Thursday, October 13, 2016

Kursus Latihan Terus Bekerja (part 2)

Hi Readerssss...

Aku nak sambung story entry 2 tahun lepas ni.. yang aku masuk Transair Academy tu..yup.. part 1 tu.. yang ni part 2 plak..

tempoh aku kursus kat sana dekat 2 bulan jugak lah.. dari 5 Julai sampai pertengahan Ogos (nak dekat hujung jugak la..

kat Transair ni sifu aku Miss Saida & Mr. Edd.. They all yang ajar we all pasal airlines.. aku dapat kawan baru.. Sha, Yan, Atie, Acap, Paan, Pais, Icam, Mirul, & Ijoy. Mostly dorang dari Johor jugak. Atie & Acap je dari luar Johor. Masing-masing dari Kelantan & Perak.

Kami belajar mengira harga tiket pernerbangan, kod penerbangan, 3 letter code untuk airport. ade banyak. dulu siap menghafal lagi. sekarang dah lupe. aku ingat Malaysia punya je la.. half dari kami amik kursus tambahan. nama kursus tu Amadeus. yang tu kami belajar macam mane nak book ticket. Encik Batman tak amik la course ni sebab kena tambah duit.

Kami yang amik kursus tambahan ni dilanjutkan kelas sampai tengah bulan 8 tu.. yang tak amik pulak tenaga pengajar carikan kerja berkaitan airlines. contoh nye seperti En. Batman la. hujung bulan 7 die dah dapat kerja kat Kuala Lumpur Airport Service (KLAS) sebagai document clerk. kerja die handle cargo bagi airline Air Asia.

Sepanjang aku kat sane, bulan puase. ape yang aku dapat banggakan sepanjang keberadaan aku kat sana adelah, aku dapat turun kan 4kg berat badan aku dalam sebulan. buka puase makan roti canai sekeping cicah gula/susu, kuih karipap sebiji, air sunquick suam tanpa gula. kadang2 je kami akan kongsi ramai2, masak lauk utk makan bersama2.

awal bln 8 raya. seminggu je, dah naik 4kg balik. hahahaha.. aku pon tak tau la nak cakap ape. nak turun bukan main payah, nak naik bukan main senang. lepas raye, hanya yang tinggal yang amik kursus Amadeus sahaja. kelas ni Datin yang ajar. aku dah lupe nama die. tapi kiteorang panggil die Datin. dah die memang Datin pon. tapi sporting habis..

untuk kursus ni, kami ade perperiksaan. peperiksaan kami diadakan di bangunan Amadeus area Bukit Bintang. tengah-tengah KL nun.. dekat dengan wisma KFC kalau tak silap.

tengah bulan 8 tenaga pengajar dah start riki kerja untuk kami. mula2 Sha di suruh pergi interview kat Malindo Airways Subang Aiport. die berjaya lepas interview tu. tapi die pandai. die tanyakan kalau2 aku boleh join. nasib baik station manager die suruh je aku datang interview. esk nye aku pergi interview sekali dengan Acap a.k.a pakwe Sha. dan Alhamdulillah kami pass. kami bertiga sah menjadi staff Malindo Air pada 27 Ogos 2014.

aku ade nasihat untuk adik-adik yang nak kerja airline.

1) xpayah la pegi academy2 bagai. membazir sebenarnye. kat airport, dorang nak pakai ramai pekerja sebenarnye. korang datang, bawak resume je. kalau Manager dorang xde nak interview, drop la resume, kalau nasib korang baik, korang terus di interview dan kemungkinan besar korang terus dapat kerja. tapi untuk jawatan biasa-biasa la. contohnye customer service officer/ticketing officer/ramp agent.

2) nak jadi stewardess???? tunggu je open interview. xpayah la susah-susah membazir duit pegi academy ape-ape entah tu.. nanti dah lulus interview, korang akan ade kelas jugak.

3) ape yang korang belajar kat academy, korang boleh belajar sendiri masa korang dah dapat kerja airline nanti. jangan risau. academy tu x tipu tapi korang sendiri akan rase tertipu.

bijak-bijaklah membuat pilihan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...