He's nervous, but on the surface he looks calm
and ready to drop bombs,
but he keeps on forgettin what he wrote down,
the whole crowd goes so loud
He opens his mouth, but the words won't come out
He's choking how, everybody's joking now
The clock's run out, time's up over, bloah!
and ready to drop bombs,
but he keeps on forgettin what he wrote down,
the whole crowd goes so loud
He opens his mouth, but the words won't come out
He's choking how, everybody's joking now
The clock's run out, time's up over, bloah!
- Lose Yourself; Eminem
Aku pernah berangan nak hebat rapping macam Eminem, Jay Z atau Mike Shinoda. Aku rasa rapping ni satu bentuk seni macam menyanyi juga tapi lebih melibatkan susunan bait-bait kata yang diujar pada masa dan waktu yang tepat untuk memberi impak. Otak kena cepat. Akal kena laju. Tapi malang sekali sebab aku kurang berbakat =p. Bukan senang to utter the words quickly, then nak rhyming lagi, to synchronise with the beat some more; it's a hard work!
Ketepikan hal bakat tu, fokus aku di sini ialah tentang rap melayu yang sudah mula relevan dan sebati dengan industri muzik tanah air. Kalau dulu, rap/hip hop scene Malaysia terlalu ambil bulat-bulat yang datang dari barat, terutamanya Hollywood. For instance, masa awal-awal kemunculan kumpulan seperti Poetic Ammo & Too Phat (dan konco-konco). Lagu dan rapping banyak dalam BI sahaja.
Mungkin janggal bunyi bila rap dalam BM. Tak cool!(lagipun masa tu orang Malaysia gila dangdut!)
Pelopor arena Rap Malaysia ni tak lain tak bukan ialah KRU. Dan dalam kebanyakan lagu, yang part rapping ni, bagi pada Norman Abd. Halim...
Pelopor arena Rap Malaysia ni tak lain tak bukan ialah KRU. Dan dalam kebanyakan lagu, yang part rapping ni, bagi pada Norman Abd. Halim...
Otai Rap = Norman!(pakai bandana) |
Dulu aku memang hafal 'sebutir-sebutir' rapping Norman ni. Walaupun dulu takde internet nak cari lirik, aku dubbing lagu dalam kaset pastu pasang ulang kali pasal nak salin senikata. Mungkin sebab usaha lebih buat aku senang hafal. Dan album AWAS, memang yang terbaekkk!
Seterusnya ialah Malique Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Malique Too Phat. Serpihan Too Phat ni selepas 'bertapa' beberapa lama, telah kembali dan baru-baru ni menyiapkan album trilogi...
Pheonix bangkit dari abu; Malique! |
Antara ramai-ramai, aku rasa sekarang, Malique is 'playing' at a different level. Rap dia tersirat dan menyentuh isu kemanusiaan. Perhatikan karya-karya terkininya seperti Mantera Beradu (feat. M.Nasir), Cerita Kedai Kopi (feat. Salam) dan Senyum (feat. Najwa Mahaiddin). Tak lupa juga, the all time favourite - Alhamdulillah (Too Phat feat. Yassin). Sebenarnya Joe Flizzow pun OK, ada juga rapping dalam BM, cuma his style is too American to me. No offense, personal opinion.
Sekarang, cerita tentang 'orang kuat' dalam kumpulan Ruffedge, atau kini bersama The Fabolous Cats iaitu Farish Ramli @ Cat Farish.....
Malaysian version of Will.i.am; Cat Farish! |
Kebanyakan lagu-lagu Ruffedge & TFC banyak Farish yang tulis atau co-wrote (correct me if i'm wrong). Dan dalam kebanyakan lagu, dia akan do the rapping dan ahli lain akan nyanyi. Kalau dia nyanyi pun, dalam autotuned mode (bunyi yang macam robot tu). Tapi boleh kata memang smart habis rapping Farish ni. Hampir sesegar karya Malique, cuma theme dia banyak kisah cinta je. Dan sekarang sibuk berlakon pulak. So kurang la sikit bekarya agaknya. Hasil kerjanya yang paling aku gemar - Goyang (Ruffedge feat. Phlowtron) + Rimas:TFC.
Pernah dengar kumpulan Teh Tarik Crew? Ala, dulu pernah been part of Phat Family. The bootylicious Mizz Nina pun one fourth of this group juga. Tapi ini bukan cerita pasal Mizz Nina atau Noh Hujan. Ini cerita berkenaan the ultimate rapper - meet Altimet (cuba cari nama betul, tak kunjung jumpa-anyone, help?).
Chantek+Anggun=Syukur; Altimet |
Rap Altimet kalau didengar lewat ini, terutamanya dalam Syukur, Kalau Berpacaran, dan latest - Kotarayaku (collabo w. Hujan) + Anggun (collabo w. Zain Ruffedge/Zizan), banyak berunsur nasihat dan agak islamik. Baguslah macam tu kan. Sambil menyelam, minum air. Aku kurang periksa prestasinya sewaktu dengan TTC. Tapi pastinya waktu tu rapping semua dalam BI. Period.
Last but not least, untuk ruangan kali ini, adalah untuk Fadali Mohd. Dariff @ Dali Ahli Fiqir.
A man of many names; Dali(hujung kanan) |
Ahli Fiqir collectively was a very complete group. Masing-masing ada kekuatan. Bukan sahaja lagu-lagu mereka ada suntikan komersial, tapi tak kurang juga mesej-mesej berguna kepada masyarakat. Perhatikan pada Tik Tok Simpati, 2X5 dan Angguk2 Geleng2. Tapi sayang, jodoh tak lama, dah berkubur. Jadi sekarang Dali bergerak solo dengan nama Filsuf. Aku perhatikan rapping Dali ni semasa dengan AF (bukan akademi tu) sangat robust, hard dan straight to the point. Takde sendal-sendal dah. Belasah. Itu kekuatan dia. Karya terbaru dia yang aku dengar adalah Banyak Bunyi as 2win(w. Ikhwan - collabo with Boonyi + Dena).
*Also worth mentioning - Zizan Raja Lawak (Anggun+Selamat Tinggal) and Ikhwan Hot FM (Banyak Bunyi).
Begitulah kiranya cerita rappers Melayu. Style apa rapping dalam BM kan?! Kalau ada yang cuba, mesti OK punya. Mungkin aku pun kena usahagandakan semangat belajar rapping lepas ni. Mana tahu esok-esok boleh keluar album sendiri huhu. Aku tinggalkan korang dengan satu lagu baru, baik punya. Hayati dalam-dalam. Dengar sampai lebam. Wassalam. *(i'm rhyming, can't you see?!)
p/s: tengah berperang dengan diri sendiri.....=S
4 comments:
errrr...
lagu malique ft rabbani tu, i siap termimpi2.. bgn pg tadik pn hati macam dok menyanyi2 lagu tuh.... tp baru ni tau tajuk lagu tuh since u publish it here..
haha. anyway, thanks for the info sharing. nice one.
p/s: sy peminat-kipas-susah-mati- KRU. Most of the album sy ade. Last album yg sy beli kalau tak salah album kaler hijau. Yang ada lagu "penjunjung namaku" ... =)
Setuju, especially Malique and Altimet. Suka gila gila lagu dorg. ;D
miss dia,
yeah,that song really caught my ears when first i listened to it.esp. when he utters.."maaf ini bukan cerita sebenar.." i was like, "wow,how irony is that?"
used to be kru fan jugak.not so much now.rasanya itu album krujaan @ krunisme.not sure.
lyna,
best kan.they brought in something new.
kalau tak silap, nama sebenar altimet ialah abdul rahman..
`aspired rapper
Post a Comment