Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

Misi Mustahil IV : Protokol Bayang

Salam...

Ethan Hunt is back.






Another mission. Another kicka** stunts and actions. Another hottie.

And look out for Anil Kapoor in this one. Bollywood-infused acting.

On cinemas starting Dec 15th, 2011


Owh, please it be worthwhile, Ethan Hunt!

Monday, March 28, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa; KRU studios rock!


Assalamualaikum...

Sana sini rasanya orang2 di Malaysia berkata dan sok sek pasal filem ini.....
.
.
.
.
.
Kejap....ini takde kena mengena dengan video tutt tu... =p~
Tapi yang ini... =)

Hikayat Merong Mahawangsa - 2011


Aku berkesempatan menyaksikannya dengan adik aku dalam minggu lepas. Aku pergi pun atas dua sebab:-

1) Ambil pengalaman menonton satu lagi filem epik dengan kos 'multimillion' selepas Puteri Gunung Ledang...

2) Tolong Yusry/KRU studios sekurang-kurangnya balik modal supaya dapat hasilkan lagi banyak produk2 berkualiti di pasaran...=p

Dan seperti biasa, sebelum aku pergi menonton, aku cuba baca seberapa banyak 'film review' dulu. Kalau rata2 kata OK, aku pergi. Kalau tak....

Kebetulan pula dalam The Star minggu sebelum tu keluar review dalam segmen 'Weekender' oleh Fiona Oh (fiona@thestar.com.my). Aku menonton filem ni sebagai anak Melayu dan orang Malaysia yang tak biasa tengok hasil tempatan yang gah. Sama ada gah pada bajetnya atau skala pembikinannya (Yusry ambil masa 2 tahun setengah siapkan filem ni!) itu korang tentukan sendiri. Tapi yang nyata ia satu usaha berani untuk mendidik penonton supaya membuka minda dan idea untuk pergi lebih jauh dari sekadar meminati genre seram, komedi @ romantik komedi yang dah banyak sangat di pasaran.

Aku pun tak perlu kot cerita panjang pasal ni sebab banyak lagi review yang lebih mantap dari aku punya. Tapi izinkan aku berpendapat seadanya berpandukan review yang dibuat oleh Fiona Oh dalam The Star hari tu.

Fiona Oh(FO): Every guy's dying wish - to be comforted by a pretty girl and a guy in a really bad wig. No? 

AlonGarcia(AG): Fiona referring kepada rambut palsu yang dipakai Rahim Razali yang bawa watak Kesum. Memang pada mulanya nampak pelik sikit (mungkin sebab terpengaruh dengan pendapat Fiona) tapi setelah banyak babak menampilkan Kesum, wig tu nampak sepadan la dengan watak dan seniority Kesum.

FO: For all his charms and charisma as Merong, Rahman Hughes is basically a Captain Jack Sparrow wannabe who occasionally spouts ancient Malay. The thing is, the man can act but he is not eloquent in the language.

AG: Stephen Rahman-Hughes is an English first, Malay 2nd. Bagi orang yang memang tak cakap Melayu hari2, he did a pretty decent job. Apalagi kena cakap bahasa Melayu lama yang banyak 'bunga' dan lenggok tersendiri. Selain dari satu scene yang kantoi sikit, lain2 tu ok je aku tengok.

FO: A more engaging female presence in the film would be Jing (Lusi), who lights up the screen as the fiesty, multilingual princess. 

AG: Tak dinafikan watak tuan puteri China Meng Li Hua oleh Jing Lusi berjaya mewarnai HMM. Mengetahui yang dia tak pernah berbahasa Melayu, agak terkesima la tengok dia berbahasa dengan fasih.Plus, she's quite a stunner too.

FO: HMM's saving grace lies in its action scenes. Thanks to Jackie Chan's stunt crew, the fight scenes are actually quite good.

AG: I second that. Secara kasarnya fight scene dan suasana perang tu nampak logik. Tapi too much la kalau nak compare dengan fight/battle scene dalam Braveheart @ Saving Private Ryan kan. Cumanya, kalaulah extra2 tu badan tough2 sikit, nampak lebih cantik la agaknya. Nampak kering sangat la.Huhu.

FO: In fact, most of the cast speak with rhetorical flourish, including the narrator, who punctuates the film every now and then with his super-sluggish commentaries.

AG: Selepas meneliti lebih lanjut beberapa pendapat termasuk Yusry dan penulis skrip HMM, dialog2 dalam cerita ni sebenarnya telah 'diringankan' supaya orang2 kebanyakan macam kita boleh memahami dan tampak lebih komersial. Sebab tu katanya kena adjust sampai 17 kali. Bahasanya cukup indah dan kena pada tempatnya dan dah tentu orang akan paling ingat tentang pantun Lang (ibu Merong) yang akhirnya menjadi kunci tamatnya cerita ni. Pasal narrator tu, aku no komen sangat. Memang intonasinya berbunyi pelik tapi tidaklah aku kata macam malas. Mungkin nak style sikit kot?!

Macam tu la sedikit sebanyak yang boleh diperkatakan. Keseluruhannya, kudos la kepada KRU studios kerana mengadakan filem sebegini kerana bukan saja boleh mengangkat sejarah tamadun Melayu, tapi juga satu suntikan yang unik ke dalam industri perfileman yang semakin berkembang.

So, rating Exit810 bagi: 3.5/5. Cukup Yusry? =)

*Karak - Laluan Puaka coming soon - May 2011

Thursday, March 17, 2011

Kecek Sore (Cakap Sorang)

Assalamualaikum

Kebelakangan ni aku terperasan yang aku dah developed a taste for cerita2 berat dan 'deep'. Bukan dah xlayan cerita2 lawak bodoh @ action thriller semata-mata, tapi boleh kata semakin 'appreciative' terhadap filem2 yang memerlukan sedikit pemikiran dan melihat pada yang tersirat.

Boleh jadi sebab dah tua semakin berumur?!Entahla...hehe.

Aku berkesempatan menonton cerita ni tak lama dulu...


127 Hours, that is. Pada yang belum berkesempatan menonton, cerita ni berdasarkan kisah sebenar yang dilalui oleh Aron Ralston, seorang adventure enthusiast, yang menghadapi kemalangan sewaktu hiking trip di Blue John Canyon, Utah, USA. Apa yang berlaku, dia terjatuh dan sebelah tangannya tersepit antara batu yang memaksanya memotong tangan tersebut sebagai usaha terakhir untuk kekal hidup!

Dilakonkan oleh James Franco (Spiderman franchises), most of the scenes dilakonkan di tempat yang sama. So it does take some geniuses to elaborate the story at such tight space and with only one character to play with. Step forward, Mr. Director - Danny Boyle (Slumdog Millionaire).

Secara ringkas, sewaktu tersepit tu, menyedari yang dia tak dapat nak lepaskan diri setelah puas berusaha, dia ukir nama, DOB dan waktu jangkaan kematian dia. Dia post pesanan terakhir dia to family members thru' videocam yang dia bawa. Sehinggalah dia mendapat kekuatan untuk terus hidup dan bertindak nekad dengan memisahkan tangannya dari badan. Ape yang motivate dia untuk terus hidup tu?Aaa...itu korang kena tengok sendiri la.

Apa yang jelas, sebab kena berlakon sorang2 of course the character banyak 'kecek sore' atau dalam bahasa ilmiahnya, bermonolog. So, memang susah sikit la nak suka kalau cerita yang satu watak dan cakap sorang2 pulak macam orang gila. Sebelum tengok, you have to prepare yourself to explore the essence of the story, apa yang sebenarnya mesej yang nak disampaikan with the slightest hints.

Tak lama sebelum aku menonton cerita ini, aku pun ada tengok cerita yang membawa genre yang sama iaitu ini...


Sebut betul2...B.U.R.I.E.D. Sebut salah karang, mencarut jadinye. Mak aih, yang ini lagilah sempit venuenya, dalam kubur! Tapi dek terpengaruh dengan reviewer yang penipu, tertengok jugalah. I didn't enjoy myself watching this sebab gelap dan akhirnya the character - SPOILER ALERT: ..................mati.

Satu lagi cerita yang worth a mention berkenaan bermonolog ini adalah lakonan antara-aktor-yang-aku-suka-tengok, Tom Hanks dalam...


Cerita keluaran tahun 2000 ni mengisahkan tentang seorang mamat yang kerja dengan FedEx ni on a plane trip to Malaysia (yes, negara kita) for an assignment, bila mana pesawat tu terhempas dan dia terdampar di sebuah pulau yang tidak diduduki. So sepanjang cerita ni korang akan dapat tengok the character berborak dengan sebiji bola tampar dan survive di pulau itu selama 4 years long. Bermonolog di tahap terulung!

Alang2 dah tunjuk tiga, why not make room for another one?! Yang ini ceritanya tidaklah bermonolog, banyak dialog. Cuma konsepnya tetap berkisar pada satu venue yang satu aje. Lakonan Colin Farrell dalam...

 
Scene cerita ni kebanyakannya dalam phone booth tepi jalan dan watak2 lain je yang kat the street. Mamat ni tak boleh leave the phone booth sebab ada sniper yang akan tembak kalau dia keluar.Dan dalam itu, the sniper sempat juga suruh the main character mengaku yang dia main kayu tiga dengan isterinya, depan isterinya. Sudah!

Apa yang membuat cerita 'kecek sore' ni agak berat pada pendapat aku ialah ia kurang aksi dan lebih kepada isi percakapan itu. So kalau silap garap akan nampak boring habis. Dan kalau ada aksi pun, korang kena tangkap apa maksud tersirat di sebalik perlakuan diaorang tu. Give extra attention to the little things.  

Next destination, Hikayat Merong Mahawangsa! (kecek pelat)

p/s: kekasih yang menjadi kawan baik @ kawan baik yang menjadi kekasih - what say you?

Monday, December 13, 2010

The Buried Life - live life to the fullest chronology

Salam...


Dua minggu lepas aku tertengok satu siri baru kat 8tv titled 'The Buried Life'. Series ni berkenaan 4 orang anak muda Canadian yang merantau seluruh USA dengan bas ungu dorang yang diberi nama 'Penelope'. Misi dorang ialah untuk complete dorang punya list of '100 things to do before you die'. If you wonder, the type of things they did are not normal things like doing laundry or eating KFC of sort. A bit bizarre than that.


Mula², my initial thought, rasa cerita ni mesti citer gila² dan kurang 'pekdah' macam Nitro Circus, Kenny vs Spenny @ Paris Hilton's My New BFF. Tapi as the show progressed aku tertarik la dengan konsep dia. Macam fulfilling your dreams and live life as you wanted. Another plus point, besides working to realize the mission, dorang jugak akan tolong random people yang dorang jumpa to help them fulfill their own dreams.


Setakat ni aku baru berkesempatan tengok 2 episodes. The first one pasal dorang nak sneak in dalam parti kat Playboy Mansion kat LA. 2 orang make up jadi Oompa Loompa dan duduk dalam big cake, dan yang xtahan sekali mana ntah dorang dapat idea, 2 orang lagi menyamar jadi Cristiano Ronaldo and his manager!

Along the way, dorang tunjuk la ade plan yang xjadi and needs back up plan @ reconsideration. Well, that's life kan. Kadang² kita dapat ape yang kita nak, kadang² tak. Tapi selepas dapat accomplish apa yang dorang nak, dorang akan cross the 'thing' from the list, marked as DONE!


Bile aku reflect ape yang dorang buat, aku pasti sangat setiap orang ada impian masing² @ things y'alls wanna achieve sebelum menutup mata. Macam aku jugak. Antaranya mungkin try bungy jump somewhere (Sunway Lagoon baru pasang!), parachuting @ panjat gunung Kinabalu.

Tapi as life progresses, kita melihat sedikit demi sedikit impian² kita tak mampu dicapai lagi kerana ditelan oleh komitmen kepada benda² lain. Orang kata kalau mase bujang OK lagi. Xde terikat dengan sesiapa dan bebas membuat keputusan. Tapi bila dah berkeluarga, pemikiran kita harus berubah dan pada waktu itu, prioriti juga akan berubah. Lebih² lagi kalau dah ada anak². Lama kelamaan, sesuatu yang kita nak buat dulu, dah tak rase nak buat dah.

So, mungkinlah....kerana aku belum lagi berkeluarga, Allah nak bagi aku peluang untuk capai dulu cita-cita dan impian aku. GO OUT AND PLAY! Andai begitulah, nampaknya aku harus buat detailed plans untuk execute apa² yang aku nak?!

Sekadar ingin berkongsi, antara perkara lain yang aku nak cuba capai:- 
  • Visiting the 'sacred' land of The Reds' faithfuls: The Anfield
  • Having a career outside Malaysia
  • Bawak mak mengerjakan haji 
Bila sebut tentang impian, kita ada vast or unlimited resorces called imagination/ideas. Tapi bila sebut pasal execution, to make the idea become reality, we have several constraints. Antaranya duit, masa, komitmen, social expectation etc. So, terpulanglah pada kita nak pasang angan-angan macam mana, tapi rasenya yang penting it's doable, logic & realistic.


Later...


p/s: orang tua pernah berpesan >> "rase seronok yang berlebihan akan mengundang rase sedih" Betullah tu...~

Thursday, December 09, 2010

Muvi² yang kena tabik spring! (part 2)

6. Saving Private Ryan

Cerita perang ni mengingatkan aku pada citer² combat yang selalu tayang kat tv2 mase zaman kecik² dulu. Aku xla minat sangat cerita genre ni tapi this is really something. Hasil kerja tangan Spielberg antara yang terhebat dan memang boleh tengok banyak kali. Scene yang aku minat sekali masa marksman Daniel Jackson (played by Barry Pepper) tembak enemy atas tower straight to the eye, thru' the scope. Kalau korang terpinga-pinga sekarang, elok gi tengok sendiri.

7. The Last Samurai

Frankly said, aku memang suke most of citer² yang ada Tom Cruise. Dia ada his own charms and charisma brought into the movies he acted in. Aku suka cerita ni sebab ada injection of culture Samurai yang penuh dengan prinsip. The cinematography was fantastic too. If you like TC's acting, don't forget to check these out too: Jerry Maguire & The Minority Report.

8.  Signs

Besides Sixth Sense, to me, this is another masterpiece from M.Night Shyamalan. Cerita pasal alien jarang nampak serius, lebih kepada nampak takut pasal stigma alien makan orang! Misteri berkenaan crop circles dimanfaatkan dalam cerita ni. The build up from questions to answers dalam cerita ni memang brilliant. Buy,rent,steal,dl~ 

9. The Lake House


Love/Romantic genre not really my cup of tea. Tapi yang ini was an exception. Storyline memang lain dari yang lain and kinda non logical, but still, layan. Cerita pasal pakwe, makwe...yang duduk di rumah yang sama (lake house la) tapi pada waktu yang berbeza. Dorang keep in touch thru' post box depan rumah dorang...huhuh~

10. Friday Night Lights

Sports movies memang selalu inspirational. Selalunya tentang determination, fight back, come back, rise from the ashes thingy. Cerita ni pasal sekumpulan college football players yang terpakse recapture the past glories. So the coach kena build up squad yang boleh menang national championship through adversity and high expectation.

Lebih kurang begitulah my 10 of favourite movies. Banyak lagi cerita yang bagus, mungkin korang setuju @ tidak dengan pendapat aku. Itu tak mengapa sebab masing² ada citarasa masing². And again, movies are just a medium to release stress, nak isi masa lapang, not for you to worship. Berpada-pada.

Later...



Wednesday, December 08, 2010

Muvi² yang kena tabik spring! (part I)

Salam...

Teringat mule² menjejakkan kaki ke panggung wayang. First muvi yang aku tengok kat wayang dulu = Robocop. Masa tu memang excited giler. Maklumla, first time. Tapi masa tu tengok xpaham ape pun. Cume kagum tengok robocop je.

As for today, aku agak kritikal dengan citer yang aku nak tengok kat cinema. Sebab kadang² tertengok cerita² yang buat aku rase 'huh, xberbaloi langsung'. So, every time rase cam nak tengok citer tertentu, aku bace movie reviews dulu, tanya kawan² yang dah tengok. To that extend. Xpela, duit aku kan.haha.

Basically, i enjoy a movie with difference in the storyline, and with twisted ending. Cerita yang selalu aku gelarkan 'smart movie'. Probably yang membuat kite berfikir @ really surprise us. Contohnya, cerita The Sixth Sense dan Identity. Adakala, a simple movie yang boleh gelak² pun aku layankan jugak. Tengok mood la.  

So, here I came out with list of movies that really moved me.

1. Armageddon

Keterlaluan nak kate this is my favourite movie of all time. Tapi i believed this is the first Hollywood movie yang reduced me to tears. (tak lebat,bergenang je huhu) Of course masa part last encounter Bruce Willis dengan Liv Tyler tu. Tahun yg sama, cerita Deep Impact (starring Tea Leoni, Elijah Wood) bawak theme sama jugak. Meteor nak crash kat bumi.

2. The Shawshank Redemption

Kalau korang belum tengok ini cerita, baik cari dan tengok! Kalau tanya 10 orang, sure 9 orang cakap ini the most genius movie ever. Probably, this is definition of my 'smart movie'. Perfectly executed. 'Nuff said.

3. Rahsia

Aku xpasti sama ada korang tahu citer ni @ x. Tapi pada masa citer ni mula keluar kat tv, aku terasa sangat la seram sejuk. Start mintak teman gi toilet sebab citer ni la. Dalam ni ada nenek kebayan, doll yang dah buang pastu ada balik, budak mati dalam enjin kereta & piano yang main sendiri.

4. Kuch Kuch Hota Hai

Aku teringat first time tengok cerita ni tahun 1998 kat dewan sekolah aku masa malam merdeka. Cerita inilah yang reignited my taste towards Bollywood movies. Start kenal siapa SRK, Kajol, Rani Mukherjee dsb. The rest is history. Tapi sekarang dah kureng dah sket.

5. Home Alone

The film that shot Macaulay Culkin to stardom! Tak pernah bosan kalau tengok cerita ni. Every once in a while, bile tengok citer ni, teringat zaman kecik². Bagi aku cerita ni mendatangkan mood feel-good in me. Rase cam ade soothing effect. Walaupun 'the wet bandits' kena kaw² punya dalam citer ni, tapi it was all for good fun and totally hilarious. The sequel to this movie pun OK jugak. Tapi the third one dah guna pelakon lain and the impact was not so much on me. Dan jangan lupe, check this out too: Richie Rich.  

(to be continued) 

Thursday, October 21, 2010

Iklan

Salam...

Kali ni aku nak post something yang ringan sikit. Chill sikit. Apa kes ribut² setiap hari, mbak?!

Kalau aku tengok tv, aku selalu perhatikan iklan² yang selalunya overly exaggerated to promote products. Xkisahla makanan ke, ubat gigi ke, roti kering ke etc. Some of them memang kreatif habis la dan buat aku gelak berkoyan-koyan. 

To date, iklan ceklat yang orang tu makan pastu kepala dorang jadi besar tu, sangatla menggeletek perut aku. Tapi tak kurang juga iklan 'my-product-is-the-best-in-the- world-and-the-rest-just-crap' atau 'produk-sayalah-yang-paling-halal-dalam- dunia' yang sangat amusing.

Bile dah tengok macam tu, aku suka sangat nak ridicule dialog @ iklan tu itself. Iklan yang mana korang kenala teka k. Antaranya:-

Iklan I
Watak A: "Terima kasih kerana buat cadar bau macam mama..."
 How I ridicule it: Terima kasih kerana buat mama bau macam cadar!

Iklan II
Watak B: "Esok nak masak macam ni jugeklah!" (setelah merasa ayam goreng dan bombarded dapur maknye)
How I ridicule it: "Habislah dapur aku esok..."ujar si ibu dalam hati~

Iklan III
Watak C: "BESAR punyeee!" (sambil tunjuk ikan)
How I ridicule it: "BESAR punyeee!" (sambil tunjuk mende lain...ops~)

Iklan IV
Watak D: "Lihatlah perut buncit saya ni..." (sambil mengusap-usap perutnya dan kawan² lain boo layan)
How I ridicule it: Tak hingin!!!

Iklan V
Watak E: "Mana dia C****** ayah?" (sambil mencari dan yang lain² pakat² makan dan comot²kan mulut tanda bergurau mesreee [ikut gaye bob AF])
How I ridicule it: Sorang² kena rotan sebab mencuri...

Iklan VI (iklan budi bahasa)
Sinopsis: Seorang pemuda memandu laju lalu terlanggar sorang pakcik tua yg bawak basikal,dah tu xnak pulak tolong.
Watak F: "Sapa suruh dia lalu tengah jalan. Aku dah la lambat nak jumpa kekasih aku ni..."
How I ridicule it: Jangan harap la ko nak kawen dengan anak dia (later found out yg pakcik dia langgar tu bapak awek dia)

Iklan VII
Watak G: "Kenapa tak 'lat tali lat' saja untuk pilih?" ujar waiter...
How I ridicule it: Yang menang lat tali lat ended up order air suam je untuk semua orang =p

Sebenarnya banyak lagi tapi sebab xde tv kat depan mata ni so tiba² ilham menjadi surut. Nantilah, kalau teringat karang, i'll top up later. Iklan² ni kalau korang selalu tengok tv biasa, boleh la relate. Tapi kalau hari² layan rancangan tv kabel berbayar, maka aku fikir korang akan terkebil-kebil la xpaham.

Later...~