“Amboi abah,menambah nampaknya.Mentang-mentang jumpa durian D24!”, ujar saya.
Sudah lama tidak tengok abah makan dengan begitu banyak.Semalam family saya dijemput untuk hadirian majlis makan pengat durian.Secara jujur saya memang kepingin aka mengidam nak makan pengat durian.Bukan kerana saya suka sangat-sangat durian tetapi sekadar nak rasa.
Makan 2,3 ulas muak menjelma.Bukan mahu ulas berkaitan betapa sedapnya pengat durian dan juga tidak berminat ulas betapa selera abah makan pengat.
Durian = Nikmat Dunia
Itulah nikmat dunia.Apa yang kita kejar hanya untuk seketika. Tetapi seringkali kita meletakkan dunia sebagai matlamat bukan wasilah. Saya bawa analogi pengat durian tadi.Bila kita sudah lama tidak makan,nafsu ini berkata “Kalau jumpa durian abis aku kerjakan”.
Dunia itu wasilah bukan matlamat
Persoalannya bila kita sudah mendapat nikmat tadi,agak-agak berapa banyak kita makan? Satu bakul? Satu lori? Satu kontena?
Saya rasa paling-paling otai dan memang hardcore orang itu adalah dalam 2,3biji.
Habis itu apa kaitan durian dengan dunia?
Sebelum dapat sesuatu,kita akan berusaha bersungguh-sungguh.Dan bahkan amat mendukacitakan sampai ada insan yang mengorbankan iman dan islam,halal dan haram dipersetankan untuk mendapatkan kesenangan sementara. Bila sudah mendapat nikmat itu,biasanya fitrah insan memang cepat bosan.
Berapa ramai perceraian berlaku diatas alasan bosan!Puas!
Kapal selam tidak cukup,diambilnya jet Sukhoi
Seorang isteri tidak cukup,mahu cukupkan lagi 3 kuota yang berbaki. ( Sunnah katanya)
Kereta Perdana tidak cukup,mahukan Mercedes.
Nikmat ini ibarat meneguk air di lautan.Semakin banyak diminum,semakin dahaga.
Prinsip
Senario orang yang berprinsip. Segelintir manusia yang kononnya berprinsip bila tiba kesenangan sementara itu,prinsip sudah dilucutkan,maruah diperlacurkan dan agama entah disangkut kat mana-mana dahan pokok durian.Aik sudah berputar 180 darjah pula!
Kemana prinsip ? Yang selama ini berdegar-degar dilaungkan
Kemana iman?
Kemana Islam?
Soalan “Simple” tetapi belum tentu kita mampu jawap
Kapal selam dan sukhoi boleh dibawa ke kubur?
Isteri boleh dibawa ke kubur? Entah-entah dia berkahwin lain.
Kereta Mercedes boleh dibawa ke kubur?
Tepuk dada tanya iman.Adakah kita tergolong dalam golongan orang yang berpenyakit “wahn”. Cintakan dunia,takutkan mati.
Carilah dunia seadanya,untuk kesenangan yang hakiki disana.
“Barangsiapa memimjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik,maka Allah akan Mengembalikannya berlipat-ganda untuknya,dan baginya pahala yang mulia” (Al-Hadid:11)
Pinjaman kita macamana?