Jumaat, 4 September 2009

5 SYARAT BUAT MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata,

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima

lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba

Ishak?"









Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah,

jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya

berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki

Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih

mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar

larangan-Nya?"








"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata

kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya

dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"







"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.

Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat

tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan

berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak

melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih

berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan

meminta syarat yang keempat.







Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,

katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan

melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera

tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi

permintaanku?"







"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh

menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana

engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"





"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai

Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api

neraka di hari kiamat
nanti, jangan engkau ikut bersamanya."







Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Khamis, 3 September 2009

MEMORI GERAI SARAWAK FESKUM 09


GERAI KENYALANG 09'
memori semalam takkan dapat kulupakan...kenangan bersama gerai sarawak cukup

memberi kesan dalam kehidupan ku di alam universiti..
seperti kebiasaannya kami mahasiswa2 sarawak di UM membuka gerai

Sarawak pada minggu Konvo UM. macam2 makanan tradisional

sarawak

yang kami jual..

nilah gerai kami yang cantik lagi terhias

antaranya adalah laksa sarawak, umai, mee jawa, bubur pedas, bubur

manok, air teh c peng n air guntur kilat....tujuan kami tak lain adalah untuk

mengeratkan lagi tali silaturahim antara kami dan rakan2 di semenanjung..


.ckup meriah ferai kami tahun ni...mendapat sambutan yang

menggalakkan dari semua pihak....gerai ni berjalan selama

seminggu....hasik titik peluh kami, kami dapat membuka gerai ini selama

seminggu sekalipun pelbagai ujian dan dugaan yang kami dapat. dengan

kekangan masa studynye menjadi faktor utama untuk kami memberi

komitmen sepenuhnya daam menjayakan perniagaan kami...

cukup seronok rasanya bila dapat mengumpul seramai mungkin pelajar2

sarawak yang blajar disini...ada lagi gambar2 menarik yang sempat saya

rakamkan untuk kawan2 semua...


buat pengarah projek saudara wafi, tahniah gerai tahun ni gerai

terbaik...buat rakan2 yang lain jasa anda tidak dapat dibayar dengan

wang ringgit..hanya tuhan yang mampu membalasnya...semoga kita

berjumpa lagi tahun depan dengan gerai sarawak yang lebih power....


I LOVE SARAWAK




Rabu, 2 September 2009

SEBAT CARA ISLAM VS SEBAT SIVIL

SEBAT CARA ISLAM

1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm


2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.


3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.


4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.


5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.


6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.


7. Tidak melukakan kulit pesalah.


SEBAT CARA SIVIL

1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.


2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.


3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.


4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.


5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.


6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.


7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.


8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

Selasa, 1 September 2009

FASA KEDUA BERMULA...

disamping rakyat Malaysia sibuk menyambut kemerdekaan yang ke 52,

tanpa disedari fasa ke 2 ramadhan telah tiba..

renungkan kembali apakah fasa pertama telah memberi impak kepada diri kita???

sabda nabi..."di awal ramadhan itu rahmat, di pertengahan ramadhan itu maghfirah dan diakhir ramadahn itu pembebasan dari api neraka"

10 hari telah meninggalkan kita..

semakin menghampiri kita untuk menghabiskan ramadhan yang mulia ini...

muhasabah diri kita kembali...

sejauh mana peningkatan ibadah kita selepas fasa pertama berahkir...

adakah semakin meningkat ataupun semakin menurun...

semalam...saya terawih di masjid Ar Rahman..

setiap malam akan ada slot tazkirah yang diberikan oleh penceramah2 yang hebat...

apa yang dibincangkan semalam adalah pengertian kemerdekaan itu sendiri mengikut islam...apakah jiwa kita, hati kita, mental kita benar2 dah merdeka????

dalam islam, kemerdekaan seorang hamba itu adalah kebahagian hidup di dunia dan akhirat...tidak suatu pun yang boleh membahagiakan manusia ini melainkan mengabdikan diri kepadaNYA....percayalah...Islam itu sendiri memberi maksud sejahtera...

Islam itu menggambarkan kepada kita agama yang membawa kepada keselamatan dan kesejahteraan pada umatnya... bagaimana Allah ingin membebaskan manusia ini dari kegelapan kepada cahaya???Dia utuskan para nabi dan rasul supaya mengabdikan diri padaNYA...

dalam firman ALLah...tidak aku utuskan para nabi dan rasul itu melainkan untuk saksi kepadaKU, menyampaikan berita gembira dan ancaman kepada kamu....

daripada Aisyah: "akhlak Nabi adalah al-Quran" dan sabda nabi lagi: "tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan ahklak" maka dengan ini tidak ada contoh yang terbaik melainkan nabi kita Muhammad s.a.w. kemerdekaan yang sebenar adalah pembebasan manusia dari mempersekutukan ALLAH..

dengan tidak menjadikan syaitan sebagai sembahan...

kata ustaz semalam..

syaitan ni ada dua jenis..satu syaitan yang diciptakan pada api dan satu lagi syaitan adalah jenis2 isme...

contohnya seperti sekularisme, komunisme dan macam2 lagi isme2....

manusia bertuhankan analogi manusia itu sendiri...

masyaAllah manusia menjadikan manusia itu sendiri tuhan..

ramai lagi antara kita tidak lagi bebas secara mutlaknya....

mungkin hanya negara yang merdeka, tetapi pemikiran kita masih lagi dipengaruhi oleh dakyah2 kristian ..nauzubiilah...

sempena ramadahn karim ni...marilah kita hapuskan diri kita dari semua ini...

sama kita berdoa agar diri kita benar2 merdeka dari syaitan laknatullah...

dalam hadis sahih..

sabda nabi..."dalam diri kita ada saluran darah..dan dalam saluran darah itulah syaitan bergerak pantas secepat perjalana darah kita...maka sempitkanlah saluran darah itu dengan berlapar"

semoga ramadhan kali ini jiwa kita, hati kita, pemikiran kita benar2 merdeka... jom sahabat2 sekalian...sama2 kita tingkatkan amalan kita...

anggaplah ini adalah ramadhan terakhir buat kita semua...

Isnin, 31 Ogos 2009

SANTAI RAMADHAN


Assalamualaikum w.b.t kepada semua para muslimin dan muslimat tidak kira dimana

berada,saat
dan ketika.



Salam Ramadhan semua,hari ini sudah masuk satu minggu kita puasa,bagaimana dengan puasa

kita adakah ia lebih baik dari puasa yang lepas? harapnya puasa tahun ini adalah puasa yang

terbaik buat kalian semua.




Untuk kali ini ana hanya ingin berkongsikan satu cerita moga-moga memberi manfaat untuk kita

bersama dibulan Ramadhan yang mulia ini.



Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg

segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg

kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.


Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar

sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang.

Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.



Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah

ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali

tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.




Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak

menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak

selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.



Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg

kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada

buaya. Semakin risau dan takut.




Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke

atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus.

Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit!

sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi

mangsa buaya
.


Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek

buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar

satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.


Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan

terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.


Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh

sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan

buaya yg menantinya di bawah....


Tikus yg sedang mengigit tali........


Kalau semua nak tahu ...

si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar

kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor

buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita

dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu

gigit tali tu.


Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu

jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada

Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..


1 minit untuk mengingati Allah

Step 1:

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:

*SUBHANA'LLAH

*ALHAMDULI'LLAH

*LA I LAHA ILLA'LLAH

*ALLAHU AKBAR

*ASTAGHFIRU' LLAH

*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH

*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE

WA SAHBIH AJMA'EEN


Step 2:

Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan

Moga Bermanfaat..