.
Hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan seribu satu kisah dan cerita. Maka dengan itu lahirlah akusebuahkisah ! yang mana, diari kembara hidup yang singkat ini diabadikan terus secara maya kerana hari-hari yang telah berlalu, tidak mungkin berulang kembali. Maka, apa salahnya ia diterjemahkan sebagai sebuah kisah. Kisah bukan sebarang kisah... Tetapi kisah yang begitu indah...

.

Thursday, December 31, 2009

Al Baqarah:216

boleh jadi kamu MEMBENCI sesuatu padahal ia BAIK bagi kamu, dan bolej jadi juga kamu SUKA kepada sesuatu padahal ia BURUK bagi kamu dan ingatlah ALLAH jualah yang MENGETAHUI semuanya itu. Sedangkan kamu TIDAK mengetahuinya.

....AL-BAQARAH:216
....

Monday, December 28, 2009

HIJRAH '10



SIMPOSIUM MAAL HIJRAH 1431

BALAI ISLAM KOLEJ KEDIAMAN PERTAMA UNIVERSITI MALAYA

layari:
BALAI ISLAM ONLINE

Saturday, December 26, 2009

Maahad Ahmadi dlm kenangan...

Sempena sesi kemasukan sekolah tahun 2010, so aku upload la gmbr2 time sekolah dulu sebagai kenang2an... heheh... teringat zaman sekolah dulu... sekejap jer masa berlalu...

dalam kenangan


MAAHAD AHMADI NEGERI SEMBILAN
'Tarbiyah, Hadharah, Falah'



kawan2 SPM 2006


kawan2 sekelas....


Maahad Ahmadi ni juga dikenali sebagai Bumi Tarbiyah...

if 1 2 no, taman ni kami (PBSM) buat sendiri, sempena pertandingan buat taman bunga antara persatuan, kami dapat no. 2... huhu


ASPURI... kawasan larangan utk pelajar lelaki... hohoho...

sebahagian drpd sekolah... tak tau nak kate sekolah aku ni besar atau tak, mcm besar, mcm kecik, tapi jln kaki dr asrama ke sekolah penat jugak la...

posing2 depan main entrance...

ape pun, setelah lebih kurang 3 tahun meninggalkan Maahad, sekolah aku tu, telah mengalami banyak perubahan, terase ingin berada di alam persekolahan semula... huhuhu....

Friday, December 25, 2009

Kosong...

Alhamdulillah, pada hari khamis yg lepas, 24 dis. tamatlah kem latihan kompang feseni aku. Sesi latihan selama 3 minggu, dirasakan berlalu dgn amat pantas, sekejap jer, dah 3 minggu rupanya. Sebagai kemuncak kem latihan kami, kami Gema Astar, pi la mkn2 kat KFC PJ tu, bj semua sedondon jer.. hahaha... best la, mkn2, gelak2, borak2. n sepanjang kem ni, selain daripada dpt menyiapkan 80% formation maybe, antaranya, aku dapat juga kawan2 baru, yang sebelum ni aku tak kenal pun, join kompang, barulah kenal... hahah... best la korang semua...


n now, aku sedang menghitung hari untuk memulakan sem 4 tahun kedua aku di um ni ha... selain itu, aku juga sedang menghitung hari menjelang Simposium Maal Hijrah anjuran Balai Islam kolej aku. aku buat jelah apa yg termampu aku buat untuk projek aku ni. yela, mane tak nyer,.... kalu dah semua tak boleh... terpakse jela ikut even hati amat tidak bersetuju....

now, tgh menghabiskan sisa2 cuti, menonton movie2, sambil melayari internet, even kerje aku sebenarnyer time cuti ni byk, tapi aku buat tak tau jer... hahahha....biarkan... dah... taknak tulis byk2... jumpe lagi....

jln2 di zoo melaka dgn family...

Wednesday, December 23, 2009

together, eachother, forever

.
COMING AND WORKING TOGETHER,
BUILDING AND UNDERSTANDING EACHOTHER
HAPPY AND UKHWAH FOREVER
.

Tuesday, December 22, 2009

Relaks la...

Hari ini, mood aku dalam keadaan tidak baik, hormon-hormon negatif, marah, tension, geram... semuanya sedang mula menguasai diri. Aku pasti sebabnya, cuma aku tidak pasti bagaimana lagi harus aku memberitahu kepada mereka. Aku bukanlah yang jenis suka memaksa, aku taknak orang benci kat aku, aku nak jaga hati semua orang, aku nak orang lain taknak rasa dalam keadaan tertekan dan rasa terpaksa... terutamanya dalam berorganisasi.... tapi itulah, mungkin aku terlalu berlembut. Memang aku punya cara tersendiri, tidak seperti mereka yang lain, tapi... ehm, ntahlaa..... Tapi aku dengan segera teringat semula pesanan sahabat, banyakkan bersabar, cuba kawal diri, more profesional, dan yang penting jangan cepat emo, n cuba cari jalan penyelesaian....

Yang penting, setiap kali rase nak emo, aku akan segera teringat, siapalah nakhoda tanpa kelasi2nya... dan ape pun yang terjadi,

WE COMING TOGETHER, BUILDING EACHOTHER...

Sunday, December 20, 2009

20/12/09

Assalamualaikum...dan selamat sejahtera...

Port Dickson, N Sembilan

GEMA ASTAR

saje2 nak menulis, yg memang sebahagian drpd hobi aku, la ni aku kat kolej tgh training kompang, sangat seronok, pertamanya dapat kenal kawan2 baru, fifi, syahirul, hanif, khairul, amy n rina... sebelum ni kenal mcm tu jer, tapi now kenal la byk heheh... boleh gurau2, gelak2, sambil mkn2... kompang ni memang penat giler, ade ketika tu, sampai 4 jam training, sampai otak pun dah beku, kaki n tangan of coz la, tapi ape pun, memang seronok...harap korang yg junior2 tu, terus join kompang utk next year k...


SIMPOSIUM MAAL HIJRAH 1431

n pd 8-10 jan 2010 ni pulak, buat yg tak tau, aku akan mengendalikan projek kolej under balai islam sempena sambutan maal hijrah 1431. la ni aku tgh pening... entah lah, kadang2 aku sangat runsing, tension, seronok, geram pun ade, semuanya bercampur2... terus terang aku katakan, penyelia penasihat utk projek aku ni sangat la .............., ? ntah... aku takde istilah utk menggambarkannyer, yg penting, bukan semua org boleh bekerja dgnnyer... tak caye? try la sendiri.... ape pun, aku masih bersyukur dapat penyelia penasihat yg mcm tu, yg kadang2 buat aku sakit kepala, yg kadang2 boleh buat aku tersenyum sambil ketawa.

la ni persiapan sedang rancak dijalankan (rancak la sgt)... habis jer cuti ni, berdasarkan jadual yg aku dah susun, memang tiap2 mlm ialah meeting, huhuu...mcm2 meeting ada...so... aku harap, semuanya berjalan lancar, even aku seakan dapat menduga apa yg akan terjadi, yer.. Hasyim, kamu ada masa utk mengubahnya... teruskan usaha.... gud luck...

BALAI ISLAM ASTAR

ha.. ni lagi satu hal, ade saje masalahnyer... taknak citer byk2... aku harap, utk sem 2 sesi 09/10, balai islam astar ni akan terus cemerlang, n dpt melaksanakan apa yg telah dirancang, sesuai dengan peranannya sebagai organisasi yang menjalankan program2 berunsur keagaamaan disamping meningkatkan syiar islam di astar, um n keseluruhannya... amin...

Tuesday, December 15, 2009

Melangkah...

Walaupun seribu langkah,
ia tetap bermula dengan langkah yang pertama...

Telah menjadi fitrah, apabila melangkah, semestinya kehadapan.
Melangkah terus kehadapan dengan penuh yakin.
Apa yang ada di belakang, tidak mungkin berulang kembali,
yang penting kita, harus terus ke hadapan.
Tidak bermakna tidak perlu menoleh ke belakang, tetapi...
andai asyik memandang ke belakang, sampai bila mahu kehadapan ???

Friday, December 11, 2009

Jika itu ketentuannya...


Semalam, kawan baik aku datang, sangat baik, die datang bawa aku keluar pi jalan-jalan ke Planetarium Negara, kat belakang Muzium Negara tu la... sambil bercerita2 hal2 semasa. Ada sahaja bende yang ingin dikongsi. Masa tu aku sangat seronok, sekurang-kurangnya dapat juga melepaskan rindu hehhe... walaupun sebenarnya baru jer 2 minggu tak jumpe... pendek katenyer, hari tu aku berada dalam keadaan yang menggembirakan.

And, tadi, result exam untuk sem 3 aku dah keluar, pagi2 lagi aku dah cek, mcm antara orang yang terawal la hehhe.. tapi aku sgt terkejut, sedih dan perasaan bercampur baur dalam diri aku ni, semacam hilang arah dan tujuan seketika, mengenangkan result exam aku tu. Sebenarnya bagi aku yang tak cerdik ni, ia ok, cumanya, bak kata orang nila setitik rosak susu sebelanga, kerana 1 subjek, rosak keseluruhannya.


Aku tak pasti macam mana perancangan aku untuk masa akan datang, tak mungkin aku boleh bersendirian tanpa kawan2 rapat. Entahlah... ketika ini, aku masih lagi bersedih, kate org, mengangis air mata darah pun dah tak guna, segalanya dah terlambat, cumanya... aku sedih mengenangkan diri aku ni, ada sahaja masalah dan perkara2 yang unexpected berlaku sepanjang sem 3 ni...

Ketika ini, aku cuba untuk redha, dan mententeramkan hati yang jujurnya masih tidak tenteram dan sukar untuk menerima apa yang telah nyata. Aku sedih... menangis... dan cuba untuk tersenyum...


Namun, aku harus tabahkan diri, sahabat aku berpesana, sabar... Ye.. sabar... Aku percaya, sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang hambaNya dengan apa yang tidak mampu dipikul olehnya. ...

Ya Allah Ya Tuhanku, jika ini adalah takdir dan ketetapan daripadaMu Ya Allah, maka, aku sabar dan redha menerimanya...Berilah kami kekuatan untuk menempuh masa akan datang Ya Allah...

Tuesday, December 8, 2009

Sesejuk mentari

Ingin merasakan mentari sedingin salju, tetapi fitrah penciptaan mentari tidak mungkin menjadikan alam luas terbentang ini sesejuk salju. Namun begitu, segumpal daging di dalam badan manusia, yang fitrah penciptaanya mudah untuk berbolak balik, memungkinkan kita yang bergelar insan berubah sifatnya, perlakuannya, tutur kata dan segala yang berkaitan dalam sekelip mata. Ramai diantara kita yang terlupa, kita semua sama sahaja, jika adapun yang membezakan kita hanyalah satu garisan halus, yang mana mereka tidak pun sedar jika mereka melintasi garisan tersebut.




Sunday, December 6, 2009

Sebuah.kisah.aku



Assalamualaikum dan salam sejahtera, hai... hehe, bertemu lagi kita di jaringan sesawang maya ini atau orang kampung suka menyebutnya sebagai internet. Macam biasa, akusebuahkisah sentiasa menyajikan sebuah kisah aku, ye, kisah aku, buat citer pasal orang lain, nanti orang kate masuk campur lak kan, so citer pasal diri sendiri lah... ops... terase ker? (padan muke, ish Hasyim, tak baiklah)

Ok2... la ni, warga UM, masih lagi bercuti till 28 dis. Ni, tapi che la ni dah sampai kat UM dah utk menjalani sesi latihan kompang festival seni UM ni ha, selama lebih kurang 3 minggu sepenuh masa, dan suku masa pada selepas cuti, ha... begitulah citernyer... hoho


So la ni, nak citer pasal kompang, blum start ape2 lagi, so la ni den nak cito2 sikit time den dok merempat kat umah time cuti tu ha, umah den kat somban tu ha, den balik2, dah bertukar buat beberapa kalinya, mestilah bertambah lawa, tapi saiz tetap sama, harap2 balik lagi pas ni, jadi besar lah, haha...(ape hasyim ni sibuk citer pasal umah die plak) almaklumlah, aku ni susah sangat nak balik umah, setahun sekali kot baru balik, dah mcm student sabah sarawak dah gomannyer.

B4 tu, setelah dok 1jam 15mnt dlm KTM tu, aku smapai somban, smapai2 trus pi umah mak aku kat Lukut, area2 PD, mak den ni ha, asal restoran kat somban, tapi la ni pindah kat situ plak, so hari den balik tu, hari perasmian restoran baru mak aku tu lah. Than balik umah kakak aku kat somban, hehe utk makluman kalu nak taulah, dari form 1 sampai la ni, aku dok merempat dengan kakak aku yg 1st, kenape? Ntah... aku pun tak tau nape hahah, (manje dgn kakak la tu) yang penting, den dah keje nanti, byk jasa yang perlu dibalas, huhu

Kat umah cuti 2 minggu tu, tak ke mane pun, cume melayan tetamu yang datang ke umah, maklumlah cuti sekolah, ade aje sedare2 yang dtg umah, melayan anak2 yang semuanya kalu bole aku nak jadikan adik aku hahaha... boring2 tgk tv, tapi malas plak nak tgk, even channelnyer berpuluh2, tapi aku paling suke tgk my faveret crite, CSI... citer investigation, siasat org mati, cara2,,... sgt best n penuh dgn ilmu sebenarnyer... tapi aku tgk kesayangan aku ni ha pun bgus jgk... hahah... laptop aku lah.. sibuk menghadap laptop, men game, n sibuk mem plan bende2 yang aku kene uruskan ni ha... huhhu myk fenin oo...


oh yer... n sempat jugak la aku menengok anugerah skrin yg bertemakan hikayat 1001 mlm tu ha - arabian night a katenyer... overoll tidak menarik... persembahan artis sgt menarik, tema pun gempak n lain dr yg lain, pakaian ok2 n lawa, arabian night kowt, tapi semua keserian tu dicacatkan oleh para penyampai2 anugerah, semuanya... semuanyer tak menarik, ade yg tergagap2, ade yg sekadar membace teks, ade yg mcm tak pernah nek pentas... huh... persembahan pembukaan ok tapi tak segempak mane pun... cewah aku plak yg memandai2 meng komen... dinginnya hikayat 1001 malam


family balik ke kampung - Muar, tapi aku malas lah nak ikut, dok kat umah sorang2 2 hari, jadi penunggu hahah, penunggu rumah lah, than Isnin lepas, pi mandi laut bersama sanak sedare belah abang ipar aku, hoho ramai tau – 3 family, n sangat2 best n meriah lagi seronok tak terkate2 (over lak ai) che mandi laut kat mane lagi kalu bukan Port Dickson, ntah berape puluh kali aku mandi kat situ tak taulah... yang penting kami lebih kurang 5 jam bersuka ria kat pantai tu, N aku cipte rekod berendam dlm air laut yang masin tu selama 4 jam... huhu, main pasir la, main ombak, berenang2, tangkap ketam kecik2, n paling best aku tanam anak sedare aku kat pasir, tinggal kepale jer, hahah. Time tu tengah2 panas, ha ape lagi, aku yang sedia tak cerah ni bertambah lah gelap, aku tgk cermin, eee.. aku ker ni ? hahah...



Than Ahad tadi, balik umah ayah aku plak kat Gemas, Jelai 3, merentas ke celah2 sempadan Melaka, barulah smpai ke Jelai tu ha... (aik? Byk fenin la hasyim, ayah dok lain, emak dok lain, ko plak dok ngan akak ko...aiyo...) balik tgk2 ayah aku tu ha, sambil bergayut2 di pokok2 rambutan makin rambutan yang sgt sedap n rangup haha... ha abah den ni ha ade kebun buah2 kat belakang umah, buah kelape, buah melaka, buah tangan... semua ade ahhaha.... yang paling penting, durian n rambutan paling best, manggis cempedak... mcm2 ade haha... than, balik dr Jelai trus hantar ke KTM yg menuju ke ibu kota, bermusafir la aku haha.. than smapai la aku kat UM ni ha beberape ketika kemudian... ha begitulah kisahnyer... (tak menarik pun hasyim...) argh... suke hati lah, yang penting kepada anda, ya kamu, yang sedang membaca sehingga ke ayat ini, terima kasih kerana sudi membaca...


La ni, dah sampai ke UM ni, selain kompang aku tu ha, banyak lagi bende yang aku kene pk kan n uruskan, semenjek dua menjak ni, actually dari awal sem lepas, ade saje masalah yang timbul, mcm2 diseru2 pelbagai masalah n perkare dtg pada waktu yang sama, tapi bukan pada waktu yang sesuai Argh... kenape sekarang ? kenape aku? Tu yng aku dok pk2... tapi takpelah, aku yakin dan percaye, semua tu bersebab, semua tu ade hikmah... hadapi je dengan tabah n sabar.. (cewah.. hasyim menasihati dirinyer sendiri)


Wasallam n salam sejahtera, jumpe lagi...