke, kalau ma bagi buku , boleh?
Amir : Ala, Buku tak best la… Bosan..
Mama : Kenapa pulak?
Amir : Kalau nak bagi hadiah, kena la bg yg orng tu suka…..Kalau orng tak suka buat apa…
Mama terdiam.. Dalam hati.. (Logik jugak hujah dia ni…tapi..)

No comments: