Tuesday, September 28, 2010

Spouse/Partner/Soulmate

Salam...

Kerap aku dapat jemputan kahwin kawan² yang dah sampai seru dulu, akan tertulis begini pada bahagian 'fill in the blank with correct answer'...

Dato'/Datin/Encik/Puan        ALONGARCIA & PARTNER           

Selalunya aku jadi bingung siapalah yang aku nak angkut sebagai 'partner' aku. Bukan xboleh nak pergi sorang, tapi kureng sikit la sebab nasi minyak ni shiok kalau layan berdua. Kalau mengantuk otw back from kenduri tu, boleh la layan borak dengan 'partner'. haha, serius konkrit reason aku. 

Jadi yang selalu jadi mangsa(bukan mangsa pun, best ape dapat makan free.paling² kuat pun kena jadi photog x bergaji)  kalau tak kawan karib aku, adik² aku @ aku 'colek' la mana² gadis yang sanggup jadi 'partner' sementara aku.   

Tadi aku terjumpa quote ni dari sorang kawan laman web sosial di profilnya:

'God determines who walks into your life. It is up to you to decide who you let walk away, who you let stay, and who you refuse to let go.'

It's always a NO for 'Ada jodoh ada lah'!!!!

I second that. Macam some sort of wake up call la. Betapa sebenarnya kita ditakdirkan bertemu dengan sekian² orang, tapi atas usaha kitalah untuk mengatur perjalanan perhubungan seterusnya. Memang ramai je 'orang baru' yang aku jumpa, berkenalan dan keluar dating, tapi selepas sedikit perkembangan yang tidak memberangsangkan, i simply let go. Cepat give up. 

 Alkisahnya, aku dah serik menghancurkan hati sendiri untuk orang yang tidak sudi @ nampak xsudi. Jadi lately aku dah tak reti macam mana nak buat buat bodow & buat xpaham dengan awek² yang jual mahal. Dan paling menakutkan, skill mengayat aku is gradually moving downward. Nak buek camno???

Sekarang aku mengambil sikap 'wait and see' sebelum memulakan langkah lagi. Aku sedar, aku memang dah sampai masa untuk ke jinjang pelamin. To date, aku dah immune dengar soalan 'bila lagi' everytime aku attend wedding kawan² or jumpa sedara mara. Aku layankan aje. Yelah, buat apa nak emo². Sekurang-kurangnya mereka mengharapkan sesuatu yang baik untuk aku.

For the one who would be mine finally...tunggu abg.jangan main jauh². =p~

p/s: jatuh suka...pada first sight : selalu 
        jatuh cinta...bila dah kenal   :kadang-kadang
        jatuh sayang...bila melihat ke matanya, kita jumpa bahagia  : jarang

Later...~ 

Friday, September 24, 2010

Hanyut - FT

Salam...

Layan jiwe dengan lagu ni sekarang. Tapi disebabkan i'm not attach to anyone di mutakhir ini, maka aku rasa lebih sesuai lagu ni ditujukan buat family aku. Family is an integral part of my life. Surrounded by them is heaven itself (kecuali bila adik² aku buat hal dan wajib dileter*peace*). Aku harap even selepas aku bertemu cinta baru pun, aku tak akan lupakan mereka (I used to lupa diri dulu) Kerana aku tahu, disenang ku, di susah ku, mereka akan ada. Abah-Mak-Kakak/Izu-Abg-Ateh-Yah-Ayad, 1.4.3 guys~~

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja


Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja
Tapi cinta pertama kita tetap Allah S.W.T...
Later~

Monday, September 20, 2010

Post-Raya Report...

Salam...

Aidilfitri 1431H sudah pun berakhir. Yang dinanti sudah pun berlalu. Yang kembung sudah pun pokai. Yang dimasak, dah habis telan, makan dan.... Begitulah hidup...sebab masa berjalan, walaupun takde kaki tapi laju je membelah waktu dan ketika. I should summarise my raya first; it was almost great! Kalau nak objektif sikit, 4 stars outta 5.

First,i managed to buy myself a decent pair of jeans. Kat mana aku beli tu xpayahla sebut sebab kelak menimbulkan perbandingan (macam ada je yang kisah kan?!) Bila aku beli jeans, aku xsuka yang londeh, xsuka yang nampak too dirty, xsuka yang labuh sangat sampai aku boleh sapu jalan semua. Bukan senang nak jumpa. I've already had 2 failed pursuit and ended up menyesali pembelian. Orang kata, alah membeli, alah memakai. Tapi this year, i got it right and xsabar menyarungnya kembali kelak (nasib gi ofis xboleh pakai jeans,kalau x aku dah sebat dah)

Secondly, aku adalah bought 'sum'in sum'in' untuk kedua ibu dan bapa aku. Walaupun tidaklah seberapa, tapi aku puas. Bukanlah nilai yang aku letak untuk menjadi ukuran, tapi tanda ingatan yang tidak berbelah bagi kedua insan yang telah banyak berjasa kepada aku. Mak,Abah...kalau rezeki lebih lagi tahun depan, Along usahakan yang lebih baik.Aminn.

Ketiganya, duit raye. Bukan aku dapat...kena memberi pulak. Despite having come to term yang aku dah xcukup muda untuk mengutip angpau lagi, memberi duit raya mendatangkan kepuasan yang berlainan. Bukan saja aku dapat belajar ini adalah satu bentuk sedekah yang 'fun', tapi juga mendidik jiwa untuk mengingati dan meniatkan duit kita kepada golongan yang kurang kemampuan. Mudah-mudahan ia menjadi baraqah kepada rezeki² yang telah dan bakal kita terima.

Dan..keempatnya, peluang and a reason to setahun sekali berkumpul dengan sanak saudara dan sahabat handai. Kini, dalam kesibukan dengan komitmen masing², festive season macam nilah peluang untuk berkumpul, bertukar cerita dan catch up with each others tentang perkembangan masing². This year adalah extra special kerana kehadiran orang baru dalam bentuk seorang 'adik ipar'. Harap² tahun depan adalah pula orang baru lagi, either dalam bentuk 'anak buah' or ...............(fill in the blank with a necessity) or both?!

Sedar kenapa aku letak raya ini 'almost great' instead of great @ plain good? Coz kalau ikutkan memang dah lengkap, sempurna in my own rights, tapi dalam keriuhan, i found myself alone...dalam lautan lemang, rendang, nasi impit dan kuah kacang...i found myself staring at the phone and hoping someone will call or just simply sms me...

Itu je yang kurang. Biasalah, sifat manusia yang tak kenal erti puas dengan apa yang ada...

Later...~

p/s: had almost 3 round of SEPI this raye. Baru tau it is indeed a decent malay movie. Kudos to hencek Kabir Bhatia.


Thursday, September 02, 2010

Menjelang raya...

Kurang 10 hari lagi umat Islam akan merayakan Eid Fitr 1431H. Kalau takde aral, insha Allah kita akan merayakan Aidilfitri pada 10hb September ini.

Masih ada kesempatan nak memanfaatkan Ramadhan,mudah-mudahan rutin 'jadi baik' bulan ni akan diteruskan pada bulan² berikutnya.

As for me, persiapan raya tahun ni ala kadar jela, sama aje macam tahun-tahun lepas. Takde la nak splurge lebih-lebih sebab aku pun bukan berduit sangat (lol!)...cukup untuk beli baju baru,beli kuih raya sikit, huluq² duit raya pada sesiapa yang berkenaan cukuplah. Keterujaan untuk beraya, seperti yang telah lama aku sedari mutakhir ini,dah berkurangan berbanding masa zaman budak-budak dulu. Walaupun dulu letih puasenya lain macam,tapi kalau part nak raya, hati berbunga-bunga. Firstly, of course memikirkan berapa banyak kutipan cukai angpow dari mak abah dan saudara mara. Secondly, mercun. Enough said.

Tapi walau macam mana pun berkurangan kegembiraan ini, i urge my fellow readers berayalah juga. Aku pernah dengar somewhere, raya ni a symbol of celebrating a victory daripada hawa nafsu dan syaitan nirrajim. Jadi as normally perceived by the masses, after all the hard works, sweat, blood and tears, a moment of victory must be placed properly. So, janganla bantai layan PS je dari pagi ke malam.

Berakhirnya Ramadhan ni,akan ada beberapa perkara yang aku akan rindu...rasanyalah. Selain daripada kelebihan Ramadhan itu sendiri,that is:-

1) Bazaar Ramadhan - esp. kat TTDI. Mana nak dapat lagi gerai² beratur panjang dengan pelbagai jenis juadah dan hidangan sedia untuk di slurpp. i'm gonna miss  puding caramel the most kot walaupun sepanjang puasa ni baru sekali je pun beli.huh!

2) Bangun sahur - tahun ni lain sikit rasa sebab agak senang bangun sahur. Rasa cam lepak je. Buka TV, layan Nur Kasih, sambil makan kurma,roti planta and milo (hidangan rasmi sahur orang bujang). Lepas orang azan Subuh, siap² gi kerja la.

3) Shopping raye - this is the only time of the year(boleh kata la) aku mengeluarkan duit untuk baju-baju baru sepanjang tahun. I rarely spend money on clothes sebab aku jenis selesa dengan apa yang ada. Cuma kadang² la ada masa terasa nak membeli aku sebatkan aje. Tahun nie dapat jeans brand kegemaran dan perfectly fitted me.Pueh hati den!

4) Jejak Rasul - if you guys tak follow Jejak Rasul tahun ni rugilah as they did something unthinkable on this year edition by visiting Palestine. Dorang mengkaji asal usul Bani Israel dan macam mana terbentuknya kaum Yahudi dan laknatullah fahaman Zionist. Kewl weh!

Begitulah adanya. Ramadhan datang dan pergi. Insha Allah panjang umur tahun depan berjumpa lagi. As raya is approaching, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin kalau ada salah dan silap,sedar @ tidak. Have a bombastic raye!

Later~