Showing posts with label dunia ISLAM. Show all posts
Showing posts with label dunia ISLAM. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

[Kempen R4BIA]

[Kempen R4BIA]

4 jari bermakna empat/"Rabiah" dalam bahasa arab. Memberi isyarat/makna "Dataran Rabiah" dimana para muslimin telah protest terhadap coup yang dilaksanakan oleh junta di Mesir.

Ia adalah simbol kebebasan & keadilan sempena menghargai para syuhada' telah syahid mempertahankan kebebasan, keadilan & keabsahan undang-undang.

Ya Allah, lindungi lah saudara kami di Mesir!

‪#‎MesirKini‬ ‪#‎Pray4Egypt‬
 
 





Friday, July 05, 2013

dah puas hati sekarang ???

 
Ibnurijal.blogspot.com's photo.
 

Harga yang perlu dibayar dengan penggulingan presiden Mursi : puas hati sekarang??

Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran. 

Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran. 

Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza. 

Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati. 

Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).

Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!

Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??

Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??

Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi. 

Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia. 

Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini. 
 
CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? 
 
Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..” 

Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”

Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan, PUAS HATI SEKARANG??!
 
 
 
 

Thursday, July 04, 2013

MURSYIDUL AM PAS bersama PERJUANGAN MORSI


Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.


Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi.

Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.

Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti.

Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka.

Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya.

Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir. Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang.

Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!

Doa dan solidariti untuk Mesir.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013M


Monday, May 20, 2013

HIDAYAH - Calvin Thoo memeluk agama Islam

 

SubhanaAllah. Alhamdulillah. Allahu Akbar! =')

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/946335_547536195289411_1664553169_n.jpg

Alhamdulillah… Pereka fesyen terkenal Calvin Thoo memeluk agama Islam…Turut dijemput bersama Ustaz Dato Ismail Kamus, Dato Dr Asri dan Yb Us Solihin Mokhyi.. Calvin Thoo menyatakan beliau memilih Islam di saat mimpi dan bermimpi bersyahadah..Subhan’Allah




~sungguh HIDAYAH itu milik ALLAH~

sedih...Allah sgt baik..
...ALLAH...
T_T




Wednesday, May 15, 2013

Hari Nakbah | 15 Mei 1948


Memperingati Hari Nakbah | 15 Mei 1948

65 tahun yang lalu lebih daripada 700,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal dan harta benda, ladang pertanian dan perniagaan mereka.

Pengganas Israel telah menghalau rakyat Palestin keluar dari tempat tinggal mereka dan pendatang-pendatang Yahudi diarak masuk terus ke rumah-rumah milik rakyat Palestin.

65 tahun telah berlalu, sehingga ke saat ini rakyat Palestin tidak pernah berputus asa dalam perjuangan mempertahankan tanah suci milik umat Islam.

Ayuh rakyat Malaysia sama-sama memperkasa Ummah dan membebaskan Al-Aqsa.

Sesungguhnya kemenangan semakin hampir. Kita pasti akan bersujud di dalam Masjidil Aqsa secara mulia kelak!

-AKA-



Friday, April 26, 2013

Sokongan padu pelajar luar negara terhadap PAS


Beberapa gambar di bawah menunjukkan beberapa lokasi di Mesir yang menjadi latar bagi pelajar-pelajar Malaysia bergambar dengan bendera PAS. Selain itu, gambar terakhir menunjukkan pelajar-pelajar Malaysia di Acheh turut menyokong PR.










like banyak2! =)


PAS FOR ALL


















Friday, March 22, 2013

Gambar : Puluhan Ribu Banjiri Kuliah Perdana Tok Guru Nik Aziz Dan Ust Azhar Idrus Di Kota Bharu

















Gambar : Berbagai sumber di FB

Puluhan ribu membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan untuk mengikuti Kuliah Perdana Tok Guru Nik Aziz dan Bual Bicara bersama Ustaz Azhar Idrus.

Turut serta penampilan istimewa dari Ustaz Syed Norhisham dan Ustaz Haslin Bollywood.Foto diatas menceritakan betapa hebatnya sambutan rakyat Kelantan.Semuga Pas terus memerintah Kelantan selepas PRU 13 nanti ~ Tinta Hijau DKB
 
dari blog : http://malaysiaberih.blogspot.com/2013/03/gambar-puluhan-ribu-banjiri-kuliah.html
 
 
 
p/s: waa subhanallah..alhamdulillah..Allahu Akbar... suke sgt tgk ni,.,., yeay!sedih sbenarnye sbb tak dapt bersama mereka kt sana.. tapi bila lihat gambar ni..terus ati sejuk n tenang.. mcm tak caye pun ade..yela..stadium still juga penuh walaupun bukan utk tgk bola saja.. love Tokguru n UAI ! <3

btw, kenapa ngan tangan tokguru? huk2 ='(
 

Tuesday, March 05, 2013

senangnya cara mereka T_T


sangat senang kan untuk menutup mulut org?
bila ade saja yg menyuarakan kebenaran dan minta keadilan di tegakkan,
cara yg paling mudah dan cepat adalah dengan mendiamkan mereka semua..
lepas tu tutup la kes dan tamat sebuah cerita pengkhianatan dan janji yg tak dikotakan....
sedang mereka lupa yg disana sedang merusuh memprotes tindakan yg di sini atas org2 mereka...
jika kamu di pihak yg benar, kenapa menutup terus pejabat di sana???
sudah abis hujah barangkali.. THEY JUST WANT US TO LISTEN NOT TO SPEAK!
kena kumpul modal byk2 dulu untuk membayar mengupah mencipta temberang baru..
cara senang,. tuding saja jari ke pihak lawan...guna media sepenuhnya mengelabui mata rakyat..

dan yeaayyy....kamu memang di pihak benarr!!! tahniah! T_T

dunia mmg penuh tipudaya dan fitnah berleluasa...
kan?

moga Allah hancurkan kerajaan yg zalim.. dan itu pasti akan  berlaku suatu masa nnti..
ISLAM WILL DOMINATE THE WORLD !!! NO MORE CORRUPTION !! JUSTICE 4 ALL !!


TEPUK DADA TANYA IMAN

 

Thursday, March 29, 2012

Friday, March 23, 2012

gambar sekitar demo free syria 16mac2012

aku takkan lupa sampai mati..huhu
rasa macam betul2 di syria nk pegi bperang...
sedih...sedih sgt masa dgr kata2 pemguat smgt n takbir...
lagi sedih bila tgk warga syria sendiri..
kita mungkin rasa kita aman di sini..
tapi pernah kah kita letakkan diri kita di tempatnya..?
dimana semua ahli keluarga di bunuh..di paksa murtad..
dan tiada sesiapa yg mendengar rayuan kita..
sedih bukan?
hanya pada Allah juga tempat memohon pertolongan...

okey..ni gambar2 yg aku ambil masa perhimpunan aman syria 16 mac 2012 lalu...
maaf kalau xclear..guna kamera henset je..hehehee

Friday, March 09, 2012

TANGISAN AL-QUDS & PALESTIN T_T



INFO PALESTIN
sedikit sejarah tentang palestin


330-640AD - Palestine under Byzantine rule.
638 AD       -  During the time of Caliph Omar Ibn Al-Khattab, Palestine was captured from Byzantine  
                       (Romans).
661-750AD - Ummayyad Caliphs rule Palestine from Damascus
685-705AD - construction of Dome of the Rock by Caliph Abd MAlik.
705-715AD - Construction of Al-Aqsa Mosque by al-Walid I
750 - 1258 - Abbasid Caliphs rule Palestine from Iraq
1099-1187 - crusaders occupation of Palestine and Jerusalem.
1187           - Jerusalem Liberation by Salahuddin.
1260-1561 - Palestin under Namluki rule
1516-1918 - Ottomen Empire
1918          - British Occupation
1947          - Israeli forces occupy more than half of Palestine
1948          - Israeli forces occupy the total of 79% of Palestine
1948          - Israeli forces a mass migration from the occupied land in Palestine.

massive destruction of Palestinian towns after Nakba 1948

shocking facts - since 1967, 700 000 Palestinian di tangkap dan dipenjarakan dan 10 000 daripadanya adalah dari kalangan wanita.

sebagai seorng yang mengaku Muslim dalam agma Islam, sewajarnya

Wednesday, March 07, 2012

AIR MATA SYRIA... T_T

INFO UMMAH


SEJARAH SYRIA


penjajah : Perancis
merdeka : 1945
pemerintah : anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman hafez al-assad (32 tahun).
                   anaknya Basyar al-assad (11tahun)
pegangan : Syiah Nusairiyah
perasaan : dengki terhadap rakyatnya daripada Muslim SUNNI,
                  mencaci dan menghina saidatina Aisyah dan ummahatul mukminin radiallahu anhum.


konflik berdarah : 
hafez al-assad (1982) : 27 hari = 46000 syahid
basyar al-assad : 42 hari = 4000 syahid, merebak ke 157 tempat.


jumlah anggaran kematian sekarang 8000++ syahid...plg ramai kanak2.. :'(




REVOLUSI SYRIA

populasi penganut agama di Syria :-
Sunni = 74%
syiah = 16%
kristian = 9 %
yahudi = 1 %


p/s: mohon sama2 doakan kebangkitan Islam n kemenangan Sunni di Syria..Allahumma Aamin.. ;(




sedikit perkongsian :


- basyar al assad = syiah alami
- keluarga assad memerintah lebih 40 tahun sejak rampasan kuasa 1971
- basyar memerintah selepas kematian hafez al assad [ayahnya].
- kebangkitan rakyat bermula 15 Mac 2011
- angka kematian ++8000 (terbaru), kanak2 paling ramai..
- Russia n China campurtgn, guna kuasa veto untuk gagalkan revolusi PBB [perjanjian 4 billion].
- Iran campurtgn - bantu kerajaan zalim Syria... ;(
- gabungan kuasa besar memusnahkan Sunni - Syria+Iran+Israel+Russia+China+America
- dimana kita???


revolusi di Syria dgn 3 sebab Dominan :-


1) penindasan rakyat lebih 40 tahun
2) kebangkitan rakyat di negara2 lain.
3) kemuncak = 9 kanak2 menconteng dinding dgn slogan :
"rakyat mahu jatuhkan kerajaan!!"

.............................................
"Ingatlah Allah pasti akan membantu hambaNYa dan menghapuskan kezaliman." [Hud:8]
.............................................




aku hidup di negara yg bagi aku zalim dan tidak kurang hebatnya kemaksiatan n penindasan ke atas rakyat.. tiada bezanya mereka.. syiah, munafik, yahudi, kristian.. semuanya menolak Islam.. menghina cara hidup Sunni.. menghina cara hidup ulamak2.. menghina sunnah Rasulullah.. bersekongkol dan saling membantu dlm menyebarkan kesesatan.. membiarkan maksiat berleluasa.. menjadi hamba nafsu..hamba iblis laknatullah.. bekerja untuk pauk kafir merealisasikan rancangan mereka.. memudahkan jalan kebathilan menakluk dunia.. sunnah2 Rasulullah n ahlul baitnya di pandang hina dan di remeh2 kan.. di ejek dan di jadikan bahan gurauan.. sesiapa yg mengikut sunnah pula di katakan sesat.. tapi siapa yg melanggar perintah Allah dan hidup dlm kemaksiatan n dosa di megah2kan di bangga2 kan... agama Islam di letak di belakang, Al-Quran di tolak ke tepi.. hukum Allah di keji dan di katakan tidak relevan lagi di gunakan sekarang... kenapa??? kenapa terlalu berani berkata2?? menolak hukum Allah sewenang2nya... Bukankah di dlm Al-Quran sudah tercatat semuanya?? siapa yg menolak Hukum Allah = penentang Allah, penentang Rasul ??  terlalu byk masa di habiskan utk memajukan negara, memewahkan diri sendiri, menebalkan poket kroni2... tapi hak2 rakyat di pinggirkan.. di mana hak aku sebagai rakyat yg mahukan Islam dan Hukum Allah tertegak di negara aku sekarang?? aku mahu undang2 Islam di tegakkan.. dan bukan aku sorg je yg mahukannya, ramai lagi pencinta Agama Allah yg mahukan hak mereka... tahu x kenapa susah sgt tuk memerintah ikut cara Islam? sebab...mereka takut melanggar perjanjian yg telah ditetapkan, takut hilang segala kemewahan yg bakal di sekat.. takut mati dan terlalu cintakan dunia...ini satu kerja gila kerana takut pada hamba..yang sepatutnya hanya perlu takut pada Pencipta.. hanya orang2 yg tidak berakal dan cetek pemikiran sahaja yg mengikut telunjuk org kafir.. moga Allah melindungi kita semua drpd kekejaman n kezaliman yahudi laknatullah dan boneka2 mereka... tunggu lah.. kemenangan akan datang jua di pihak yg benar... PALESTIN sedang menangis...SYRIA sedang menangis... AL-AQSA menunggu masa untuk roboh...di mana kita??? masih enakkah berhibur?? masih pantaskah berbelanja mengikut nafsu tanpa membantu mereka??? masih lena dalm hiburan dunia hingga lupa doa untuk mereka di sana?? masih bersuka ria dan bergembira bergosip bercerita ttg artis pujaan tapi tidak pernah mahu ambil tahu ttg saudara Islam di luar sana yg sedang berjuang?? sesungguhnya tiadalah sama orang yg tahu dan org yg tidak tahu... sama2 doakan kesejahteraan bumi palestin dan syria yg sedang di banjiri darah2 dan air mata syahid... semoga tiba saat untuk kita pula syahid di jalan Allah... 

WIN AS MUJAHID, DIE AS ASY-SYAHID !!!

~Tuhan Cinta Agungku~











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...