Friday, 23 October 2009

Hukum Mencukur Bulu Kening

Gambar Hiasan

Saya mendapat satu soalan berkaitan hukum yang agak bagus, kerana ada melibatkan sebilangan wanita khususnya iaitu berkaitan membuang sedikit bulu kening yang bercantum ditengah. Jom sama-sama kita telusuri hukum berkaitan hal ini.

Dr Amad : Salam Akh, ana mahu tanya satu soalan yang selalu "girl" hadapi. Berkaitan dengan bulu kening. Kisahnya, ada segelintir dari kita khususnya wanita mempunyai kening yang bersambung ditengah. Apa hukumnya dia membuang sedikit kening dibahagian tengah, diatas alasan kurang selesa dan mengelakkan aib dipandang orang?

Ustaz Mahadi : Salam, boleh tetapi dengan syarat kening yang dibuang adalah dibahagian tengah sahaja. Jangan duk "trim" yang lain pula. Hanya untuk mengembalikan kepada rupa yang asal.

Dr Amad : Sejauh mana ukuran buruk dan aib itu?

Ustaz Mahadi : Ingat, ukuran buruk atau aib itu pada mata orang ramai. Bukan pada mata sendiri. Ini perlu diingatkan kerana ramai wanita yang tidak berpuas hati dengan kecantikan mereka.

Mahadi bin Mohammad
Pelajar Master Syariah
Universiti Yarmouk, Jordan

Tambahan : Hukum mencukur bulu kening adalah haram dan perbuatan itu amat dilaknat oleh Allah swt, walauapa jua alasan sekalipun. Kita sering lihat hal ini berlaku semasa majlis persandingan berlangsung. Dilaknat Allah pada awal perkahwinan, boleh jamin rumahtangga direstui Allah hingga keseterusnnya? Mak andam kena, si terkena andam pun kena... Berhati-hati!

“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari dan Muslim)

Kesimpulannya

1. Kening tengah boleh dicukur untuk mengelakkan aib dan kadar cukur itu berpada-pada.

2. Hukum mencukur bulu kening dengan menipiskannya adalah Haram dan perbuatan itu Dilaknat Allah.

3. Orang yang dicukur dan mencukur bulu kening adalah berdosa.

Nota 1 : Pengakuan jujur Amad, perempuan yang cukur bulu kening, serius tak lawa. Allah dah buat comey manusia neh.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

19 comments:

Balqis Riza said...

i have kening yg sgt tak tebal..
got it from my mom..
org suke tuduh , 'bal..ko bakar eyh kening ko?'
sayu hati ni..

so selalu jeles tgk gurl yg ade kening lebat..lepas tu g cukur plak..
rase cm 'ntah pape..elok2 lawa g cukur bg nmpk cm alien watpe?..bek cukur abs..nmpk cm toyol'..hihi

nway nice post..thx for sharing =)

Dr Amad said...

Balqis- Manusia? apa yang diharapkan lebih dari mereka. Mereka akan bercakap sampailah tanah memenuhi mulut aka MATI.

Toyol betul bela leh dapat duit...bela toyol jadian, haru...berabeh duit..wakaka.

Sama-sama, smg bermanfaat.

ummu said...

Salam,
Entry yang mengingatkan saya juga supaya jangan terlupa pada syariat Islam.Dulu masa alam remaja saya pun,ramai teman-teman yang menyangka saya mencukur bulu kening.Sedangkan memang dari lahir dah macam tu.Apa-apa pun yang penting,sebagai mahkluk ciptaanNya,kita mesti bersyukur dengan pemberianNya sebab Allah tu kan maha bijaksana.

Dr Amad said...

Ummu- Wslm...

Syukur diatas segala pemberian...

someone said...

salam, bgaimana pula mencukur bulu kaki yg sgt lebat? bulu tu kdg2 rse mengaibkan dri ni..

ummujannah said...

Assalamualaikum..
dah lama tak tinggal jejak disini!

balqis,
kalo akak lain lak ceritanya..masa kat sekolah dulu,masa baru masuk sekolah baru kat klang dulu masa f4..ramai cm kata akak ni cukur kening sebab terletak je nmpk..tapi cube dtg dekat2 tgk mmg org tau tak cukur pon sebab kalo cukur kening mmg nmpk kan?
nak tau tak rahsianye kening terletak??
mak akak ckp masa baby dulu mak celakkan kening akak, kira nnt besar tumbuh cantik..

p/s:sorry amad cm blog sendiri lak..hehe..cm kenal jek gmabr kat atas tuh!hehe

Dr Amad said...

someone- kaki itukan aurat,bulu kaki tak nampak dek orang melainkan kita duk tayang.So tidak perlulah cukur. Tetapi jika suami saudari meminta cukur bulu kaki, bolehlah cukur.

Dr Amad said...

Iman Aishah- Masuk sekolah baru kat klang...huhu. Royak jela masuk KISAS kan sonang...ekeke.

Duk kongsi bab jaga kening pula...takpe2..bagus. So semua bakal itu, ada baby je, terus letak celak naa. Baru anak jadi comey cam kak kita ni..=)

p/s: Ish...diam2 sudey..ekeke

Nadia Nazifah said...

amad,

terima kasih atas post ni. xprasan ade post ni sampai naqi beritahu td. tertinggal. heee XD

thank you :D

Dr Amad said...

Nadia- Sama2...heeee

ummujannah said...

hehe=)
low profile lak..
nak copy entry kat atas leh tak?
nak letak kat blog..

p/s:gambar itu!hehe(^_^)

Dr Amad said...

Iman- Sila2...kena HEHE kat gambar tu? ahaks

Biey said...

dlu masa bersanding, leh terlupa nk pesan kt mak andam jgn cukur...
erm..walaupon skrg suami m'beri keizinan, tp sya rsa lebih cntik kening sya begini

Dr Amad said...

Biey-Kalau disuruh suami untuk cukur nipis pun, ia adalah arahan yang haram untuk kita turuti. =)

Selamat datang ke amadanaksoleh.

atiqah jamal said...

assalamualaikum...
mencukur kening atas niat menutup aib org adalah dibolehkan...saye pernah mengalami kemalangan yg menyebabkan kening sebelah kiri saye tidak sama dgn sebelah kanan. sekarang, saye mengukir dan mencukur sedikit kerana ingin menyamakan kedua2 kening saye? adakah salah?

HANISAH said...

assalamualaikum...
hukum cukur/cabur kening mmg dh jelas, haram. mcm mana plak hukum trim? meaning that kening 2 panjang & besepah, dtrim/gunting bg kemas mcm lelaki sllu buat kt janggut @ misai? xda unsur2 merubah bentuk kening...

ada sesapa tau, sama2 share yer ;)

ana said...

as-salam
saye nk tanyee..camne plak dgn cukur/gunting/cabut anak rambut??sebab kalo pakai tudg, nampk ank rmbt??ramai org ckp anak rambut xleh cukur pastu sruh ana tarikkan kedepan skit telekung, supaye x nmpk rambut tu..
tapi kalo tarik kedpn x selesalah..klakarlaa..so..camne ekk??
hmm..

ana said...

as-salam ana nak tanya..camne plak kalo cukur/cabut/gnting ank rambut?? sbb klau pakai tdg k0npem nmpk ank rmbt..ramai org ckp xleh pastu sruh ana tarik kedpn skit telekung tu..
tapi..xselesala..klakar lak tu..
hmmm so camne ekk??
lps tu..c0nt0hlaa klau bleh gunting ank rambut tu..niat tu atas dasar ape ekk??
0k..tq..kpd sape2 yg t0l0ng jwb nanti..dan tuan punye blog ni!^__^ h0h0...smile2

Anonymous said...

Saya mempunyai kening tebal dan bercantum... Mula2 ignore je... Tapi rasa sgt2 malu bila beberapa org tegur dan brkata ko ni mesti kuat nafsu....sebagai seorg yg belum berumah tangga sudah pasti syg amat2 malu.. Lalu saya telah mencukur kening yang tengah kerana sy tidak mahu dicop seperti itu..