Pada 28-30 Mei 2010 yang lepas, Mohd Hasyim Bin Harun dilaporkan telah mengikuti Program Siswa Turun Ke Desa. Menurut sumber yang dipercayai, program homestay tersebut dijalankan buat pertama kalinya di Malim Nawar, Kampar, Perak yang mana ia melibatkan 3 buah kampung iaitu Kg. Tualang Sekah, Kg. Seri Malim, dan Kg. Tanjung Bangkong. Siasatan awal juga mendapati bahawa program tersebut mendapat peruntukan daripada Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM), manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), dipilih sebagai tuan rumah menganjurkan program tersebut, dan Student Fasilitatir Team (STEADFAST) pula diberikan amanah sebagai adhock menjayakan program tersebut yang mana ia melibatkan beberapa buah IPT seperti UIA, UM, USIM, KUIS,dan UKM.
Menurut saksi yang tidak ingin dikenali, sejumlah 69 mahasiswa terlibat menjayakan program selama 3 hari 2 malam tersebut. Sementara itu, saksi-saksi ditempat kejadian memaklumkan ini program homestay ke3 yg disertai oleh beliau, yang pertama di Pasir Mas Kelantan dan di Batu Kikir N. Sembilan. Atas sebab ingin mengetahui lebih lanjut, Mohd Hasyim Bin Harun telah dihubungi semula untuk menceritakan perkara sebenar. Sejurus selepas perkara sebenar dibongkar, maka dengan itu, ikuti rakaman semula kisah langsung daripada beliau.
Haha, lepas membaca semula ayat aku kat atas ni, 1st nyer aku nak gelak dulu, ok lah, seperti yang korang baru baca kat perenggan 1st tu, macam tulah yang telah pun berlaku, Alhamdulillah…
Dimulakan kisah, aku join program tu setelah di invite oleh kawan aku dr UIA, aku pun on jelah, aku ni memang gemar bebeno join2 program ni, lagi jauh lagi aku suka. Aku sorang jer dr UM, aku memang sorang2 jelah, tp xpe, kat sana pastinya aku dapat kawan2 baru. Kami para peserta berkumpul di UIA pada hari Khamis dan bermalam di UIA coz pagi2 lagi jam 8.30 kami dah kene bertolak ke Perak. Dan tanpa disangka2, kawan sekolah aku time kat Maahad Ahmadi dulu pun join jugak, Bukhari nama die, ala2 Imam Bukhari, naseb baik aku masih ingat nama die haha. Die dari KUIS..ala Kolej Universiti Islam Selangor lah.. 1st terserempak dengan dia, aku memang x caya, memang x terpikir pun akan jumpe dgn die. Lagi2 die tu antara my best frenz.. lagi suke lah aku.
1st time p UIA naik public transport, Alhamdulillah, x sesat, dr Somban tu ha aku bersosak2 naik KTM, than naik teksi berjenama Waja pi UM sat, nek bas ke Stesen LRT than naik LRT yg xde driver tu nun jauh ke hujung landasan Stesen Putra merangkap final destination, 4 jam jugak lah. So tahniah kepada aku kerana menggunakan public transport dengan sepenuhnya.
Dipendekkan cerita, pagi Saiyidul Ayyam tu, setelah bersarapan nasi lomak n air teh yg sgt sedap, kami pun bertolak dr UIA pada jam 9 pagi. Perjalanan melebihi 120km tu mengambil masa 3 jam lebih2 lah jugak. Turun je dr bas, ucapan aluan Selamat Datang aku terima dr sorang makcik ni ha. Just smile… memang terasa teruja n meriah melihat penduduk kampung yg ada, berpanas, menunggu kami yg lewat 1 jam, Wartawan Sinar n YB Adun Tualang Sekah dah menunggu kami. Haruslah, kami tetamu, orang rumah kenelah tunggu n meraikan tetamu haha.
Aku serumah dgn 2 org lagi dr UIA, Abg Umar n Kamil namanya, mereka memang Umar n memang kamil, bagus2 belaka. Peramah… Family angkat aku pula, of coz lah aku panggil ayah n mak. Kawasan rumah family angkat aku sgt best, menarik dan meriah, dalam satu kawasan tu, ade 6 rumah yang masing2 merupakan rumah adik beradiknya. Dekat2 jer, rasa macam dah suasana raya pulak, so aku berkongsi keluarga angkat dengan beberapa peserta lain, ramai… 16 orang semuanya, tapi xpelah, rumahnya banyak dan besar2 belaka, kawasan kampung tapi rumahnya bandar… mcm dlm hotel pulak rasenyer. Mak n ayah aku ni penjual ayam yang berjaya, diorg citer, setiap hari mahu 100 ekor ayam tumpas di tangannya haha.. kalu bulan pose memang lagi lah, berkampung lah diorg kat pasar tu.
Oh ye sebelum tu, majlis perasmian telah dirasmikan oleh YB Cik Nolee, Adun Tualang Sekah. Ok n baguslah die punye speech. Than setelah dibahagi2kan, kami pun balik lah ke umah family baru aku ni ha… lunch kami sgt meriah, borak2 gelak2, kenal, antara kami yg peserta ni pun x kenal lagi, should b ade sesi ice breaking antara peserta sebelum bertolak, barulah kami kenal2 sikit. Kami ade opah yang umurnya x silap aku 79 tahun, sihat, dan masih lagi sihat… Cucu2 n cicitnya memang dah berpuluh lah… Alhamdulillah… makin meriahlah kami dibuatnya.
Pada petangnya pula, sukaneka bersama penduduk kampung, sangat meriah n superb ! Penduduk kampung ramai yang turun padang turut sama memeriahkan, maklumlah, lagi pun ni kali pertama program anak angkat di kaw. kg. ni. Yang join sukaneka pun macam2 peringkat umur ada, dr kanak2 remaja, sampailah ke pakcik2 n makcik2 tu, enjoy.. layan jer semua, futsal, bola baling, cari gula2 dlm tepung, isi air dalam botol, gelang getah, boling kelapa… Memang bestlah, than ade pula sesi penyampaian hadiah untuk pemenang2 sukaneka, bajet banyak lah katekan.
Malam hari pertama pula, sepatutnya ada ceramah, tapi disebabkan masalah mis cominication, ntah aku pun x sure ape sebenarnya yg terjadi. Tp secara logiknya agak mustahil kami yang habis sukaneka pada 7 mlm, azan maghrib masih lagi x sampai rumah, nak kene lak bersiap untuk ceramah selepas maghrib yg masuk waktu pada jam 7.22 mlm. Kami pergi lepas isyak, pi makan jer… haha.. time tu aku sebagai peserta, kalu aku sebagai pengarah program, mesti tu aku rasa kegagalan yang nyata. Than, dgn suhu 16 darjah C. kami pun tidur dgn nyenyak melepaskan penat.
i like this pic.
Bangun tidur, arghhh tidak, aku berada dalam kegelapan, black out rupanya, huh.. kat umah org, haruslah aku bangun seawal jam 5.30 pagi lagi, kalu kat umah, selagi belum kul 12 selagi tulah aku masih melingkar atas katil ni ha..opsss.. satu kampung tu x de elektrik, mandi pun dalam gelap, memang x nmpk ape, agak2 jer, ni sabun ker, sampu ke, ubat gigi ker… argh.. bantai jer..
bunga teratai, mkn mcm mkn kuaci..
Seawal jam 7 pagi kami dah ready utk senam aerobic, o yeah… aerobic yg best, makcik2 pun join jugak, aerobic yg macam2 lah… siap gelek2 dangdut lagi tu.. haha. Tapi xdelah pulak poco2, aku memang dah ready jer nak poco2 ni, haha. Than jam 9 pagi, sesi Ceramah Motivasi bertajuk Institusi Kekeluargaan, oleh Idzhar Jumali, penyanyi nasyid Nowseeheart. Best lah ceramahnya. Mengambil kisah Nabi Sulaiman sebagai bahan ceramahnya, sangat menarik yang aku of coz memang x terpikir pun, hebatnya die mengaitkan kisah2 N Sulaiman pada sudut pandangan kekeluargaan. Than program menanam pokok betul2 masanya di tengah2 panas time matahari betul2 terpacak atas kepala ni, nasib baik matahari tu jauh beribu km dri bumi. Banyak la pokok tu kami tanam. Ntah ape nama pokok tu, harapnya hidup huhu…
Setelah one more lunch yang meriah, pada sebelah petangnya, aktiviti bebas bersama family angkat. Kami bercadang nak mandi air terjun, tapi kan… eeee… mak aku kate tu kawasan keras, ade tempat makam2 raja. Kami pun x jadilah pegi. Kami pi jalan2 di rumah kawan aku ni yg kebetulan umah die dekat2 situ jer, pi lah umah die, makan2 sikit hehe, than pi merayau2 kat pekan ape pulak namenyer aku dah lupe, pekan Kampar lah kot, mencari something servenior utk family kami, kami belikan jam dinding, dgn harapan jam tu akan digantungkan di dinding haha.
Petang jam 5 petang, aku n my siblings yg lain ikut mak aku menolong menyiang ikan n mengerjakan ayam… addoooiiii…ate… teman ni benonyer… ikan n ayam yg dah mati dlm peti ais kat umah tu pun kalu bole aku x nak pegang. Makan naklah haha.. Ni kan pulak nak kene siang, bersihkan… huhu.. tapi xpelah aku redho jer.. huhu… so itulah kami pertama dlm sejarah hidup aku selama 21 tahun ni, habis berbau ikan n ayam aku dibuatnya. Habis minyak wangi aku kerjakan untuk mensucikan semula diri aku ni ha. Ikan2 n ayam2 tu, utk jamuan pada sebelah malamnya. Wah… kami yang menyiapkan ikan2 ayam tu yer,.. makan lah korang haha.
Malamnya, memang meriah, setelah menghimpunkan 5 rakaat solat, kami pun ke Malam Kebudayaan n Kenduri Kesyukuran, tp… mane ade kenduri.. aiyooo… jamuan sudah… Kami dipersembahkan dgn persembahan pembukaan, paluan rebana dr bebudak sekolah mane ntah, than part ni aku sgt terharu, persembahan nasyid dr kaum ibu2 penduduk kampung, menyampaikan lagu Ibu Mithali dan Lagu untuk Siswa, yang diorg cipta sendiri khas utk kami, mendayu2 lah suara diorg, siap gaya lagi tu, lebih mengharukan, kumpulan nasyed ibu2 tu, memang dibuat khas utk meraikan kami. Than ade persembahan bolywood, ni menarik ni, kami siswa pula mempersembahkan lakonan dan boria, tp melihatkan kpd kesungguhan penduduk kg., persembahan dr siswa agak tidak meriah dan nmpk kurang persediaannya, haruslah, berlatih hanya beberapa jam. Huh… Tapi keseluruhannya, malam tersebut berlangsung dengan meriah. Sebaik sahaja tamat majlis sekitar jam 11 mlm, hujan renyai2 pun turun menyelimutkan kami agar tidur dengan lena.
Pagi ni, aktiviti bebas bersama family angkat. Pagi ni, merupakan pagi yg sgt baru bagi aku, mana tidaknyer, pertama kali bermesra dgn haiwan2 berkaki 4 tu….erkkk… aiyooo
U oolllsss nak tau, family aku ni, selain broker ayam yg berjaya, ade jugak berpuluh ekor kambing, n ade 33 ekor lembu. Menariknya, kambing2 n lembu2 tu masing2 ada namanya, nama2 artis pulak tu… tgk mcm sama, mcm mana nak bezakan, tp alah bisa tegal biasa lah… diorg memang sgt2 sayang kat kambing2 n lembu2 tu, dan macam, eh.. dah memang anak diorg jugaklah haha…
Aku ni pulak, sebenarnya x pernah n x ingin pun dengan haiwan2 ni, kucing tu oklah, tp kalu kambing, lembu, ayam ker .. memang aku x pegang… adooii... tapi, 1st time kasuk ke kandang kambing yg of coz lah berbau kambing tu, seronok sebenarnya. Wowww… pengalaman menarik aku, n kami ber15 yg lain, anak2 angkat yg lain family diorg mana ada lembu n kambing, hehe… Aku pun berposing2 lah dengan kambing2 n lembu2 tu, bergambar, tapi kan korang nak tau, ade jugak kambing yang gatal, nak ngorat bebudak pompuan, kambing tu pi cium2 seluar lah, haha… menjerit2 lah diorg dibuatnya. Ade sekor kambing tu, pi gigit2 baju aku, tgh aku pegang2 nak bergambor dgn kambing tu, die pi panjat lak aku, huh..memang kami after tu, memang beraroma kambing lah.. haha
ni tiang landasan keretapi jopun, tinggal ni jer, lain2 dah hilang ditiup bayu
Than dgn bau2 kambing tu, kami berjalan tgk2 kampung, if u 1 2 no, kampung tu masih bersisa lagi tinggalan Jepun. Jom tgk…. Jalan kampung tu memang bersimpang siur, mau sesat dibuatnya, lebih2 lagi kalu malam, tapi xpe kami ada tourist guide – kak shina.. haha. 1st, kami pi tgk telaga minyak time zaman Jopun dulu2, than ni ha, pi kubu sgt menarik n menakjubkan n menyedihkan sebenarnya jika disingkap sejarah pembinaannya. Gigih lah pakcik2 tu bercerita kat kami, kami pun layan jer lah… kalu dibiar mau sampai ke esok, x habis citernyer… Ade lah lagi mcm tiang keretapi, tempat latihan diorg nak menembak kot, tp dah memang x dijaga lah… nak buat ape jaga haha.. Sekitar jam 11.30 pagi kami bersiap2 pulang, seperti biasa sesi bergambar bersama2, pertemuan selama tempoh 51 jam tu, diakhiri dengan iringan lambaian air mata. Sedih berpisah, gembira bertemu… terharu, macam lagi… Tepat jam 2 petang, kami bergerak meninggalkan Kampar pulang semula ke kota metropolitan. Jam 5 petang sampai UIA, than mengharungi KTM yg mengalahkan sardine dlm tin, pulang ke Somban, kul 10.15 mlm baru aku sampai umah, itu pun setelah membayar RM15 utk teksi… yang mahal giler… itulah akibatnya apabila teksi tidak bermeter. Bukannyer jauh pun.. grrr…
Keseluruhannnya, kawasan homestay kami mempunyai komuniti yang sangat kuat, penduduknya yang mesra, ramah, dan rapat. Maka, haruslah program kami itu mendapat sambutan yang di luar jangkaaan aku, tidak seperti di 2 homestay aku pernah join b4 ni. Lagi pun, ini kali pertama program homestay di kawasan mereka, wajarlah rasa keterujaan itu terpancar di wajah2 mereka. Dan sebenarnya itulah kebaikan n kelebihan mengadakan homestay di kawasan yang tidak pernah diadakan program homestay. Ni sebenarnya homestay yang paling pendek pernah aku join n aku tau, sebelum ni biasanya 6 hari, kalu ikut syarat UM pula min. homestay ialah 4 hari. Seterusnya dengan peruntukan yang memang banyak tu, aku berpendapat, banyak lagi program yg boleh diadakan seperti motivasi pelajar sekolah, dan program kebajikan melibatkan penduduk kampung. Tapi itulah, hanya 3 hari, tak mungkin boleh semuanya boleh dilakukan. Aku sempat jugak lah mengusa2 politik di kawasan ni, … ehm… kawasan yang menyokong kuat kerajaan 1Malaysia, tapi itulah, apabila melibatkan 3 buah kampung, yang berlainan demografi politiknya, haruslah ada sedikit perselisihan.. addooiii, so pengajarannya, apabila nak melibatkan banyak kampung, make sure fahaman politinya sama.
Diakhirnya,sepanjang Program Siswa Turun Ke Desa, aku berjaya merakamkan 392 keping gmbr, menambahkan lagi koleksi pengalaman menarik aku, menambah lagi kenalan2 baru yang bagus2 belaka, mempertemukan kawan2 lama, medan pertukaran buah fikiran, medium mendekati dan memahami masyarakat kampung, juga sebagai dari kaca mata aku sebagai peserta, memerhati hasil kerja, management, comminacation orang2 atasan alam berorganisasi dan berprogram, dan pastinya, ia antara program yang memberikan aku banyak pengalam baru yang agak mustahil untuk aku lupakan.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Zzzz….
blog aku ni memang penuh dgn gambar...