AHAD. 11 DISEMBER 2011.
Tarikh akhir update entry.
ISNIN. 24 MAC 2014.
Betapa lama masa berlalu. 2 tahun 3 bulan blog tanpa 'dakwat'.
Disember 2011. Masih melalui saki baki kehidupan sebagai seorang mahasiswi di UPSI. Masih bergelut dengan tesis dan final exam. Masih lagi membina kenangan-kenangan dengan rakan seperjuangan.
23 Januari 2012. Tamatnya liku perjalanan dalam mencari segulung ijazah untuk mak ayah. Hari yang paling bahagia apabila memikirkan tiada lagi assignment, tiada lagi rutin ke kelas, tiada lagi tinggal berjauhan dengan mak ayah. Dalam hati pada masa tu hanya fikir kampung halaman. SUNGGUH BAHAGIA PERASAAN. Hari pengakhiran sebagai seorang PELAJAR, namun hari permulaan sebagai seorang PENGANGGUR.
Hari demi hari ditempuh, tiada yang berubah. bangun makan tido. bangun makan tido.
22 September 2012. Hari pertama melalui pengalaman bekerja. Celcom Kampung Raja. Pada seminggu sebelumnya, ayah tolong cari kerja dan bawak ke sana untuk diinterview ringkas dan LULUS pada masa yang sama!! ALHAMDULILLAH. Pengalaman banyak dikutip dari sana. Mulai kenal model handphone & accessories. Mulai belajar daftar SIM baru, pembayaran bil. Mulai belajar komunikasi dengan pelbagai jenis perangai manusia. Mulai belajar menjadi penasihat dalam bab teknologi. Pengalaman yang dikutip sedikit sebanyak membantu diri dalam mengendalikan gajet-gajet kepunyaan. TERIMA KASIH TAUKEY!
Memandangkan ura-ura mengenai proses temuduga pegawai PPPS DG41 bakal dijalankan pada awal tahun depan, hati berbolak balik untuk melepaskan pekerjaan tersebut. Maka seminggu sebelum tarikh temuduga, berhenti kerja dan meneruskan fokus terhadap temuduga sepenuhnya. yela, soal masa depan, mestilah diuruskan dengan serius. Bermulalah hari-hari serius menghadap nota-nota khusus dan persiapan lain untuk temuduga nanti.
27 Februari 2013. Si ayah ambil cuti untuk teman si anak ke IPG Kota Bharu untuk diinterview. Hari yang mendung. Hati berdebar menanti giliran masuk ke bilik temuduga. 8 orang sekali masuk, semuanya dari UPSI dan aliran Sains. Masing-masing sudah mengenali. Penemuduga pula terdiri daripada GC (major Fizik) dan pegawai SPP.
First round, penemuduga meminta semua calon menceritakan perihal pengalaman semasa menganggur.
Second round, penemuduga meminta setiap calon bermicroteaching dan boleh memilih tajuk masing-masing kecuali calon major Fizik yang diberi tajuk.
Third round, penemuduga meminta setiap calon bertanyakan apa-apa soalan. jadi part yang ni tanya je apa yang boleh ditanya. banyak cakap, laku sikit kot nak jadi cikgu :P
Tamat cerita temuduga.
15 April 2013. Mencipta pengalaman kerja yang kedua di kedai gambar pula. YND Kg Raja. Yang ni secara tak sengaja pergi kedai tersebut & buat gambar pasport untuk lesen tapi kebetulan peluang rezeki rupanya di sana. Yang part fotografi ni memang dah sebati dalam jiwa. Suka sangat bekerja kat sana tapi ada pulak satu hal yang buat diri tak suka. Tambah pengalaman dalam diri; belajar selok belok bidang fotografi sedikit sebanyak dan editing gambar. Sehinggalah 2 bulan selepas itu, dapat jawapan penempatan ke sekolah. Hari surat penempatan yang dihantar ke rumah, si ayah beria-ria telefon dari rumah beritahu surat dah sampai. dapat SELANGOR katanya. Sehingga sanggup pula datang hantar surat tersebut ke kedai si anak bekerja bagi si anak tengok. Ya, sememangnya si ayah amat teruja berbanding si anak. ishhh..kenapa dapat Selangor..napela tak dapat sini-sini je.. Maka, berhenti kerja lagi dan uruskan diri untuk lapor diri ke sekolah pada 1 Julai 2013.
1 Julai 2013. Berada di SMK Setia Alam untuk taklimat sehingga ke tengahari. Sampai la saat-saat penyerahan surat penempatan beserta dengan nama sekolah. Okey, nama mula dipanggil dan menjadi antara yang awal ke depan untuk menerima surat tersebut daripada pegawai PPD. Peram surat tanpa dibuka. Perasaan bercampur. Setelah mengetahui status kawan-kawan yang lain, barulah surat dibuka. SMK SUBANG daerah PETALING PERDANA!!!
Mula tak sedap hati, mula mencari teman yang turut terima sekolah yang sama atau berdekatan. Namun TIADA!! Kecewa.
Lalu bermulalah kembali sesi kehidupan berdikari di rantau orang. Jauh dari keluarga. Bulan demi bulan berlalu, tiada keceriaan dalam diri bertugas di sini. Sehinggalah cuti akhir tahun, kembali ke kampung halaman, keceriaan kembali :)
To be continued...
No comments:
Post a Comment