RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
Anas bin Malik R.A meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya:
“Allah S.W.T berfirman:
“Wahai anak Adam, jika
engkau berdoa dan berharap padaKu, nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu
yang ada padamu dan Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam, jika dosamu
mencapai awan sekalipun, kemudian engkau meminta ampun padaKu, nescaya
Aku ampunkan engkau dan Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam, jika engkau
datang padaKu membawa dosa sepenuh bumi sekalipun, lalu engkau
mendatangiKu tanpa menyekutukanKu dengan sesuatu, Aku akan mendatangimu
dengan keampunan yang sepenuhnya”.
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : aL-HaDiS)
PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : aL-HaDiS)
No comments:
Post a Comment