Lagi beberapa hari, genaplah aku bergelar mahasiswa UM selama 5 semester. Dalam tempoh itu, aku telah bergelar Penolong Pengarah (PP) Publisiti untuk pelbagai jenis projek di UM ini, sebanyak 17 kali, manakala hanya 4 kali sebagai AJK Publisiti, dan menjelang genap 3 tahun belajar di UM, menanti di hadapan sekurang-kurangnya 4 lagi program yang memerlukan khidmat aku sebagai PP Publisiti (PPP).
Ok, aku taknak cerita mengenai deretan publisiti tu, aku taknak cerita juga betapa popularnya aku sepanjang bergelar PPP (popular ker ? ewww....), cerita mengenai kemahiran aku menggeledah paint, publisher, adobe photoshop, arcsoft photostudio, swish, artlantis, after effect, power dorector, dan segala jenis saudara seangkatan dengannya itu juga aku taknak cerita.
Tetapi la ni, aku nak cerita mengenai kerenah-kerenah manusia sepanjang berdozen kali aku berkecimpung dalam dunia yang penuh dengan publisiti dan sentiasa mencari populariti.
t/tangan budak darjah 6... huhu
Sehingga ke saat ini, aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana aku dianugerahkan kebolehan menggunakan software yang aku sebutkan di atas tadi. Haruslah... teringat aku kepada komen guru kelas aku ketika mana aku melangkah kaki ke tingkatan 1, komennya... ‘’kreatif dan suka mencuba’’. Mungkin sebab aku pandai melukis ketika zaman comel kanak-kanak, dan harus jugalah aku yang terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan melukis, ok berbalik semula kepada tajuk post yang hot.
Walaupun namanya publisiti, tetapi bergelar PPP untuk sesebuah projek bukanlah satu perkara yang mudah. Sama sekali tidak semudah di dengar atau di sebut. Sepanjang pengalaman aku bergelar PPP, aku biasanya akan ditugaskan untuk menguruskan design baju, banner, bunting, poster, nametang, pamplet, buku program, tayangan multimedia, blog, facebook, youtube, twitter, logo program, hebahan program, dan kebiasannya terlibat dalam bahagian teknikal seperti mikrofon, speaker, laptop, slide dan segala jenis yang berkaitan yang aku rasakan aku perlu tahu dan ambil tahu.
Walaupun hasil kerja aku biasanya agak memuaskan, tetapi untuk menghasilkannya bukanlah satu perkara semudah dan secantik yang dilihat. Dalam banyak-banyak PP dalam sesebuah projek, PPP lah yang akan mula gerak kerja dulu, sedang dalam biro-biro lain tiada kerja, sedang bersenang lenang menjelang hari program, tetapi aku ? akulah yang paling merana sebelum hari program, insan yang paling sibuk untuk memastikan segala jenis design disiapkan dan ditempah sebelum hari program.
La ni aku nak cerita, aku, nak menghasilkan sekeping poster bersaiz A3 tu, banner dan bunting bersaiz 2x5, atau tak kisahlah saiz ape pun, korang ingat amik masa 1 hari ? kadang-kadang, 1 design tu aku perlukan masa 3 hari barulah siap, sangat berkualiti, sangat cantik mata memandang dan nampak nilai seninya. Sesiapa yang biasa tengok hasil tangan aku ni, pasti dapat membezakan design 1 hari dengan design 3 hari, design berseni design rajin, design malas dan pelbagai jenis kategori lagi...
Hari Interaksi 2010
Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan UM
Korang ingat senang nak hasilkan poster banner bunting untuk program, aku maksudkan dari segi designnya. Biasanya aku akan lakar dulu di buku, oh yer, aku ada buku khas untuk melakar segala jenis design tu, setiap design yang aku buat, baju ker, poster, pasti aku akan lakar dulu kat buku tu. Dan biasanya waktu terbaik untuk melakar ialah ketika di dalam kelas yang membosankan. Sedang pensyarah bersyarah, ketika itulah aku mencakar-cakar dan memerah otak memikirkan design-design terbaik dari ladang.
Dah siap mendesign, aku kene pi tempah benda-benda alah tu, aku ada supplier tetap untuk memprint segala jenis tu, tetapi ada kadang-kadang tu, beberapa hari menjelang program, dia tak dapat buat, nak menangis aku dibuatnya, kelam kabut aku mencari kedai lain yang boleh print. Search itu ini, call sana sini, oh ya, ketika ini, biro-biro lain banyak yang masih bersenang lenang, hanya busy ketika hari program yang paling lama pun 3-5 hari. Dan menjadi tanggungjawab aku untuk memastikan segala tempahan tu siap sebelum hari program, so kalau pengarah tanya dan ketika pembentangan meeeting, semuanya dari biro publisiti berjalan lancar !
Minggu Penghayatan Ramadhan 2008
Balai Islam Kolej Pertama UM - ASTAR
Ha, bercakap pasal baju pula, korang ingat senang nak menghasilkan sehelai baju ? grr... Dari segi designnya yang memeningkan hendak memenuhi hati semua pihak, sampailah ke kecerewetannya untuk menempah, dan urusan pembayaran, semuanya bukan benda yang mudah, percayalah... baju dah siap, tapi ada mulut tu kata kain tak lawa, kalau pun kain sedap dipakai, tapi design buruk, saiz besar, kolar senget lah, lengan terlebih panjang lah, kenapa design tu lagi lawa, kenapa pilih warna ni.. kadang-kadang aku rasa nak hempuk jer semua mulut-mulut tu dengan baju-baju tu.
Ada sekali tu, sesudah aku membuat tempahan, seminggu sebelum program aku call untuk follow up, tetibe supplier tu kata, baju masih tak buat, terlupa ! dan ketika itu, aku rasa macam nak mampus, bukan pitam lagi dah... yelah seminggu, mana sempat lagi, kelam kabut aku ke hulu ke hilir mencari baju, design baju aku yang gempak tu terpaksa lah aku lupakan, seriusly design baju tu sangat lawa. Oh ya, masih sama, ketika itu, biro-biro lain, biro yang macam hanya berfungsi ketika program masih lagi melepak-lepak, bersenang lenang, dan hanya tahu cakap...
Dan sebenarnya, walaupun di depan tabir semuanya nampak suka, tetapi di belakang tabir PPP banyak lagi kisah duka yang hanya aku dan Pencipta sahaja yang tahu, bergelar PPP memang memerlukan pengorbanan masa, memerlukan aku menghadap laptop berpuluh jam sehari, memerah otak memikirkan design poster, banner yang baru dan fresh, penat memikirkan design baju yang memenuhi hati semua mulut yang pandai berkata, kadang-kadang bersengkang mata menghasilkan multimedia show yang terbaik.
Sambutan Bulan Kemerdekaan 2009
JKP Kenegaraan Etika & Patriotisma ASTAR
Dan hasilnya, pasti aku orang yang paling gembira dan hanya mampu ketawa di dalam hati, tersenyum di bibir, melihat baju hasil design aku dipakai oleh ratusan orang, bangga melihat poster banner dan bunting tergantung menjadi bahan sedap mata memandang, sangat bangga, hati berbunga-bunga, oh, itu hasil kerjaku... ketika itu hilang segala penat menghadapt laptop berpuluh jam, hilang sakit otak emikirkan design baru, hilang panas di hati melayan kerenah manusia...
Aku menulis ni bukannya kerana apa, tetapi aku nak menyedarkan sikit hati-hati yang hanya pandai berkata... percayalah PPP tidak sama dengan biro-biro lain, PPP yang bertanggungjawab (macam aku) pasti merasakan tugas PPP bukanlah satu benda yang mudah. Sedang biro lain masih terpinga-pinga tidak tahu nak buat apa, PPP telah mula bergerak dengan sangat awal, sedang biro lain hanya berfungsi ketika hari program, PPP telah kepenatan, kehabisan idea dan tenaga menghasilkan itu ini.
Dan haruslah ketika hari program berlangsung, PPP telah pun lega, tiada kerja, baju, poster, banner, pamplet, dan segalanya telah pun siap ketika program berlangsung.
Jadi ketika hari program berlangsung, aku sangat sakit hati dan geram dengan mulut-mulut yang hanya pandai berkata, PP Publisiti tak buat kerja !!! batang hidung tak nampak, selalu tak datang, komitmen kurang... bla bla bla... dia tak tahu aku macam nak mampoooossss beberapa bulan sebelum tu mengurus publisiti...
Gerai Konvo -ASTAR VILLAGE
Jawatankuasa Induk Kolej, ASTAR
aku menulis ini bukanlah mahu lepas geram sangat, bukan juga mahu menghebahkan kepada satu dunia betapa busy nya kerja PPP, bukan juga mahu diri tidak boleh ditegur... tetapi, tegurlah aku, kerana aku juga sama macam kalian, manusia... aku dah bosan dengan pernyataan tegurlah dengan berhikmah, tetapi setelah menyelidik semua dan mendapat tahu perkara sebenar, tegurlah aku dengan waras, dengan rasional, dengan berjustifikasi... secara berdepan, bukan belakang-belakang...
Kisah ni dah lama berlalu, 1 tahun, 3 bulan, 3 minggu... barulah aku publish kan nyer...
Tapi kawan baik aku pernah cakap... sesungguhnya mereka tidak mengetahui....
Sebab itulah aku tulis ini, supaya mereka dan semua yang akan datang tahu...
jangan hanya pandai kritik !!!
p/s: masih belum mahu bersara