.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.
Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Sunday, November 21, 2010

Pernah Jadi Penolong Pengarah Publisiti ?

Lagi beberapa hari, genaplah aku bergelar mahasiswa UM selama 5 semester. Dalam tempoh itu, aku telah bergelar Penolong Pengarah (PP) Publisiti untuk pelbagai jenis projek di UM ini, sebanyak 17 kali, manakala hanya 4 kali sebagai AJK Publisiti, dan menjelang genap 3 tahun belajar di UM, menanti di hadapan sekurang-kurangnya 4 lagi program yang memerlukan khidmat aku sebagai PP Publisiti (PPP).

Ok, aku taknak cerita mengenai deretan publisiti tu, aku taknak cerita juga betapa popularnya aku sepanjang bergelar PPP (popular ker ? ewww....), cerita mengenai kemahiran aku menggeledah paint, publisher, adobe photoshop, arcsoft photostudio, swish, artlantis, after effect, power dorector, dan segala jenis saudara seangkatan dengannya itu juga aku taknak cerita.


Tetapi la ni, aku nak cerita mengenai kerenah-kerenah manusia sepanjang berdozen kali aku berkecimpung dalam dunia yang penuh dengan publisiti dan sentiasa mencari populariti.


t/tangan budak darjah 6... huhu


Sehingga ke saat ini, aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana aku dianugerahkan kebolehan menggunakan software yang aku sebutkan di atas tadi. Haruslah... teringat aku kepada komen guru kelas aku ketika mana aku melangkah kaki ke tingkatan 1, komennya... ‘’kreatif dan suka mencuba’’. Mungkin sebab aku pandai melukis ketika zaman comel kanak-kanak, dan harus jugalah aku yang terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan melukis, ok berbalik semula kepada tajuk post yang hot.


Walaupun namanya publisiti, tetapi bergelar PPP untuk sesebuah projek bukanlah satu perkara yang mudah. Sama sekali tidak semudah di dengar atau di sebut. Sepanjang pengalaman aku bergelar PPP, aku biasanya akan ditugaskan untuk menguruskan design baju, banner, bunting, poster, nametang, pamplet, buku program, tayangan multimedia, blog, facebook, youtube, twitter, logo program, hebahan program, dan kebiasannya terlibat dalam bahagian teknikal seperti mikrofon, speaker, laptop, slide dan segala jenis yang berkaitan yang aku rasakan aku perlu tahu dan ambil tahu.


Walaupun hasil kerja aku biasanya agak memuaskan, tetapi untuk menghasilkannya bukanlah satu perkara semudah dan secantik yang dilihat. Dalam banyak-banyak PP dalam sesebuah projek, PPP lah yang akan mula gerak kerja dulu, sedang dalam biro-biro lain tiada kerja, sedang bersenang lenang menjelang hari program, tetapi aku ? akulah yang paling merana sebelum hari program, insan yang paling sibuk untuk memastikan segala jenis design disiapkan dan ditempah sebelum hari program.


La ni aku nak cerita, aku, nak menghasilkan sekeping poster bersaiz A3 tu, banner dan bunting bersaiz 2x5, atau tak kisahlah saiz ape pun, korang ingat amik masa 1 hari ? kadang-kadang, 1 design tu aku perlukan masa 3 hari barulah siap, sangat berkualiti, sangat cantik mata memandang dan nampak nilai seninya. Sesiapa yang biasa tengok hasil tangan aku ni, pasti dapat membezakan design 1 hari dengan design 3 hari, design berseni design rajin, design malas dan pelbagai jenis kategori lagi...


Hari Interaksi 2010

Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan UM


Korang ingat senang nak hasilkan poster banner bunting untuk program, aku maksudkan dari segi designnya. Biasanya aku akan lakar dulu di buku, oh yer, aku ada buku khas untuk melakar segala jenis design tu, setiap design yang aku buat, baju ker, poster, pasti aku akan lakar dulu kat buku tu. Dan biasanya waktu terbaik untuk melakar ialah ketika di dalam kelas yang membosankan. Sedang pensyarah bersyarah, ketika itulah aku mencakar-cakar dan memerah otak memikirkan design-design terbaik dari ladang.


Dah siap mendesign, aku kene pi tempah benda-benda alah tu, aku ada supplier tetap untuk memprint segala jenis tu, tetapi ada kadang-kadang tu, beberapa hari menjelang program, dia tak dapat buat, nak menangis aku dibuatnya, kelam kabut aku mencari kedai lain yang boleh print. Search itu ini, call sana sini, oh ya, ketika ini, biro-biro lain banyak yang masih bersenang lenang, hanya busy ketika hari program yang paling lama pun 3-5 hari. Dan menjadi tanggungjawab aku untuk memastikan segala tempahan tu siap sebelum hari program, so kalau pengarah tanya dan ketika pembentangan meeeting, semuanya dari biro publisiti berjalan lancar !


Minggu Penghayatan Ramadhan 2008

Balai Islam Kolej Pertama UM - ASTAR


Ha, bercakap pasal baju pula, korang ingat senang nak menghasilkan sehelai baju ? grr... Dari segi designnya yang memeningkan hendak memenuhi hati semua pihak, sampailah ke kecerewetannya untuk menempah, dan urusan pembayaran, semuanya bukan benda yang mudah, percayalah... baju dah siap, tapi ada mulut tu kata kain tak lawa, kalau pun kain sedap dipakai, tapi design buruk, saiz besar, kolar senget lah, lengan terlebih panjang lah, kenapa design tu lagi lawa, kenapa pilih warna ni.. kadang-kadang aku rasa nak hempuk jer semua mulut-mulut tu dengan baju-baju tu.


Ada sekali tu, sesudah aku membuat tempahan, seminggu sebelum program aku call untuk follow up, tetibe supplier tu kata, baju masih tak buat, terlupa ! dan ketika itu, aku rasa macam nak mampus, bukan pitam lagi dah... yelah seminggu, mana sempat lagi, kelam kabut aku ke hulu ke hilir mencari baju, design baju aku yang gempak tu terpaksa lah aku lupakan, seriusly design baju tu sangat lawa. Oh ya, masih sama, ketika itu, biro-biro lain, biro yang macam hanya berfungsi ketika program masih lagi melepak-lepak, bersenang lenang, dan hanya tahu cakap...


Dan sebenarnya, walaupun di depan tabir semuanya nampak suka, tetapi di belakang tabir PPP banyak lagi kisah duka yang hanya aku dan Pencipta sahaja yang tahu, bergelar PPP memang memerlukan pengorbanan masa, memerlukan aku menghadap laptop berpuluh jam sehari, memerah otak memikirkan design poster, banner yang baru dan fresh, penat memikirkan design baju yang memenuhi hati semua mulut yang pandai berkata, kadang-kadang bersengkang mata menghasilkan multimedia show yang terbaik.


Sambutan Bulan Kemerdekaan 2009

JKP Kenegaraan Etika & Patriotisma ASTAR


Dan hasilnya, pasti aku orang yang paling gembira dan hanya mampu ketawa di dalam hati, tersenyum di bibir, melihat baju hasil design aku dipakai oleh ratusan orang, bangga melihat poster banner dan bunting tergantung menjadi bahan sedap mata memandang, sangat bangga, hati berbunga-bunga, oh, itu hasil kerjaku... ketika itu hilang segala penat menghadapt laptop berpuluh jam, hilang sakit otak emikirkan design baru, hilang panas di hati melayan kerenah manusia...


Aku menulis ni bukannya kerana apa, tetapi aku nak menyedarkan sikit hati-hati yang hanya pandai berkata... percayalah PPP tidak sama dengan biro-biro lain, PPP yang bertanggungjawab (macam aku) pasti merasakan tugas PPP bukanlah satu benda yang mudah. Sedang biro lain masih terpinga-pinga tidak tahu nak buat apa, PPP telah mula bergerak dengan sangat awal, sedang biro lain hanya berfungsi ketika hari program, PPP telah kepenatan, kehabisan idea dan tenaga menghasilkan itu ini.


Dan haruslah ketika hari program berlangsung, PPP telah pun lega, tiada kerja, baju, poster, banner, pamplet, dan segalanya telah pun siap ketika program berlangsung.


Jadi ketika hari program berlangsung, aku sangat sakit hati dan geram dengan mulut-mulut yang hanya pandai berkata, PP Publisiti tak buat kerja !!! batang hidung tak nampak, selalu tak datang, komitmen kurang... bla bla bla... dia tak tahu aku macam nak mampoooossss beberapa bulan sebelum tu mengurus publisiti...


Gerai Konvo -ASTAR VILLAGE

Jawatankuasa Induk Kolej, ASTAR


aku menulis ini bukanlah mahu lepas geram sangat, bukan juga mahu menghebahkan kepada satu dunia betapa busy nya kerja PPP, bukan juga mahu diri tidak boleh ditegur... tetapi, tegurlah aku, kerana aku juga sama macam kalian, manusia... aku dah bosan dengan pernyataan tegurlah dengan berhikmah, tetapi setelah menyelidik semua dan mendapat tahu perkara sebenar, tegurlah aku dengan waras, dengan rasional, dengan berjustifikasi... secara berdepan, bukan belakang-belakang...


Kisah ni dah lama berlalu, 1 tahun, 3 bulan, 3 minggu... barulah aku publish kan nyer...


Tapi kawan baik aku pernah cakap... sesungguhnya mereka tidak mengetahui....


Sebab itulah aku tulis ini, supaya mereka dan semua yang akan datang tahu...


jangan hanya pandai kritik !!!


p/s: masih belum mahu bersara

Friday, October 29, 2010

Kalaulah aku ada kawan



''Aku ada kawan...''
2 jam ayat ini bermain dalam minda
konon-konon hendak dijadikan entry baru
aku taipkan ia di blog ini
Berfikir-fikir..,
segera aku tekan backspace

Aku kehabisan idea
Untuk menyambung ayat itu...
''Aku ada kawan...'' huh


Oh ya
kemudian aku terfikir
untuk menambah sesuatu
''Aku ada kawan...?''
Ya, tambah tanda tanya


Kalau aku ada kawan,
Pasti dia tempat aku berkongsi cerita
Cerita suka dan gembira
Kadang-kadang sedih dan duka

Mesti dia akan jadi tempat aku meluahkan
Segala yang terpendam
Tempat bertanya pendapat dan idea
Tempat berkongsi kasih dan sayang

Kalau aku ada kawan
Mesti dia selalu menasihati aku
Jangan buat begitu, jangan macam itu
Selalu tegur aku
Kerana daripada kaca mata orang lain
Apa yang aku buat
Yang aku rasakan betul
tak semestinya betul
pada pandangan orang lain
Itulah kawan yang sentiasa membetulkan


Kalau aku ada kawan
Mesti kawan aku seorang yang baik
Supaya aku juga boleh jadi baik

Aku ada kawan..?
Ehm.. mungkin...

12:22 /Okt 29

Tuesday, July 20, 2010

Apabila berbicara mengenai jodoh


Cuti semester yang lepas, kebetulan bertindih pula dengan cuti persekolahan selama dua minggu, pastinya banyak kenduri kahwin bersepah sana sini. Aku pun. Tapi bukan aku yang kahwin, sekadar pergi memenuhi undangan perkahwinan. Aku pasti, korang pun sama. Menu paling favourite aku, ayam masak sambal. Haha.. memang tulah yang aku ratah, mati dah semua ayam tu aku makan tinggal tulang.

Kebetulan, satu kenduri di Banting, Selangor ni, aku terserempak pula dengan orang kampung aku ni ha, sedara lah, berpangkat nenek. Aku pun dok lah sebelah dia, makan...nyum2. Borak-borak tetiba dia tanya, dah ada calon ke belum ? Erk.. aku sedikit terkejut, yang pasti aku suka word calon yang dia gunakan tu. Aku sekadar jawab... takde lagilah... takde sape yang sudi. Huhu...


Suka untuk aku memetik sepotong ayat AQ, 49:13 “ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan.....”

Golongan yang mungkin sedikit tersesat, rancak menggunakan ayat ini sebagai antara cara untuk menghalalkan hubungan yang masih nyata haramnya di sisi Islam. Sedangkan disamping ayat tersebut, telah jelas batasan-batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin.

Dan dari AnNur:26 “perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik....”

Berbicara mengenai calon, apabila membaca ayat ini, pastinya aku risau, haruslah... lelaki2 yang jahat untuk perempuan2 yang jahat, lelaki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik. Siapa lah yang sanggup mengaku dirinya lah yang paling baik, lantas layak untuk dipertemukan dengan seseorang yang juga baik. Namun pastinya kita mengelak daripada menjadi jahat agar tidak dijodohkan dengan orang2 yang jahat.

Di akhirnya, aku hanya mampu berdoa, agar dijodohkan dengan kaum Hawa yang Hawa, yang memenuhi segala ciri2 calon idaman, wanita solehah. Benar kata dia soal jodoh itu, serahkanlah pada tuhan...

Sunday, July 18, 2010

Aku dan Saya



Aku ada seorang kawan, sekarang dia belajar di Universiti Malaya, tinggal di Kolej Pertama, aku juga berada di Universiti Malaya tetapi bukan sebagai pelajar, hanya sebagai temannya. Kawan aku ni, suka menceritakan kisah-kisahnya, dan berkongsi cerita suka atau pun sedih dengan aku, aku sangat senang dengannya. Kebanyakan masanya, dihabiskan dengan aku, setiap hari, berjam-jam lamanya, pasti aku akan menjadi teman setianya, menemaninya, sebagai telinga, yang mendengar setiap luahan, keluh kesah sedih gembira sukanya, juga adakalanya sebagai mata memerhatikan setiap tingkah lakunya, itu dan ini. Ada suatu ketika, dia menangis depan aku, dan seperti biasa dia terus menceritakan kepada kau.



Tetapi seperti biasa, kawan aku ni, tak terus to the point, banyak simpang siur dan berkias-kias, kadang-kadang aku pun tak faham, namun untuk jaga hatinya, aku terima jer. Selain suka menulis, kawan aku ni, sebenarnya seorang yang pendiam. Tapi itu buat mereka yang buat pertama kali berkenalan dengannnya, sebab dia ni bukanlah jenis yang pendiam pun, peserta debat, mustahillah seorang yang pendiam. Jika sudah kena cara, keadaan, dan ketikanya, pasti dia yang banyak cakap, melawak dan loya buruk pun boleh tahan jugak. Kawan aku ni suka berkawan, tetapi yang aku perasan, dia ni memilih. Bukan semua orang dia boleh masuk, kebanyakannya ditapis, haha. Sebab dia pernah pesan kepada aku, siapa kawan kita pada hari ini, akan menentukan kita siapa kita pada hari esok.


Maka, sebab itulah dia berhati-hati memilih kawan. Apabila berkawan, dia sangat menghargai erti persahabatan. Itulah yang bagusnya pasal kawan aku ni. Oh ya, dia pernah bagi tau aku, dia ada dua orang kawan – sahabat yang sangat-sangat dia sayang, kalau ada apa-apa, mesti dua orang tulah yang jadi mangsa tempat dia mengadu, tempat bergembira, dan bersedih. Ehm... Lagi satu, aku mula perasan, kawan aku ni mula berkenan dengan seseorang, normallah kan. Tapi itulah, dia ni pemalu orangnya, so, dia kata kat aku, masih terlalu awal, dia sekadar diamkannya sahaja. Haha.. ish.. macam-macamlah.



Oh ya, kawan aku pernah bagi tau aku, dia ni ada masalah, itu pun setelah didesak oleh aku, sebab kawan aku ni agak perahsia orangnya. Setelah dia ceritakan masalahnya pada aku. Aku hanya mampu mendengarnya, aku tak mampu langsung untuk menasihatinya apatah lagi memberi kata-kata perangsang. Kerana... kawan aku ialah tuan aku, yang menjadikan laptop sebagai kawannya untuk meluahkan segalanya. Laptop kesayangannya itulah yang digunakan, yang sentiasa bersamanya saat sedih, gembira suka atau pun duka. Akulah tu, haha...


Prinsipnya mudah, walaupun beribu kawan disekeliling, belum pasti mereka punya mata, telinga, mulut, tangan, dan hati. Apa gunanya kawan jika punya mata tetapi hanya melihat kemungkaran, punya mulut tetapi tidak mampu menasihati, punya telinga tetapi tidak menjadi teman bicara, punya tangan tetapi tidak membantu apabila memerlukan, dan tidak punya sikap ambil peduli. Lebih baik laptop yang tidak bernyawa ini, setiap hari pasti ada sahaja yang ditaipkan padaku, dan kemudiannya terus dibaca oleh kalian melalui akusebuahkisah.blogspot.com


Terima kasih kerana membaca

Sunday, May 23, 2010

Ini Kisah Aku Sebuah Kisah

hahaha...

Ketika aku mula menaip, jam telah pun menunjukkan jam 6.05 pagi - selamat pagi Ahad yg indah. Bukannya apa, ketika aku mula baring2 sekitar jam 4.20 pagi, tapi x sempat nak nak melelapkan mata, azan subuh telah pun berkumandang pada jam 5.50 pagi, maka aku terus menyahut seruan itu, dan tidak bercadang untuk cuba tidur semula. Ok, ada banyak benda nak cerita, bukan cerita pasal tepi seluar kain orang, tapi cerita pasal diri aku dan apa2 yang aku suka nak cerita, haruslah...sebab tu nama blog ni aku sebuah kisah...

Assalamualaikum, Selamat sejahtera, Salam 1Malaysia

Sidang Redaksi n d geng

Sidang Redaksi berjiwa kreatif

Ketika kawan2 aku yang lain dah mula bergurau senda bersama keluarga tersayang sejak 2 minggu yg lepas, aku masih lagi tersadai di kolej, merangkap CEO AJK Grafik Sidang Redaksi, kami kene stay 2 minggu untuk menyiapkan majalah kolej - PERTAMA nama diberi. Kami berkampung di Bilik Mesyuarat Blok A ni selama berminggu2, dan berjam2, merempat di bilik ni, dah haru biru bilik ni kami kerjakan. Memang sepanjang 2 minggu, aku banyak menghabiskan masa beratus2 jam menghadap laptop menyiapkan design2 n ntah ape2 lagi lah. Ada sampai satu masa, aku rasa, aku sangat penat- rasa nak pengsan sekejap, kehabisan idea utk menghasilkan design2 yang gempak, lebih2 lagi apabila terikat dengan tema songket, dan kadang2 ada pula rasa ingin emo semacam atas sebab yang tidak perlu pun, ntah la, orang kata aku ni cepat emo, memang pun !


Ape pun, dengan design2 dan wajah baru PERTAMA, moga2 majalah edisi nilah yg paling gempak, haha (harap tiada tgn2 akhir yg mengedit hasil kerja kami). Dengan perkiraan kasar, muka aku yang paling banyak ada dlm majalah tu, tentunya kami berbangga dan tersenyum puas, kerana apabila majalah tersebut siap dan berada di hot market alam nyata, hasil kerja kami yang hanya 4 kerat ini, ditatap oleh sekurang2nya 750 orang warga ASTAR (nama kolej aku).


Tahniah Hasyim

Utk exam sem lepas, aku seperti tidak percaya, apabila dekan fakulti aku (Alam Bina) merupakan orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada aku, pertamanya, sebab ada satu subjek tu, aku dapat gred paling tinggi, n kedua sebab result exam aku naik dengan agak banyak... haha.. Alhamdulillah... Tahniah juga kepada junior aku, Luqman Hakim (sory, blog xde aplikasi utk tag nama mcm facebook) coz result exam anda sgt membanggakan.
aku ingatkan aku yg paling tinggi... huh


Apa pendapat/luahan anda mengenai Kolej Pertama - ASTAR ?

Saya sayangkan kolej saya. Betul.. saya serius ni... Tapi..... Saraf2 ni memaksa otak n hati mengatakan yang benar, ASTAR membosankan ! kolej yg miskin, kedekut, hipokrit, nepotisme, berat sebelah, bende kecik2 pun nak prosedur merepek tu, Melayu makin kurang ?!, aku sgt syg astar as my 2nd home, tp astar x sayang aku, bukannya aku mintak jd Presiden pun ! tp x dpt, ntah ape la yg aku kurang berbanding mereka yg dpt tu, kalu bg tau sebab xpe gak, grrr... n makin lama, hari demi hari, aku mula membenci astar, projek2 yg aku join ni pun, semuanya sekadar melepaskan puas di hati dan kerana minat, bukan sebab kolej ker, syg kolej ker, org kuat kolej ker, stay kolej ker, ade aku kisah, kata mahasiswa... perlulah berani, jgn malukan nama kolej n uni. ! xnak tulis byk2 nanti nyusahkan aku plak nak kene apply kolej lain. Ape pun, aku masih syg astar...huh

Apa aktiviti masa cuti ?

Oh tidak!, seperti biasa, masa cuti aku memang aku tidak akan sia2kan dengan terbungkus dalam selimut tidur x bangun2, atau pun dengan hanya menonton berpuluh2 channel berbayar, Astro lah... Pada 28-30 Mei ini, aku ada 2 program yg aku kalau boleh nak pergi dua2, Tapi aku memutuskan utk berangkat ke Perak, (nama tmpt aku dah lupe) utk menyertai program homestay, dgn penglibatan dr pelbgai U lain, dan bunyi anjurannya yg agak gempak, so aku joinlah, maka dengan itu, aku terpaksa utk tidak menyertai Kursus Induksi Per. Mahasiswa N 9, di Gunung Datuk N 9. Sory... hehe

Pada 5-6 Jun ini pula, aku akan ke Hotel Seri Malaysia-Perak (hotel ni ade 19 cawangan yang bersepah2 di seluruh Malaysia). Bukan kerja part time, tapi mewakili UM, sebagai peserta Malaysia Microsoft Office Championship (MMOC). Penganjurannnya memang secara besar2an, moga hadiah utama berupa Netbook + RM500 + Trophy n lain2 tu menjadi milik aku... Aminnnn... yang penting, aku sangat2 teruja dan dah x sabar utk MMOC... dah 2 kali pospone tarikh kot, addooiii...

Dan sempena Minggu Haluansiswa (MHS UM) yg akan berlangsung awal bulan 7 ni, haha... tgkla.. kalu aku rajin n free... boleh lah aku jadi hakim n tolong2 apa yang mampu utk menjayakan pertandingan debat MHS UM. - time aku 1st year dulu2, aku yang masuk bertanding, now x sangka, aku pula yang terlibat di sebalik tirainya...

Dan selebih cuti aku tu, aku akan jadi amah baby sitter (hahaha) mendera menjaga anak buah aku 2 orang, yg comel2 macam pakciknya juga (akulah tu... huh)

Utk sesi 2010/2011 join program lagi ker?

ehm... hahaha... sem depan x bukak lagi pun, tp secara x rasminyer, aku dah pun memegang sekurang-kurangnya 5 jawatan Penolong Pengarah Publisiti... Debat.. tgk la kalu rajin, Balai Islam kolej aku x terlibat dah, bg lah kat adik2 junior plak, program kolej aku kurangkan, membosankan... ! tapi still bersama PERMANIS yg sgt gempak dan terbaik... dlm PERMANIS nilah aku leh wat ape2 yg aku suka, wat ape yg aku nak, tanpa perlu sebarang (pe)nasihat,, atau terikat dengan sebarang ikatan, x leh itu, xleh ini.. huh... n maybe aku akan jadi Pengarah buat kali ke 4 ! huh... dan insyallah, DTC merupakan lokasi pilihan pertama utk program aku yg akan datang. just waiting... INSYALLAH...

Hal-hal lain

Banyak sebenarnya, tapi... huh... grrrr..... meow...

- Kat paper , Isu sosial, politik, ekonomi, sukan, mcm2 ada:
1. Inul nak wat konsert kat Malaysia - tp kesian, dibantah, orang kata maksiat, ehm...
2. Buat anak merata-rata, buang anak pun merata-rata..!!! grrr... kejam...
3. Shahir juara AF 8, sumpah sekalipun aku x pernah tgk konsert AF8 ! ntah sape lah Shahir tu... tau ni pun dr fb...
4. Wahai sekalian rakyat jelata. Berjaya group dpt lesen judi yg halal sah, kahkahkah... lepas ni xyah takut2, Kerajaan Malaysia dah halalkan judi, on lah !!!
5. Bung Mokhtar kene penjara 1 bulan coz berpoligami dgn zizie tanpa kebenaran mahkamah !... (sedangkan dlm Islam poligami itu tidak perlu izin mahkamah pun !kahwinlah tp jgn lebih 4, kalu x mampu 1 shj- demikianlah yg terdpt dlm AQ - xde pun kate mesti dpt kelulusan mhkamah!)
6. Berlangsungnya Forum Ekonomi Islam di negara yg baru shj menghalalkan lesen judi, semua negeri pun sama, Kelantan ker, Selangor ker, MALAYSIA ker.. judi arak zina.. xkan berubah hukumnya drpd haram kpd halal ! - buat selama2nya
7. Pelajar UKM kene tahan under AUKU... adooiii... bagus
8. Sime Darby rugi lebih 1.63 billion !!! adooiii...
9. Piala Uber - Korea kalahkan China yang bongkak tu...Piala Thomas, Malaysia kalah tanpa melawan- than kate salah media !... kahkah, memalukan diri sendiri jer
10. H1N1 masih ada di sekitar anda... hati2

Web pilihan anda?

ha... website pertama yg aku buka, tiap kali on laptop, kebiasannya nyer lah yer... mula2 aku akan buka emel, cek emel, than buka BH Online, Utusan Online, Kosmo, Harakah Daily, Malaysiakini, than dah habis meng usha2 semua paper tu, aku akan buka blog2 yg aku handle, utk tgk kot2 ade komen, than aku akan lawat blog kawan2 aku yg berupdate tu... than jln2 kat iluvislam.com sambil membaca artikel2 menarik di Saifulislam.com, than semestinya... FACEBOOK !!!

Pengumuman !!!


- aku dah mula rindu kat kwn2 n my best frenz... Azhari n Adan Hafis (yg pompuan?)
- ini post terakhir aku sebelum aku balik, kat umah xde tenet, bye2 alam siber
- terima kasih kerana sudi baca post n blog aku yg ntah ape2 ni
- sekarang aku sangat HAPPY !!! :)

Madah Bercili + Berbunga

Apabila usaha tidak setanding impian, jangan diharap apa yang diidam !

Thursday, May 6, 2010

Kucing Itu...

ini ialah gambar kucing !

Prakata

Di suatu petang, seorang ibu hanya memerhatikan anaknya yang baru berusia 5 tahun berlari2 ke arah jalan raya mengejar seekor kucing, jalan raya tersebut pula dipenuhi dengan kenderaan yang laju-laju belaka. Si anak terus berlari mengejar kucing tersebut menuju ke arah jalan tersebut. Si ibu hanya sekadar memandang anaknya.

Seorang jiran yang ternampak anak itu, terus menjerit dan berlari mendapatkan anak itu. membawanya ke tempat yang selamat. Memberi tahu anak itu, ....anak, kucing itu memang comel, tapi jangan dikejar, kerana kucing itu membawa kamu ke jalan raya yang terdapat bahaya. Disebabkan kucing itu, kamu boleh dilanggar oleh kereta ! Eh ibunya ni, x nampak ker anaknya tu, xkan nak dibiar anaknya mati dilanggar kereta ? Marahnya sendirian... Si ibu hanya memandang, lalu mengambil anak itu, dan dibawa pulang seperti tiada apa yang berlaku.... TAMAT !


Disebalikata

Seseorang yang menyayangi sesuatu tidak kisah benda hidup atau sesuatu yang tidak bernyawa, pasti akan menjaganya dengan sebaik2nya. Tidak akan dibiarkan terbiar, jika boleh dibasuh pasti akan digilap sehingga berkilat2. Jika boleh disayangi pasti akan dibelai setiap masa. Begitulah betapa sayangnya kita akan sesuatu...

AKU? aku sayang keluarga aku, apabila berjauhan dengan keluarga, kawan2 aku adalah keluarga aku, maka aku pun sayang kawan2 aku... Aku taknak kawan2 aku (lebih2 lagi yg bergelar sahabat) sesat di depan mata aku !!! Aku xnak kawan2 aku, dalam keadaan mereka dekat dengan aku, tapi dalam terang x perlu bersuluh nyata2 melakukan perkara yang memang masing2 sedia maklum halal dan haramnya...

Maka, (insyallah) aku akan bertindak seperti ibu yang penyayang itu !

Alkisahnya


Exam dah habis. Sesetengah mereka kata (menjerit) MERDEKA !!!... aku? argh... ade aku kisah, xde maknenyer merdeka, kat depan masih terlalu banyak yang menanti. Mana mungkin kehidupan ini MERDEKA ??? Merdeka daripada exam, tp perkara lain berderet menanti... eh lain pulak bunyi ayat aku. apesal..?

Ok2... Yeaaaaa... exam dah habis !!! menanti result, mengharap yang terbaik.. huhu... no more exam...so, nak ke sana nak ke sini, tgk itu dan ini. Sepanjang bulan 5 seperti post yg sebelumnya, aku dipenuhi dengan beberapa perkara. Tapi... banyak pula yang bertindih tarikh menyebabkan aku terpaksa memilih dan buat keputusan yang amat sukar... Ape pun ok lah, aku bagi tau... Insyallah (INSYALLAH) aku akan menyertai Malaysia Microsoft Office Championship 2010 (MMOC), bengkelnya pada 7-8hb ni di Terengganu terpaksa ditukar next week ke Johor (aloo... che nak p Terengganu). Yuran penyertaannya sangat mahal, terima kasih UM... hehe. So disebabkan pertukaran tarikh tu, aku x dapat la join Karnival Belia kt Putrajaya tu... sgt teruja nak join bende alah tu, tp apakan daya... huhu


Tak jadi pi sini

Pergi ke sini pula...


So disibukkan (akan) dengan Sidang Redaksi, dok buat majalah kolej, so balik lmbt sikit... My Mom dah dok meng calling tanyer bile balik... than esok kol lagi tanyer soalan yg sama... (dan menerima jwpn yg sama) aiyooo...

Penutup

Selamat bercuti diucapkan kepada warga universiti2 di seluruh Malaysia, dan kepada sesiapa sahajalah yang akan bercuti. Sila manfaatkan cuti anda. Pastinya pelbagai aktiviti menarik dan program menarik ada disekitar anda, menanti anda untuk menyertainya... Selamat Bercuti, jumpa lagi di Tahun yang sama, di Sem dan Sesi yang berbeza, dengan wajah semangat dan azam baru !