ku rindu saat bersamamu. kau bernyanyi di bawah pohon sambil aku mendengarnya. kita berehat di tepi padang setelah kepenatan menjalani latihan sambil menonton latihan bola di padang.
kau bercerita tentang kau dan dia sambil aku menahan sakitnya hati dihimpit rasa yang tak mampu ku ungkapkan.
aku biarkan. biarkan kau bahagia. kerna aku sedar aku tidak layak untuk dirimu. biarkan saja ia terpendam. biar kau rasa kebahagiaan bilamana aku merasai perit derita dek kerana tidak mahu kemesraan yang kita tercipta musnah hanya kerana satu perasaan yang bernama CINTA.
namun apa yang cuba aku pertahankan itu musnah. segalanya terbongkar. kemesraan kita kian luntur. akhirnya kita terpisah. tidak berhubung. kau hilang.. aku hilang.. tapi kau masih memori ku.
kini aku dapat bertemu mu walau hanya dalam alam maya. kau sudah bahagia. sudah melangkah ke alam baru. meniti hari bersama yang sah di sisi mu. moga kau jaga dia seeloknya. aku bahagia di sini. aku boleh bahagia.
mungkin ini bukan CINTA pertamaku (kerana kau CINTA pertama ku). tapi dia CINTA terakhirku insyaAllah. benar kata orang, cinta pertama sukar untuk kita lupakan.
untukmu kembar namaku.
No comments:
Post a Comment